Teka-teki membawa bahagia. Bermula mendapat idea ini apabila adik bertanya mengapa selepas subuh dan asar tidak ada solat sunat. Begitu juga sebelum maghrib tidak ada juga solat sunat. Lalu sebagai mama kenalah jelaskan. Buat anak-anak di sini makcik jelaskan sebagai panduan dan sekiranya masih kurang jelas bolehlah rujuk kepada mama/papa masing-masing atau ustaz/ustazah di sekolah.
Baginda rasulullah bersabda "Barangsiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka" (HR Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda "Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhor empat rakaat." (Hadith riwayat Ahmad At-Trimidzi r.a) Empat rakaat di sini bermaksud dua sebelum (Qabliyah) dan dua selepas (Bakdiyah).
Sunat rawatib sebelum Asar (Qabliyah) adalah dua rakaat sebelum solat. Kena beringat tidak ada solat rawatib Bakdiyah selepas Asar. Baginda rasulullah bersabda " Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka." (HR At-Tabrani).
Kesimpulannya sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu dipanggil Qabliyah dan Bakdiyah. Solat subuh hanya ada Qabliyah. Solat Zuhor ada Qabliyah dan Bakdiyah. Solat Asar hanya ada Qabliyah saja. Maghrib hanya Bakdiyah dan Isyak ada Qabliyah dan Bakdiyah. Manakala untuk lebih indah jika mahu melakukan sunat selepas subuh tunggu setengah jam selepas waktu syuruk bolehkan melakukan solat sunat Dhuha. Begitu juga sebelum tidur bolehlah melakukan solat witir. Namun sekiranya masih ada kemahuan untuk bersolat sunat seperti tahajjud/hajt/tasbih dan sebagaikan lakukan witir selepas soalt sunat tersebut kerana itu lebih afdhal. Makcik harap anak-anak dapat faham dari penerangan makcik ini. Wallahu'alam.
Walau bagaimana pun makcik mahu mengucapkan terima kasih kepada semua teman makcik berikut:-
- Rapunzel Cikilolo
- mama_saly
Cik Puan - UmmuAidan-Arissa
- paridah
- Farah Waheda Wahid
- izan mama mia
- babYpose
- Bin Muhammad
- hazlina azmi
- Mia Kassim
- nadia rashid
- Zaitun
- aby
- Ibu Lala
- suri solehah
- ANIM
- ummiross
~~ Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah untuk kita amalkan.~~
Syukran kak.... terbaik tazkirah
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletethanx kak beri peringatan ini...
alhamdulillah..n3 yg memberi semangat untuk meningkatkan lagi ibadah..:)
ReplyDeletebeberapa hari saya tak berblog..terlepas entri ni..
ReplyDeleteTerima kasih kak zakie..
ReplyDeleteilmu yang sangat berguna..bekalan untuk diri kita di sana nanti...in shaa Allah..
alaa bizi tak dapat bw terlepas soalan tekateki ni..takpelah. dpat jugak saya ilmu tentang solat sunat sblum zohor dan asar ni.. mekaseh kak zakie :)
ReplyDeleteTerima kasih akak krn bagi backlink dan penerangan yang berilmu ini. Penting untuk pengetahuan bersama.
ReplyDeletesalam isnin kak, terima kasih atas backlink... ^_^... ye memang berkaitan dengan solat kan kak... *_^...
ReplyDeletealhamdulilla..
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...terimakasih atas penerangan yg cukup bermakna ini...:)
ReplyDeletealhamdulillah. positif vibe pagi-pagi.
ReplyDeleteterima kasih kak
Terima kasih kak...ilmu yang sangat2 berguna untuk Mia.... :D
ReplyDeleteassalamualaikum kakak...mekaseh atas info yg berguna nie...
ReplyDeletealhamdulillah kak..subuh tadi hampir terlajak kak..sempat buat tahajud dgn witir..masih hidup utk skrg..
ReplyDeleteMekasih atas penerangan kak. Baru baca entry tu harini. Weekend memang tak ber blog pon.
ReplyDeleteMakasih Kak.. sentiasa berkongsi ilmu dgn kami.. :)
ReplyDeleteAllah..terlepas pulak n3 akak kali ni :)
ReplyDeleteapa2 pon akak..thanks saling mengingati :)
Oooo hari ahad kakzakie ada buat main teka teki ye... dah dua hari kredit utk internet dah tamat masa tu... lepas topup balik tak buka blog pulak..
ReplyDeleteTerima kasih kakzakie.. pengisian yg bermanfaat..
assalam,
ReplyDeletesinggah tengah hari...terima kasih ye infonya...
kekurangan waktu untuk "berblog" sekarang ini menyebabkan banyak entri2 kat sini yang telah saya terlepas
ReplyDeleteOh solat sunat yer kakak yg lainnyer tuh yer...
ReplyDeletehmm kalau orng2 kat sini solat sunnat sblm & selepas mcm wajib bg mereka..mesti kena buat..kalau yg buat wajib sahaja tuh mmg kira yg jahillah sgt..huhuh..
skrang ngan anak kecik terkejar2 jugak nak buat wpun yg wajib..hmmm
Salam singgah Kak Zakie..
ReplyDeletepanduan yg berguna kpd semua muslimin dan muslimat. alhamdulillah.
alamak..saya pun terlepas entry akak.. terima kasih kak..
ReplyDeletesalam pagi penerangan yg sangat jelas lagi xmengelirukan...tq Kakzakie...saling berterima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian ini kakak.
ReplyDeleteTq kak n3 yan ghebat moga ada manafaat bersama
ReplyDeleteTerima kasih kak berkongsi ilmu ni :)
ReplyDeleteterima kasih kerana info yang diberikan,insya Allah akan kami ikuti
ReplyDeleteterima kasih...sharing is caring
ReplyDeleteThanks KZ untuk tazkirahnya..sama-sama belajarkan..
ReplyDeleteSama-sama kasih Kakzakie :)
ReplyDeleteMoga kita sama-sama istiqomah, itulah bekal kita yang daif ni kan untuk kembali ke 'sana' nanti.
salam k.zakie..
ReplyDeletealhamdulillah..sharing is caring.. cma amek yer :)
info yg bermanfaat....untuk semua....
ReplyDeleteterlepas lah KA>. xpelah xde rezeki, neway perkongsian terbaik ni kak
ReplyDeleteZura pernah terbaca pasal waktu2 x boleh mengerjakan solat sunat. cuma x tahu sebab ape.. hehehe
ReplyDeleteTerima kasih kakak atas perkongsian yang sangat bermakna nih. :)
Alhandulillah dan terima kasih atas penerangan yang baik ini, semoga diberkati dan dirahmati Allah kakzakie sekeluarga.
ReplyDeletealhamdulillah perkongsian yang bagus kakak :)
ReplyDeletesama sama kita berusaha utk istiqomah solat2 sunat ni kan kak...
ReplyDeleteBaca ni teringat masa kecik makchaq pernah tanya arwah tok pasai apa dia solat banyak kali sangat... Bila diterangkan baru tau arwah bersolat sunat..
ReplyDeleteSemoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman..
Alhamdulillah...terima kasih kak.sharing entri ini
ReplyDeleteInsyaAllah kita sama-sama dapat sahamnya.
ReplyDelete
ReplyDeletethanks for sharing kak..
Moga kita dapat mengamalkannyer..
ReplyDeletesalam kz ..
ReplyDeletesbb tu bila jamak zohor dan asar, baik buat jamak taqdim@waktu zohor,
utk mengelakan timbul fitnah bila dibuat pd wktu asar .
perpeksi org yg setelah selesai buat asar tiba2 bangun buat solat 2 rakaat .. mesti dalam hati akan berkata "solat sunat apa plak di org tu buat" dan mungkin org ni tk nampak yg bersolat tu cuma buat asar 2 rakaat jer
alhamdulillah pengetahuan buat kita semua
ReplyDeleteterima kasih kakzakie..in syaa allah akan sentiasa ingat
ReplyDeleteTerima kasih kakak atas perkongsian...rietta mmg xpndai..setakat solat sunat yg biasa dibuat saja yg rietta thu..masih byk lg yg perlu rietta pelajari...
ReplyDeleteTerima kasih kak .. perkongsian peringatan yang cukup baik.. :D
ReplyDeleteTq kak , perkongsian yg byk manfaat nye , ;)
ReplyDeleteKakak percaya untuk kita yang dewasa sudah maklum ini semua tetapi kepada anak-anak seusia anak kakak yg bongsu masih belum begitu maklum. Harap boleh dijadikan panduan buat anak-anak tersebut.
ReplyDeleteTerima kasih kakak ucapkan kepada semua yg sudi memberikan komen:-
Cikli, nhhas, Sura Mohd, ❤Kamsiah❤, Cik Puan, BERT, Bin Muhammad, Farah Waheda Wahid, :: Mrs.Eady ::, Mas Zull, dhiera, Mia Kassim, Eza Ridzwan, Knor, Fiza Rahman, aTieYusof Family, Roha, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) (bukan Ahad Yati tapi Sabtu kakak kerja half-day itu yg buat hihi...), BUNDA a.k.a KN, eelobor, UmmuAidan-Arissa (kalau bukan mazhab Syafie kadang memang mengamalkan yg sunnah bagaikan wajib UAA), PakcikLie PCL, Rai Ourkizuna, paridah, Pokok Manggis Depan Rumah, sud@is, Azhafizah Md Nor, saniah ibrahim, Be Simple Beb(BSB) - threeQ, Raudzah Z, ummiross, ♥ Cmª shIemª ♥ (silakan Cma), yan's cottage, Kesuma Angsana, Nafira usof, babYpose, Tihara, Daddy Ziyyad, makchaq, Ema Johari, t.a.t.a, Azian Elias, Cho Zila, aby (betul ada ketika mereka yg solat 2 rakaat lepas asar adalah sebab solat jamak/qasar), umi alya, Acik Erna, HeNRieTTa JoSe, Time Traveller, adyna.
Walau bagaimana pun sekiranya kita berada di Masjidlharam tiada had dan masa utk kita bersolat sunat. Hanya di sinilah satu-satu tempat yg membolehkan kita sentiasa bersolat tidak mengira waktu.
Kepada semua teman sekali lagi kakak ucapkan jutaan terima kasih.
Salam kak..tq sbb share..prkongsian yg baik..ilmu yg berguna
ReplyDeleteDah tua tua mcm ni pun kekadang lupa kanda mana solat yg ada dua dua solat sunat rawatib ....maklum le selalu buat hehe
ReplyDeletewah...ada teka teki upanya...
ReplyDeletethx atas info kakzakie
terima kasih kak zakie, atas informasi yang diberi
ReplyDeletePerkongsian bermakna walaupun ada di antara kita yang dah sedia maklum. Inilah rupanya teka-teki yang akak bagi sebelum ni ya!
ReplyDeleteteka apa pulak ni kak?huhu.. maaflah x smpt nak join..
ReplyDelete