Saturday, June 29, 2013

Bunga ros kampung

Cantik ros comel ini  - Duduk dihadapan pasu bunga raya putih

Ros kampung - Walau dikatakan kampung tapi aku sangat suka baunya yang harum dan manis

Ambil batang pokok bunga ros ini dari jiran kami yang membersihkan rumah untuk dibuang. Aku cacak di pasu bunga ros merah aku. Alhamdulillah sudah mula mengeluarkan bunganya. Biasalah bila mula menampakkan kuntumnya pun aku sudah gembira apa lagi bila ianya mekar menjadi bunga.Warna pink yang cantik. Ibarat kata watak Mei Mei dalam Upin-Ipin "saya suka, saya suka".

~~ Bila apa yang kita usahakan berhasil pasti ada rasa gembira di dalam hati.~~


52 comments:

  1. cantiknya bunga tu. Sejuk juga tanya kakzakie ni. Kak ani suka ros kampong sebab ada bau.

    ReplyDelete
  2. dulu ms skolah rajin gak tanam..bunga ros ni, buh kat pasu sendiri... tiap ari siram...bila dh kuar kuntum bunga tu...seronok sgt2...

    ReplyDelete
  3. suka tengok kalau halaman rumah penuh dengan bunga warna-warni..sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
  4. Memang sejuk tangan Kak Zakie.. tanam apa semua menjadi. Tgn saya ni panas kot.. pegang pokok terus mati. Kekeke..

    ReplyDelete
  5. Assallam,

    beberapa kali beli anak pokok bunga ros tapi habis layu,
    perasan tangan x sesuai menanam orkid dan bunga ros..sedih
    bukan tak siram dan x baja tapi tak ada rezeki..

    ReplyDelete
  6. best lah kakzakie main cucuk ja tumbuh. suka bunga raya putih tu.

    ReplyDelete
  7. Salam pagi Sabtu Kakzakie..

    Cabtiknya warna pink dia tu Kakzakie,dahlah cantik, wangi pula.
    Ummi rasa mesti best persekitaran rumah Kakzakie, dihiasi pokok dan bunga-bungaan, segar bugar udara pagi disekitarnya.

    ReplyDelete
  8. nampak fresh. saya suka suasana kampung. tp sekarang saya duk kat bandar. rumah takde laman

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, pagi tadi baru alih2kan pokok ros!
    Mama teringin ros yg menjalar2!
    Seronok dgn bunga yg harum!

    ReplyDelete
  10. kakzakie pandai jaga senanglah bunga tu nak kembangkan dirinya. :D

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum kak..soft pink kan kak..suka tengok la..kalau pagi..kena embun baunya lagi kuat kak..fresh..mma saya ada tanam kat kampung..bila balik kampung bangun pagi saya suka cium..huhuhuhu..betul la kak tiada yang menggembirakan bila apa yang kita usahakan berhasil..

    ReplyDelete
  12. Kena berhati juga dgn polok ros, wlupun wangi dn cntik tp dahan nya berduri. Kena brjaga sama dgn durinya tu

    ReplyDelete
  13. cantikk.. sejuk tgn akak.. sbb tu hiduppp

    ReplyDelete
  14. cantiknya bunga ros tu kakak.. sejuk tangan kakak ya.. :D

    ReplyDelete
  15. memang bunga ros kampung lebih tahan dan wangi dari ros komersial tu kan kak..nice picca :)

    ReplyDelete
  16. ada beza ros kampung dengan ros bandar ya kak..hehe...saya ingat sama je..kalau dah nama ros tu tetap ros. pink lembut..memang menawan hati wanita.

    ReplyDelete
  17. i like PINK kaler...bagi kat saye satu bunga tu kakzakie..hehe;)

    ReplyDelete
  18. Saya pun suka bunga ros kampung, selain baunya yang harum lembut, ros kampung rajin berbunga...

    ReplyDelete
  19. cantik & harum baunyer tu...orang kater kalo nak naikkkan seri wajah makan kelopaknyer tu kak...

    ReplyDelete
  20. Mak saya kat kampung pun suka tanam bunga ros.... tak pernah berhenti berbunga, sampai bau wangi masuk dalam bilik...

    tapi kat kl ni takder tanah untuk menanam

    ReplyDelete
  21. Acik pun suka dengan bau bunga ros

    ReplyDelete
  22. oh ros pun ada yang jenis kampung dan bandar yer kak...baru tau...hehe

    ReplyDelete
  23. nti bila bunganya dh kembang makin berseri la laman kakak..sy pun suka harumnya bunga ros

    ReplyDelete
  24. Salam Kakzakie..nekcik pun besar hati sangat kalau tengok pokok tanaman berbunga..sebab itu nekcik memang suka tanam pokok yang berbunga...

    ReplyDelete
  25. nanti saya minta sebatang pulak untuk cacak kat rumah saya pulak sebab rumah saya takde pokok bunga berbunga, kesian saya...heee...semua berdaun..

    ReplyDelete
  26. hati terhibur melihat keindahan bunga..

    ReplyDelete
  27. Kakak..
    sejuk betul tangan kakak, cacak macam tu pun, hidup subur dan keluarkan bunga...kena bagi petua ni...:)

    ReplyDelete
  28. Cantiknya bunga ;) rasa sejuk dan damai bila tengok bunga-bunga di taman mekar dah. Rasa hilang penat kerja.

    ReplyDelete
  29. dekat umah nenek lia masih byk lg ros kmpung ni kak...ada warna putih n pink.. tp lia x pandai tanam bunga,kat umah ni pun cuma ada 4 pasu bunga orkid yg dah mcm x brp nak hidup heheheee...

    ReplyDelete
  30. Cantikn ya bunga tu Kak.. dah menunjukkan kemekaran nya..
    Pa'e plak kata " Ibu ni mcm Mei-Mei lah"..haha:)

    ReplyDelete
  31. salam K.Zakie..

    ape beza ros kampung dgn ros biasa?
    nmpak bunga ni agak kembang sikit..

    jgnkan akak, klu cma sendiri pun, bila ditanam mmbuahkan hasil, maunye senyum sampai habis telinga....... :P

    ReplyDelete
  32. saya suka..saya suka.. mak saya bukan jenis suka bunga. bunga2 mmg takde kat rumah..

    ReplyDelete
  33. kampung bkn sembarang kg kak..zila suka yg ni jgk..harum semerbak bau dia..

    ReplyDelete
  34. lawanya bunga itu..heheheh.sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  35. ini ros yang kecik kecik tu eh, mmg sedap kan bau dia, semerbak.

    ReplyDelete
  36. assalam,

    bunda pun suke bunga ros..tak kira kampung ke bandar punya...orang kata bunga ros dan bunga melor aura dia menyerlah..baik utk terapi..

    masaalahnyer tangan ni tak pernah menjadi kalu tanam, baik yg disemai atau yg dibeli anaknyer...ermm, memang tak der auralah kot..

    ReplyDelete
  37. Bunga ros salah satu yg kakak suka. Tetapi yg ada tiga warna (pink, merah dan kuning) kakak beli dinursery. Ini ros yg kelopak besar tidak sewangi ros kampung yg banyak kelopak dan harumnya semerbak. Warna pink pula belum ada dalam koleksi ros kakak itu yg kakak tanam.

    Tangan kakak juga bukan jenis sejuk tapi kakak jenis tak putus asa. Apa lagi bunga orkid kakak memang tidak menjadi tapi kakak tanam juga walau banyak daun saja tanpa bunga.

    Terima kasih semua teman yang sudi memberikan komen:-

    Mak Long a.k.a Kunang-kunang, Haryati Faizal, redza, Siti Rohaida Yusof, Miss Mirror a.k.a Sam, Marina Monroe @Nanie, mala, ummiross (sebenarnya kawasan tanah rumah kakak kecik aje ummi. Semua bersesak-sesak satu tempat), eira eixora, Juhariah Johari (seronok kan Kak Ju), Ummi Iman, syuk shusuke, PeRdU cINta (betul kalau pagi wanginya itulah yg kakak suka), aby (duri yg menjadi penyeri aby), Masya, Mizz Aiza, Tihara, Murni Alfathunnisa (ros kampung kelopak dia kecik-kecik dan banyak Murni), PiNkYCaT (Kalau nama pun Pinky mestilah suka pink hihi...), Amie (betul Amie), (Lizz) http://haslizalizz.com, MystoryPic, Acik Erna, Papa Mifz (kakak ikut aje org kata PM), Puan Kutu, Kniedaz, NEKCIK (kakak kalau ikutpun pun gitu juga nekcik tapi orkid kakak susahlah berbunga), ANIM (kakak pun tak banyak Anim sebab tanah terhad keluasannya), sal, azi (roa kampung memang mudahlah hidupnya azi, tak macam ros kelopak besar tu jaga rapai pun payah nak berbunga), Siti Nurhayati Dollah, ismaliana sulaiman (kalau rumah kakak dekat dgn nenek mahu kakak minta yg warna putih tu), aTieYusof Family (Pa'e pun suka upin-ipin ye Atie hihi...), ♥ Cmª shIemª ♥ (seronok kan Cma bila dah berhasil), Rai Ourkizuna (Rai busy dgn hal lain yg lebih bermanfaat), Norzila Zakaria, man (lama dah kakak follow man punya blog tau), the malay male (roa kampung kakak ada warna ini je), Nastyna ( tak kecik juga Nas biasalah macam ros lain cuma kelopak dia banyak dan kecik-kecik)dan akhir sekali BUNDA a.k.a KN (kakak tak gunakan utk terapi bagai tapi kakak suka cium KN)

    Terima kasih kepada semua teman yg sudi menitipkan komen di N3 kakak ini.

    ReplyDelete
  38. Rasanya lama dah OKje tak dapat menghidu bunga ros yang harum tu kanda....sebab dah lama tak jumpa bunga hehe..
    Menanamnya pun tak mo macamana nak hidu harumnyakan kanda!

    ReplyDelete
  39. subhanaallah cntiknya kelopak bnga ni

    ReplyDelete
  40. izan suka ros pink camtu kak zakie. cantik!

    kat rumah mak izan ada pokok ros yg jenis kecik2 tu. wangiiii sangat baunya. mak selalu petik... pastu suka selit celah2 rambut mak.

    ReplyDelete
  41. yg penting baunyer sedap sgt kan kak !

    ReplyDelete
  42. Ros pun suka bunga Ros.. lagi2 kalau warna merah.. dengan wangi harum...

    ReplyDelete
  43. rasa nikmat tengok pokok yang dijaga dah keluarkan bunga...lama tak berkebun tanam2 pokok...last tanam pokok bunga matahari..masa zaman sekolah dulu :)

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum kakzakie...cantik2 penyeri kat rumah ni...;)

    ReplyDelete
  45. cantiknye bunga kaler pink... kaler feveret deqla.. dan semestinya ros adalah bunga idaman wanita..kan kak kan? hihi

    ReplyDelete
  46. amie pun suka dengan bau bunga ros yg manis...manisss sgt kan kak zakie. mcm sirap ros yg kita minum tu..ngeee

    ReplyDelete
  47. ita suka bau bunga ros kampung...walaupun tak berapa cantik belah kelopak dalam..tetap wangi..berbanding bunga bandar..cantik aje tapi tak berbau...

    ReplyDelete
  48. cantiknya kak.. saya suka, saya suka..hehehe

    ReplyDelete