Monday, May 13, 2013

Bulan penuh perayaan

Bulan Mei merupakan bulan paling banyak perayaan. Hari Pekerja baru berlalu. Ada Hari Ibu (walau banyak yang masih mempertikaikan), Hari Jururawat, Hari Guru, Hari Belia atau ada lagi yang mungkin aku tertinggal. Baru-baru ini adik membeli majalah Ana Muslim terkepil di bahagian tengah majalah satu kad Hari Ibu dan tiga kad Hari Guru diberi percuma. Sukalah adik. 

Kad - Satu Kad untuk Hari Ibu dan satu untuk Hari Guru. Comel gambarnya itu yang adik memang peminat nombor satu apa saja barangan Ana Muslim. Kad Saya Sayang ibu itu telah pun diberikan pada aku semalam.

Dua lagi - Untuk guru bahasa Inggeris dan seorang lagi guru pilihan hatinya.
Setiap tahun bila menghampiri Hari Guru aku jadi pening hendak membeli  hadiah untuk cikgu-cikgu adik. Tahun ini hendak beli coklat sajalah. Daripada barang akhirnya bila ada hari keusahawanan cikgu akan jual semua hadiah tersebut. Maklumklah berapa banyak cikgu menerima hadiah dari anak muridnya, kalau setiap tahun ada yang memberi. Mahu penuh almari rumah cikgu.

~~ Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Jururawat, Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Belia pada semua yang terlibat mana salah satu perayaan tersebut.~~


84 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Zakie. tahun ni kawan saya ada jual coklat untuk hari guru, memang saya order yang tu. kalau coklat, cikgu nya tak makan at least anak2 cikgu tu makan.

    ReplyDelete
  2. 1stly, selamat hari isnin kakak :)
    em, hari ibu masih dpertikaikan.. sambutan org kristian katenya.. Wallahualam.. ALLAH tau niat kita :)
    sronok la adik ber-ana muslim ye

    ReplyDelete
  3. selamat hari ibu mamazakie...
    dr...muaz, muiz dan mujib...ummi mumumu sekalik...kikiki

    ReplyDelete
  4. bagus gak bg coklat tu ..nak beli coklat or cupcake je la kali ni

    ReplyDelete
  5. salam pagi isnin kak zakie.. ok juga hadiah coklat.. walaupun dah lambat, aiza nak ucapkan selamat hari ibu kepada kak zakie..

    ReplyDelete
  6. betul lah kak....cantik kad-kad adik tu....ita dah siap hantar kat yana barang-barang untuk bagi hadiah hari guru nanti...

    ReplyDelete
  7. emm saya pun tgh fikir2 jugak nak bagi apa kat cikgu... coklat tuh memang good idealah kak.

    saya rasa mungkin kita boleh celebrate mothers day pada hari lain kut, yang bukannya ada kaitan dengan sambutan dalam agama lain. Apa2 pun setakat ini takde fatwa mcm Valentine day tuhkan

    ReplyDelete
  8. Bulan penuh keceriaan... bulan yg itunggu2..

    ReplyDelete
  9. Saya nak bagi cikgu2 pen jelah, at least diaorang boleh guna kan..

    ReplyDelete
  10. hehehe...

    lame dah tak beli hadiah-hadiah ni

    :)

    ReplyDelete
  11. hari2 hari ibu...selamat hari ibu bt k zakie

    ReplyDelete
  12. saya setuju bg cikgu coklat. coklat pun dh pelbagai rupa dijual sekarang.

    btw, selamat hari ibu ye kak~

    ReplyDelete
  13. selamat hari ibu kakak..bagus jgk hadiah coklat tuh kan..lgpun rama sgt anak murid..takder cikgu nak betul2 kenang semuanya kan..:)

    ReplyDelete
  14. bagusnya ada kad dalam majlah tu..senang kan kak...takyah nak beli lagi. lagipun kad tu pun comellll sgt gmbrnya

    ReplyDelete
  15. Selamat Hari Ibu buat akak jugak ye :)

    Bulan ni bulan kelahiran MJ jugak ;)


    p/s : Kak, TQ komen, MJ dok berkira-kira samada nak bermalam di Melaka 2 Malam atau 1 malam Melaka 1 malam Muar.. Akak ada cadangan?

    ReplyDelete
  16. Saya pun nak kena siapkan hadiah2 untuk guru2 anak saya kak...

    ReplyDelete
  17. selamat tuk semua hari,..tapi izan ada hr paling special bln nie..ahah...

    ReplyDelete
  18. selamat hari ibu untuk akak...

    ReplyDelete
  19. selamat hari ibu kak... bln nih msti ramai mak budak pun bz sbb nk mencari hadiah utk cikgu2 gk kan...

    ReplyDelete
  20. Selamat hari ibu Kakzakie..comel kad dari Ana Muslim tu yang adik bagi tu.

    Yelah kan, bulan ni banyak sambutan, meraikan yang berbakti dan yang tersayang, moga terus berbakti dan berkasih sayang, insyaAllah.

    ReplyDelete
  21. assalam kakzakie..memang comel gambar tu..patut adik suka

    ReplyDelete
  22. Assalam k.zakie...:)
    btul la..bln mei ni mcm2 hari ada...tp pling pening hari guru la...anak2 bzy plak nak bgi gift kat cegu...ibunya la dok pikir nak bgi apa ni...

    ReplyDelete
  23. Selamat Hari Ibu Kak Zakie!best la.. anak2 kak Zakie sume dah besar2..mesti dpt kad atau hadiah kan...mesti senyum2 simpul la Kak Zakie, heee~

    ReplyDelete
  24. masih sempat lagi kan nk ucap selamat hari ibu.. heee

    ReplyDelete
  25. Dulu saya jd cikgu taska ja,
    seronok dpt hadiah dr anak murid walopun coklat ja..

    ReplyDelete
  26. selamat hari ibu utk kakzakie..sama lah dgn saya kak..thn ni saya belikan brg kraft utk di beri pd cikgu ank2 nanti

    ReplyDelete
  27. memang bulan ni penuh dengan sambutan2 kan akak...sy dapat smbut hari ibu, hari pekerja n hari guru...seronok bln ni...

    ReplyDelete
  28. Mcm2 sambutan bulan Mei. Agaknya sebab nama Mei tu paling sedap disebut ;) cantik kad2nya.. saya rasa hadiah makanan lebih sesuai juga..

    ReplyDelete
  29. Macam2 sambutan perayaan... Alangkah baiknya jika tanpa sambutan tapi diingat setiap hari, bukankah itu lebih baik.
    Bila ada sambutan, macam utk diingat setahun sekali jer...

    ReplyDelete
  30. hari guru tak lama lagi akan disambut..kecohlah wahai anak-anak minta beli hadiah...

    ReplyDelete
  31. Mei memang bulan yang penuh ngan perayaan... mei yang meriah...
    dah belikan pun untuk anak2 buat hadiah kepada gurunya....

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum kakzakie..betul tu bln Mei mmg byk perayaannyakan...selamat hari ibu yer...;)

    ReplyDelete
  33. Sekadar menghargai satu hari yg dikhas kan buat mereka2 yg byk berjasa ini....tidak salah meraikannya...semoga mereka2 yg diraikan itu gembira.....

    ReplyDelete
  34. Meriah bulan ni kak ☺☺

    Hari2 adalah hari ibu. Minggu ni pon ada sambutan hari guru kat tadika anak saya.

    ReplyDelete
  35. Terima kasih atas ingatan....
    saya pun terlibat tu.....(yeke ingat kakzakie???)

    ReplyDelete
  36. Coklat atau cup cake yg comel2 tu, mesti cikgu suka pada kelainan. Kadang2 hadiah yg di beri tu sama ja pening agaknya cikgu nak buat apa dengan semua hadiah yg anak murid beri.

    ReplyDelete
  37. banyak banyak hari, hari apa yg take?


    Hari Doktor kak...

    ;P

    ReplyDelete
  38. betul lah kak.. bulan may nie rasa padat sgt jadual... hari2 tido cepat.. hehehe...

    #ada kena mengena tak?.. hehehe..

    ReplyDelete
  39. Selamat hari2 tu semua....
    Ada dengar juga tentang hari ibu tu...tapi yang penting niat kita...apa kata UAI, setiap hari adalah hari ibu....:D

    ReplyDelete
  40. Betul la kak. Setiap kali hari guru pening pk nak beli apa.

    Selamat hari ibu kak.

    ReplyDelete
  41. seronok kakak, dpt hadiah dr anak :) nisah tumpang gembira ye..

    Hari Guru, dulu mase sekolah2, nisah jarang bg hadiah kat cikgu. susah. duit belanja pun xde, inikan pula duit nk beli hadiah. jd biasanya buat kad sendiri dn hadiahkan kat cikgu. takpun petik bunga sekolah bg kat cikgu je hehhee. Kak, kalau belikan coklat2 yg berbentuk bunga2 pun ok jugak kan.. boleh di buat makan hehe

    ReplyDelete
  42. Selamat hari ibu kak walaupon dah lewat sehari.. :)

    ReplyDelete
  43. biasala tu kak... nak menghargai cikgu sekolah...

    ReplyDelete
  44. ala akk, KY pun sama tak tahu nak beli apa lagi, budak2 ni pulak, lagi ada cikgu lagi tu lah nak bagi hadia, kalau blh satu sekolah guru nak bagi hadiah

    ReplyDelete
  45. assalam kakzakie,

    tiba-tiba saya pulak teringin nak jadi cikgu..hehe. tapi cikgu ni adalah satu profession yang mulia..apatah lagi 'profession' sebagai seorang ibu. happy mother's day untuk kakzakie...

    ReplyDelete
  46. Selamat Hari ibu buat akak.. :)

    Mushaf Furqan tu boleh didapati di seluruh pasaraya Mydin kat Malaysia kak.. :)

    ReplyDelete
  47. boleh raikan apa saje asalkan x berlebihan dan bersederhana kan kak !

    ReplyDelete
  48. akak...comelnyer kad tu saya paling suka katun2 ana muslim ni semuanyer kiut-kiut...

    ReplyDelete
  49. saya tak beli apapun lg untuk sambutan hari guru anak saya...

    ReplyDelete
  50. teringat dulu.. kalau hari guru je.. takde bajet besar kan.. sekotak tisu tu rm1 je.. so balutkan kotak tisu je bagi hadiah hari guru kat cikgu.. time tu sekolah rendah.. :D

    ReplyDelete
  51. Selamat hari ibu utk kakzakie juga :-) juga selamat hari guru :-)

    ReplyDelete
  52. Memang cantiklah kakak kad2 tu.. comel2 gambar tu..
    Selamat hari ibu buat kakak ya.. :D

    ReplyDelete
  53. kan kan..banyak sambutan hari-hari tertentu... hari wesak pon tak lama lagi...weeeee...extra cuti untuk berhujung minggu...

    ReplyDelete
  54. dah dpt free, jimat duit beli kad kan...

    hadiah utk mama takde ke adik??

    ReplyDelete
  55. cantiknya kad hari guru versi muslimah gitu kak..

    ReplyDelete
  56. Tak semestinya kak.. kadang2 tu takde hadiah langsung. Untung cikgu2 sek rendah, rasanya mereka lebih dihargai oleh anak2 murid.

    ReplyDelete
  57. Betul tu kakzakie,guru2 anak Nurul awal2 dah beritahu jgn kasi mug,klu nak kasi hadiah mcm marker pen boleh sbb akan digunakan,dan ada juga diorg jual amal hadiah2 yg anak murid tu kasi.

    ReplyDelete
  58. betul . mmg banyak . hadiah kaca / vace , akak saya tggl kat sekolah . pernah dpt tea set , gelas , tudung , jam dinding , pizza pun ada ... thn nih x tau dpt apa ...

    ReplyDelete
  59. Selamat hari ibu buat kakzakie.

    Cantik kad adik.

    ReplyDelete
  60. dah saya ni cikgu kak, alau saya kan kak...hadiah paling suka ialah pen merah (yg elok sikit) dan tuala..hahaha.. (bocor rahsia). yg lain tu..kalau diberi, saya ambil juga...

    ReplyDelete
  61. Tak tahu pun ada majalah ana muslim tu kak,,elok kan dari duk minat barbie tu..
    Kalau kt sek hr guru,tanya cikgu ank2 nak apa,,diaorg biasanya nak stapler,pen ke marker ke..hehe,,

    ReplyDelete
  62. Alhamdulillah, anak-anak sekarang pandai mengenang budi cikgu.

    Selamat hari gurulah pada semua cikgu2 di mana saja berada.

    ReplyDelete
  63. Selamat hari ibu utk kanda juga.......moga kanda bertambah mithali hendaknya....

    ReplyDelete
  64. salam ziarah akak, moga sihat2

    bulan ni banyak sambutan, apa pun, selamat hari ibu utk akak =)

    ReplyDelete
  65. Btul tu akk....byk bnar perayaan bln mei....comei kad tu....

    Psss....yea akk...task dh selesai sabtu lalu...ahd rhat sekejap....dan hr nie ke kg kemensah...sj utk riadah....

    ReplyDelete
  66. Selamat hari-hari.Yg femes hari gurulah.

    ReplyDelete
  67. betullah.. memang bulan ni banyak perayaan lah. baru saya perasan..

    ReplyDelete
  68. Untung jadi cikgu ngan jururawat....

    sape jadi doktor arkitek jurutera n peguam memang tak merasa nak sambut hari yg special..... uhuhuhu

    ReplyDelete
  69. Kalau ikutkan setiap hari perlu kita saling menghormati walau apa jawatan dan siapa kita. Namun menjadikan satu hari yg istimewa sebagai peringatan mungkin agar siapa yg terlalai akan sedar peri pentingnya mereka itu dalam kehidupan seharian kita.

    Terima kasih semuanya:-

    KakNi, aizu's life, azian, inazamri, Mizz Aiza, anitadiana, mila@rimbun, Nurulhuda Abd Latip, Zie, Rapunzeel Cikilolo, dhiera, ummuaidan, Knor, amirah, Myra Jay, izan mama mia, Pokok Manggis DR, Aziela, redza, Angah, norhidana miswan, ummiross, Asyifa Mustaffa, Acik Erna, Emme, tenku butang, Aine Ainun, fairus mohd nor, izzah, Ummi Iman, Bin Muhammad, Qhaifa Nur, Cho Zila, Mas Zull, Eye_nee, ahamad humairi (ingat cikgu tau...), Fiza Rahman, Daddy Ziyyad (doktor dah diingat selalu oleh ramai orang), JunAIna, rohayau Osman, Mia Kassim, Ibu Lala, Nisah Idham, Zee Suhaini, Haryati Faizl, KY, Murni Alfathunisa, Cik Nurul Seizuka, Kesuma Angsana, Lizz@Haslizalizz, masya, Jassnani, Nini D, Bunda aka KN, Ratu Hatiku, Pn Bayu, aanie, Rai Ourkizuna, Nur_nba, Nazayiena Ayiena, Harumanvee, Zaitun, Anim (kalau macam tu senang nak cari Anim), Suri Solehah, hainom OKje, Mak Long aka Kunang-kunang, Mohamad azhan, Henrietta Jose, eira eixora, Juhariah Johari, boni kacak dan MyStoryPic.

    Terima kasih atas segala ucapan diberi buat kakak. Moga bulan berkasih-sayang ini kita hargai selalu.

    Terima kasih selali lagi:)

    ReplyDelete
  70. Selamat hari ibu ye kak zakie...suka tgk kak zakie didik anak suka membaca...belikan buku mcm2...ju nk tiru kak zakie nanti bila si QI dah besar :)

    ReplyDelete
  71. sy pon baru perasan yg bulan ni byk hari perayaan kan...tp yg special nye jugak bulan ni merupakan bulan rejab kak...so ramai yg mengambil kesempatan berpuasa sunat rejab.. indahnye

    ReplyDelete
  72. heluuu kakak...not to late nak wish selamat hari ibu..

    ReplyDelete
  73. ana muslim comel..hehe..selamat hari ibu ya.. :)

    ReplyDelete
  74. selamat hari ibu kak.... sweet kad tu..........

    ReplyDelete
  75. eh deqla lom komen ye entri ni..huhu.. ok lupa..kehkeh.. selamat hari ibu ye buat kakzakie... =)

    ReplyDelete
  76. Tgh fikir nk bg pe kt teacher anak2. Last year bg brooch.

    ReplyDelete
  77. Salam K.Zakie..
    selamat hari ibu buat yg menyambutnya..juga buat nursers, belia dan semua yg sambut sambutan di bulan mei ni..

    mesti seronok dpt kad selamat hari ibu dari anak2.. :)

    ReplyDelete
  78. bulan mei bulan paling bz sekali..

    ReplyDelete