Kisah-kisah mencuit dan tercuit di hati sewaktu cuti Hari Raya pastinya menjadikan kita lebih peka dengan kehidupan yang kita lalui. Ingin aku paparkan satu kejadian dari anak-anak yang bertandang masuk ke rumah kami. Dua anak lelaki dan satu perempuan. Paling besar baru berusia 9 tahun, kedua 7 tahun dan si adik yang perempuan baru 3 tahun. Mereka bukan tinggal di taman perumahan kami tapi berselang 2 taman perumahan dengan berjalan kaki. Sebaik bersalam dengan aku dan hubby, kami menjemput mereka menjamu kuih di atas meja. Si adik yang 3 tahun suka kuih siput lalu bekas kuih dipegang olehnya. Aku bimbang bekas kuih aku terjatuh, tapi hubby senyum saja. Dalam pada bertanya umur berapa, anak siapa, tinggal di mana, bersekolah di mana tiba-tiba si kecil memegang gelas air yang baru separuh diminum sambil mahu menggaru kepala. Aku dan hubby terjerit bimbang air minum tertumpah di atas kepalanya dan jauh di dalam hati aku juga bimbang gelas terlerai dari tangan. Aku ambil gelas di tangannya dan meminumkan si kecil.
Melalui perbualan kami dengan si abang tahulah kami anak kecil yang berusia 3 tahun itulah dulu yang hampir menjadi anak buah kami. Mereka tidak tahu mengapa kami besungguh mahu tahu siapa mereka. Biarlah anak-anak masih mentah itu tidak perlu tahu. Si penjaga sudah berjanji dengan hubby tetapi pada malam yang dijanjikan tiba-tiba rumah mereka kosong. Panggilan telefon langsung tidak dijawab. Kami redha dengan duit yang telah dimiliki kerana anak-anak mereka memerlukannya. Menurut jiran sebelahnya, mereka terpaksa melarikan diri akibat dikejar along. Kisah ini berlalu tiga tahun lepas. Sayu hati aku melihat ketiga-tiga anak tersebut. Bila mereka mahu pulang aku bungkuskan kuih-muih yang mereka suka. Melihat selipar jepun yang dipakai oleh mereka sudah membuat airmata aku luruh. Kesal sebab sewaktu berkemas hampir Hari Raya tempohari banyak kasut adik yang tidak elok telah aku buang, tapi kalaulah aku tahu ada tetamu begini pastinya aku simpan. Hubby siap berpesan kepada si abang supaya menjaga semua duit raya yang diperolehi terutama duit si cilik yang tidak tahu apa-apa.
~~ Bayangkan kalau anak kita baru berusia 3 tahun berjalan dengan abang atau kakak yang baru berusia 9 dan 7 tahun adakah kita benarkan. Berjalan kaki yang pastinya melebihi 2km hingga berpeluh-peluh. Ya-Allah... sungguh menginsafkan.~~
Mengimbau kenangan 3 tahun lepaslah ni yeh kanda...
ReplyDeleteYelah 3 tahun kecik lagi tu....tak bahaya ke jalan kat situ kanda....
Tapi kadang tu, keadaan yg membuatkan ibu bapa mereka tawakkal ajelah kot dan biasanya mereka mmg dah biasa dgn keadaan mcm tu
sedihnya baca kisah kak zakie ni..
ReplyDeletemmg sgt tersentuh. Bygkan anak keci; berusia 3 tahun.. ohhhh =(
Baru 3 tahun dibiarkan berjalan dengan abang dan kakak yang belum pun sampai 10 tahun..ya Allah...terkedu azwa dibuatnya.. tapi bila difikirkan balik berdasarkan kepada apa yang dilakukan kepada mamawana, tak menghairankanlah perkara ini dibiarkan ibubapanya berlaku..sedihnya..
ReplyDeletebaru 3 tahun kak? terbayang ahmad..aduhai, kalaula ada kuasa nak aje ubah keadaan semua budak2 yg susah2 ni..kesian pada dorang yg kecik lagi..
ReplyDeleteapa nasib budak tu nanti.. kessiannya kisah 2 beradik ni... tak boleh bayangkan............... hmmm :( takmau sebut benda yang tak baik.. harap mereka berada dalam lindungan Tuhan
ReplyDeletebaru 3 thun..sebaya Hazim...sy mmg x kan lepaskan keluar dri pintu pagar pun kak...kesian plak mmbacanya...
ReplyDeleteHarapnya kehidupan mereka adik beradik sentiasa dlm lindungan Nya...
kak.menitik airmata sy baca en3 ni
ReplyDeletesy sungguh tak paham kenapa ada ibubapa membiarkan anak2 kecil beraya ke rumah org yg tak kenal tanpa org dewasa.tak risau ke mereka?org jahat skrg xde tulis di dahi..semoga anak2 itu dipelihara oleh Allah
Akak...ya Allah menitik air mata umi Qi baca...sungguh kak, bila tgk anak sendiri ingat anak org lain lg susah rasa hiba sgt...ya Allah murahkanlah rezeki anak2 tadi ya allah...kesian mereka
ReplyDeleteNasib setiap dari kita mmg berbeza..ditakdirkan Allah ada yang senang & ada yang susah sebab antara kita saling memerlukan...
ReplyDeletetingat masa raya kat umah FIL tempoh hari...menerima kedatangan tetamu cilik..tak tahu naik apa..tapi mereka dari perling..beraya sampai ke tampoi... takkan jalan kaki kot..jauhnye... :(
ReplyDeleteKakak..
ReplyDeletenasib orang tak samakan..kesian kanak-kanak tukan...kalau kita, memang tak benarkan anak-anak beraya tanpa kawalan yang lebih besar..:)
ya Allah kak...lieya bace pun naik sayu kak....betul kak, bile tgk keadaan org lain, compare dgn ape yg kite ade, lagi2 kalo yg tak bernasib baik mmg rase kerdil diri ini kan kak....
ReplyDeletemudah-mudahan akak ade rezeki lagi jumpe mereka...boleh laa menghulurkan bantuan ape yg patut....ye la, tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima....in sha Allah...
bila baca n3 ni..mata sy berkaca-kaca kak..(control skit kot ada member nampak)..sedih sangat..memang x dapat bayangkan nasib anak2 ini..semoga mereka didalam lindungan Allah..
ReplyDeletejauh mereka berjalan kak...kalau nur 3 thn memang tak lepas keluar risau..sedih bila mengenangkan nasib anak-anak sebegini...moga mereka selalu dimurahkan rezeki..
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri kak
ReplyDeleteanak saya yg berumur belasan tahun pun saya amat bimbang klu dia keluar kemana mana inikan pula yg berumur tiga tahun..semoga mereka semua dilindungi Allah sentiasa..
Sayu jer baca coretan Kak Zakie nie.. Kita kena bersyukur kan dengan apa yg ada bila melihat org yg lebih memerlukan....
ReplyDeleteSedihnya baca entry nie.. Walau di mana saja mereka berada semoga Allah sentiasa melindungi mereka..
ReplyDeleteas salam .. selamat hari raya...sedih..memang sedih... bersyukur lah dgn apa yg ada..ye kak yer... kita bantu walau dgn doa yg ikhlas...
ReplyDeleteAllah Ya Allah...
ReplyDeletesedangkan Budak Adik yang dah 12 tahun pun kakcik berat nak lepaskan berjalan dengan kawan2, apalagi kalau baru 3 tahun... :(
Sedangkan anak yang berusia 9 tahun keluar beraya dengan kawan2 pun kita riasau inikan pulak 3 tahun kak.
ReplyDeletemoga anak2 yg suci ini sentiasa dilindungi Yang Maha Esa...
ReplyDeletesedihnya cerita akak nih..zee dapat bayangkan si kecik tu sebab hampir sebaya ngan hero bongsu zee..jauh mereka berjalan..memang risau kot2 terjadi perkara yang tak diingini..
ReplyDeletemoga mereka sentiasa dilingdungi..
kecik macam tu dah dibenarkan jalan dengan adik beradik yang lain...risaunya....bg kat eda jelah...hehehe
ReplyDeleteSalam merdeka!
ReplyDeleteFikir dahulu sebelum buang.......kan dah nyesal????
mm... saya baca citer ringkat akak ni pun dah hampir nak meneteskan air mata.
ReplyDeleteAllahuakbar...sayunya hati membaca n3 kakzakie ni, moga Allah SWT melindungi anak2 kecil tu, moga Allah permudahkan hari-hari mereka.
ReplyDeletekesian budak2 tu..
ReplyDeletesedih ngan nasib bdk2 tuh kak.. apa la kisahnya yer..
ReplyDeletekesiannya...
ReplyDeletesedih membaca kisah nie kakak..kalau anak kita, takkan dibiar semuda itu berjalan jauh2 dari pandangan dgn abg punyg masih kecil..mungkin sbb kesempitan kot mrk sanggup jer..
ReplyDeletesemoga keadaan mrk tambah baik skrang harap2nya..
parent die ade ke dah tkde dah?
ReplyDeletesedihnyee.. kecik2 dah lalui smua dugaan tu.. jauh jugak tu perjalanan.. x terbyg rasanya..sekrg mana parents dia?? sedih bila akak ckp psl selipar yg dia pakai.. ya Allah..kalo deqla yg tgk mau gugur airmata ni..
ReplyDeleteAllah. Tentu ada hikmahnya kerana Kakak tidak berpeluang menjaganya. Sekurang2nya masih berpeluang bertemu dengannya.
ReplyDeleteterlerai jugak air mata saya...
ReplyDeletetapi nak tau cerita selepas kejadian tu.. huhu
kesiannya kak
susah-susah kita ada lagi yang susah..
mungkin hari raya inilah ibu tadi sanggup membiarkan anak pergi beraya mungkin ini peluang/rezeki mereka mendapat lebih..
betul kak kalau kita mesti tak sanggup dan tak harap anak seusia 3 tahun tu pergi beraya...
mencurah2 pulak air mata ni..
kak tak snap gambaq depa ka...
salam kak zakie,
ReplyDeletesungguh mengharukan dan menginsafkan. kita doakan yg terbaik untuk mereka kak..Aminnn
sdihnya dgr kisah anak2 ni..moga Allah merahmati mereka..
ReplyDeleteterharu kak...semoga bila anak2 itu besar nti menjadi anak2 yg bijak dan bertakwa.
ReplyDeleteKalau saya xsanggup biarkan mereka berjalan, elok di hantar pulang. Mungkin nak beraya lagilah agaknya tu...
ReplyDeleteTapi dulu2 masa kecil biasa gak beraya jalan jauh2 berkilometer beraya. Seronok sgt xsedar dah jauh. Tapi sekrang ni keadaan mungkin merbahayalah...
Sedihnya cerita ni kak zakie. Tapi saya tak paham.. Kak zakie dulu nak amik budak kecik 3 tahun tu jadi anak buah ker? dah bagi duit tapi mak dia hilang diri eh?
ReplyDeleteApa2 pon selamat hari raya kak zakie!!!!!!
Sedihnya cerita ni kak zakie. Tapi saya tak paham.. Kak zakie dulu nak amik budak kecik 3 tahun tu jadi anak buah ker? dah bagi duit tapi mak dia hilang diri eh?
ReplyDeleteApa2 pon selamat hari raya kak zakie!!!!!!
sebak baca kak. semoga Allah melindungi mereka
ReplyDeletekak Zakie...!! selamat hari raya.. maaf zahir dan batin.. baru sempat mennyinggah sana sini ni.. komen sini dulu.. baru baca citer jap.. =)
ReplyDeletesebak.. moga moga ada peluang lagi kak zakie bertemu dengan mereka.. in shaa Allah jika ada rezeki dan jodoh.. tak ke mana
ReplyDeleteni yang memang sedih kisahnya, tapi bengang sangat bila budak-budak datang kutip duit raya sebab nak pi beli mainan kat kedai, mak ayah diorang bole kasi je anak-anak merayau rumah orang yang tak dikenali pun, saya pesan anak-anak, nak pi kena pi rumah kawan yang dikenali je, jangan main redah semberono....
ReplyDeleteCerita Akak selalu buat zura tersentuh dan insaf.. huhuhuhu
ReplyDeleteMoga lepas nih zura lebih bersyukur dengan apa yang ada.. :(
sebaknyer rasa membaca kak !
ReplyDeletesedih membaca kisah ni kakak.. ada insan lain yang lebih susah dari kita.. seharusnya kita bersyukur..
ReplyDeleteMoga mereka kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan seharian..
ReplyDeletesedih nye baca :(
ReplyDeletekesiannya..esp. kat yg umur 3thn tu. kecik sgt dibiar berjalan.
ReplyDeletetapi tulah, mungkin terpaksa..
semoga mereka selalu dlm lindungan Allah.
Ya Allah..sebak hati membacanya..
ReplyDeletekesian kat budak2 tu..kami dulu pernah la berjalan jauh pegi beraya..tetapi ngan kawan2..walaupon penat tapi seronok..zaman kanak2 dulu..
Sedihnya baca post ni kak, nak nangis rasanya..masih terlalu kecil untuk berjalan sendiri...
ReplyDeleteSemoga anak2 ini dilindungi olehNya
Terus teringat anak2 di rumah...huhu
sedih bc.. tp kalo kite ada anak nnt, mmg x bg kot jln sendiri.. nak2 umo baru 3thn..
ReplyDeletesmoga allah melindungi mereka..
So budak bertiga tu sekarang tinggal dengan siapa Kak Zakie?
ReplyDeletesemoga budak bertiga tuh baik2 sahaja dalam meneruskan kehidupan mereka...
ReplyDeletebagi anank-anak kecil sebaya itu boleh memenatkan..sayunya kak... risau juga kak kalau anak-anak kecil ni berjalan..takut diculik orang..minta dijauhkan
ReplyDeletebc entri pon da sedih kak...teringat kat anak2 klien yg xde baju raya pon...esok lusa nak ke sana la..
ReplyDeleteSedihnyaa.. bila baca kisah dia org.. Berani betul dia org nie berjalan bertiga gini..
ReplyDeleteMoga mereka dilindugi..
sedih dan menginsafkan.can't imagine if it is happen in my family.semoga dijauhkan.
ReplyDeletesemoga anak2 kecil itu selamat dan dilindungi ALLAH.
sedihnye... :(
ReplyDeletesemoga mereka dilindungi selalu
sedih & mmg x dpt nak bygkan.. semestinya queen xkn benarkan anak2 queen berjalan bersendirian adik beradik begini..
ReplyDeleteAssalammualaikum kak..usia sebegitu sewajarnya berjalan bersama sama ibu bapa..tapi mungkin atas tuntutan yang perlu di penuhi..mereka sudah terbiasa untuk terus berdikari..moga Allah luaskan laluan mereka..amin
ReplyDeleteSpeechless. Bergenang air mata. Sedihnya kak. Terbayang anak² ni berjalan beriringan. Kecik lagi 3 tahun tu kak. Pandai Abang & kakak jaga adik. Patutnya diusia mcm tu ditemani ibubapa.
ReplyDeletesedey nya kak
ReplyDeleteselamat hari raya kak
maaf zahir batin
salam sis
ReplyDeleteTak pe..lain kali leh bg..tak de rezeki kt bebudak tu,
Melas jugak ta mboco kisah bocah kui.
bergenang air mata baca kisah tetamu cilik kakak.semog mereka sentiasa dibawah lindunganNYA
ReplyDeletesalam kz ..
ReplyDeleteingat tk satu entri aby psl budak bajau laut yg telanjang jer berkayuh dlm bot papan..
lps tu aby bagi baju mandi farish dan sedikit wang ...
masa tu di Pulau Mabul ..
kadang2 dalam kesempitan hidup utk mencari wang tambahan, boleh terlepas pandang tentang keselamatan anak2 ..
sedihnyer...
ReplyDelete3 tahun mmg terlalu kcil... umur asya 5thn pon bg lya masih kecil .. kesiannya. tp ye la.. kejadian sekeliling adakala myedarkan kita..
salam aidilfitri
maaf zahir n batin
lamanya peristiwa itu berlaku. >.<
ReplyDeletekak zakie ingat lagi ye ? hehe
kesiannya dorang.. hurm.. saya pulak yang jadi sebak ni.. masih ada yang lebih susah daripada kita sebenarnya.. :(
ReplyDeleteDalam kegembiraan kita ada yg berduka dan dalam kedukaan kita ada yg jauh lebih berduka. Jadi sesama kita renungkan bahawa hidup ini tidak ada yg sama selamanya.
ReplyDeleteTerima kasih pada semua teman yg sudi memberikan komen:-
hainom OKje (yg 3 tahun tu kes nak ambil budak tu tapi kisah mereka beraya ni minggu lepas ianya berlaku), ZazaMyMoon, MOKCIK AZWA, amirah, BERT, Asyifa Mustaffa, Irfa (si abang itu pun kata hubby kakak bila hari pasar malam selesai berkemas dia akan mengutip makanan ada juga org yg memberi biasanya), Umi Qi, shaliza, Pn.bayu, azi, lieyalatif (abang kata ramai juga yg membantu terutama mereka yg duduk satu teman dgn mereka Lieya), Sura Mohd, Qhaifa Nur, zulaikha megat, Delima Zamrud, Ratu Hatiku, Kuazue Mohd, Kakcik (peganga gelas pun macam nak terlerai kakcik), JunAina, m.u.l.a.n, Zee Suhaini, Kisah Si Dairy (dulu yg kecik tu hampir nak jadi anak angkat SIL kakak eda), ahmad humairi, NM02, ummiross, redza, mama maman aka yana, nuyui a.k.a miss YUI, ummuaidan (hidup mereka memang agak sempit ummu), Rapunzeel Cikilolo (ada lagi Mas tapi entahlah kenapa jadi macam tu), Deqla Manjew, Aziela, Sayangku Zie (nak snap gambar tak sedap pulak Zie, bimbang ada yg terkait pulak), Cikda, are_lin@yu, Knor, Bin Muhammad (memula ingat macam tu BM tapi katanya mereka nak beraya lagi), Qashmere, Fazleyatul Aini, Kella, Nor Azimah, Nafira usof, Kesuma Angsana, Mizz Aiza (Dunia Kecil), aizamia3, DarLing Pya, Ujie, mama_ka0ri, Mia Kassim, aizu's life, Daddy Ziyyad (mereka ada mak/ayah dan nenek lagi doc tapi tak tahu kenapa dibiar begitu), Papa Mifz, Ema Johari, Riedaffya ibrahim, Rinna, ct shah, LiYa HaNiF ::, QueeN TerataI, PeRdU cINta, Fiza Rahman, QasehnyaRania, TiranaAduka, Puan Kutu, aby, LYAfrina, syuk shusuke (yg lama kisah dah jadikan anak angkat tu syu, tapi kes beraya tu minggu lepas berlakunya, tak faham baca kakak punya essay ye hihi...) dan boni kacak.
Buat semua terima kasih sekali lagi. Bersama kita renungkan.
Salam Kak Zakie, ari ni baru sempat singgah blog kak, Kak, kalau di daerah kak ade jumpe golongan anak begitu...kalo di daerah saya, budak2 nakal yg duduk agak jauh dari rumah saya..(ada PPRT) mmg tujuan semata mata nak duit raya... kalo dtg 2-3 takpe.. ni dtg ramai2.. takot juga, sebab tak kenal kan.. cume kene berhati2 je la...
ReplyDeletetapi citer kak Zakie ni betul2 buat hati Me tersentuh.....
sedihnyaaa.....
ReplyDeleteSalam K.Zakie..
ReplyDeleteoo..ade kisah disebalik 3 beradik ni..
sebak sungguh mmbacanya..
alhamdulillah mereka dikelilingi keluarga yg penyanyang mcm keluarga akak :)
sedihnye kisah ni kak...semoga anak2 tu semua sentiasa dibwh lindunganNya ye....
ReplyDeletealhamdulillah masih ada insan seperti akak, kalau saya di tempat akak, mungkin sama gak tindakan saya kak, sedih kan tgk bebudak begini, yang tak tau apa2 lagi
ReplyDeletesedih saya baca entry ni...bagus abang dan kakak dia jaga adiknyer...3 tahun tu kecik lagikankak...tetiba teringat sara 4 tahun tupun tak boleh bawa diri lagi...moga anak2 nyer berjaya bile besar nanti & sentiasa dibawah lindungannyer...
ReplyDeletesedih saya baca entry ni...bagus abang dan kakak dia jaga adiknyer...3 tahun tu kecik lagikankak...tetiba teringat sara 4 tahun tupun tak boleh bawa diri lagi...moga anak2 nyer berjaya bile besar nanti & sentiasa dibawah lindungannyer...
ReplyDeletesedih saya baca entry ni...bagus abang dan kakak dia jaga adiknyer...3 tahun tu kecik lagikankak...tetiba teringat sara 4 tahun tupun tak boleh bawa diri lagi...moga anak2 nyer berjaya bile besar nanti & sentiasa dibawah lindungannyer...
ReplyDeleteTerima kasih juga:-
ReplyDeleteDr Singa, ♥ Cmª shIemª ♥, Haryati Faizal, elly nadyra, (Lizz) http://haslizalizz.com/ dan Zamani Abe.
Bersama kita jadikan renungan.
Sedihnye akak...hope anak-anak ni sihat2 aje
ReplyDelete