Hari Rabu lepas hari pertama persekolahan di negeri Johor. Selepas solat maghrib seperti biasa mulalah datang satu-persatu anak-anak untuk mengaji. Tiba-tiba ada satu tetamu cilik baru. Comel dan gebu menarik pandangan mata aku. Si abang bertanya "Adik nak mula mengaji boleh tak mama? Kena bayar tak?" Aku senyum sebab sudah maklum biasa kalau datang dengan pakaian lengkap begitu tahulah mahu belajar mengaji juga. "Abang nak bayar mama ke? Berapa ratus abang ada?" Aku bertanya padanya balik. Tahulah dia lalu tersipu malu.
Selesai semua baru aku panggil tetamu cilik baru tadi. Bertanya nama, sekolah dan umur. Biasalah soalan untuk anak-anak. Belum mengenal walau satu huruf hijaiah. Tetapi malam itu selepas aku mahu dia mengikut membaca doa sebelum mulakan mengaji dan membaca fatihah dia boleh menyebut dengan baik. Kerana belum ada Iqra' lagi aku tunjuk pada si abang minta ibu/bapanya membeli Iqra' dan tunjuk sekali yang mana satu sebab bimbang terbeli Iqra' keluaran dari negara jiran yang kurang menepati kehendak aku. Memuaskan sungguh walau awalnya tidak kenal walau satu huruf malam pertama itu si comel ini sudah boleh mengingat untuk membaca dua muka surat Iqra'.
Sayangnya kalaulah si ibu menghantar ketika usianya 3 tahun pasti anak ini sudah boleh membaca Iqra' 6 aku rasa. Malam tadi dia sudah hampir menguasai sebahagian dari keseluruhan bunyi dari huruf-huruf hijaiah.
~~ Jangan tunggu anak sudah bersekolah. Sebaiknya bila anak sudah boleh bercakap ajarlah mengaji sebab minda mereka mudah ingat ketika usia masih kecil.~~
Salam Kak.. mmg comel & gebu tetamu cilik ni..Alhamdulillah cepat dia belajar ye Kak..
ReplyDeletePa'e pun dah start belajar huruf2 hijaiah.cuma skrg ni kan, bila suruh belajar ada je alasan nya Kak..haha
Salam. akak ajar mengaji ye. akak duduk kat area mana?
ReplyDeleteBetul tu kak. Nephew saya tu saya ajarkan baca fatihah dalam 3 4 kali dia dah mula ingat dan hafal.
ReplyDeleteinsyaAllah kak.nt sy nk belikan iqra pulak kat anak sy.terima kasih kerana mengigatkan.
ReplyDeletesalam kak...
ReplyDeletesalam perkenalan...
sy pun berharap agar zuriat yang bakal saya dapat feb ni nanti dikurniakan kebolehan menghafal dan belajar ayat-ayat alquran...
anak saya masa 3 tahun dapat la ajar sikit sikit ikraq kat rumah.....
ReplyDeletetahun ke 5 ni harap lagi baik...
betul kak...alhamdulillah syahmi sufiya dah nak masuk iqra 2 & 3
ReplyDeleteAnak sy no.2 tu kak...Hadif...camne ye nak ajar dia...pelat skit sebutannya...dah darjah 1 ni..kurang la skit..tp ada juga sebutan hurufnya yg x betul....aduhaiiii...sabar je la ngajarnya...kadang ilang sabar pun iya juga ni..
ReplyDeleteComel tembam gebu anak murid baru akak ni...😊
saya pun terniat nak anto qausar mengaji masa dia 3 tahun kak... 2 tahun tu dah boleh ajar skit2 kan kak...
ReplyDeletecomey tetamu kecik tuu... in sya allah.. nk ajar ank mmg kn byk sbr..
ReplyDeletebetul kak..masa bayi lgi baby dpt merakam semua..input2 mudah masuk dgn cpt..suci lagi.
ReplyDeletecomel adik kita ni...
Insyallah..nak hantar anak2 g mengaji...ptg ni insyallah nak g tanya macam mana
ReplyDeletedamia 3 tahun lebih..insya allah saya nak cuba ajar iqra. abangnya terlambat sikit..
ReplyDeletebila baca n3 kakzakie hari ni rasa bersemangat nak mengajar si Afif..tapi tak tau la mamat tu boleh ke tidak..takut tak leh duk diam..
ReplyDeletein shaa Allah..tu lah selalu nya bile anak2 nak ke sekolah baru belajar hijaiah..
ReplyDeletealahai..comel sgt kak....alhamdulillah terang hati anak kecil ni....baru start mengaji dah byk yg die paham...op kos ustazah yg mengajar pun bagus sebab tu anak2 ni cepat tangkap heheeheh...tahniah kak....akak pendidik yg baik....besar jasa akak mengajar anak2 kecil ni mengenal 'islam'....
ReplyDeletekalau dekat nak je sy hantar pada kak zakie.skrg ajar sndiri,tp sy ni kepala angin jgk.
ReplyDeletekadang2 kena marah smpi menangis sbb sy kurang sabar..
anak kenit saya 3 tahun dah ajar iqra
tp x konsisten.. skrg baru kenal smpi huruf 'sod'
Berapa tahun umurnya tu kak? Comelll
ReplyDeleteSara belajar kat sekolah jer iqra kat Sana ader pakej ngaji semua..alhamdulillah dia ok...betultukak anak2 kalo diajar seawal 3 tahun memang laju jer dia terima pengajaran dan cepat dapat...
ReplyDeleteala kak memang cute la..gegirl kalo pakai tudung nampak comel kan..
ReplyDeleteni kalo umah zee dekat akak memang zee pon antar ngan akak jer..skrang dapat dah guru ngaji..ingat angar angah dulu..dik niq kalo nampak minat nak try la..umur 3taon dah tu..
hehe betul tu kakak.. budak2 cepat mengenal dan faham...
ReplyDeleteComel nya tetamu cilik akk ni. Budak2 memang cepat tangkap.
ReplyDeletecomel tetamu cilik tu kakak.. betul tu, ajarilah anak-anak menegnal al-quran sejak mereka masih kecil dan sudah mula pandai bercakap.. ketika di dalam kandungan pun elok dibacakan ayat-ayat suci al-quran..
ReplyDeleteAlolo..comelnya, rasa nak cubit2 pipi adik tu, hehe..
ReplyDeleteAnak2 kecil cepat belajar dan cepat pula mengingat kan Kakzakie, terang hati mereka ni, hati masih suci bersih..
comelnya!
ReplyDeleteComel muka budak ni maybe comel jugak masa dia mengaji kan kak..
ReplyDeleteAssalammualaikum kak..setuju kak..lagi awal hantar anak mengaji lebih bagus..lebih mudah ingat dan menghafal..masih putih bersih hati dan mindanya,.kawal pemakanannya..jaga aurat..insyaAllah boleh..seronok bila teng8k anak anak kecil suka nak mengaji..nak solat..nak belajar puasa..
ReplyDeletesetuju ngan kak zakie..ajar dari awal lagi kan..senang dapat ilmu katanya..
ReplyDeleteAlhamdulillah sicilik ni comel n bijak.. moga dpt menguasai bacaan Iqra yea... Yea la Kak Zakie, InshaAllah kalo twin dah start bercakap, saya akan ajar dia mengaji..moga twin cepat belajar...
ReplyDeletesetuju kak... miza pun agak terlewat hantar Ammar mengaji.. umur dah 4 tahun baru hantar.. InsyaAllah Amir nnt miza akan ikut saranan akak tu..
ReplyDeleteMemang comel tetamu cilik akak ni. Suka betul saya bila tengok budak-budak perempuan bertudung comel macam ni. Sejuk aje mata memandang.
ReplyDeletesejuk hati melihat wajah kanak-kanak yang penuh kesucian dan kecomelan ni...
ReplyDeleteSalam Kak zakie...apa kabar?Lama atie xsinggah kat sini.Maklum la cuti sekolah..blog pon trrcuti sama lak.
ReplyDeleteBetul tu kak...mmg elok awal2 anak kecik kita dihtr mengaji..lgpon hati mereka bersih & terang..mudah mereka menguasainya.
Salam akak... bak kata org melentur buluh dari rebungkan.. singgah ari ni bila rasa rindu nak BW, apakan daya kudrat masih x daya sgt. buat2 sihat & kuat ajelah kan. TQ singgah blog KA yer!
ReplyDeletecomelnyer dia....
ReplyDeleteberapa umur adik comel ni kak?
salam...comelnya sicilik..betul tu anak2 yg diajar sejak usianya sgt muda umpama air yg menitis ke batu...kekal kesannya.
ReplyDeleteBetul kak...tak perlu tunggu dah sekolah. Seawal boleh, nak kena ajar dah. Adam pun di ajar oleh arwah eyang nya sejak umur 3 tahun.
ReplyDeleteBetul tu kak.. Alhamdulillah, ank-anak Yus dh boleh kenal sume huruf.. mmg dh smpai iqra' 6 dh..
ReplyDelete:D
comelnya tetamu cilik akak :)
ReplyDeletesekarang pon pihak sekolah agama daerah pontian menitik beratkan tentang pengajian dan mengenal huruf hijaiah,untuk masuk ke tahun satu alam persekolahan..
comel dan montel sicilik ni...ramai yg datang mengaji dkt kakzakie.
ReplyDeletememang comel kakzakie tetamu cili tu..acik pun suka tengok
ReplyDeletememang comel lah dia~
ReplyDeletekiut ajer.
Kakak.. zura pon silap.. Anis dh sekolah baru nak hantar dia gi mengaji. rasa menyesal plak x hantar dia awal2 pergi mengaji. huhuhu
Comel tetamu akak... Sha pun da start ajar iA alif ba ta.. Harap2 dia cepat lancar..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak..
ReplyDeletebetul tu kak.. kalau nak ajar anak kecil biar dari awal.. sbb time tu hati diorang bersih.. segala yg kita ajar cepat di tangkapnya.. nani setuju.. :)
comel tetamu cilik tu.. :)
betul, kalau awal dah hantar ajar ngaji, insya Allah, terang hati derang nih!
ReplyDeleteGebus nya si cilik ni. :)
ReplyDeleteSemoga diterang hati dan dipermudahkan. Mesti macam2 ragam budak2 ni...Akak garang ke?
salam kak.wah rindu nak sembang2 kat sini.akak sihat?
ReplyDeletealhamdulillah,memang betul kak.saya setuju kalau dari kecil ajar anak mengaji.dah masuk sekolah nanti busy homework bertingkek-tingkek he3...
subhanallah...ohsem...
ReplyDeletetak per kak... better late than never ;-)
alhamdulillah dia terang hati...
comelnyeeee... ok plak tu bila akak nk amek gmbr dia... ngaji baik2 yer adik comel.. :)
ReplyDeleteAla comelnye dieee... Kalau nak start mengaji kene start umur berapa ye kak?
ReplyDeleteAnak saya macam tak berminat sangat... Tak habis satu mukasurat dah lari... Mungkin sebab tu ramai yang tak ajar sendiri, anta kat orang lain je... Huhu... Tapi saya memang naaakkk sangat ajar anak-anak mengaji sendiri...
budak2 kecik ni memang senang nak hafal sebab tak byk dosa lagi, masih mumaiyyiz..kata org, hati, fikiran bersih..kena ajar yg baik2..bab menghafal lagu, mereka pun memang handal (tak semua lah)..
ReplyDeleteAda buku Iqra' dari negara seberang ke? baru tahu..buku Iqra' yg ada dah lama sangat beli, tahun 1998..tahun reformasi dulu..hehe..
betul tu kak, KY dulu hantar anak mengaji ketika usia 5 tahun, Alhamdulillah..2 tahun kemdian tamat...ituun sebab banyak sangat cuti heee
ReplyDeleteproses pembelajaran anak mmg ketika dia mula mengenal pelbagai perkara . ramai ibu bapa yg tak alert perkara ni ... insha Allah , jika allah beri saya anak , saya akan ajar sendiri .
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...betul tu pembelajaran awal lebih baik...:)
ReplyDeleteSekadar pendapat kakak kerana melihat potensi anak ini bijak agaknya kalau dari usia dia 3 tahun rasanya sudah lancar membaca Iqra' 5 atau 6. Tetapi melihat dari cara kerajinannya tidak mustahil tahun ini dia boleh pick-up cepat.
ReplyDeleteTerima kasih kepada semua yg memberikan komen N3 kakak ini:-
aTieYusof Family (usia macam Pa'e tak boleh paksa kena belajar santai-santai. Boleh sama bermain tak salah), Uni Aqilah (UA duduk di mana?), t.a.t.a, Cik Puan Rara, bang fenn (amin...), Ayu azmir (insya-allah kalau kita gigih mesti boleh), :: Mrs.Eady :: (teruskan Izwa), asyifa mustaffa (pelat pun tak apa Syifa, yg penting teruskan dan kenalah sabar budak kecik lagi kan), NM03 (kalau Qausar dah boleh cakap dah boleh ajar tapi jgn paksa - jgn tunggu lama), izan mama mia, Knor, Rizziela, Rai Ourkizuna (jgn tunggu lagi Rai, mulakan cepat), Sura Mohd (sambil baring ke tak apa Sura ikut cara dia janji dia dpt belajar - budak kecik lagi kan), Cik Puan, lieyalatif, Irfa (mengajar budak kita kena sabar lebih sikit, marah sikit adatlah tapi jgnlah sampai menangis dik... kesian dia), Daddy Ziyyad (6 tahun doc.), (Lizz) http://haslizalizz.com/, Zee Suhaini (boleh buat di rumah Zee, pelan-pelan mulakan dari sekarang), Sayangku Zie, Fiza Rahman, Mizz Aiza (Dunia Kecil),ummiross, redza, Nurulhuda Abdul Latip, PeRdU cINta, mama_ka0ri, eMMe (betul tu Me, bila dah pandai cakap terus mulakan), Queen Teratai (tak apa janji terus istiqamah jgn berhenti), Mummydearie, Angah, ♥♥azatiesayang ♥♥, Kesuma Angsana (doa kakak moga KA terus sembuh), Mila@Rimbun (6 tahun mila), paridah, Aziela (biasa 3 tahun memang dah boleh cakap kan), YUS, Roha (mana-mana pun sama Roha, ibu=bapa pun kena ambil peranan sama), Sarah Talib, Acik Erna, Nafira usof (ta apa Zura yg penting sekarang dah pandai teruskan), mysha, JaSSNaNi, elly nadyra, Bin Muhammad (ada masa kakak garang juga BM hihi...), ||aLeaSaRa||(alhamdulillah kakak sihat. Betul tapi itulah mengaji kena istiqomah tak boleh bila dah katam terus tinggal- rugi), nhhas, Deqla Manjew, Wafee (mulakan sebaik dia dah pandai cakap, tapi jgn paksa. Puji selalu budak kan suka kena puji. Lama-lama jadi kebiasaan - cubalah), nohas (belum mumayyiz pun usia dia ni tapi masa inilah terbaik utk kita mengajar), KY Atie, Qaseh Vee (Amin... insya-allah doa kakak buat QV), Mas Zull (tunngu Awisy pandai cakap dah boleh mula Mas).
Terima kasih sekali lagi buat semua.
comel tetamu cilik berbaju pink hihi..
ReplyDeleteumi imm pun ngajar anak2 jiran ngaji kak..kami 7 beradik pun khatam quran ngn umi sndiri je..
imm mmg berazam nak ajar anak2 ngaji sndiri..
aichan da 2 tahun setengah,,n da boleh ajak borak(cume sebutan ade yg pelat)..akak rase,,skang da boleh stat ajar dei ngaji ke tak ye?stakat nyanyi2 alif ba ta,die da pndai sikit2.huruf mmg lagsung x knal lg.
mmg comel tetamu cilik tu kak..
ReplyDeletebetul juga tu..comel adik ni
ReplyDeleteComelnya student cilik akak tu.. :D
ReplyDeleteThanks atas peringatan kak..
terima kasih kakak di atas peringatan ini.
ReplyDeleteakan saya jadikan panduan satu hari nti.
TOMELNYA ANAK DIDIK KAKZAKIE NI..DIA CERDIK LAJU MNGAJINYA NANTI TU..INSYAALLAH
ReplyDeletebagusnya... comel pulak tu
ReplyDeletewah bertambahlah nampaknya saham kanda.....
ReplyDeleteBetulkan kanda.... budak budak ni memang cepat tangkap....sebab otak mereka masih freshkan...
salam k.zakie..
ReplyDeletemmg cute orangnya.. alhamdulillah..semoga dia rajin menuntut ilmu..
akak jgk bertambh pahala dlm mendidik anak2
Danial umo 3 tahun plus dah start ngaji kak. Tgh merangkak rangkak tu. Tp yg abg tu umo 8 tahun baru iqraq 3 kak. Start mengaji umo 5 tahun. Sblm tu cr org ajar mengaji x de. Ssh betul dok kl ni. Dah pindah rumah br dapat.
ReplyDelete