Monday, June 17, 2013

Bertemu 'comel-comel' di Dewanraya Taman Universiti

Semalam kami pergi meraikan majlis walimatulurus adik Daddy Ziyyad. Majlis akad nikah telah berlangsung pada hari Sabtu di rumah ayah-bondanya dan resepsi diadakan di Dewanraya Taman Universiti. Rata-rata sekarang semua majlis diurus pihak caterer yang dibayar. Hulur duit semua diurus. Keluarga pun mudah tinggal merai para tetamu yang hadir. 

Panjang - Set beryani pilihan aku. Hidangan semuanya disediakan oleh caterer yang dipertanggungjawabkan. Mudah pihak keluarga semuanya yang berpakaian pink dapat terus bergaya dari mula majlis sehingga selesai. Ziyyad dan Zayyan pun tidak kurang bergaya lengkap pakaian Melayu. Comel sangat. Ada juga bubur kacang dan lain-lain hidangan yang disediakan buat tetamu.

Comel - Pasangan yang comel seperti ibunya juga. Ibu Daddy Ziyyad sangat comel orangnya tidak jangka kalau dikatakan usia telah menjejaki 50 tahun. Gambar ini captured dari tempat kami menikmati hidangan. Kami kena cepat sebab en hubby ada tugasan untuk wiring di rumah temannya yang belum selesai.

 
Comel - Ini pun comel-comel belaka. Satu saja yang kurang comel tapi kebetulan boleh pula adik memakai baju warna pink seperti keluarga pengantin. Tidak puas memandang dua hero comel anak teman blogger kita ini.

~~ Semakin dekat bulan ramadhan semakin rancak pula majlis walimahtulurus di mana-mana.Untuk majlis ini kita tunggu abang pengantin membuat entri di blog beliau. Dari kami terima kasih dengan  layanan yang diberikan.~~

78 comments:

  1. memang comel ;), yelah kak, seronok menghadiri jemputan kenduri, dapat makan nasi minyak sebelum ramdhan tiba

    ReplyDelete
  2. wah mmg comel..saya pun tak sabar nk tgg kenduri anak sedra hjj bln nie

    ReplyDelete
  3. ermm tak dapat undangan..tapi dpt tgk gmbr dari kak zakie pun jadilah ;)

    ReplyDelete
  4. aah memang comel2 .. nak2 pink kan ..
    aah lah kak .. mana abang pengantin ! ekee

    ReplyDelete
  5. jelesnya adik dapat bergambar ngan anak2 daddy ziyad yang hensem2 tu... hehehe

    ReplyDelete
  6. betul tu kakak, kalau pihak caterer yang uruskan lagi senang.. selamat pengantin baru kepada pengantin.. semoga jodoh bekekalan hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  7. selamat pengantin baru kepada mereka

    ReplyDelete
  8. Rancak kenduri bf puasa sbb sebolehnya psgn nak beraya th nie bersama2 kan..hehe..org2 dpt undangan pun dpt makan kenduri ..hehehe
    tahniah buat mrk yer..

    ReplyDelete
  9. assalam kakzakie..memang comel sangat kan..suka tengok

    ReplyDelete
  10. yela kan nak dekat ramadhan ramai plak naik pelamin. saya je tak naik2 huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. slmt pengantin baru buat mereka,comelnya mereka berbaju pink.

    ReplyDelete
  12. pengantin & pelamin lawaaaa sgt...

    ReplyDelete
  13. tgk nc beriani tu,teringat semalam baru mkn..mak masak sempena hari bapa semalam..m3h tolong2 je..hehe

    ReplyDelete
  14. bestnye sambil makan sambil jumpa kenkawan kan...

    ReplyDelete
  15. eemm..sedapnya menu dihidangkan.. terlioq tgk..
    memang comel2 anak Dz tu..lagi comel dgn lengkap baju melayu.. ehh Adik pun comel apa.. hehehhee..

    ReplyDelete
  16. membayangkan ai turut berada disitu.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  17. Sekarang tak perlu risau periuk belanga bersepah nak berabsuh...asal ada duit semua beres....amboi adik boleh pulak sedondon dgn keluarga pengantin....

    ReplyDelete
  18. yelah kak...sepadan pink dgn adik tu...

    ReplyDelete
  19. Nampak sedap nasik kenduri tu..

    Adik dah makin ayu.. dah pandai bergaya..

    ReplyDelete
  20. Ooo....itu lah pengantinnya...comei sungguh anak teruna kecik tu....hr tu bru tgk gayakan bju tu kat blog ayahnya...

    ReplyDelete
  21. Sedapnyer nasi briyani panjang tuh....hehhehe comey betul adik2 berbaju pinky weeeee

    ReplyDelete
  22. Semalam sy hadir juga ke sana tp xda rezeki jumpa akak..kebetulan sy juga pakai kaler ikut tema hihi

    ReplyDelete
  23. comelnya pakai baju melayu pink..siap ngan sampin tak tahan tu..

    anyway, selamat pengantin baru..moga kekal dunia akhirat..

    ReplyDelete
  24. pink memang warna yang comel...

    ReplyDelete
  25. kak.. nape x de gambar daddy ziyyad.. nak tengok DZ pakai baju pink.. hehehehe

    ReplyDelete
  26. Cantik pelamin depa Kak..moga kekal selamanya..amin!
    Nasi beriyani tu nampak menyelerakan sgt..lapar..hehe:)

    ReplyDelete
  27. pengantin... cantik tema colour :)

    ReplyDelete
  28. wahh meriahnya..hehee thanx akk gtau tadi..n3 autopublishmain post je..xpasan ari pulok..hehe dah ubah tajuk post dah,..huhuu

    ReplyDelete
  29. semuanyer comel-comel kak...

    selamat pengantin baru untuk adik daddy ziyyad...

    ReplyDelete
  30. setakat ni 30hb jun ni jemputan yang akhir kak..tapi untuk bulan 8..wah dah setia menanti..rehat sebulan Ramadhan..lepas tu mereka rancak semula buat walimatulurus..suka suka..tengok pengantin bersanding,,sambil jeling bunga telur..hihihi..

    ReplyDelete
  31. Anak2 doc tu klu dgn org len, terus muke jdk masam je.Klu amek gambo dgn mak bapaknye, senyum manis sokmo. Heheheheh....

    ReplyDelete
  32. yang empunya pinggan nasi briyani tu tak nampak dalam foto yer..

    ReplyDelete
  33. tema pink..sangat cantik..pengantin pun dah berada di atas pelamin....


    p/s : blog ema dah boleh komen kak..terima kasih makluman akak.

    ReplyDelete
  34. sedapnya nampak nasi beriyani tu kak..
    mmg comel pon 2 hero in pink kaler..hihi adik pon leh join sekaki,jadi family tumpang jap..

    ReplyDelete
  35. Nur hari sabtu lepas pun makan nasi pengantin juga...
    memang comel semuanya..

    ReplyDelete
  36. Mendirikan rumahtangga menjelang ramadan ni bagus juga, masuk syawal depa tu dh jd satu keluarga baru.
    Asal ojoh tebabas neng awan bulah poso wes la. Hehe

    ReplyDelete
  37. Waa sedap nampak nasi briyani tu Kakzakie. Cantik pelamin tu, selamat pengantin baru buat pasangan pengantin.
    Hehe adik pun comel juga,sedondon dengan family Daddy ziyad.

    ReplyDelete
  38. Terima kasih banyak buat Kak zakie sekeluarga sebab sudi hadir memeriahkan majlis kami semalam. Pohon maaf andai ada apa apa kekurangan..Moga ukhwah kita semakin rapat selepas ni...Insya Allah...:)

    ReplyDelete
  39. Akak yg comel tak ikut masuk gambo sekali? :)

    ReplyDelete
  40. sedapnya biryani....bila pakai pink...semua nampak comel :)

    ReplyDelete
  41. Org kalau selalu senyum mmg awet muda kak zakie. Meh kita senyum sokmo ;) adik pun comel juga. Masing2 ada kelebihan tersendiri :)

    ReplyDelete
  42. Memang comel pasangan pengantin tu....selamat pengantin baru untuk kedua mempelai....

    ReplyDelete
  43. tak berapa nampak muka pengantin, tp pelamin cantik.. napa tuan tanah blog takda dlm gambar sekali.. mesti lg comel tau...

    ReplyDelete
  44. sweet je kan kaler pink... in sha allah x lama lagi lia pun akan sibuk dgn majlis pernikahan adk yg bongsu..nnti lia jemput akak yer.. :)

    kat taman lia pulak tiap mggu ada majlil tahlil n kenduri arwah... ye lah ramadhan pun dah x sampai sebulan pun lg...

    ReplyDelete
  45. comel...
    sekarang ramai yang dah pilih kenduri di dewan dan d uruskan caterer kan.. senang gitu, mak bapak pengantin pun tak penat nak hias rumah, nak tengok makanan cukup ke tak.. dah tuh lepas kenduri nak mengemas lagi...

    ReplyDelete
  46. Sedap nampak nasi beriani tu...

    p/s Memang comel kakak anak-anak Daddy Ziyyad tu...:)

    ReplyDelete
  47. warna pink adalah sgt comel..:)siap ada beriani lg,mmg sedap sgt..

    ReplyDelete
  48. pelamin cantik, pengantin pun cantik..

    ReplyDelete
  49. dah tak lama nak bersalin nampaknya tu mama ziyyad..
    seronoknya kak dapat jumpa rakan blogger.. kalau ke Jb saya nak ke rumah akak lah, boleh tak? hihi... mengada ngada kan?

    ReplyDelete
  50. sempat juga ye akak pergi.. cantik kaler pink tu kan !

    ReplyDelete
  51. cantiknye pelamin n baju pengantin...

    ReplyDelete
  52. wahh tema pink putih ye.. cantik.. suka kaler pink.. besarnya pelamin dia... cantikkk... =)

    ReplyDelete
  53. wah..pink..sukanya...jumpa blogger lagi suka.hehe

    ReplyDelete
  54. kawan sy pun ramai kawin time2 ni. lepas raya sambung lgi

    ReplyDelete
  55. miss betol nasi kenduri kawin baru2 ni.. sebab mmg sedap2...

    ReplyDelete
  56. set beriyani tuh sungguh menggoda...huhu

    tahniah buat adik doc...

    ReplyDelete
  57. salam k.zakie..
    seronok dpt hadir majlis2 dari rakan blogger..
    cantik temanya..
    hihi adik pun terselit jgk ye.. comel2..

    tahniah buat pasangan pengantin... :)

    ReplyDelete
  58. Pernah tahun lepas, rakan blogger jemput kenduri kahwinnya tapi tak dapat menghadirkan diri sebab jauh di sarawak dan tiada kelapangan waktu.

    Kenduri kahwin nampaknya semakin rancak sebab ramadhan bakal menjelma.

    ReplyDelete
  59. awat ringkas sgt lauk pauknya ? heheeee ... pelamin pun ringkas tapi budak2 tu mmg comel ...

    ReplyDelete
  60. Rumah di bandar...mudah kenduri di dewan dan makanan katering. Cuma belanjanya besarlah sikit...
    Tapi tak semeriah kalau kenduri di kampung yang masih mengekalkan masak sendiri sesama penduduk kampung (rewang)...

    ReplyDelete
  61. wah....mesti meriah ni buat kat dewan. huhu

    ReplyDelete
  62. wahh....sempat berkunjung ye kak.. pink semuanya..

    mmg cumel2 anak2 DZ..

    ReplyDelete
  63. suka tengok dua hero tu..mmg comel hero daddy ziyyad ni

    ReplyDelete
  64. semua comel2... dah la pink color, saya suka saya suka :)

    ReplyDelete
  65. mengancam jiwa betul set briani tu..
    tema pink, cantik..

    ReplyDelete
  66. Selagi belum ramadhan akan ada majlis kenduri kahwin. Begitulah tradisi bangsa kita. Seronok bertambah bila bertemu sahabat, saudara atau kenalan yg lama tidak bertemu.

    Terima kasih kakak ucapkan kepada semua yg memberikan komen diN3 ini:-

    Aju Mohit (ramadhan pun ada banyak nasiminyak juga Aju tapi tak sama hihi...), izan mama mia, ZazaMyMoon, ieda immi (abang pengantin tak ada gambar ieda hihi..), NM02, Mizz Aiza, redza, ummuaidan (Raya dah berdua ummu), Acik Erna, Lya Colours, Nazayiena Ayiena, lia, fairus mohamad noor, Norzila Zakaria, Cikda, aizamia3, Eye_nee, Knor, makchaq, HeNRieTTa JoSe, With Julia, Rina AVAIL (kita jumpa tempat lainlah Rina hihi...), mama_ka0ri, Rapunzeel Cikilolo, Nafira usof, Nini D.., aTieYusof Family, ros_reeza, Deq's Qienz, (Lizz) http://haslizalizz.com, PeRdU cINta, faraherda.razalan, Sue Bee, Ema Johari (ok... kakak pun dah komen), Zee Suhaini, Qhaifa Nur, are_lin@yu, aby (kifaroh angger lalai hihi...), ummiross, Daddy Ziyyad (TERIMA KASIH JUGA SUDI MENJEMPUT KAMI - TAK PUAS JUMPA DUA HERO COMEL TU), Ujie, wawa syaida, Ummi Iman, Dkna Abza, nuyui a.k.a miss YUI, Mia Kassim, Masya, ismaliana sulaiman (Insya-Allah ada kelapangan kakak pergi), Mila@Rimbun, azi, Puan Kutu, :: Cik Viva ::, Aisy Nasiha (apa salahnya tak cukup rumah kakak home stay kakak sewakan), Kesuma Angsana, Mimi Azirah, Deqla Manjew, hazlin nazri, Siti Rohaida Yusof, eira eixora, m.u.l.a.n, Papa Mifz, ♥ Cmª shIemª ♥, shameel Iskandar, harumanvee, Bin Muhammad (kampung masih gotong-royong sebab halaman depan-belakang luas), aReLaN, Azian Elias, MaMa Rey, tenku butang, nurbijen dan BUNDA a.k.a KN.

    Terima kasih sekali lagi atas segala komen yg diberikan.

    ReplyDelete
  67. Kadang kadang tekak kita ni memang mengidam nasi briyani kenduri kawenkan kanda, walaupun sekarang ni senang je nak dapat...

    ReplyDelete
  68. nasi beryani mmg sajian utama kalau pegi kenduri kawen ye kak zakie.

    geram sgt tgk anak2 doc faiz tu. comel sangat!

    ReplyDelete
  69. Hihihi...comel adik sedondon pink ya...
    Yalah kakak...ramai org buat kenduri khwn sebelum puasa nie kan.. :)

    ReplyDelete
  70. Baru nampak pelamin. Abg pengantin up gambar sket sgt.

    ReplyDelete
  71. Memang comel berserba pink gitu :)

    Pelamin cantik sangat :) Tahniah buat pengantin :D

    ReplyDelete
  72. dah lama sgt x makan nasi kenduri kat johor... ermmm

    ReplyDelete