Friday, December 7, 2012

Untuk bapak sudah sampai

Kisah bapak kemalangan motor, terlantar di hospital dua hari dan berada didalam penjagaan di rumah aku melebihi sebulan telah pun berlalu. Kini hampir sebulan juga bapak sudah balik kerumah kampung dengan bibik. Pergerakan bapak ke masjid untuk solat jumaat menjadi masalah jika tanpa motor. Jika solat lima waktu oleh kerana kedudukan surau terlalu hampir dengan rumah bapak boleh berjalan kaki, tetapi masjid agak jauh buat bapak yang telah berusia kalau mahu berjalan kaki.

Untuk bapak - Tidak tergamak pula bila aku balik dua  minggu lepas dia berkata hendak membeli sarapan, pergi ke surau dan jalan-jalan berdekatan terpaksa menaiki basikal. Nasihat supaya solat saja di rumah tidak diendahkan. Mungkin sudah terbiasa dari muda.

JPA 982 - Balik dari kampung itu jugalah kami meronda banyak kedai motor. Cari yang paling kecil, ringan dan mudah untuk start (tekan dibahagian tangan). Bila berjumpa terus booking dengan kedai tersebut. Oleh kerana kami yang menempah pasti nombor ini menjadi pilihan - murah pula booking nombor kali ini. Semalam balik kerja hubby mengambil motor ini.

Buang pembalut - Menarik ada dua tempat duduk. Siapa juga yang mahu naik motor bapak tidak boleh lebih dari 2 orang. Sengaja hubby tempah begini walau boleh juga mengambil yang seat seperti biasa.

Bergaya - Adik dan temannya Nurul Nusroh anak yang mengaji di rumah aku posing bersama dengan muka berminyak-minyak kerana baru lepas bermain basikal di luar. Nampak kehadiran JPA982 sibuk mereka mahu merasa.
~~ Harapan kami semoga bapak gembira memperolehi motor baru ini. Tidak lagi tertunggu-tunggu untuk menumpang seseorang bila mahu ke masjid terutama pada hari Jumaat. Insya-Allah Sabtu ini akan kami hantar ke kampung dan menjadi milik bapak sepenuhnya.~~


78 comments:

  1. tentu bapak akak gembira dapat naik motor yang baru ni..
    bagus dapat tempah tempat duduk macam ni...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terus murah rezeki akak sekeluarga..Senang untuk bapak akak nak gerak especially solat jumaat kan.

    ReplyDelete
  3. tu la mesti die gembira dapat motor baru nak nak dari anak nya

    ReplyDelete
  4. Salam
    Moga bapak gembira dgn kehadiran motor ni kak kak

    ReplyDelete
  5. cute motor bapak tu.Ina suka gak.Macam nak beli satu la utk gi kedai dekat2 tp lesen motor takde pulak .Motor tu mcm motor arwah wak tersayang.Bape ribu tu kak?

    ReplyDelete
  6. wahh mcm ni bapak mmg happy lah kak, mmg cepat sihatnya, moga bapak swntiasa sihat hendaknya, teringat plak pada arwah ayahku

    ReplyDelete
  7. antik motor nie.. susah nak jumpa zaman sekarang..kena jaga elok2 boleh dijadikan warisan :)

    ReplyDelete
  8. wah motor baru!!...mesti bapak suker....

    pagi tadi nampak lagi..JMY982...hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam Kak...
    Alhamdulillah bertuah bapak ada anak yang baik hati memberinya motosikal tnkt kemudahan..semoga senang urusan bapak slps nie...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, rezeki bapak, untung ada anak2 yg prihatin.. sampaikan salam sy pd bapak ya, mudahan dipelihara keselamatan bapak sepanjang perjalanan menggunakan motor ini, Aminnn.

    ReplyDelete
  11. ANAK YG SOLEHAH..:)

    mestilah bapaknya suka kak..

    ReplyDelete
  12. salam.

    wah bestnyaaaaa bapa dapat motorsikal baru. mesti bapa terharu dan gembira sangat kan kak zakie..:)

    ReplyDelete
  13. dah lama x tengok moto macam ni.. dulu kat rumah ada la honda C70 yg sgt antik tapi dah jual..

    ReplyDelete
  14. wah kak .. motor bapak antik tuuu .. dah lama motor nie x kuar dah
    tapi di kg saya , ada je yg simpan dan modified jadi cantik dan menarik .. dah ada group layie kak !

    seat dia cantik lah kak ;))

    ReplyDelete
  15. amek nombor plat motor lama ke?

    ReplyDelete
  16. moto dulu mmg da xleh baiki ke kakak?

    no plat tu no bertuah kakak ke?

    ReplyDelete
  17. Anak solehah.. bertuah ayah dapat anak macam kakzakie ni.. =)

    Alhamdulillah... 1 day i want to be just like u.. :)

    ReplyDelete
  18. Hadiah besar ni! Mesti happy sgt bapak akak. :)

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah ...rezeki bapak dari anak yang amat penyayang dan bertanggung jawab.

    Ayah kak Zai juga pernah jatuh motor semasa balik dari masjid, dari hari itu dia tidak lagi dibenarkan oleh anak2 untuk naik motor dan selepas itu juga ayah sudah tinggal dengan anak2 secara bergilir.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah.. semoga urusan bapak akak terus dipermudahkan Allah dgn adanya motor nih.. :)

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.. seronok bapak akak dapat motor baru.. seronoknya dgr bila akak dapat belikan motor baru untuk bapak akak.. semoga terus murah rezeki akak sekeluarga, insyaAllah..

    ReplyDelete
  22. mesti bapak akak senang hati sgt :)

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah. sayu bila membaca. alhamdulillah bapa kakZ dah sihat. alhamdulillah jugak kakZ dapat membantu beliau. semoga murah rezki kakZ.

    comel sgt motor ni.

    ReplyDelete
  24. cantik plat no motor tu kak hihi

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah syukur, nnti senang la bapak kakzakie nak pergi sana sini

    ReplyDelete
  26. wahh!!mesti bapak gembira dapat moto baru...:)

    ReplyDelete
  27. wah bapak akak mesti gembiran dan terharu kan dapat motor baru ni...

    ReplyDelete
  28. mesti bapak Kakzakie hepi bila terima hadiah ni...klasik tmpt duduknya Kakzakie..samalah dgn motor FIL Nur kaler pink lagi motornya...

    ReplyDelete
  29. Alhamdullillah.. tentu bapak gembirakan tgk anak belikan motor untuknyaa tak payah laa kayuh basikal yang nak guna kederat yang kuat tuh..

    ReplyDelete
  30. mesti atuk senyum tak berhenti lepas ni!

    ReplyDelete
  31. motor peten lama tapi dah di upgrade, cantek molek je... kiut kan kak...

    ReplyDelete
  32. Mesti abah kakak gembira dan terharu sebab anaknya belikan motor... :D

    ReplyDelete
  33. Salam rindu kakak...baru ada kesempatan nak jalan-jalan kat rumah kawan-kawan...:)

    Mesti bapak seronok dapat motor barukan...bolehlah bapak ronda-ronda pusing kampung dengan bibik ..nak kesurau pun bolehlah berdua...bertuah bapak dapat anak macam kakak...:)

    ReplyDelete
  34. touchingnnya...mesti ayah kak zakie happy sesangat..

    kalau saya pun awal2 dah bertenggek kat motor tu..seat ala2 orang muda hehehe

    ReplyDelete
  35. tetntulah bapak akak tersangat gembira terima motor ni kan... ;)

    ReplyDelete
  36. buat round petang2 pon best juga nih

    ReplyDelete
  37. alhamdulillah ...mudahlah bapak ke masjid lepas ni, moga makin murah rezeki kakzakie dan keluarga selepas ini


    ReplyDelete
  38. alhamdulillah...sedih pula baca kisah kemalangan tu sbb kesnya sama mcm ayah saya...

    ReplyDelete
  39. mesti gembira si bapa dapat moto baru lebih2 lagi daripada anak sendiri....

    ReplyDelete
  40. salam kak..harap bapak akk sihat sentiasa

    ReplyDelete
  41. tentu bapak aka rase bahagia sangat kak ,

    ReplyDelete
  42. amboi cucu2 pulak yg lebih teruja

    ReplyDelete
  43. semangat mendapat kenderaan baru..
    tentu bapa rasa bahagia..

    ReplyDelete
  44. Terimakasih Kakak! cewahhh bagi pihak pulak.

    Nombor plate tu nampak sesuai untuk orang lama. Hehhehe

    Alangkah bahagianya bapak nanti... tak sabar nak tengok reaksi dia.

    ReplyDelete
  45. KakZakie, nak tanya lah untuk motor kecik tu berapa RM ek? kalau kak tak keberatan berkongsi dengan kami

    ReplyDelete
  46. bukan saja bapak gembira dpt moto baru, anak n menantu juga dah tentu dpt pahala...mengembirakan hati org tua..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  47. mesti bapak akak happy dpt hadiah motor dr anaknye lebih2 lagi satu keperluan buat dia..

    ReplyDelete
  48. Alhamdulillah..bahagia bapak akak..

    ReplyDelete
  49. mesti bpak akak syok kan..dh ade kemudahan..
    comel je moto tu

    ReplyDelete
  50. terus murah rezki kakak sekeluarga , beli motor utk bapak ke masjid , sama2 dapat pahala , saham akhirat tu , insyaAllah dapat pahala ke masjid juga kak zie sekeluarga...Amin

    ReplyDelete
  51. Mesti bapak akak happy dapat pemberian motor ni. Mumudahkan pergerakannya untuk ke mana-mana

    ReplyDelete
  52. boleh tahan juga cantiknya motor tu kak..mesti seronok la bapak akak tu..

    ReplyDelete
  53. wah seronoklah ayahnya dapat pemberian dari anaknya cenggini...tambah semangat gitu

    ReplyDelete
  54. Cantik dah motor ayah Kak Zakie.. Seat macam jarang Nur lihat..

    Sungguh bertuah ayah akak kerana memilik anak dan menantu yang sungguh prihatin dan penyayang.. Moga kehidupan akak sekeluarga diberkati.. Amin.

    ReplyDelete
  55. Baiknya kak ni.hehe...kita kena bg senang kat org tua..

    ReplyDelete
  56. alhamdulillah..besar pahala nie ;)

    ReplyDelete
  57. salam,

    alhamdulillah, punya anak yg mengambil berat hal ayahnya...

    sy sedih, sbb arwah ayah sy pergi masa sy sdg belajar lg, tp sempat dia nak merasa senang dr seorang anak, huhuhu...

    ReplyDelete
  58. Alhamdulillah... lagilah kalau diguna untuk ulang alik ke masjid....

    ReplyDelete
  59. entry ni buat saya rindu dengan arwah ayah saya...mesti hati ayah akak gembira sangat bila dapat hadiah ni, alhamdulillah

    ReplyDelete
  60. wahh cntikla mtor baru ayah akak ni..npk unik..mcm ayah akak ja ada..hehe

    p/s:bkn denggi akak..kna buat ultra sound ada bji dkt breast trasa sakit mcm lebam.

    ReplyDelete
  61. tabik spring.. ni lah salah satu contoh anak yang baik.. :)

    ReplyDelete
  62. Insya-Allah hari selepas zuhor kakak akan balik kampung menghantar motor ini utk kegunaan bapak. Motor ini murah tidak seperti motor-motor besar yang lain. Harga lebihkurang 4K saja.

    Terima kasih pada semua yang memberikan komen:-

    Aisy nasiha, Huda, Ayu Azmir, Puteri Beribiru, Jna Marcello, inazamri, Aju Mohit, Mrs Eady, Dkna Abza, Sharifah Nadzarah, ummuaidan, Seri Kandi Tanah Jauhar (sebenarnya kami macam takut tapi kesian pulak kalau tak ada motor), Knor, Sherwieyna Muzzawer, Leeza Eelza, ieda, Rapunzeel Cikilolo (bukan no. lama tapi kakak kalau beli kenderaan booking no. ini), aanie (motor lama kami beri pada org lain - tak mahu tengok motor itu lagi), Maria Menado, Ujie, Zaitun (kalau nak ikut anak-anak kita seanga kak zai, bapak kakak tak boleh lama ikut anak-anak), ct rahani, Wanita Mutalib, Hanis Azla, Munnafendy, Kancil 8349, Beb, Haryati Faizal, amirah, Suraya Baharun, Waniey aka IbuQalief, Qhaifa Nur, Rinna, gadisBunga, NM02, Ratu Hatiku, azi, Zie Marziah, Queen Teratal, redza, izan mama mia, ibuIntan, Kamsiah, Mia Kassim, Fairuz Mohd Nor, Nur farahiza, Kesuma Angsana, Sal, Azieazah (no. ini adalah no. kebanyakan kenderaaan kakak), KakNi (lebih kurang 4K aje CikNi), Kak Nora, Sweetmama@Eija, norh, CikZaniff, abg cik, Hazmin, Kasih Salina, SumeSakan, Nur_nba, Man, Adyna, Areef Ibn Naim (jaga mak yg ada cikgu - doakan yg telah pergi), Amie, Ann Ishak, Rohayu Osman, Are_linayu (moga tidak ada yg serious Ayu) dan boni kacak.

    Terima kasih sekali lagi semuanya:)

    ReplyDelete
  63. dah lama x naik moto kak :) bestnya dpt motor..

    ReplyDelete
  64. lepas ni mudah bapa akak nak ke mana pun...ringan moto ni...saya dah lama xbawak motor...harap ada lesen saja...heheh

    ReplyDelete
  65. Kak zakie, bila che mat baca n3 ni...me so taching oredi...

    ReplyDelete
  66. comelnya motor bapak akak..tiada apa yg lebih menggembirakan seorg anak selain melihat kesenangan bapaknya.Pasti bapak akak gembira dengan pemberian ni

    ReplyDelete
  67. alhamdulillah... mesti bapak akka akan gembira sangat2 kan.. :-)

    ReplyDelete
  68. Lepas nih pasti lancar dan mudah pergerakan bapak akak ;-)

    ReplyDelete
  69. Untuk pengetahuan kakak tak jadi balik kampung kerana bapak pula yg datang ke rumah kakak. Planning tidak menjadi. Minggu depan insya-allah baru hantar.

    Terima kasih juga kepada: -

    zila norazila, Aisha Jahirah (kakak naik basikal pun tak pandai usah kata motor), MatGebu, Puan Kutu, IntaNBerlian, Nini D dan Papa Mifz.

    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  70. mesti bapak akak suka..... tak perlu nak mengayuh lagi......

    ReplyDelete
  71. Seronoknya bapak dapat moto baru...tapi sedihnya bila isteri dah tiada disisi!

    ReplyDelete