Mengikut hubby ke majlis anugerah dan makan malam di LC Sangkar Kristel. Majlis anjuran pihak Hospital Sultanah Aminah sebagai menghargai penganjur dan penderma darah yang aktif sepanjang tahun 2008-2013. Rata-rata yang pergi semuanya bos-bos, penderma darah dan kakitangan hospital. Syarikat hubby sering menganjurkan kempen derma darah itu yang dijemput sama. Aku dan adik menempel sama untuk menikmati upacara majlis malam itu.
|
Zapin - Majlis dimulakan dengan persembahan anak-anak menari zapin. Adik walau malam itu sakit perut masih sempat menjeling sebab adik suka tarian-tarian seperti ini. |
|
Hidangan - Sebahagian makanan terhidang. Aku malu untuk mengeluarkan kamera mengambil gambar setiap kali makanan keluar. Teman-teman meja kami ramai big-big bos. |
|
Adik - Dalam pada sakit perut masih lagi boleh tersenyum menempel di sebelah papa. Adik tidak makan banyak malam itu sebab dia sakit perut sebaik balik dari sekolah agama. |
|
Anugerah - Hubby menerima anugerah buat syarikat bukan untuk diri sebab hubby pun tidak layak untuk menderma darah. Jadi penganjur bolehlah. Tetapi aku tabik ada dua pakcik sudah berusia lebih 60 tahun telah menderma lebih 100 kali. Kedua mereka mendapat anugerah khas. Nampak keduanya amat sihat dan segak walau sudah bercucu. |
|
Cenderahati - Setiap pengunjung diberi satu beg yang di dalamnya ada semua ini. Adik suka voucher McD sebab validity sehingga tahun depan. Boleh digunakan bila kakak-kakak balik |
|
Sijil - Siap sudah berframe. Pasti akan digantung di pejabatnya. |
|
Hadiah - Malam itu juga ada acara cabutan nombor bertuah. Nombor 098 memberi tuah kepada adik. Dapat tabung tajaan dari Public Bank. |
~~ Motto "Give the Gift of Life" amat bersesuaian bila melihat slide yang dipertontonkan pada hadirin. Tersedar betapa setiap hari ramainya pesakit yang memerlukan darah.~~
yup , 1 beg darah mampu selamatkan 3 orang pesakit. :D
ReplyDeletesejujurny sy tak pernah derma darah..malu pun ada sbb mmg ramaikan yg memerlukan
ReplyDeleteTABUNG TU BANGUNAN MENARA PUBLIC BANK KEr??? bertuah adik dapat...
ReplyDeleteAdik memang bertuah....Cik Azi, tak pernah dapat hadiah bila ada cabutan bertuah...:)
ReplyDeletesaya sekali dulu nak derma darah tapi tak boleh waktu tu..lepas tu saya jadi seram sejuk nak derma..ingat nak derma juga ni
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletezee tak pernah pun derma darah..dari dulu lagi ada masalah darah rendah,cepat sangat penat dan nak pitam..
tak pernah derma darah lagi..
ReplyDeleteTakutttt huhu
Ehhh Kanda, sebiji muka adik macam papa dia.... sejuk tu!
ReplyDeleteHehe...kalau dinda pun malu jugak nak ambik gambar kalau cenggitu punya orang duk sebelah...
Dah namanya duk Johorkan kanda, zapin memang tak tinggal punya....itu yg adik suka tu kanda sebab budak kecik jugak yg menari!
Makchaq derma darah bila ada kempen kat pejabat ja.. nak pi hospital sendiri malas..
ReplyDeleteTak pa la.. tak derma anjurkan pun dah dapat pahala dan ganjaran... Adik dah makin cantik..sweet suka makchaq tengok...
cantik bunga kat kepala adik...hehehhe
ReplyDeleteKY pun belum pernah derma lagi, tapi Alhamdulillah..semua berjalan lancar, tahniah ye dik dapat tabung, simpan duit banyak2 kat dlm tu heee
ReplyDeleteamboi.. kan main lagi adik bunga kembang tepi tinga..
ReplyDeletecikda memang tak lepas nak derma darah dari dulu lagi.. tak cukup berat..
assallam kakzakie..tahniah adik dapat tabung..makin rajin la adik menabung
ReplyDeleteSalam K.Zakie..
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Menjadi salah 1 org terpenting dlm penganjuran kempen2 mcm ni mesti besar t/jwbnya..
Tahniah bt en hubby akak n the company!
Comel adik dgn munge di tudung tu.. :)
sedapnya tgk apam kodot tuh..nk order kt kawan tp dia xnak buat..huhuu
ReplyDeletesegan rasanya sbb izan pun tak pernah derma darah seumur hidup ni... kalau difikir2kan, mmg ramai sgt org2 yg perlukan darah di luar sana atas berbagai2 sebab.
ReplyDeletebertuahnya adik dapat cabutan bertuah..:)
ReplyDeletepernah derma darah dulu... sekarang xbole sbb bersambung2 breastfeed anak2...
ReplyDeleteteringin nak derma darah tp belum berkesempatan lagi nak buat sebab..
ReplyDeleteWah...cantik tabung yg adik dpt tu.. :)
saya pun tak layak jadi penderma kak.. berat sikit sangat..hehe..
ReplyDeletetahniah kat adik..!
Alhamdulillah adik bertuah tul..dlm sakit2 tuh pun dpt cabutan..
ReplyDeleteBab derma2 darah nie en.Abuaidan yg suka..tiap2tahun dia kalo dapat nak menderma...:)
Nini lamaaaa dah sgt tak pegi donate blood..dulu sblm kawen ragin sgt pegi tapi lepas kawen tak dapat approval dari bos...nini lupa apa ke alasan yg dia bagi tapi ada bersangkutan dgn kesihatan nini jgk.
ReplyDeleteSy suke derma darah. Tp berpeluang sekali je. Mana nak cari g ni eh?
ReplyDeletebgs yg rjin derma drh kan..byk phla dorang..;-)
ReplyDeleteAs salam Kak Zakie,
ReplyDeleteTgk aluk tu buat saya lapar...lama dah tak makan lauk kenduri mcm ni... eh, kira kenduri lah ni kan...hikhik... Marya pun tak pernah derma darah sb saya kurang darah...tp pernah terfikir utk donate organ satu hari nnt... errr... maybe tunggu saya dah takde kot...
Take care kak :))
cute adik comel bunga pink ditudung...
ReplyDeletewaa kagum jugak ngan pak cik tu lebih 100 kali menderma...bagusnyer...saya yang sekali ni pun macam takut-takut..
amalan menderma darah nie....bagus untuk kesihatan & orang yg memerlukan....
ReplyDeletederma darah tu seronok la...
ReplyDeletesaya ada gak derma 2 3 kali sebab dah tua-tua baru pandai menderma...
hehe.
cheqna x pernah derma darah
ReplyDeletehuhuhu
Alhamdulillah..derma darah pun salah satu amal jariah kita kan kak..sangat bernilai dan bermakna..suami saya pun kerap juga derma darah..besar ganjaran pahalanya..amin..cumil bunga kat kepala adik tu..boleh acik pinjam..heheheh *,~
ReplyDeletedah lama aiza tak menderma darah sebab kesihatan tak mengizinkan untuk aiza menderma.. betul tu kakak, darah yang kita dermakan tu mampu menyelamatkan nyawa insan lain..
ReplyDeletedah lama tak derma darah.. tapi bila dapat peluang memang takkan lepaskan.. ;)
ReplyDeletexpernah derma darah..sedih kerana xdibenarkan menderma kerana berpenyakit..hehehe...dlu pun mintak darah orang...:)
ReplyDeleteKakzakie, ummi kan suka sangat tarian zapin Johor ni, terutama bila budak2 yang menari, rentak zapin ni bestlah.
ReplyDeleteBesar pahalanya kalau dapat menderma darah ni, derma yang berkait rapat dengan nyawa seseorang, moga Allah memberkati mereka semua.
Waa tahniah adik, murah rezeki, selamat menabung lagi ye adik!.
Bertuah adik dapat hadiah tabung tu..cantik je..pernah derma darah masa zaman2 anak dara dulu..:)
ReplyDeletetimbul juga keinginan nak derma darah ni...
ReplyDeletealhamdulillah...moga pahala berlipat ganda tuk mereka2 yg rajin menderma darah.....dlm family lieya plak kak, abah lieya rajin derma darah....sgt2 rajin...penuh selalu buku derma darah die.....
ReplyDeletecantik adik kak..kemain besar bunga atas kepala....hehehehe
bagus ade aktiviti mcm ni kan kak....penderma2 tegar rase dihargai dan dpt berkongsi pengalaman ngan kawan2 lain....
dulu knor ada juga menderma darah..masa berkerja..
ReplyDeletebaguskan..dah warga emas byk darah lagi..heheh..gurau kak..anak2 muda turun le cpt..
pernah derma darah dulu2 lah..
ReplyDeletetak pernah derma darahpun.. teruk betoi.. dulu orang kata kalau derma darah gemuk.. padahal tak mendermapun gemuk gak...
ReplyDeletewahh meriah majlisnya... comel jek bebudak menari zapin... adik comel jugak.. =)
ReplyDeletekakak, sy pun suka zapin....
ReplyDeletedah 100x derma darah? sy baru sekali..itupun dah macam nak pitam lepas derma...haha....
Saya pun tak pernah derma darah sebab tak layak..Katanya berat tak cukup..Tapi suami saya biasa derma darah. Amboi adik bergaya dengan bunga atas kepala, cantik.
ReplyDeletesuami saya dulu rajin derma darah...tapi bila dia disahkan ada talasemia minor, dia tak derma dah...huhu...
ReplyDeleteAina sekali ja pernah derma tu pun baru2 ni, selama ni cam takut tp sekali derma rasa cm nak derma lagi je.
ReplyDeletehari ni kat office noe ada kempen derma sarah...tapi noe tak dapat menderma sbb ada darah tinggi...sebelum kena darah tinggi dulu...selalu derma..rasanya adala dalam 6/7 kali..
ReplyDeleteayah yui pun suka derma darah..yui ni bru brape kali..huhuh
ReplyDeletecomei adik dressing ye...
ReplyDeletesaya tak pernah derma darah kak.
ReplyDeletecik abe slalu gak.
abg ipar pon selalu gak
cantik la tabung tu
sy x pernah lg menderma.. sbb x lepas.. huhu.. beso bunge kat kepala adik.. :)
ReplyDeletesaya teringin nak menderma darah tapi tak layak sebab sedang breastfeed..aritu kat tempat keje pon ade buat kempem derma darah..tapi tgk jela kawan2 derma darah..huhu..
ReplyDeleteanyway, tahniah dapat hadiah cabutan bertuah..suka la goodies dia..mcm2 ada..
tak pernah derma darah..takutlah pula..
ReplyDeletemeriah juga malam tuh Kakzakie..
tahniah adik pulang bawa hadiah...
tak pernag derma darah lagi...teman kawan pernah sekali...takut tang jarum tu huhu
ReplyDeleteTahniah buat hubby Akak dah buat adik.
ReplyDeletesaya tak pernah derma darah... tapi untungnya orang yg derma tu boleh produce darah baru.. hihi
ReplyDeleteBertuah adik dapat hadiah...dulu hubby kak Zai pun selalu dapat kalau ada dinner dan sebagainya. Hadiah besar2 pulak tu hihihi...
ReplyDeleteKak Zai belum pernah lagi menderma darah.
Kak zakie...comel lah bunga ats kepala adik hehhehe geram tgk bunga sekuntum....umi Qi suka sgt zapin x tau kenapa...:)
ReplyDeleteDah lama tak derma darah, darah saya jenis yang jarang penduduk Malaysia ada. Selain membantu, derma darah bagus...sebab ianya mencuci darah dan membina sel2 darah baru.
ReplyDeletesaya tak layak derma darah sebab selalu kekurangan darah..kakak jadi penderma tetap ker?
ReplyDeleteWaah bertuah adik dpt cabutan bertuah yer.. dpt tabung leh laa simpan duit byk2 dlam tabung tuh.. :)
ReplyDeletebyknye isi goodies bag tu....
ReplyDeleteno bertuah? rietta pown suka klu ada cabutan bertuah...
psss...hehehe...ada ibubapa yang tersalah pham...igtkan gred itu adalah markahnye...
kekadang kita segan kan nk snap pic dalam majlis keramaian ni, best menunya kak, alhamdulillah :)
ReplyDeletealhamdulillah dan tahniah ...
ReplyDeleteakk , saya baru perasan saya baru sekali derma darah huhu
saya takuttt sebenarnya .. hhuhu
masa kecik2 dulu kalau dapat hadiah tabung "celen" mesti seronok... tp tak pernah lak nak menabung....
ReplyDeleteRezeki tu dpt tbung .sgkr kristal mknsn sedap2. Zila suka brbuka dsitu..
ReplyDeletetak pernah berkesempatan derma darah kat malaysia ni. asyik kantoi je tak cukup tidur la, tak makan la pe sume.wuuuuu
ReplyDeletePM setakat nih baru pernah menderma sekali jer,itupun selepas dipaksa oleh wife...hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, baik hati betul sipenderma2 tukan.Mama masih tak beranilah.
ReplyDeleteAdik very lucky la. So far saya tak pernah menderma darah, bukan tak nak... tak layak. Naik penimbang jer terus kena halau, tak cukup berat.
ReplyDeleteX pernah derma darah sbb x layak
ReplyDeleteJujur seumur hidup kakak yg dah tua ini tak pernah lagi kakak menderma darah. Ambil darah untuk pemeriksaan itu pun kakak dah ngeri tak terkata. Jarum injection itupun kakak tengok macam dah nak terkencing rasa. Bersyukur pada mereka yg mampu memberi kehidupan pada org lain. Besar ganjarannya.
ReplyDeleteTerima kasih semuanya:-
syuk shusuke, Puan Kutu (samalah dgn kakak ni), Masya (tak tahulah kakak mungkin juga kot), azi (suka dia azi hadiah sakit perut malam itu), Kniedaz, Zee Suhaini, ZazaMyMoon, hainom OKje (dlm hati bimbang org kata tak pernah jumpa makanan agaknya hihi...), makchaq (at least makchaq ada berjasa, kakak tak pernah sekalipun), Pn.bayu (sebenarnya itu cekak rambut dia), KY (tabung adik banyak isi aje sikit hihi...), Cikda, Acik Erna (menabung rajin tapi tak penuh-penuh acik), ♥ Cmª shIemª ♥ (sykt abang memang tiap tahun buat Cma), Deq's Qienz (ala buat aje sendiri DQ), Izan Ishak, Nafira usof (itulah nasib dia baik malam itu Zura), lia, Ratu Hatiku, Rai Ourkizuna, ummuaidan (oh.. bagusnya dia ummu), Nini D.. (at least dah pernah rasa, kakak tak pernah Nini - takut), faraherda.razalan, are_lin@yu, Marya Yusof (moa niat baik Marya terlaksana kelak), (Lizz) http://haslizalizz.com, yan's cottage, Rapunzeel Cikilolo, cheqna, PeRdU cINta (kalau yg sihat dan bernai sebenarnya baik tapi kakak takut), Mizz Aiza, aizamia3 (oh.. kira dah pernah mendermalah kan... kakak tak), Siti Rohaida Yusof, ummiross (kalau buat memang dapat pahala tapi kakak ni jenis takutlah ummiross), aTieYusof Family, the malay male, lieyalatif (memang itulah motif pihak HSA buat), Knor Kesuma Angsana, Cho Zila, Deqla Manjew, aanie (takut kan aanie), Nurulhuda Abdul Latip, wahida (tapi dah pernah buat itu dah bersyukur), JunAina, n O e s u h a i m i (eh... kira dah banyak kali tu Noe), nuyui a.k.a miss YUI, Haryati Faizal, QasehnyaRania, aizu's life, mama_ka0ri, Qhaifa Nur, wawa syaida, Fiza Rahman, hazlin nazri, Zaitun, With Julia, Bin Muhammad, zulaikha megat, Rinna, HeNRieTTa JoSe, Tihara, ieda immi, eelobor, zila norazila, aReLaN, Papa Mifz, ,Juhariah Johari (samalah kakak pun takut), Nastyna (tak layak lain tapi mcam kakak ni takut Nas) dan elly nadyra.
Beruntung mereka yg pernah menderma kerana selagi darah masih mengalir ditubuh penerima pahalanya sentiasa tercatat.
Sekali lagi terima kasih semua:)
Wahhh memang bertuah dapat tabung..
ReplyDeleteLeh buat simpanan hingga hari tua kelak :D
cun bunga kat kepala adik tuuu
ReplyDelete