Friday, June 28, 2013

Banggakah andai ianya mencalar maruah

Semua penjaga dengan anak masing-masing duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu giliran. Setiap kali bertemu dengan guru kelas sedikit sebanyak apa yang diperkatakan guru tersebut dapat juga ditangkap oleh cuping telinga kami yang menunggu. Buku rekod mencatat markah dan kedudukan dalam kelas tercatat satu-persatu seperti biasa. Dalam pada menanti pendengaran telinga aku dan aku rasa semua yang ada di kelas ketika itu dapat menangkap perbualan penjaga murid yang mendapat tempat pertama dalam kelas. Melihat wajah si anak pun sudah terserlah wajah budak pandai.

Penjaga (bapa): Semua saya puashati ustaz tapi kenapa sirah jauh sangat markah cuma 70 peratus?
Ustaz: Mungkin sebab tarikh-tarikh, tempat dan nama yang membuat dia susah hendak mengingat. Contohnya macam nama imam syafie pun bukan nama sebenar.
Penjaga (bapa): Ha... betul juga. Jadi siapa nama imam syafie sebenar ustaz?
Ustaz: Jawablah Lela (bukan nama sebenar anak penjaga tersebut sambil ustaz senyum).
Penjaga (bapa): Tak tahu ke ustaz? Ini saya baru uji sikit aje ni.

Terkejut betul aku dengan pertuturan si bapa itu. Mana mungkin dalam pada mengambil buku rekod sehingga ada maksud mahu mengenakan ustaz pula. Aku tahu ustaz  tahu jawapannya tapi terasa bagaikan budak kecil andai dia menjawab soalan tersebut. Sebaik penjaga itu keluar baru kami tahu ayah anak itu seorang Professor. Tapi sayangnya tidak menunjukkan profession yang disandang.

~~ Banggakah bila ada niat menjatuhkah maruah orang di hadapan orang ramai.~~

77 comments:

  1. mungkin ada riak dihatinya...semoga si bapa dan kita semua juga diberikan sifat tawadhu didalam diri..

    ReplyDelete
  2. Bagi saya.. tak kisahlah jawatan ibubapa tu lagi tinggi dari guru yang mengajar anak-anak.. tapi hormatlah sikit guru yang mengajar anak-anak kita.. tanpa mereka belum tentu anak-anak kita dapat menguasai ilmu yang diberikan.

    Tak patut dia bercakap macam tu.. :(

    ReplyDelete
  3. nampak sgt riaknya tu...orang pandai sangat ni pun kadng2 ada lemahnya dan dia x nampak kelemahannya...apa la agaknyda dalam hati ustaz tu yer...

    ReplyDelete
  4. aduhai.. kesian ustaz tuh diperkotak-katikkan.. kasi anak tuh biar bapa dia yg ajar.. boleh ke jadi sebijak itu.. aduhai..

    ReplyDelete
  5. cerita teladan yang sangat berkesan kak zakie...
    sebenarnya jika kita memuliakan orang lain ianya turut meninggikan taraf kita, tapi jika kita menghina orang lain, ianya sama dengan menghinakan diri sendiri walau setinggi mana pangkat or taraf pendidikan kita.Moga terpelihara dari buruk adab dengan sesama maanusia

    ReplyDelete
  6. of course la ustaz tuh tau jawapan tuh kan kakak..falsya respect ustaz tuh..yg nmpk kebudak2an adalah si ayah bdk tuh..

    ReplyDelete
  7. Wlupun seorang ustaz, tk semesti ustaz tau semua, ilmu ugama terlalu luas, apatah lg bila ambil pngkususan sesuatu bidang. Akan trkurang dlm bidang yg lain, kecuali yg memang mmpelajari kesemuanya.
    Berbalik kpd soalan pnjaga tu, mungkin sekadar soalan spontan yg tk ada kena mngena utk mnguji kot

    ReplyDelete
  8. ada benarnya "berdiam diri itu lebih baik" ..
    dari keadaan bertambah panasssss...

    ReplyDelete
  9. Rietta yakin sgt ustaz tu tahu....tpi dia nk bg peluang anak org tu jawap....hmmm....xpe larr akk...biar jerr dia mnunjukkan ketidakpandaian dia sendiri...bukan ustaz tu....tpi rmai org yg profession tinggi dlm bdang akademik, memandang rndah pda ckgu ckgu, sbb dia rasa diri dia hebat...klu ikut hasutan syaitan....nak aje rietta soh dia sendiri ngajar anak dia...xyah la hntar ke sekolah...hehehe....

    ReplyDelete
  10. Jawatan yg disandangnya merupakan satu bonus kepadanya hasil usaha kuatnya sebelum ini..namun sifat tidak sopan akan menutup rasa hormat org pada status jawatan yg dimilikinya...semua status, jawatan kedudukkan bersifat sementara kan kak..namun berbudi, baik dan sopan sampai mati dikenang org biar pun tidak berkedudukan tinggi...

    ReplyDelete
  11. cer ustaz tu tanya dia balik soklan2 agama tu,..dapat tak dia jawab..masyallah..orang mmg senang nak menjatuhkan air muka seseorang.

    ReplyDelete
  12. Masya Allah ada jugak org mcmnie ya kakak...

    ReplyDelete
  13. Subhanallah.... Betullah..kadang2 bila seorang insan itu rasa 'mempunyai' dia lupa riak seiring dengan rasa itu. Semoga saya tidak begitu. Na'uzubillah.

    ReplyDelete
  14. MasyaAllah..sampai macam tu sekali, begitulah bila riak dan takabbur bersarang dihati.Minta dijauhkan..

    ReplyDelete
  15. kadang2 mungkin niat dia ingin bergurau, cuma slh orang & waktunya.. hati org x siapa yg tahu :)

    ReplyDelete
  16. terserlah sikap tidak profesional walaupun bekerja sebagai profesional...

    harap anaknya tidak akan mengikut jejak kan kak....

    ReplyDelete
  17. nasib baik ustaz pun sabar...kadang2 tu profession pun tak membayangkan personaliti org tu...

    ReplyDelete
  18. kemainkan..orang macam tu pun ader...
    riak sungguh..

    ReplyDelete
  19. pengajaran utk kita jugak kan kak..jgn riak/bangga dan anggap rendah pd org lain.

    ReplyDelete
  20. aduhai...bukan mai si bapa ni

    ReplyDelete
  21. bangga sangat profession dia agaknya..kecil hati ustaz tu...

    ReplyDelete
  22. Itu lah nama nya Professor Kangkung kak zakie...ramai professor kangkung yang mak & adik saya perlu hadapi di sekolah mereka mengajar...Sebab dekat dgn UTM...:P Tapi ramai juga professor yang merendah diri, yg jadi pembantu tadbir lagi bongkak pun ramai...Hahahaha

    ReplyDelete
  23. Sifat manusia yg sukar di buang. Pangkat bukan bererti dia tahu segalanya tapi cara dia tu seolah2 cuba mengaibkan ustaz tu. Apa rasa dia suatu hari org buat macam tu kat dia pulak.

    ReplyDelete
  24. Situasi umat akhir zaman kot? Tak nak komen banyaklah, muak rasanya berhadapan dgn situasi macam ni..semalam ppun ada kes macam ni, tak hadapi secara langsung pun, tp dgr tepi pun rasa geram....

    bagi saya, moga kita ambil iktibar. risau juga saya hari ni kutuk orang, kot Allah uji saya esok lusa, saya pula yang buat gini..

    ReplyDelete
  25. Astaghfirullah...semoga kita dijauhkan daripada sifat2 mcm tu kak....huhu...

    ReplyDelete
  26. dalam tak sedar mgkin ada sedikit riak..erm! moga dijauhkan dr sifat begitu.. apalah sgt ilmu yg kita ada..

    ReplyDelete
  27. riak!
    apa guna berpangkat professor tapi tak tahu menjaga air muka org lain.

    ReplyDelete
  28. jangan la merendahkan maruah orang.
    berpangkat tapi tak reti hormat

    ReplyDelete
  29. ish ish ish..patutnya makin tinggi ilmu makin tunduk. tp makin riak pulak. jgn la kita jd cam tu kan kak.

    ReplyDelete
  30. Kadang tu kita mmg kena belajar dan melihat dari pengalaman orangkan kanda...
    Dari situ kita boleh pilih mana yg patut dan tak patut kita buat.
    Manusia nikan mmg mudah lupa tp akhirnya akan sedar semula selepas itu!

    ReplyDelete
  31. aiyoooh?

    ape hal mcm tu?

    ReplyDelete
  32. aduhai..sayangnya...tak sepadan dengan taraf pendidikannya..sedih

    ReplyDelete
  33. agaknya dia pun tak tahu saja2 tanya mcm tu :p hehehe

    ReplyDelete
  34. Minta dijauhkan daripada sifat riak sebegitu...
    kesian ustaz tu...

    ReplyDelete
  35. Salam K.Zakie..

    Huhuhu..
    Siapapun kita di dunia ni tak penting kan..
    yg paling penting.. siapa kita dimata allah..:)

    ReplyDelete
  36. MasyaAllah begitu kata2 seorang profesor terhadap seorang ustaz yg memberi ilmu kpd anak... Nauzubillah sikap riak yg macam tu ...

    ReplyDelete
  37. sampai hatinya buat macam tu, kita mendidik anak untuk jadi terbaik, tp kalau sikapnya sebegitu, tentulah contoh yang tidak baik buat anak, kesiannya ustaz tu

    ReplyDelete
  38. iskiskisk... nak tunjuk dia andai la tu... x baik kan kak

    ReplyDelete
  39. ada juga parents yang mcm ni yer ! ( ps. tq sbb memahami akak. KA sgt2 appreciate )

    ReplyDelete
  40. anak dia masih panjang lagi masa untuk belajar....

    ReplyDelete
  41. kkdg cikgu stress dgn ibubapa diorg ..lbh2 lg yg suka memperlekehkan kwibawaan guru..ank zila masa bersekolah di tmn u ramai prnts diorg prop jgk..camnelh fenomenanye..cikgu kkdg malas nk layan kak..

    ReplyDelete
  42. entry pengajaran ni, takpe ustat tu lagi profesional dari dia, insha Allah

    ReplyDelete
  43. mungkin timbul riak di hati bapa itu.. semoga kiter semua dijauhkan dr sifat2 sebegini.. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  44. uztaz tu sengaja nk suruh anak dia jawab kan.. mustahil la uztaz tu x tau.. bangga la sgt dgn profesion dia sebagai profesor tu.. hurm.. mcm2..

    ReplyDelete
  45. masya allah... siapa kita kalau tiada didikan dari guru...? riak je dengar perbualan macam tu.. mesti ada yg senyum sinis je kan...

    >> kakzakie... nani pun bersyukur pada allah.. sbb nani tak perlu amik suppliment lain utk menambah susu badan.. syukur alhamdullillah.. sbb susu nani sampai skrg 6 bulan dah masih tak stop.. fiyya masih berupaya utk di susukan sampai montel.. harap2 fiyya boleh nyusu badan sampai umur 2 tahun.. aminnnn... cuma waktu hantar ke babysitter je fiyya kena minum dlm botol.. tu pun susu tepung.. sbb fiyya ni di nasihatkan oleh doctor utk minum susu formula utk penambahan zat besi supaya fiyya boleh produce darah sendiri dengan lebih cepat.. utk pengetahuan kakzakie.. fiyya thalasemia.. sbb tu perlu banyak zat besi utk produce sel darah merah.. walaupun nani terpaksa cut separuh susu nani utk tidak bagi fiyya minum.. namun nani puas dapat nyusukan fiyya waktu malam walaupun separuh hari.. syukur ke hadrat ilahi.. harap2 fiyya dapat kesihatan yang baik lepas ni.. aminnnnn

    ReplyDelete
  46. Salam kak..tulah kan kak..kerjaya yg baik tidak semestinya akhlaknya baik..tapi kalau kerjaya yang baik dibawa sekali dengan akhlak yang baik syukur Alhamdulillah…sungguh riak professor itu

    ReplyDelete
  47. tah apa2.. ilmu tanpa iman gitu le gayanya.. poyoo.!!

    ReplyDelete
  48. ishh..tak baik sungguh perbuatan prof itu kalau niatnya ingin memalukan ustaz tersebut... Walaupun Prof. tak semestinya bebas cakap apa je.

    ReplyDelete
  49. Seseorang yang bergelar ustaz mustahil tidak tahu jawapannya tapi mungkin memberi peluang pada anak penjaga untuk menjawab.

    Bila2 masa Allah boleh tarik pangkat yang disandang...riak...mungkin.

    ReplyDelete
  50. ermm..itulah..adakalanya tahap pndidikan seseorg atau pon kerjaya seseorg .. tpsesetengah bab mereka x dpt guna otak selevel dgn apa y dimiliki.. ermmm

    ReplyDelete
  51. Adehhh, macam2.. mustahil ustaz tu tak tahu @ adakah bapa budak tu yg tak tahu @ mgkin bapa tersebut hanya tahu itu sahaja..
    Bagaimana kalau ustaz tu membalikkan persoalan tadi kepada bapa tersebut.

    ReplyDelete
  52. alahai.. takleh nk bgga mana walau prof sekalipun..

    jgn ingt ustz tu tak tahu...

    stg ustz tu tnya dia balik, diam plak..huhuhu

    ReplyDelete
  53. hurmm macam2 jenis manusia niee ;)

    ReplyDelete
  54. eh3, nk berlagak x kira tempat pulak c professor tu..

    ReplyDelete
  55. UJIAN MANUSIA XLAH SEBERAPA...SEKIRANYA ALLAH YG MENGUJI..XTERKATA JAWABNYA...

    ReplyDelete
  56. Ustaz tu cool je kak .. Dia dah biasa kot dgn ragam berlagak para ibu bapa ni semua. Bagi bapa tu mesti dia melangkah dgn bangganya masa nak balik tu kan.. Huhu

    ReplyDelete
  57. Assalammualaikum kak zakie..itulah manusia kak..bangga pada ilmu yang dianugerahkan Allah padanya..mungkin dia cerdik dari segi akademik namun dia jahil dalam ilmu insaniah..seseorang itu berasa bangga kerana mereka terlupa semuanya adalah milik Allah..
    wanauubillah..

    ReplyDelete
  58. Saya pernah jumpa insan seperti ini kak.. Salah kami dicari & apa yg anak sendiri buat semuanya betul...Sabar je la..dah lali..

    ReplyDelete
  59. org2 mcm tu mmg selalu berlagak...ego tinggi sgt.

    ReplyDelete
  60. Ikutlah rasmi padi semangkin berisi semakin tunduk..jangsn ikut rasmi lalang..makin berisi makin tegak

    ReplyDelete
  61. dia macam x puas hati jea dengan markah sirah yg ustaz tu beri kat ank dia.. 70% je.. tu yang dia pekenakan ustaz tu kot.. aishh.. proffesor tapi adab nya dimana? aiyoo..

    ReplyDelete
  62. ini bahayanya bila ada perasaan riak dan sombong di dalam hati.mungkin prof itu rasa diri dia lebih hebat dari insan lain dengan ilmu yang dia ada...

    ReplyDelete
  63. pelbagai ragam, kan...
    tpi mungkin segelintir saja..
    semasa akak bertugas di kaw bndr, mostly golongn mereka sgt respect wlupn pendidikn mrk lebih baik spt tingkat 2 @ tingkt 3 (mster/phd)....

    ReplyDelete
  64. Kakak menitip N3 ini sebagai renungan betapa ada kalanya mungkin mahu bergurau tapi sekiranya ia boleh mengaibkan hingga berubah wajah org yg dituju adalah suatu yg kurang baik. Apa lagi ianya terjadi dihadapan org ramai dan anak-anak murid.

    Terima kasih atas pandangan dan komen yang diberikan oleh semua teman kakak:-

    Sura Mohd, aizamia3, n O e s u h a i m i, mama maman aka yana, Mila@Rimbun, Falsya, :: Mrs.Eady ::, aby (namun pada kakak sekiranya lelaki itu jujur mahu tahu bukanlah dgn cara begitu kalau mahu bertanya), ANIM, HeNRieTTa JoSe (memanglah ustaz itu kakak rasa tahu tapi dia tak mahu jawab kerana bagaikan dia budak pula), Eye_nee, NM03, Siti Rohaida Yusof, Ratu Hatiku, Aziela, ummiross (moga tidak pada kira ummi), Muja.., achiek anis, Kniedaz, (Lizz) http://haslizalizz.com, redza, Ujie (betul Ujie), Angah, Qhaifa Nur, Fazleyatul Aini, Daddy Ziyyad (kakak percaya tu doc. tapi kesian cikgu yg kena macam ini kan), JunAina (kalau dia thu pun jgnlah tanya macam tu Aina macam tak patut betul), Knor, Aisy Nasiha (Aisy pun cikgu agaknya dah jumpa macam-macam ragam ibu-bapa ye), wahida, aTieYusof Family, Nini D.., syuk shusuke, Ibu Lala, hainom OKje (pada dia mungkin tak apa tapi kita yg mendengar rasa kurang sopan), Rapunzeel Cikilolo, amirah, Eliss Mie, Mia Kassim, ♥ Cmª shIemª ♥ (betul tu Cma), CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Aju Mohit, maszmadi, Kesuma Angsana, Ema Johari, zila norazila (bukan senang nak jadi cikgu kan zila - kesian ustaz tu), Tihara, ct rahani, Deqla Manjew, JaSSNaNi (doa kakak moga Fiyya terus jadi anak yg sihat dan boleh sembuh dari penyakitnya Nani), intanfirdaus247, Cikda, Pn.bayu, Zaitun (mestilah usaz malu nak jawab macam budk kecik pula kan Kak Zai - depan org ramai lagi), LYAfrina, Myra Jay (entahlah Myra, tapi kakak sure dua-dua mereka tu tahu), nuyui a.k.a miss YUI, Papa Mifz, ieda immi, Munnafendy, Mizz ErMa, paridah, Lydia Miza (A'ahlah dik mesti dah macam-macam ragam manusia ustaz dah jumpa), PeRdU cINta(moga tidak kita), Nur-nba (Nur puncikgu mesti dah laluinya tapi kakak kesian ustaz tu), the malay male (tak semualah dik), NEKCIK (lupalah dia resmi ini nekcik), tenku butang, Tuan Juhaida, dan sal (betullah rasa kakak pada hari itu hanya seorang ini saja yg lain-lain ok je).

    Jadikan renungan moga bila kita berinteraksi sesama insan jauhkan dari rasa kita ini lebih.

    Terima kasih kepada semua teman kakak yg sudi memberikan komen.

    ReplyDelete
  65. susah kalau ada sifat riak dalam diri

    ReplyDelete
  66. mungkin dia fikir, ilmu dia lagi tinggi dr ustaz tu kot.... sj nak tunjuk yg dia lagi bagus....mcm2 kn kak...

    ReplyDelete
  67. terkejut jugak bace n3 ni...mmg tak patut si bapa buat mcm tu...semoga kita dijauhkan dari sifat sedemikian...

    ReplyDelete
  68. Ya Allah, walau niat dia bergurau sekali pun, sangat tak kena pada tempatnya. Entah la, saya mudah hilang hormat pada orang yang macam ni.

    ReplyDelete
  69. tak baik betul lah kan mcm tu......nama aje sekolah tinggi..tapi tak ada otak...

    ReplyDelete
  70. Boleh saya tahu macam mana kak zakie boleh tukar kerja? Apa sebenarnya yg berlaku? Macam mana pula masuk bidang sekarang ni.... Terasa tak tertanggung dgn tgjawab yang ada sekarang...terasa saya tak layak...kak zakie tolong ye...

    ReplyDelete