Friday, February 21, 2014

Allahumma Solli ala Muhammad

Ceramah bersempena maulidurrasul dimulakan selepas solat maghrib. Tidak ramai wanita yang hadir. Tidak hairanlah mengapa lebih ramai kaum lelaki menjadi penghuni syurga berbanding perempuan. Ceramah oleh Ustaz yang didatangkan dari Darul-Quran (lupa nama beliau) tidak kurang menyengatnya. Memberi peringatan tentang hari kiamat terasa betapa kerdilnya diri ini. Kepanasan pada hari ini sudah membuat ramai antara kita mengeluh bayangkan pada hari untuk dihisab matahari berada sejengkal di atas kepala. Sangat menginsafkan.

Jamuan - Inilah sebahagian wanita yang hadir pada malam tersebut
Adik and the geng - Jumpa pula kawan satu sekolah. Makan berlima satu dulang. Boleh minta tambah lagi.
Sisa - Tidak terhabis mereka berlima. Tinggal tulang kambing dan nasi tomato yang terkena banyak minyak.
Keperibadian baginda rasulullah yang tiada tolok bandingnya juga dipaparkan malam itu. Biar diulang-ulang sekalipun ianya tetap segar untuk dijadikan halua telinga. Kasih baginda terhadap umatnya sehingga Izrael yang datang mahu mencabut nyawa juga dipaparkan. Bagaimana baginda memohon agar kesakitan sakratulmaut umat baginda mahu ditanggungnya sebab tahu betapa sakitnya sakratulmaut yang diibaratkan tusukan 70 bilah pedang. Kalau boleh baginda tidak mahu umatnya menanggung kesakitan sakratulmaut. Apa lagi yang kita mahu selain syafaat baginda di hari kiamat. Mari kita berselawat.

~~ Renungan bersama walau sudah tahu bahwa tarikh kematian sebenarnya saban hari kian menghampiri kita.~~

59 comments:

  1. Semakin terasa kerdilnya saya ni kakzakie... bagaimana saya nak menghadapi sakaratulmaut... sedangkan nabi yg maksum itu pun terasa sakitnya... Allah Akhbar... Ampunilah didosa-dosa kami ini...

    ReplyDelete
  2. zee suka baca akak punya entri..mesti ada nasihat yang terselit..
    bagus tempat akak..selalu ada aktiviti camni..

    ReplyDelete
  3. denagan anak2 yg masih kecil, jaga anak dirumah..insyallah memudahkan suami berbuat ibadat..tak gitu kak zakie.
    mudahnya wanita dapt pahala, dari suami.
    :)

    ReplyDelete
  4. tmpt akak lain pula kakzakie,yang perempuan biasanya lebih rajin pergi kemajlis2 ni..apapun terasa insaf bila baca coretan kakzakie ,merenung diri mengenangkan dosa2 lalu.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Zakie sekeluarga. ..

    ReplyDelete
  6. Yelah Kakzakie..bila dengar atau baca tentang keperibadiann Rasulullah SAW, terasa sangat kagum dan sejuk hati. Kadang-kadang terfikir jauhnya akhlak sebahagian dari umat Islam hari ini dengan akhlak baginda.
    Sayang Allah..sayang Rasulullah.

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    ReplyDelete
  7. Allahumma Solli ala Muhammad

    sedapnya adik makan...mkn sambil minum yew..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak zakie..
    Selalu berdoa semoga hubby dekat hatinya ke surau dan masjid, bolehlah tumpang sekaki dengar tazkirah....emmm kena doa banyak lagi kut

    ReplyDelete
  9. terasa diri masih kerdil disisiNYA.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...
    Suasana biasa dimajlis ilmu, mungkin yg perempuan sibuk menjaga anak2 kecil dirumah kot. Tak pelah..bila suami balik bolehlah sampaikan.
    Bersama kita rebut ganjaran berganda hari ini dengan berselawat sebanyak mungkin dan semoga beroleh syafaat Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
  11. Salam K.Zakie..

    huhu...betul tu..baru panas dunia sikit dah menurut..belum kena diakhirat nntu.
    *muhasabah diri*

    mkn nasi dlm dulang tu nasi ambeng ke kak?

    ReplyDelete
  12. Allahumma salli ala Muhammad wa ala aali Muhammad

    ReplyDelete
  13. kecil nyer sy rasa d banding keperibadian baginda... muhasabah diri utk jd lebih baik lagi, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  14. Ya Allah! betapa sayangnya Rasulullah pada kita..dan betapa berat azab sakaratul maut kan Kak?..betapa kerdilnya diri ini:(

    ReplyDelete
  15. Bagus majlis ilmu sebegini kakak..rindu pulak lama tak dapat dengar ceramah begini..kalau kat sini wanita tidak boleh pegi solat jemaah kat masjid..nak dengar ceramah apatah lagi..pun begitu imam yg ade pun belum cukup luas ilmu..benda yg asas pun jrg2 disentuh.ramai yg masih jahil...ramai yg masih kawin muslim hindu.

    ReplyDelete
  16. Mekasih atas perkongsian ilmu ni kak. Betapa sayangnya baginda pada umatnya.

    ReplyDelete
  17. sedap tu makan nasi talam... tapi sayang bila tak terhabis...

    ReplyDelete
  18. Kita wajib mengingati mati. Sentiasa ingat. Itu la caranya untuk elakkan diri dari buat maksiat. Kalau nak buat jugak maksiat, cuba la ingat-ingat akan bahang kepanasan api. Tak payah api, cuba wap air panas tu bila terkena tangan, panas kan? Ingat itu pun cukup la.

    ReplyDelete
  19. Bagus buat aktiviti macam ni. Boleh ingatkan diri yang mana terlupa.

    ReplyDelete
  20. huhuhuhu.. terkesan sgt n3 kakak pasal Rasul kita. Terima kasih kakak atas peringatan bersama ini. :)

    Moga zura pon ade kesempatan joint majlis agama di masjid cam kakak dan anak2 jugak.

    ReplyDelete
  21. kalo dibuat konsert ni..kompem berduyun oghang datang.... tapi bile bab2 ceramah agama ni.. alahaiii.... yg ramai pun yg veteran.... yg mude2?... ermmm

    ReplyDelete
  22. thanks kak...post akak selalu mengingatkan sy yg alpa ni

    ReplyDelete
  23. Memang menitis air mata mengenangkan pengorbanan rosullallah..

    Lagi menusuk kedalam kalbu jikalau membaca sirahnya..

    ReplyDelete
  24. Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.

    ReplyDelete
  25. seronoknya makan dalam dulang ramai2
    lama dah tak praktik kan. dulu masa kat matrik selalu makan macam ni kat masjid matrik

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum, peringatan yang baik, tengok adik seronok dengan kawan-kawanya, untung adik ada ibubapa macam mama and papa.

    ReplyDelete
  27. Cuaca yang kering tanpa hujan sekarang nie pun ramai yang mengeluh. Paling tak tahan kadang2 ada yang marah2 lagi. Astaghfirullah. Nak marahkan siapa? Kalau begini sudah dikuasai amarah, di akhirat kelak, bagaimanalah agaknya dipanggang dan di salai. Allah...

    ReplyDelete
  28. berselera bila makan berjemaah macam nie kan...?

    ReplyDelete
  29. wah bagusnya majlis2 sebegini siap makan sedulang lagi tu !

    ReplyDelete
  30. Bagus kawasn akk ni yer...byk majlis ilmu dianjurkan...yg perempuan brgkali masih ada anak2 kecil yg perlu dijaga...

    ReplyDelete
  31. seronok dpt makan satu dulang cmtu. sy penah makan skali je kot. masa kat kolej dulu. kolej tpt pencetus ummah wat tu . KUIS.

    ReplyDelete
  32. Salam Jumaat KZ..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

    ReplyDelete
  33. terima kasih atas perkongsian kakzakie...panas yg ada pun kita rasa tak tahan...ini kan pula sejengkal dari kepala...

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum kakzakie...slm Jumaat semoga kita akan sentiasa diberkati hendaknya...;)

    ReplyDelete
  35. di Johor sambutan maulidur rasul sangat meriah dengan ceramah dan sebagainya..seronok..kat sini kami kurang sikit ikutinya..rindu dgn suasana mcm ni kak..

    ReplyDelete
  36. Allahuakhbar...terasa betapa kerdil hina diri ni berbanding junjungan nabi...moga diampunkan segala dosa...aminn

    ReplyDelete
  37. salam Jumaat kak,
    betul, kisah baginda Rasulullah s.a.w tetap menyentuh perasaan walau dicerita berulangkali..

    ReplyDelete
  38. bestnya if dapat peluang makan sedulang macam ni kak...SA x pernah merasa....

    ReplyDelete
  39. kn bila selalu dgr ceramah begini. dpt muhasabah diri dan perbaiki diri

    suk mkn dlm talam. ma sedara saya ada sorng, klau pergi rumah dia sama ada time raya atau buat kenduri kendara comfirm mkn dlm dulang. hihi

    ReplyDelete
  40. subhanAllah.. bile teringat pengorbanan rasulAllah.. kerdil rase diri ini..

    ReplyDelete
  41. Salam kak zakie..kat sini dah berlalu majlis maulidur rasulnya..mmg best sbb jemput ustaz dr luar PU Yeop(^_^)

    ReplyDelete
  42. makan ramai2 dengan kawan mesti lah sedap..harus la bertambah-tambah..kan adik kannn...

    ReplyDelete
  43. Sungguh manusia ni hatinya memang berbolak balikkan kanda... Ada masa insaf ada masa tidak..ada masa ingat nak berselawat ada kalanya lupa.
    Kadangkala datang sayu bila mendengar ceramah bagaimana sayangnya baginda kepada kita umatnya.... Allahu akbar....
    Tapi kasih sayang umatnya kepada baginda?....emmm

    ReplyDelete
  44. Sungguh manusia ni hatinya memang berbolak balikkan kanda... Ada masa insaf ada masa tidak..ada masa ingat nak berselawat ada kalanya lupa.
    Kadangkala datang sayu bila mendengar ceramah bagaimana sayangnya baginda kepada kita umatnya.... Allahu akbar....
    Tapi kasih sayang umatnya kepada baginda?....emmm

    ReplyDelete
  45. betul tu kak, kisah Rasulullah walau berulang kali didengar, masih rasa sayu, pilu di hati..kisah saat-saat kewafatan baginda, kisah zuhud baginda..

    semoga kita istiqomah dlm mengingati & mencontohi baginda..serta menyambung perjuangan baginda..takbir..

    ReplyDelete
  46. terima kasih akak atas peringatan.sayangnya Rasulullah dekat kite semua kan..

    ReplyDelete
  47. makan nasi dulang bersama2 itulah yang diterapkan setiap kali selepas solat maghrib. :D

    ReplyDelete
  48. salam kz ..
    pastinya Allah akan memilih insan yg istimewa bagi membawa risalah2 nya utk disampaikan kpd seluruh umat diatas alam ini ..

    ReplyDelete
  49. selamat berhujung minggu...baru ada kesempatan singgah sini setelah seminggu KN balik kampong..

    ReplyDelete
  50. Btl kak , bila umur dah bertambah terasa masih sedikit bekalan ke sama...

    ReplyDelete
  51. Assalam Kakzakie, semoga semua ahli keluarga sihat sejahtera. InsyaaAllah, saban masa kita cuba mengingati Baginda dan berselawat untuknya.

    ReplyDelete
  52. Selawat buat kekasih..Rasulullah SAW..rindu..moga kita sentiasa berusaha menyemarakkan rasa cinta terhadap baginda..

    ReplyDelete
  53. Sambutan maulidurrasul di tempat kakak sehingga kini masih ada lagi di sana-sini. Biasa sambutan akan mula reda bila tiba bulan syaaban kerana sudah hampir dgn ramadhan.

    Terima kasih kepada semua yg memberikan komen:-

    CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Zee Suhaini, Petak Bunga, saniah ibrahim, Kakcik, ummiross, Knor, Mila@Rimbun, aizamia3, Bin Muhammad, ♥ Cmª shIemª ♥, redza, lia, aTieYusof Family, UmmuAidan-Arissa, Fiza Rahman, Sayangku Zie, t.a.t.a, Pokok Manggis Depan Rumah, Nafira usof, D_08, mummY daniSha, Muja.., Cik Puan, Fazleyatul Aini, babYpose, Aziela, yan's cottage, Kesuma Angsana, Eye_nee, Afasz, RDZ Z, n O e s u h a i m i, Mas Zull, Rai Ourkizuna, Mia Kassim, amirah, Tihara, Amanda Suria, Mizz Aiza (Dunia Kecil), QasehnyaRania, Fifi Nadhrah, ♥♥azatiesayang ♥♥, Murni Alfathunnisa, hainom OKje, nohas, imm, syuk shusuke, aby, BUNDA a.k.a KN, adyna, Temuk, PeRdU cINta.

    Buat semua terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  54. sukanya dapt makan beramai-ramai dalam dulang..

    ReplyDelete
  55. Wowww... seronoknya makan berjemaah.. :D

    ReplyDelete
  56. Tak ramai perempuan yang masuk syurga berbanding lelaki ya, kak... Orang perempuan ni macam-macam tanggungjawab. Kadang-kadang hati teringin nak ke masjid tapi ada aje tanggungjawab yang tak selesai-selesai.

    Seronok makan dalam dulang beramai-ramai. Teringat pulak zaman kanak-kanak dulu.

    ReplyDelete
  57. best mkn dlm dulang ramai2.. bertambah selera.. mmglah smpai licin!

    ReplyDelete