Monday, February 17, 2014

Bermarhaban di hari ulangtahun

Malam Sabtu yang baru lalu kami dijemput untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran teman merangkap jiran di taman perumahan kami. Kakak Hamidah meraikan majlis ulangtahun dengan menjemput anak-anak didik aku mengalunkan bacaan berzanji pada malam tersebut. Seronok juga melihat anak-anak kian berani tampil ke depan. Sudah boleh di bawa ke majlis orang dewasa.  

Malam itu (gambar ikut putaran jam) - Kak Midah sedang memotong kek, Firdaus membaca rawi 1, Nusroh rawi 3, Mak Zah rawi 2, adik rawi 4, Nurienne rawi 5 (lupa pula gambarnya). Mereka ini yang membaca rawi berzanji malam itu sebelum aku membacakan doa pada rawi terakhir.
Meraikan (gambar ikut putaran jam) - Kak Midah bersama jiran-jiran, kek red velvet, makanan pilihanku, hidangan juadah pada malam itu dan marhaban kami bersama-sama pada malam tersebut.
Sebenarnya biasa apabila aku ABC (Allah bagi cuti) dari membaca Al-Quran aku tukar mengajar anak-anak ini membaca berzanji. Walau sekadar sebulan sekali tetapi lama kelamaan dapat juga anak-anak tersebut mempelajarinya. Tarranum yang aku ajar pada mereka pun yang mudah seperti tarranum sikah. Kalau Nurienne sudah boleh mengalun tarrarum ras sebab sudah biasa memasuki pertandingan untuk sekolahnya.

~~Doa kami semoga Kak Hamidah jiran kami ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan terbaik untuk terus beribadah.~~

60 comments:

  1. Bagus sangat cara menyambut ulang tahun kelahiran seperti ini Kakzakie.. kalau saya berjiran dengan Kakzakie saya dan anak2 pun nak belajar ngaji dengan kakzakie..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Nampak meriah dan berkat majlisnya ni. Bagus kan majlis macam ni. Dapat tunjukkan kita bersyukur dwngan kurniaanNya

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. bagus menyambut ulangtahun kelahiran dengan cara begini.. semoga kak hamidah dipanjangkan usia dan diberkati oleh Allah selalu..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..sambutan harijadi yg penuh barokah..:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, Alhamdulillah menyambut dengan kesyukuran.

    ReplyDelete
  6. Bagus betul kakzakie manfaatkan masa ABC tu dengan berzanji tu kan... Berkat ilmu yg diturunkan oleh kakzakie tu kepada anak murid... tu yg berani mengalunkan marhaban tu... Selamat Hari Lahir buat jiran kakzakie, moga usia dirahmati Ilahi..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Bermarhaban di hari ulangtahun kelahiran. Selamat hari lahir buat jiran akk tu. Bagus nya anak² didik akk.

    Mak saya dulu rajin bermarhaban dengan group dia. Macam² goodies bag dapat. Tapi sejak sakit ni dah tak boleh nak buat aktivi kegemaran dia tu. Sedih sangat :-(

    ReplyDelete
  8. Syukur Alhamdulillah, untung anak2 ni boleh bljr ngaji dgn tajwid dan taranum. Dulu2 kami kat kpg ngaji quran x bertajwid, dah bsr ni kena ikhtiar sendiri kalau nakbljr baca quran dgn betul

    ReplyDelete
  9. betapa saya berharap, akak tinggal berhampiran dgn saya... bukan sahaja anak2, saya sendiri nak belajar marhaban...

    ReplyDelete
  10. Happy bday kak.. Moga dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  11. Bagusnya sambut hari lahir cam ni antara jiran-jiran kan...Siap berzanji lagi tu..

    ReplyDelete
  12. seronok JD anak2 johor ni kn.kecik2 lg da didedahkn dgn zanji ni seme.anak buah imm pn da pndai berqasidah umur baru 4 tahun.weekend haritu dpt jemputan g berqasidah kat majlis akikah.

    ReplyDelete
  13. seronok JD anak2 johor ni kn.kecik2 lg da didedahkn dgn zanji ni seme.anak buah imm pn da pndai berqasidah umur baru 4 tahun.weekend haritu dpt jemputan g berqasidah kat majlis akikah.

    ReplyDelete
  14. masih ada tak belajar berzanji dan marhaban di sekolah agama johor..?

    ReplyDelete
  15. Inilah yang patut kita teruskan... Semoga amalan yang baik ini terus hidup dan berkembang.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak.. bagusnya macam ni.. semalam kat jabatan Ros, ada buat sambutan maulidur rasul.. ada juga buat majlis marhaban dan bacaan Rawi..

    ReplyDelete
  17. bagusnyaaa kak..best ada keraian gini bolehla juga berzanji...seronok2

    ReplyDelete
  18. seronok lihat ulangtahun di sambut secara begitu =)

    ReplyDelete
  19. seronoknya kak ada aktiviti camni..memang payah dah nak jumpa sekarang melainkan kat kampung..
    bebudak pon turut seronok..
    dapat plak makan kek besar..

    ReplyDelete
  20. kalau la saya tinggal dekat dengan akak..boleh hantar anak2 belajar mengaji dengan akak..

    ReplyDelete
  21. bagusnya sambut birthday sambil meraikan anak2 didik kakzaki n jiran2 keliling ya...selamat hari jadi pada kwn kita tu...moga hidupnya berkah n berbahagia selalu...in sya Allah.

    ReplyDelete
  22. seronok membaca.. mengembalikan zaman kecik2 dulu .. pergi rumah orang bermarhaban.. sekarangni semuatu dah lama ditinggalkan..

    ReplyDelete
  23. marhaban berzanji seronoknya, seronoknya arena tu datang kembali dengan memertabatkan qasidah

    ReplyDelete
  24. seronok nyer majlis2 sebegini kak.. KA waktu kecik2 dulu mmg selalu berzanji ni .. siap masuk tanding tiap2 tahu, tapi tiap2 tahun itu jugalah menang tempat ke 2, no.1, dah sah2 my sister hehehe.. lama x berzanji ni cam dah ingat2 lupe pulak kak

    ReplyDelete
  25. Mengenang saat kelahiran bersama alunan berzanji..alangkah indahnya kakzakie...Selamat Hali lahir buat jiran akk tu semoga Allah merahmati kehidupannya didunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  26. Seronok hidup berjiran dengan Kak Zakie.. Senyum lebar jiran yang diraikan tu..

    ReplyDelete
  27. Sekali pandang sarung kek yang kaler merah tu macam kain yang dikait.

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah... pandai anak-anak dah pandai berzanji.

    ReplyDelete
  29. alahmdullilah..seronok tengok anak2 kecil pandai berzanji.

    ReplyDelete
  30. Bertuah jiran Kak zakie ;) , berzanji mmg mmg ptt dimulakan sewaktu msh kecil lg kan

    ReplyDelete
  31. alhamdulillah,kesungguhan akak mengajar dan mendidik anak2 saya ibaratkan motivasi dan inspirasi untuk kami semua :)

    ReplyDelete
  32. dah lama tak berzanji....zaman sekolah rendah agama dulu la yg paling last! :)

    ReplyDelete
  33. Bagus akak mengajar mereka berzanji dan tarranum, budak2 sekarang ramai yang xtau...malah apa itu berzanji. Semoga amalan baik ini terus berkekalan...

    ReplyDelete
  34. pa'kal akak jauh nun dikulai sana..ingin juga melihat anak2 sy berjanzi dan belajar dengan akak..

    tempat sy cuma ada belajar mengaji je yg ada..

    banyak jugak menu yg dihidangkan untuk tetamu yg hadir untuk meraih ulangtahun kelahiran jiran akak..

    ReplyDelete
  35. selamat hari lahir buat kak Hamidah jiran kakzakie tu.
    Moga beliau sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)

    ReplyDelete
  36. Bagusnya mengingati ulangtahun kelahiran begini caranya. Kalaulah saya duduk setaman dengan akak, bukan saja anak-anak, dengan saya sekali pergi belajar mengaji lagi dan berzanji.

    ReplyDelete
  37. Alhamdulillah Kakak ajar anak-anak kecik bermarhaban juga. Bagus untuk mereka juga.

    ReplyDelete
  38. meriahnya.....tambah meriah dengan marhaban lagi tu....

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah, semoga kehidupan sentiasa diberkati olehNya

    ReplyDelete
  40. majlis hari jdi yang diberkati.. Alhamdulillah... tercari2 mna stu kak zakie? hiihi

    ReplyDelete
  41. Salam Kak Zakie... saya suka cara menyambut ulangtahun.. +marhaban..lebih baik dari kita ikut style barat, kalo tiup2 lilin tu budaya masyarakat Majusi kan... bukan agama kita... Haram kan Kak Zakie...

    Slamat ulangtahun kak Midah...moga sihat sejahtera hendaknya...

    ReplyDelete
  42. Alhamdulillah, berkat didikan kzakie anak2 dah boleh bawa masuk majlis org dewasa yea, kena share petua ni, tapi saya tau kzakie ni jenis pemurah dgn anak2 tu, sbb tu mereka sayang...

    ReplyDelete
  43. Alhamdulillah semoga majlis ini diberkati Allah.

    Makchaq tak pandai berzanji ni... tahun lepas ada belajar, tapi x pandai... suara tak sedap langsung...

    ReplyDelete
  44. bagus cara merayakan seperti itu... tidak mubazir dan berhura-hura

    ReplyDelete
  45. Selamat hari ulang tahun kak Midah (walau tak kenal) moga Allah berkati. Rajin akak walau ABC tetap buat something untuk anak didik, kami dulu suka kalau tok guru "bercuti" sebab kami pun bercuti sama, budak2 kan hehehe.

    ReplyDelete
  46. Alhamdulillah..meriah nya majlis..

    ReplyDelete
  47. Salam kz,
    Bujangan pd thn 60 dan 70han, sapa2 yg pndai bc berzanji mesti cepat dpt jodoh. Melagukan bacaan marhaban d surau2 pd ketika itu mesti mnjadi halwa telinga anak2 dara yg dtg ke majlis marhaban tu..
    Moga kz brjaya menaburkan ilmu yg ada pd anak2 muda yg tngh dahagakan ilmu tu

    ReplyDelete
  48. Alhamdulillah ..Best juga dapat belajar marhaban ni..kita suka tengok makcik-makcik kat kampung yang ada group marhaban ni..rajin dia orang belajar..nway meriah majlis tu KZ!!!

    ReplyDelete
  49. Sebenarnya kami pun tidak menyangka Kak Midah mahu mengadakan majlis seperti ini. Kami sangkakan hanya makan-makan. Namun apabila seminggu sebelum itu beliau memberitahu mahu diadakan pembacaan berzanji dan marhaban kakak ikutkan saja. Sekurang-kurangnya anak-anak turut dapat merasakan bagaimana berzanji dan marhaban itu digunakan dalam majlis.

    Kepada semua terima kasih kakak ucapkan di atas komen yg diberikan:-

    MOKCIK AZWA, Aisy Nasiha, Petak Bunga, Mizz Aiza (Dunia Kecil), Sura Mohd, babYpose, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Fiza Rahman, KakNi Sihat Cantik, lia (bestnya kalau kakak jiran lia dpt gomol Zara selalu hihi...), ibuhebat, Nurulhuda Abdul Latip, Ummu Muhammad, imm, Dr Singa (ada doc. siap ada pertandingan antara sekolah lagi), Aziela, ros_reeza, amirah, Fazleyatul Aini, Zee Suhaini, Rai Ourkizuna (dpt kakak culik Aisy bestnya hihi...), paridah, Cho Zila (tempat kakak masih ada lagi Zila), sud@is, Kesuma Angsana (teruskan KA. Ajarlah adik mesti adik suka), Eye_nee, Nur-nba (ala... kalau nak dtg aje rumah kakak Nur), t.a.t.a (budak yg suka kek tu tata), Ema Johari, Be Simple Beb(BSB) - threeQ, adyna, ||aLeaSaRa||(sekadar yg termampu Lea), Daddy Ziyyad (sekarang sek agama tempat kita masih ada lagi doc), Bin Muhammad (kalau di Johor semua sekolah agama masih ada lagi BM), Roha (kalau dah pandai alun dan kenal tajwid semua rawi boleh baca dah Roha), aizamia3, Mummydearie (kalau dekat untung kakak dapat gomol si comel MD tu), Pokok Manggis Depan Rumah, yan's cottage, Haryati Faizal, BERT, eMMe (keluarga kakak lama dah tinggalkan itu semua Me), Nor Azimah (alhamdulillah Azi), makchaq (suara tak jadi hal makchaq, janji menjadi ok punya), Khaira Hisan, Nastyna (ada juga yg macam itu sekarang ni Nas, nama pun budak kita cuti dia pun cutilah hihi...), Cik Puan, aby (kiranya dedulu lagi hebar kan aby), RDZ Z.

    Buat semua terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  50. Waa bestnya Kakzakie pandai berzanji, pandai bertaranum juga, Alhamdulillah bertuah kakzakie,rezeki juga namanya tu, ummi ni kalau bertaranum, sumbang kakzakie, tak jadi lagu apa pun, sikah tidak,ras tidak..hhehe..

    ReplyDelete
  51. bagusnya kak alhamdulilah..meriah majlis mcm ne...seronok tengok bebudak cerdik ne..

    ReplyDelete
  52. Sedapnya kek..

    Dan semoga beliau dimurahkan rezeki selalu :D

    ReplyDelete
  53. wahh alhamdulillah.. bgsnya di hari ulang tahun berzanji.. sebaiknya majlis mcm nilah yg diadakan.. selamat hari ulang tahun kelahiran buat org yg dirai..

    ReplyDelete
  54. Meriahnya majlis...siap ada marhaban..bagus

    ReplyDelete
  55. salam k.zakie....
    alhamdulillah..daripada parti tak tentu hala, elok adakan majlis2 mcm ni..

    ~~Doa kami semoga Kak Hamidah jiran kami ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan terbaik untuk terus beribadah.~~

    aminnn

    ReplyDelete
  56. Hepy bezday kak Hamidah...moga panjang umur dan bahagia dunia akhirat...
    Baguslah berzanji dihidupkan dpd terkuburkan kanda...

    ReplyDelete
  57. wahhhh bagusnya...kek tu cantik sangat....teringin nak belajar berzanji...

    ReplyDelete
  58. bagus kan.
    selamat hari lahir buat kak hamidah

    ReplyDelete