Tuesday, May 14, 2013

Berkereta comel sebelum bersanding

Hujung minggu menghadiri majlis bertandang anak kawan hubby. Aku pergi dengan adik saja sebab hubby sehari sebelum majlis, sebelah malam dan hari langsung sudah sibuk membantu sahabatnya itu. Membantu untuk menguruskan segala keperluan majlis mengalahkan majlis anak sendiri. Ini kali kedua dia menggunakan hubby untuk majlisnya. Sewaktu majlis pertama anak perempuannya dulu juga hubby yang dia minta tolong untuk membantu. 

Hijau - Cantik bila hijau dipadankan dengan warna putih (jangan dipolitikan pula ye). Berseri. Pengantin lelaki itulah anak kawan hubby.

Comel - Pengantin naik kereta ini. Adik kata dia boleh memandu sendiri kalau ada kereta kecil ini untuk ke sekolah. Hati aku pula terdetik kalau kereta ini dijaga rapi boleh jadi kereta antik suatu hari kelak.

Mama punya - Dapat goodie-bag yang di dalamnya ada sejadah comel, air mineral, mug dan bunga telur.

Adik punya - Adik dapat Air mineral, cawan comel, jajan dan bunga telur.

Koleksi - Banyak juga cawan comel yang sudah menghiasi rumah kami. Susun sehingga menutupi kaki pasu bunga. Hendak guna untuk minum comel benar. Simpanlah entah sampai bila.
~~ Adik boleh kata kalau bagi duit lagi baik. Kelakar juga kita menyumbang duit pada emak pengantin mana mungkin emak pengantin bagi duit semula pada tetamu. Tidak pernah dibuat orang.~~


82 comments:

  1. Hijau tu jarang org guna utk pengantin kan kakzakie? Adik tu ada je komennya. Kalau org Kelantan, mereka biasa bagi barang spt susu, gula, beras dll. Masa adik ipar kahwin dulu, menimbun gula kat dapur sampai bagi2 kat org.

    ReplyDelete
  2. wah...cantik plak warna hijau ngan putih kan...skrg trend org bg cawan comei tu kan...kat rumah pon berlambak jugak

    ReplyDelete
  3. hehehe.. memang comel kereta tu. sepadan dengan pasangan pengantin.hehehe

    ReplyDelete
  4. kerete yg falsya tingin sgt nak drive..hehehe

    ReplyDelete
  5. sama cantik sama padan.. lagi2 gabungan hijau..
    comel nya kereta berarak untuk pengantin hehe

    ReplyDelete
  6. sama sepadan pgntin ni..comel warna ijau..

    ReplyDelete
  7. Alahaii..comelnye kereta tu,sama comel dgn pengantin..

    ReplyDelete
  8. Kereta comel...psgn pengantin pun comel jer.

    Saya kurang suka simpan cwn2 comel tu, kalau dpt saya bg ahli keluarga yg suka simpan.

    ReplyDelete
  9. kete mr.bean ni kak..wah adik siap nak pandu gi sekolah lagi ye..

    memang suka mengumpul hadiah camni..nak guna sayang..

    ReplyDelete
  10. pengantin pun sama cantik sama padan...kereta antik pun comel kan..kalau bg duit semula pada tetamu mungkin tak mau nya tetamu tuh nak ambik balik kan..:)

    ReplyDelete
  11. Salam.
    Saya bernasib baik waktu kahwin dulu sebab hampir kesemuanya bertanya apa yang saya mahu, barangan atau cash....sudah pasti jawapan saya, saya mahu cash! Duit itu jugalah saya gunakan untuk ke perhentian selama 4 hari, bayar catering, bayar khemah, dan lain2 bayaram. End of the day, saya tak berhutang dengan sapa2! Hahahahaha...

    ReplyDelete
  12. Kalau adik
    Boleh drive kete ni bukan sj setakat sekolah tp jugak sempat pg shopping

    ReplyDelete
  13. Banyaknya cawan yang akak dah kumpul..Kalau saya pun mesti tak tau nak buat apa kan..

    ReplyDelete
  14. Alahai...pengantinnya. Comel2 jer. Elok pulak cari sama comel tu. Err, hubby akak kalau anak sendiri kahwin, mcm manalah agaknya dia bersemangat kan?

    ReplyDelete
  15. somelnya ketaaa..

    cawan comel hadiah pengantin bagi ada jugak kat rumah saya kak.. bagi anak2 guna..hehehe..

    ReplyDelete
  16. Jarang dpt goodie bag org bagi sejadah.. menarik laa.. :)

    ReplyDelete
  17. Selamat Penganti Baru buat kedua Mempelai...Hijau Putih...cantik...Pengantin pun sama comel jer....

    ReplyDelete
  18. semuanya comel...kete comel, cawan comel, pengantin pun comel...

    kakak, cawan tu boleh susun cantik2 dlm almari....nak buat minum, kecik sgt...hehe...

    ReplyDelete
  19. Selamat pengantin baru buat mereka. SAma cantik sama padan. Kaler hijaunya pon cantik.

    ReplyDelete
  20. Kakak..
    berseri jugak ye pengantin pakai baju warna hijau putih tu..nampak manis aja...:)

    p/s cenderahati majlis kawin macam tu memang banyak tersimpan...nak diguna tak boleh, nak dibuang sayanggg, nak disimpan..guna banyak ruangkan..:)

    ReplyDelete
  21. mg suka tgk color hijau baju pengantin tu. Samalah dengan adik pun cakap begitu, baik bagi duit aje kat budak2 kecil hehehe

    ReplyDelete
  22. pengantinnya sama cantik sama padan dengan busana hijau.. barang2 dalam goodies bag pun comel2.. kereta tu pun aiza suka sebab comel juga.. hehe..

    ReplyDelete
  23. mmg cantik kaler baju pantin tuh, ketenyer pun comei je... wah2 adik, takmo dpt jajan2 ngn goodies tu tp nk duit ek heheheh

    ReplyDelete
  24. Berseri pengantin. Kalau kereta comel hijau putih lg cantik ;) kelakar pula keluarga pengantin bg duit.. adik2. Kalau ada mmg penuh lah khemah dgn budak2 ;)

    ReplyDelete
  25. idea bagus tu akk heheeee...

    banyak juga barang yg diberikan? suka

    ReplyDelete
  26. Pengantin sama cantik sma padan..
    hadiah pun cantik2..
    boleh, klu nak cuba idea tu Kak..haha

    ReplyDelete
  27. hehe..saya suka warna dress dia semua..hijau..lgi2 baju lelaki kat bahagian bahu tu.. :) kereta mr.bean saya panggil tu kak.. ^^

    ReplyDelete
  28. Salam Kakzakie,

    Kat rumah ni banyak cawan comel2 tu, akhir sekali beri kpd sesiapa yang buat koleksi. Mak Aji dah x larat nak mengelap habuk kat benda2 kecik macam ni. Memang mak pengantin konpius nak beri door-gift apa kepada tetamu, sesuatu yg org x buang gitu aje, boleh kekal jadi kenangan. Memang pening!

    ReplyDelete
  29. hahaha...best la idea adik tu...memang cantik sungguh bju pengantin tu kak..sebab amie minat sgt dengan ijau..huhu..terfikir berapa bykla bajet untuk kenduri kalau goodies bag nya ada mcm2 benda camni? ermm...tu baru sambut menantu tu. memang nak buat kenduri skrng ni makan belanja besar sgt kak. aritu tu pun buat kenduri aqiqah budak2 ni terasa besar sungguh la belanja skrng ni

    ReplyDelete
  30. wahh kak .. meriah dia punya door gift ;)

    menarik .. murah rejeki tuan rumah kan kak ..

    ReplyDelete
  31. selamat pengantin baru buat kedua mempelai, semoga berbahagia hingga ke syurga.
    Betul tu kakzakie, kadang2 banyak souvenir dari pengantin yang disimpan, tak dipakai, nak buang sayang, nak simpan pun lama2 berserabut juga kan.

    ReplyDelete
  32. tahniah buat pasangan mempelai...cantik pulak kalau hijau daub tu.... meriah......
    goodies bag pun ohsem...ada mcm2....

    ReplyDelete
  33. Salam kak zakie...comelnya kedua pengantin..naik lak kete comel mmg sesuai la.Selamat menempuh alam baru & semoga pengantin bahgia hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  34. Tertarik sungguh dengan warna baju pengantin tu...hijau putih, berseri pengantin. :)

    ReplyDelete
  35. cantiknya pengantin...semoga kekal hingga ke jannah..inshaallah... dah dekat cuti sekolah ni mesti meriah dengan jemputan kenduri kahwin... :)

    ReplyDelete
  36. Memang sepadan pasangan pengantin tu....
    Betul lah kak, semua gelas tu comel, sayang pulak nak guna...:D

    ReplyDelete
  37. Hahahahah bertuah betul adik!! Kite salam kaut...tup3 kite plak dpt duit balik ye hehehehe...betul tu kak...dah x tau nak buaz ape, byk terkumpul goody yg dpt dapat dr gi majlis kawin...

    Tolong menolong kak ...nantibturn akak ade majlis besar mereka plak hulur kan tgn membantu kan....

    ReplyDelete
  38. betul gak tu kak.. elok bagi duit kann.. dari bagi benda2 tu kemudian kita buang kalau kurang berkenan di hati. betul lahh.. bagus idea tuu.. hee

    ReplyDelete
  39. comel psngan pengantin..lama tak singgah..bz benar ayu..hihi..tq kak wish besday ;-)

    ReplyDelete
  40. sama segak sama padan...cantik, semoga berkekalan selamanya ye

    ReplyDelete
  41. Kalau bab cenderahati ni memang kena buat banyak pertimbangan takut jadi membazir. Pendapat Aina kalau nak bagi biarlah bagi sesuatu yang berguna yg boleh dimanafaatkan.

    ReplyDelete
  42. moga pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat amin..

    psstt: part cenderahati tu, kalau cawan kecik2 tu eemm.. simpan jelah.. sampai ada antaranya bagi kat orang pun ada..

    ReplyDelete
  43. comelnya keta tu sesuai ngan pengantin...kaler baju pengantin pun cantik :)

    banyaknya koleksi kak, saya kalau dpt terus bagi kat member lain...heheh...

    ReplyDelete
  44. cutenyer kereta tu kak...suka persalinan hijau emarald tu cantik...

    ReplyDelete
  45. Comel pengantin.. Hubby saya suka kereta mini tu kakak.. :)

    ReplyDelete
  46. Sama cantik sama padan.
    Betul tu KakZakie,kalau kereta tu dijaga dengan baik. Jadi kereta antik :-)

    ReplyDelete
  47. nini bersanding dulu pun pakai kaler hijau

    ReplyDelete
  48. pengantin comel..kereta comel...goodies pon comel.,heheh

    ReplyDelete
  49. assalam kakzakie,

    comel sungguh aih kereta pengantin...
    idea yang menarik. susah nak jumpa ni. perkara2 yang unik macam ni lazimnya sentiasa diingati...kan.. :-)

    ReplyDelete
  50. cantiklah kaler hijau tuh...sejuk mata memandang...
    pengantin naik kereta antik...perlu buat kenangan dihari bahagia...
    Nur tak pernah lagi naik kete mr bean ni...

    ReplyDelete
  51. kereta pengantin dia comel! hihih

    ReplyDelete
  52. memang cantik sangat warnatu.. ingat raya nak pilih warnatu.. selamt pengantin baru ...

    ReplyDelete
  53. cawan comel keta comel..pengantin pun comel..:) selamat pengantinn baru moga bahagia hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  54. ina suka ijau tu kak.rasanya mcm sekaler ngan tema bakal baju raya ina thn ni hihihi

    ReplyDelete
  55. berseri je pengantin.hijau warna peberet sy juga..(jgn politikkan juga) haha..

    sy sokong adk.bg duit lg bagus.singit pun takpe.:)

    ReplyDelete
  56. cawan2 comel hadiah hari guru tahun2 lalu byk saya simpan..guna utk majlis 2 Abdul kot nanti..hahaha...

    p/s kat sp ada kk. satu hamba Allah yg dikenali di sini. kalau kita hadiri majlis kenduri yang dibuatnya, tetamu diberi rm20 seorng. keluarga depa selalu sedekah aiskirim malaysia kat budak3 di masjid2 area sp masa solat jumaat

    ReplyDelete
  57. cantiknye mempelai dgn sepasang baju hijau... nice jugak kan tema hijau ni... jarang2 rasanya org amek kaler hjau camni... gelas tu dah mcm gift masa deqla kawen dulu...hihi...

    ReplyDelete
  58. kak, pengantinnya sama cantik sama kiut. warna baju pun lawa. huhu tidak kak, Nisah tidak akan mempolitikkan bajunya yang indah itu.

    >> meriah juga goodie nya ye kak, mcm2 ada, sejadah tu bolelah guna utk travelling, bwk ke masjid, bolehlah si pemberi menumpang pahala kan kak..

    ReplyDelete
  59. hijau..sama cantik sama padan.
    sesua dengan kereta come itu

    *kak,try la shaklee tu.sy makan alhamdulillah. utk dalaman sy guna shaklee.. utk luaran sy guna syampo gamat tu ;)

    ReplyDelete
  60. salam kz ..
    sama cantik sama padan ..
    semoga berkekalan sampai kehujung hayat ..
    amiin ..

    ReplyDelete
  61. Comei pengantin. Cawan kecik2 sy pun byk.

    ReplyDelete
  62. Comeinya pengantin dan keta kecik tu pun comei je....wah byknya dpt brg yg ada dlm goodie tu.

    ReplyDelete
  63. comel jer dua dua pengantin.. tetiba teringat zaman kawin masa muda dulu2... hihihihi
    Dah lama tak makan kenduri ni...sabar2 :)

    ReplyDelete
  64. saya pun dah simpan byk mug english style nih . dari yg comel sapai la mug besar . saya mmg suka n nak buat collections .

    ReplyDelete
  65. salam kak

    Memang comel kereta tu, tgk no plat pun mesti umurnya dah cecah belasan.atau puluhan tahun. =)

    ReplyDelete
  66. knor pulak jenis hilang entah kemana kak...dpt buah tangan tak reti nak simpan..merata letak..

    kagum dgn kak..elok tersimpan

    ReplyDelete
  67. wah meriahnya goodie bag... bertambah lagi bajet nak kawin cam ni huhu

    ReplyDelete
  68. Assalam KakZakie... dah ada pengalaman senanglah hubby n KakZakie menguruskan kenduri kahwin anak sendiri nanti


    skarang trend cawan2 kecil dan comel ni, sy pun simpan juga cwn2 tu

    ReplyDelete
  69. Salam K.Zakie..
    sama cantik sama padan pengantinnya.. mabruk!

    kaler hijau tu jgk memikat mata.. rasa mcm nk kawen lg sekali je.. hehehe..

    byknye koleksi cawann :)

    ReplyDelete
  70. rumah PM ni pun ada beberapa cawan comel mcm tuh, tapi buat masa nih tersorok kat dalam stor jer...hehe

    ReplyDelete
  71. sejuk pandangan bila sesekali nampak pengantin mengenakan pakaian warna hijau dan krim.sama cantik sama padan kedua mempelai..

    ReplyDelete
  72. cantik ijau tu.. x kan ade yg nk politikkan kot.. hihi..

    ReplyDelete
  73. byknya goodies bag.. mmg meriah dgn adanya kete comel camni..

    ReplyDelete
  74. Majlis kawen sekarang ni ada ada aje doorgift yang diberi kan kanda..... kalau dulu dapat berkat ngan bunga telur.... itu pun dah kira best sangatlah!

    ReplyDelete
  75. assalamualaikum kakzakie...cantik baju pengantin tu menarik...;)

    ReplyDelete
  76. mmg tak pernah buat org bagi duit kat tetamu..

    hehe

    ReplyDelete
  77. Mohon maaf kakak agak sibuk. Terima kasih atas segala komen diberi. tidak dapat list satu persatu tapi semunya telah kakak baca.

    Sekali lagi terima kasih dari kakak.

    ReplyDelete
  78. Salute tengok,masih ada pengantin yang menghargai kereta lama

    ReplyDelete