Sabtu aku bekerja setengah hari tetapi petangnya ke sekolah si kakak sebab ada keperluan yang tertinggal perlu diselesaikan. Semalam pula adik bersekolah dan hubby bekerja sedangkan aku bercuti. Hari pertama aku bercuti hujung minggu tanpa anak dan hubby. Aduhai bosannya tidak terkata. Mahu melelapkan mata mungkin sebab tidak biasa belum sampai 15 minit aku bangun semula, mata tidak boleh lelap. Akhirnya aku mencapai gunting mencari kain yang kami beli tidak lama dulu untuk baju-baju kurung anak-anak termasuk untuk aku juga. Selesai membuat sup untuk makan tengahari itulah aku sambung menjahit lagi. Berhenti menjahit untuk bersolat, makan tengahari dan hantar adik ke sekolah agama.
Alatan - Semua alatan sentiasa ada tidak susah. |
Kain - Inilah semua kain yang aku gunting jadikan baju kurung semalam. Pink adik punya, coklat aku punya, biru Kak Nurienne dan hitam Kak Yasmien punya. |
Cuti seharian semalam aku penuhi dengan menjahit baju tidak berhenti. Empat helai baju kurung siap aku jahit. Kain akan aku jahit minggu hadapan bagi mengisi masa cuti yang bersendirian. Sejak aku kecil hingga kini terasa janggal pula bila ramai yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.
~~ Alah bisa tegal biasa. Lama-lama pasti aku akan biasa dengan cara ini. Ada sedikit perubahan waktu menjenguk anak di asrama bertukar kepada hari Sabtu sebab hari Ahad anak-anak bersekolah.~~
Wah...cepat akak jahit.. kejap je siap 4 helai... ada kesan banyak nampaknya perubahan cuti ni.m macam kata akak tu, tak lama lagi akan dapat sesuaikan dirilah tu
ReplyDeletetak pandai menjahit..hu
ReplyDeletepadahal anak tukang jahit.
bilelah sy nak ada kelapangan menjahit jugak.. teringin sgt nak belajar huhuhuhu
ReplyDeleteBILA LAIN HARI rasa kerugian 1 hari utk bersama kan kak..tapi lebih masa utk benda lain..
ReplyDeletetakpe lah..pelan-pelan lama-lama biase kan kak..
wahhh.. lepas ni banyak la koleksi baju yang siap ni.....
ReplyDeleteTak pe la kak..nnti lama2 biasa la tu..
ReplyDeleteCantik kain yg biru tu...untung la pandai jahit ni...jimat kos...ni kalau 4 psang antar kedai...mau ratus juga cecahnya...
cepatnye akak jait.. bestnyeee... sy ni dr dulu lg minat menjait.. tp smpi skrg x blaja2..cantik kain.. warna je lain2 :)
ReplyDeleteRietta igtkan semua selaras stu negeri johor bercuti jumaat dan sabtu...
ReplyDeleteHmm...bila cuti tdak sama...terasa bagaikan tidak bercuti...
Wah, akk pndai jahit bju...chntek kaennye...sama, tpi tidak serupa...suka rietta tgk...
dlm kebosanan tu ..siap 4 helai jugak...bagus kakzakie..sura tak pandai menjahit...tak de seni..hihihi..
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...baru2 mmg mcm x biasa tapi lama2 okay la tu....nasib baik ada benda yg dpt dilakukan bila bercuti siap juga baju kurung tu...:)
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...baru2 mmg mcm x biasa tapi lama2 okay la tu....nasib baik ada benda yg dpt dilakukan bila bercuti siap juga baju kurung tu...:)
ReplyDeletewahhhhhh.. tu kalau amek tempahan tu kurang2 RM80 dah masuk (baju sajakan?)
ReplyDeleteSaya nak masukkan belajar menjahit dalam senarai nak buat sebelum mati.
ReplyDeleteMasih dalam proses penyesuaian kan Kakzakie, insyaAllah lama2 jadi biasalah tu.Teringat masa perubahan waktu Malaysia yang diselaraskan satu ketika dulu, mula2 pergi kerja, rasa macam hari masih sangat awal,gelap lagi, tapi dah lama2 ni dah rasa apa dah kan.
ReplyDeleteWaa terer ar Kakzakie menjahit, sampai 4 sekali siap tu. Cantik2 warna kain tu Kakzakie.
Terbaik la akak boleh jahit 4 baju kurung dalam tempoh sehari..tulah kak memula tak biasa tapi lama2 nanti akan jadik biasa la kak..Cuma bila dah dok rumah tu seronoknya boleh masak untuk adik yang nak balik sekolah, ada juga kualiti masa di situ cuma tak dapat spend masa hujung minggu cam sebelum ni je kan kak..
ReplyDeleteAs-Salam kak. Bestnya akak pandai menjahit. saya jahit tangan pun senget benget kak. Hihihi.
ReplyDeletekalau dkt boleh tempah kat akak..ni ada dua pasang...tak berjahit lagi..
ReplyDeletemls nak cari kedai jahit
Lagi 2 - 3 kali cuti..insya allah biasa tu nanti kak zakie :) cuma kenduri kawin la...saya rasa dah terhad dibuat hari sabtu aja...
ReplyDeletewahh..boleh start bisnes ni kak.. hahaha.. tapi mmg boring kalau duduk di rumah tak ada diorang kan..
ReplyDeletesaya tak pandai menjahit..nak belajar pun pemalas T_T
opis akak tak amik cuti jumaat n sabtu yek... takpe kak pelan2 lama2 nnti mesti dh terbiasa kan... walaupun mule2 mcm janggal n tak biasa...
ReplyDeletesenyap2 duk sorang22 blh siap 4 helai baju boleh tahan kak... cantik kain akak beli tuh...
Yer lah kakak..johor hari ahad mesti mula tak cuti kan..maknanya company kakak tak follow cuti mcm state yer..
ReplyDeletesian kakak dok sorang2 ..takper produktif jugak tuh ngan menjahit kain sikit punya terer kejap jer dah nak siap..gini nak tempah ngan kakak lah..hehe
wahh! rajin nya kak..smpai siap 4 pasang tu..seronok lah ada baju kurung baru..hehe
ReplyDeleteMunna x pandai menjahit.... Teringin nak belajar nanti
ReplyDeletecantik kain tu kak... best la pandai menjahit. saya ni, jahit skit pun senget. hahahaha...
ReplyDeleterajin akak menjahit..mak saya tukang jahit tp saya tak brp pandai menjahit..
ReplyDeletesama la cuti kita tak berubah..redha jela..tp bila ank bersekolah sure masa limit utk mereka kan..
bestnya....Akak boleh jahit baju sendiri....jimat sebab tak payah menempah....
ReplyDeletetu la kan kak! Alah bisa tegal biasa! InsyaALLAH, lama-lama ok la ni!
ReplyDeleteBest dapat jahit baju sendiri! ;)
mula2 ni memang la kak kekok skit..
ReplyDeletesusah plak nak berjalan lepas ni..
branch opis zee yang kat jb pon tak ikut goverment punya cuti..
dah biasa kan lagipon susah nak deal ngan kl nanti..
cantik corak kain tu.pandai kakak jahit ye.Upah baju skrg ni mahal.sygnya ina tak pandai buat baju sdiri.kalau belajar pandai jugak tp dah malas kan hehhe
ReplyDeleteDulu masa tinggal JB kekok juga Jumaat/Sabtu cuti... Bila dah biasa, tukar pula cuti Sabtu/Ahad dan kini kembali semula Jumaat/Sabtu. Akak pun rasa begitu kan...Alah bisa tegal biasa. Nampaknya kena fikirkan aktivitilah bila keseorangan dirumah. Bolehlah tempah baju melayu ni...hehe
ReplyDeleteBERKENAN YG KALER HITAM TU...NAMPAK ELEGAN HEHE
ReplyDeletesyarikat swasta boleh pilih hari bekerja ke?
ReplyDeletecantik kain-kain tu..saya suka mcm ni, design sama, colour lain2..dah lama tak tengok org ikat kain style johor, yg susun sendiri guna tali pinggang..klasik..
rajin akak...saya nih dah lama tak menjahit...cantik corak kainnyer tu...parsley saya suka...
ReplyDeleterajin n pandai kakak menjahit..falsya nak masukkan benang dlm jarum pun terkial2 lagi..hehehe
ReplyDeletesaya tertanya-tanya macam mana dengan negeri kedah sebab cuti sama dengan johor, jumaat dan sabtu. di sana pun byk kawasan perindustrian yang besar. adakah industri ikut state atau ikut federal dari segi cuti?
ReplyDeletemula2 memang terasa suyi dirumah ye kakzakie..tinggal sorang..
ReplyDeleteacik sejak hero cuti tak dapat nak menulis blog..hero acik pegang laptop tak lepas hi hi..acik biarkan dulu..sampai dia puas..
wowww..laju jugak kak zakie jahit baju ne.Kalau cik sepang baju pon belum tentu siap...
ReplyDeleteMasya Allah....terrornya... 4 pasang dalam sejhari...?
ReplyDeletehuhuhu...
ReplyDeletecantik jugak kainnya
:)
cantik nye kain tu.. sy suka kalau dpt jahit bj sndiri, tp cam malas je .
ReplyDeletejimat kalau dpt jahit bj sndiri kan :D
Assalammualaikum kak..mula-mula terasa janggal kan kak..lepas ni bila kami balik kampung pun mesti terasa lain..minggu ni akk siapkan bajunya..minggu depan kain pulak..lepas itu wah adik dengan kakak-kakaknya dan boleh pakaibaju baru..moga perubahan ini menanbah bilangan jemaah di masjid setiap kali khutbah jumaat diperdengarkan..amen..
ReplyDeletea'ahlah kak ..sejak hr ahad anak2 sekolah rasa kejangalan disitu..:)
ReplyDeletehebat lah akak 4 helai baju dlm sehari tu..saya tang mengunting tu ada kemalasan disitu hehe :)
nak tempah jahit baju dgn akak la bole? hehehe knp cuti x sama kak? company akak x follow kerja ari ahad?
ReplyDeleteMasa saya bersekolah rendah di Johor dulu, memang cutinya Jumaat dan Sabtu. Bila kata Johor tukar balik cuti hujung minggu ke Jumaat dan Sabtu, tidak pulak terasa apa-apa. Namun sudah tentu plan my big family pun susah nak buat kerana ada abang dan kakak yang bekerja dan tinggal di Johor.
ReplyDeleteKak, untung ya pandai menjahit ni. Saya ni memang tak boleh harap. Pegang jarum pun tak reti. Name tag dan lencana sekolah anak pun hantar kedai. Kalau saya yang buat, mahu kena gelak pulak anak saya kat sekolah nanti!
In shaa allah kak. Lama2 nnt biasalah tu. Wah...dpt jahit 4 helai baju tu. Klo dekat blh saya hantar kat akk ☺☺
ReplyDeleteTak seronok juga bila waktu cuti tak sama dengan anak2 ya kak zakie...
ReplyDeletelama tak jenguk blog akak...
Apa khabar?
eh eh.. yang pink tuh sama cam baju zura... hehehe.. tapi zura punye beli baju kurung siap jer. hehehe..
ReplyDeletebertuah anak2 kakak dapat mama yang pandai jahit baju. upah jahit baju kurung mahal sekarang kakak. :)
kelantan cuti jumaat sabtu gak kak,,tp kilang husband tetap nak ikut sistem jepun, cuti sabtu ahad..so weekend kami skeluarga pon jd sabtu ahad jugak la hihi..
ReplyDeleteuntungnya akak pandai menjahit, saya langsung tak berseni..
ReplyDeleteboleh bukak butik kecik-kecilan ni kak zakie :D
ReplyDeletesalam kz ..
ReplyDeletekak tk cuti pd hari jumaat ke ..
konco2 JB ku seng melu mareng siem abennay pun cuti dino minggu juga ..
lama kelamaan.. dapat menyesuaikan diri dalam percutian tu la
Ank dan kita cuti x selaras mmg x best kak.
ReplyDeletepandai kakzakie jahit baju...jimat kos.
ReplyDeleteSyarikat tempat kakak bekerja memang tidak mengambil cuti seperti yg disarankan oleh pihak kerajaan negeri Johor. Mungkin kalau pihak kerajaan membuat arahan "SEMUA" sektor barulah semua kena ikut. Tetapi dek kerana pengumuman yg dibuat membenarkan sektor swasta membuat pilihan pastinya mereka tidak berubah. Lalu yg jadi mangsa mestilah mereka yg bekerja swasta macam kakak ini.
ReplyDeleteApa pun terima kasih kakak ucapkan kepada semua yg memberikan komen N3 kakak ini:-
Aisy Nasiha, Petak Bunga, Masya, :: Mrs.Eady :: (itulah yg kakak rasa sekarang Izwa), Ayu azmir, asyifa mustaffa, aizu's life, HeNRieTTa JoSe, Sura Mohd, Mas Zull, Seri Kandi Tanah Jauhar (kain kakak belum jahit lagi, leher pun belum siap psempurna SK), t.a.t.a, ummiross (begitulah nampaknya ummiross. lama-lama oklah), Nurulhuda Abdul Latip, kakchik@ella, Knor, Daddy Ziyyad (rasanya begitulah doc.), Rai Ourkizuna, norhidana miswan (majoriti sykt swasta tak ambil Dana), UmmuAidan-Arissa (memang boring UAA), aTieYusof Family (bukan rajin tapi sebab tak ada apa nak buat Atie), munna, NM03, Mar Mansor, yan's cottage, YUS, Zee Suhaini, inazamri, Bin Muhammad (betul masa kakak sekolah rendah dulu cuti Jumaat/Sabtu lepas tu tukar, dah ni tukar balik. Dulu masa anak dara kakak ambik upah tapi dah tua ni malas BM), ❤Kamsiah❤, nohas (ye betul sebab itu swasta mojoriti tak tukar pun - kain kakak jahit sekali ropolnya senang - langgar tradisi hihi...), (Lizz) http://haslizalizz.com/, Falsya (bukan rajin Sya tapi nak bagi masa berlalu), KakNi Sihat Cantik (swasta tak ikut pun KakNi), Acik Erna (oh... patut pun macam sunyi je blog Acik), Cik Puan (kain kakak tak buat apa-apa lagi dan leher pun belum sempurna lagi) Aziela, Rapunzel Cikilolo, Afasz, PeRdU cINta (harapnya begitulah yg sultan mahukan lebih ramai yg ke masjid dan tak ada alasan lagi), Roha, Queen Teratai (baju kurung bukan susah pun Miza, semua gunting pun lurus aje kan. Kalau belajar mesti boleh buat), Mummydearie (betullah dulu memang cuti Jumaat/Sabtu dah tu tukar sekarang tukar balik), Fiza Rahman, ~ yus ~, Nafira usof, imm, umi alya, syuk shusuke, aby, zila norazila.
Terima kasih sekali lagi buat semua.
wahhh marathon tuh kak, siap 4 baju kurung tuh.
ReplyDeleteTerasa lama sgt tak jahit baju kurung ler... last jahit baju raya tahun 2012 kut hihihi..
1 hari boleh siap 4 helai kak, wah ini sudah baik, alangkah bestnya kalau umah akak dekat, bleh upah jahit kat akak aje
ReplyDeletewah bestnya jahit baju sendiri.lagi puashati,kan.
ReplyDeletesaya pernah juga merasa cuti jumaat/sabtu.masa pindah sekolah ke shah alam pulak,ting tong seketika sebab cuti sabtu ahad he3...
cantik kain tu.. sama coraknya kan.. tertarik dgn kaler biru.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, pandai menjahit, saya hanya pandai jahit sikit2 je, itupun jahit tangan. Nak buat baju, memang tak pandai lagi
ReplyDeletebaju raya ke tu..?
ReplyDeleteHa'a...banyak jugak rungutan dinda dengar tu kanda sebab tak sama cutikan....
ReplyDeleteAda hikmah tu sebab 4 helai baju dah siap pun hehe...Tak lama lagi bolehlah pakai!
salam k.zakie..
ReplyDeleteoo..johr dahmula sekolah hari ahad kan..?
insyaAllah..lama2 nnti msi serasi..
pandainya akak jahit baju kurung..takyah ssh2 nk antar ke tailor..cantk kain2nya.. :)
salam, cantik kain, beli kat mane ye??share name kedai leh?
ReplyDelete