Monday, August 19, 2013

Kasih bertaut di Aidilfitri 1434H

Setelah beraya di kampung halaman akhirnya kembali juga ke rumah sendiri. Belum puas rasanya bertemu sanak saudara. Tidak kurang bertemu saudara seagama yang akhirnya dapat tahu ada hubungan bau-bau bacang. Selama ini berbicara melalui blog kerana memberi komen di entri, tetapi bila si ibunda bertanya nama itu dan ini akhirnya tahulah kami masih ada ikatan. Kalau duduk sekadar bersebelahan kampung tidak hairan semua ini boleh terjadi. Pada petang itulah kasih bertaut antara empunya blog Titisan Nurani dengan empunya blog Yans' Family, Frens, Travel & Food Journal.

Tetamu jauh yang pertama bertandang Aidilfitri ini - Tetamu itu adalah teman blogger Azian Elias - blogger Yans' Family, Frens, Travel & Food Journal bersama keluarganya. Bertandang ke rumah kami. Mak, ayah dan keluarga Azian yang sangat supporting. Seronok bersama mereka. Maaf juga dipinta andai ada yang terkurang sebab sajian makanan tidak sehebat adinda ChefCiJu.
Ole-ole diberikan - Pemberian Azian yang di beli di Kashmir dan Vietnam. Terima kasih tidak terhingga dari kami.

Pouch bag Vietnam - Sulaman hasil tangan rakyat sana yang sangat unik.
~ Doakan Azian sembuh segera dari penyakitnya. Kasihan bila dapat tahu dia terpaksa berbaring sekembali dari beraya pada hari itu. Ujian Allah buat dia sekali lagi.~~


71 comments:

  1. bertuahnya kan dalam dunia blog ni ... boleh jumpa realiti jugak ... tahniah kak dapat hadiah drpd vietnam

    ReplyDelete
  2. kak yan tak sihat ke? tak tau pulak. rasa macam dah lama kak yan tak update blog dia. semoga kak yan cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. syok kan bile dapat berjumpa dan bersembang bersama blogger...cantik hadiah dari vietnam tu kak//

    ReplyDelete
  4. salam pg kakzakie..pg ni baru nak stat berblog balik setelah bercuti raya..hehe

    ReplyDelete
  5. persahabatan alam maya...di bawa ke dunia realiti...teringin juga bertemu k.zakie...:)

    mnarik hadiahnya...

    ReplyDelete
  6. seronoknya dpt berjumpa sesama blogger..pastu dpt plak tau rupanya saudara jauh..mesti lagi seronok..
    sura pun teringin nak jumpa kak zakie..:)

    ReplyDelete
  7. semoga Azian cepat sembuh..

    cantik cenderahati tu, Kakzakie... Kakzakie, selamat hari raya dari sy, maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  8. semoga azian cepat sembuh dan sihat seperti biasa...

    seronokkan bila tetamu datang rumah kita ni...

    ReplyDelete
  9. kasih kembali bertaut kakzakie...moga ikatan persaudaraan berkekalan hendaknya...

    moga blogger Azian cepat sembuh...

    ReplyDelete
  10. sangat teringin nak jumpa akak sekeluarga.. ;)

    ReplyDelete
  11. nanti pg johor nak singgah rumah kakak..boleh ke kak?

    semoga cpt sembuh sahabat tu ye..

    ReplyDelete
  12. cantiknya hadiah dari vietnam tu...

    moga kak azian cepat sembuh aminnn..

    selamat hari raya kak zakie.. maaf zhir batin yaaa :)

    ReplyDelete
  13. bila la kita dpt berjumpa.semoga Azian kembali pulih sihat.cantik pemberian tu

    ReplyDelete
  14. raya kat rumah sendiri jemput kawan kawan pulak kan...

    ReplyDelete
  15. ntah2 kita pun ada bau2 bacang??
    kampung dekat je..tapi masih blm bersua dgn kak zakie.

    ReplyDelete
  16. Seronoknya dapat jumpa rakan blogger...
    Cantik ole2 yg diberi...

    ReplyDelete
  17. seronoknya berkumpul sambil makan2...

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah....ukhwah bermula dari alam maya kedunia realiti..semoga ikatan itu terus kukuh...unik sgt Pauch bag tu...

    ReplyDelete
  19. kadang kita tak sedar kak..dok sembang kat alam maya rupanya ada pertalian..syukur sangat..

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah kakak, persahabatan dialam maya ke dunia realiti..itulah keikhlasan namanya..ukhwah yang begini inshaallah semoga berterusan..harap2 kita pun dapat jumpa 4 mata jgk suatu hari nanti inshaallah

    ReplyDelete
  21. Bagus jugak berblog ni kan kak. Boleh eratkan silaturrahim..

    ReplyDelete
  22. tak sangka jumpa saudara kan..

    kak yan sakit? sakit apa? kesiannya..moga Allah permudahkan segala urusannya..

    lama tak berkunjung ke blog kak zakie..sehat ke? hehe..

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah... Persahabatan online menjadi persaudaraan. Patutlah Kak Yan dah lama menyepi. Sedang menjalani ujian Allah rupanya. Semoga beliau sembuh segera.

    ReplyDelete
  24. semoga kak yan cepat sembuh.cantiknya dan sgt unik pouch bag dari vietnam tu.:-)

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah raya mengeratkan silatulrahim..

    ReplyDelete
  26. dari alam maya ke alam relaitikan kak.. sonoknya..

    salam aidilfitri utk akak sekeluarga.. bila la dapat bertentang mata ngan akak jugak.. :)

    ReplyDelete
  27. balik johor aritu tak dapat beraya dgn akak T_T

    ReplyDelete
  28. Bestnya dpt kunjungan dari Kak Yan sekeluarga.. Cantik sourvenir tuh..

    Moga Kak Yan cepat sembuh..

    ReplyDelete
  29. assalam kakzakie..cantik cenderahati tu..
    yan kenapa kakzakie..semoga yan cepat sembuh

    ReplyDelete
  30. assalam kakzakie..cantik cenderahati tu..
    yan kenapa kakzakie..semoga yan cepat sembuh

    ReplyDelete
  31. Bukti yg jelas nyata...Blog juga penghubung ikatan silaturahim. Jika diizinNya, mungkin kita akan bersua juga.
    Byk makanannye tu...penuh meja.

    ReplyDelete
  32. salam kak.. selalunya hari rayalah dpt menemukan yg jarang bertemu.. dpt kenal mana yg x kenal kak..

    moga Allah beri kesembuhan kpd beliau

    ReplyDelete
  33. Kakak..memang seronokkan kalau dpt bertemu rakan blog kitakan..selalu berbicara kat ruangan komen aja..bila dpt bersua muka, terasa indahnya....

    p/s bertuah kakak dpt.ole-ole yg sangat cantik tu....:)

    ReplyDelete
  34. Seronoknya kakak dapat jumpa rakan blog...Agaknya bila pula saya dapat berjumpa dengan kak zakie...huhu

    ReplyDelete
  35. kak dah jumpa ngan Yan tu yerk!! tuler kelebihan berblogkan.. dapat ramai kenalan... dapat lak cenderahati dari luar negarakan...

    ReplyDelete
  36. dari blog, bersua muka, terus jejak kasih saudara.. hihi

    erm, moga azian cepat sembuh yerk kak..

    ReplyDelete
  37. berjumpa juga akhirnya kak zakie dgn kak yan ye..ada bau2 bacang ke kak?..moga kak yan cepat sembuh

    ReplyDelete
  38. Salam kakzakie

    Jika dekat bolehlah merasa masakan kakzakie..kakpun dah lama tak ke JB Last pergi 2004. Kepada Azian semoga segera sembuh dan tabah hadapi ujian.

    ReplyDelete
  39. seronok dpt berjumpa rakan blog. bnyk perkara boleh di sembangkan. semuga azian cpt sembuh..

    ReplyDelete
  40. ada jodoh dapat bertemu yer kak.. moga kak yan tabah menerima ujian yer

    ReplyDelete
  41. wahh best le akak dpt jumpe kak yan....kak yan tu dah le suke travel sure ade ole2 comel punye kan .....

    tu le kan kak, kite gembira dan ikhlas terima tetamu, bertambah murah rezeki kita kan kak....

    ReplyDelete
  42. buah tangan yg best n kunjungan yg pastinya buat kak zakie tersenyum..

    semoga beliau cpt sembuh

    ReplyDelete
  43. selamat hari raya kak dan family. seronoknya dapat hadiah yg comel. moga beliau cepat sembuh.

    ReplyDelete
  44. Alhamdulillah semoga bertambah erat silahturrahim sempena dihari mulia ini...

    ReplyDelete
  45. slaam kak zakie,

    cika ambik kesempatan ni utk ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin.

    tujuan ziarah menziarahi ni memang untuk eratkan silaturrahimm.. hehehhe.. tah2 cikda pun sedara dgn kak zakie x..?? hehehhehe

    ReplyDelete
  46. maka benarlah syawal itu utk eratkan silaturrahim ...

    ReplyDelete
  47. kalau pergi johor bolehlah jumpa akak kan..

    ReplyDelete
  48. OOooo...ada bau bau bacang la dgn Kak Yan...hihihi..baguslah..tu lah tujuan kita kunjung mengunjungi masa Syawal...dpt kenal saudara...Hari tu masa kat JB igt nak dtg raya rumah akak...tapi segan la

    ReplyDelete
  49. Subhanallah, bestnya diketemukan dengan saudara mara, rakan blog pula tu, memang tak sangka kan Kakzakie.
    Moga Azian cepat sembuh dan pulih seperti biasa, aamiin.

    ReplyDelete
  50. PM ada juga sesekali ke blog Kak Yan tuh,merata dia sefamili berjalan dalam dan luar negara...

    ReplyDelete
  51. Bestnye dapat jumpa kak yan....masa rietta nk ke sabah dlu, kak yan yg baek bg guide pada rietta....xtahu plak kak yan sakit lagi...

    ReplyDelete
  52. Semoga kak Yan tu cepat sembuh.

    Kakak pula apa khabar? Harap waras wal afiat ya! Selamat hari raya kakak...

    ReplyDelete
  53. semoga kak azian cepat sembuh...

    ReplyDelete
  54. salam kakzakie..he..he..nekcik hantar wakil lah ye..insyaallah semuga suatu hari nanti kita dipertemukan...jangan lah bersediih ye kak....ampun maaf di idil fitri!!

    ReplyDelete
  55. beshnye kak, bley kunjung mengunjung di Aidilfitri....

    ReplyDelete
  56. wah, kak zakie dapat barang oversea :D

    ReplyDelete
  57. salam kz ..
    tentu seronok dapat tetamu bloggers ni ..mesti ada sembang2 psl bloggersyg lain kan ..
    hu..hu...
    cendramata yg cantik ..
    rong minggu meneh,
    insyallah aby mareng Bali ..

    ReplyDelete
  58. Wah akak sedara dengan dia ke? Dunia ni kecik je kan kak..Pusing2 kita jumpa dan ada kaitan sedara..Bila akak nak raya rumah saya?? Huhu

    ReplyDelete
  59. seronok betul dunia blogger ni kan??hehee. meriah bila tibanya raya.. :)

    ReplyDelete
  60. cantik buah tangan tu kan Kak Zakie. Tu lah budaya kunjung mengunjung tu penting kan tuk erat kan siratulrahim :)..

    ReplyDelete
  61. Kalau Allah hendak pertemukan dgn siapa pun boleh. Ada yg kita rancang lama tidak menjadi tetapi yg baru dirancang menjadi pula. Begitulah perancangan kakak utk bertemu azian ini di minggu akhir puasa tercapai juga akhirnya.

    Terima kasih semua yg memberikan komen dan mendoakan moga azian diberi kesembuhan sebaik-baiknya:-

    Masya, Fazleyatul Aini (A'ah Lya dia tak sihat), Riedaffya ibrahim, fairus mohamad noor , Asyifa Mustaffa, Dr Singa (bila ikut GB balik JB boleh singgah rumah kakak doc.), Sura Mohd (turun JB bolehlah kita jumpa), Seri Kandi Tanah Jauhar (kakak pun begitu juga SK), ainnoraini, Qhaifa Nur, aizamia3 (kakak pulak teringin nak jumpa si comel Nuha dan keluarganya), Knor (kecik tapak tangan nyiru kakak tadahkan Nor), BERT, inazamri (jauhlah kita ni Ina), Sayangku Zie, Ujie (mana tahukan Ujie sebab kita pun dekat aje ni hihi...), MulutPayau, ❤Kamsiah❤, Eye_nee, Zee Suhaini, ummuaidan (kakak kena tunggu ummu balik M'sia), Ibu Lala, mama_ka0ri (alhamdulillah kakak sihat), Aziela, redza, ct shah, umi alya, ct rahani, Rai Ourkizuna (keluarga sendiri ramai ye Rai), Rinna, Acik Erna (biasalah Yan tidak boleh banyak berjalan walau selalu travel), Bin Muhammad (betullah BM mana tahu kita pun boleh bersua juga), QueeN TerataI, azi, Mia Kassim, Cho Zila, maszmadi, amirah, Werdah (kalau Kak Werdah turun JB jgn lupa inform kakak ye), Kak Yon, Kesuma Angsana, lieyalatif, Puan Kutu, ~aYu~ , BUNDA a.k.a KN, nor azman, Cikda (yelah Cikda,tapi yg soheh kita saudara sesama Islam kan), harumankasehvee, Ema Johari, Daddy Ziyyad (alahai macamlah kita tak pernah jumpa, dah pernah pun sampai rumah kakak kenapalah segan pulak...), ummiross (tak sangaka pun ummiross), Papa Mifz, HeNRieTTa JoSe, ckLah @xiiinam (kakak cuba menjejak blog cikgu tempohari tapi gagal), eelobor, NEKCIK (memang kakak sedih juga sebab kita lama dah merancang, bahkan anak kakak pun menunggu kehadiran Nekcik tapi tak kesampaian), Haryati Faizal, syuk shusuke, aby (ojo kelalen tuku oleh-ole seng apik yo hihi...), Nurulhuda Abdul Latip (kakak di BP dua hari raya dah balik Pontian Huda, teringin juga sebenarnya), boni kacak, Mizz Aiza (Dunia Kecil)dan Delima Zamrud.

    Terima kasih sekali lagi buat semua yg sudi memberikan komen.

    ReplyDelete
  62. Smoga kak Yan cepat sembuh, dugaan untuknya

    Cantik kak hadiah tu :D

    ReplyDelete
  63. Ingat nak pergi rumah kanda hari tu tapi tak de alamat hehe....
    Masak apa tu kanda? macam dap je hehe

    ReplyDelete
  64. cantik hadiah dari jauh tu.. mengeratkan lagi silaturahim antara saudara..

    ReplyDelete
  65. Salam K.zakie..

    huhu..x sangka rupenye rakan blogger ade bau2 bcg dgn family.. mesti teruja :)

    cantik gift tu.. tahniah akak :)

    ReplyDelete
  66. semoga kak yan cepat sembuh, cantik pemberian utk akak tuh

    ReplyDelete
  67. Alhamdulillah dapat eratkan silaturrahim

    ReplyDelete