Tuesday, February 11, 2014

Hujan turun juga akhirnya

Petang Sabtu yang baru lepas kami meredah panas terik mentari menuju ke Plaza Angsana kerana mencari beberapa keperluan diri. Namun tidak semua barang yang dicari dapat dibeli. Sementara adik bermain; aku, hubby dan Mak Zah menuju ke beberapa booth jualan. Membeli sedikit makanan dan buah tangan untuk Kak Long aku yang terlantar di hospital Sultan Ismail. Niat di hati sebenarnya ke Plaza Angsana sebentar saja kerana tujuan utama mahu ke hospital.

Padat - Booth jualan banyak tidak diketahui anjuran apa. Buat adik permainan  ini lebih mengujakan. Sebaik membeli baju-baju anak dan makanan kami beredar keluar.
Alhamdulillah - Setelah sekian lama bumi Johor Bahru gersang dari simbahan hujan, petang itu hujan turun dengan lebatnya. Tiba di Taman Mount Austin bertambah lebat sehingga tempat parking pun sudah dinaiki air.
Hospital dan Masjid - Kami ke hospital menjenguk Kak Long aku. Adik tidak dapat naik sebab umur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan.  Sementara kami naik ke wad adik ditemani sepupunya Kak Aza yang bercuti melihat mummynya (Kak Long aku itulah). Balik kami singgah di Masjid An-Najah untuk bersolat kelihatan ada masak-masak. Mesti ada majlis besar sebab kami dapat mencium aroma masakan mereka tetapi kami sekadar menumpang bersolat saja. Selesai solat kami balik.
Kak Long aku sudah berusia.Masuk wad kerana tulang punggung retak akibat jatuh terduduk. Usia sudah 60 tahun begitulah. Berpunca dari kain tersangkut pada motor temannya lalu dia terduduk di halaman rumah. Kak Long tidak perasan sewaktu dia turun dari motor kain masih tersangkut di bahagian pemijak. Sebaik kawannya mahu beredar itulah Kak Long terduduk. Sedikit saja insiden terjadi tapi akibatnya terlalu besar. Pada 15-02-2014 ini Kak Long akan di operation. Moga tidak ada komplikasi sebab Kak Long sudah berusia.

~~ Ujian Allah kalau hendak datang tidak mengira usia dan waktu. Menuntut kesabaran tinggi anak-anak dan keluarga. Anak sulung Kak Long dulu teman sepermainan aku.~~


68 comments:

  1. Semoga Kak Long kakak cepat sembuh.....Kat KK cerah jak kak...adalah juga hujan tapi renyai2 jak...:D

    ReplyDelete
  2. Kakcik jug5akan menjalani pembedahan kecil pada 13/2 ini. Semoga semuanya akan baik2 saja. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. lama tak hujan..
    kalau hujan sedap sikit.. tepi jalan banyak pokok2 terbakar. tak tau terbakar sendiri atau dibakar, cuai ke.. cuaca panas sgt.
    perit rasa.

    ReplyDelete
  4. plaza angsana.... da dekat 10-11tahun x jejak...

    ReplyDelete
  5. semoga kak long cepat sembuh..
    malang tak berbau kan kak zakie..

    ReplyDelete
  6. sini pon panas terik kak sekarang..
    tido malam membahang rasanya..

    moga kak long akak cepat sembuh..

    ReplyDelete
  7. Hurmm... Moga op berjya n kak long sembuh cpt..

    ReplyDelete
  8. Moga dipermudahkan oleh Allah segalanya

    Bestnyer hujan lebat, kat KL dah lama jugak tak hujan

    ReplyDelete
  9. semoga kakak akak cepat sembuh yer...

    plaza angsana...dah lebih 5 tahun tak jejak sana kak...last masa farah organize event di Pasir Gudang dulu semasa handle company sendiri...

    ReplyDelete
  10. tempat kami di sini dah hampir 2 minggu tak hujan...panasss..pagi petang kene siram tanaman ..kalu tak kering..ada yang dah hampir mati...

    ReplyDelete
  11. sini belum hujan lagi kak..terasa bahangnya..

    wah teruja adik main..
    bila umur meningkat sakit makin lambat sembuh''

    ReplyDelete
  12. Baru nak tanya, cuaca mendung atau akak saja bagi gelap macam tu. Tup² tengok hujan. Oh betul la mendung.

    ReplyDelete
  13. melaka dah lama tak hujan kak. panasnya jangan cakap la. berlengas2

    ReplyDelete
  14. Moga semuanya berjalan dengan baik hendakNYA..

    ReplyDelete
  15. Saya doakan proses pembedahan Kak long nanti semuanya selamat k.. risau ya kita bila ada ahli keluarga yg sakit...

    ReplyDelete
  16. Moga Kak Long akak cepat sembuh ya & moga pembedahan nya berjln lancar..
    Tak pernah sampai lagi Plaza Angsana ni...:)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah...hujan juga kat sana. Kat sini dah lama tak hujan kak. Mengharapkan hujan turun ni.

    Smoga kak long akk cepat sembuh.

    ReplyDelete
  18. Semoga Kak Long kak Zakie cepat sembuh.

    Sini takde hujan lagi kak, panas je...

    ReplyDelete
  19. sekarang memang panas membahangkan..dpt hujan lega rasanya

    ReplyDelete
  20. Semoga kak long kakzakie dipermudahkan urusan pembedahannya oleh Allah dan cepat sembuh...

    Di selangor pun dah lama tak hujan... sekarang ni kena siram pagi petang pokok bunga, kalau tidak cepat layunya :)

    ReplyDelete
  21. kdg2 tak sangka, insiden yg kecik, melarat kpg perkara yg besar..semoga selamat semuanya..besar juga jarak umur antara akak dan kak long..

    Alhamdulillah, hujan dah turun..kat KL belum lg..

    ReplyDelete
  22. Allahuakbar.. semoga pembedahan berjalan lancar..

    ReplyDelete
  23. gituler kalau nak datang musibah sekelip matajerkan.. namun semua itu ujian dariNya.. moga kita semua tabah...
    kat sini tak hujan lagini...

    ReplyDelete
  24. semoga kak long cepat sembuh ye.. ya allah.. macam2 dugaan allah kan.. sabar je...

    >>> puchong tak hujan2 dah hampir sebulan..

    ReplyDelete
  25. ditempat acik belum hujan kakzakie..
    mudah2an kak long kakzakie cepat sembuh

    ReplyDelete
  26. Semoga segera sembuh Kak Long kakak tu... Bumi Melaka masih kering kentang lagi... namun, bersyukurlah kan.. Kain jemuran cepat kering...hehehehehe

    ReplyDelete
  27. KL tetap panas tanpa hujan lagi Kak Zakie, kalau hujan gembira pokok2 kata suami Aina.

    Semoga Kak Long cepat sembuh, bila baca cerita akak hati terus teringatkan mak.

    ReplyDelete
  28. jangan di melaka lya..yg dekat ngan bandar JB ni pon tak sampai hujan nya..tu yg bahang dia lain macam jew..petang sabtu tu..kuasa allah :)

    mungkin masjid taman daya tu..nak buat sambutan maulidul rassul agak nyerr akak..tuk yg aroma masakkan semerbak harum :)

    semoga dipermudahkan segala urusan kak long akak..

    ReplyDelete
  29. Harapnya kak long kakak cepat sembuh yer,tringat ayah yg berusian 70an eksiden tahun lalu sampai koma dan pendarahan..alhamdulillah with the mercy of Allah wpun berusia, namum masih dipanjangkan usia dan dberikan kesihatan..harapannya begitulah tuk kak long kakak..inshaallah

    ReplyDelete
  30. sama samalah kita doakan agar segala nya dipermudahkan dan kak long diberi kesembuhan sepenuhnya..amiin

    ReplyDelete
  31. Moga selamat semuanya kak...

    Kat rmh sy sabtu lepas hujan...itupun kejap jer...

    ReplyDelete
  32. Kakak, di Shah Alam cuacanye masih panas. belom ade hujan rahmat lagi turun. rasanye sudah cecah 3 minggu x hujan. moga2 bumi selangor pon akan di hujani dengan hujan Rahmat. amin~

    Zura doakan Kak long Kakak selamat menjalani pembedahan dan akan pulih kembali seperti biasa. Amin~

    ReplyDelete
  33. Kat tempat saya ni masih belum ada setitis hujan yag turun. Siang panas terik. Rumput pun dan kering.
    Namun tetap bersyukur, Insyaallah...tak lama lagi hujan lah... :)

    ReplyDelete
  34. Semoga Kak Long akak lancar dlam menjalani pembedahan..dan mudah-mudahan kembali sihat seperti sedia kala... KL juga dah lama tak hujan.

    ReplyDelete
  35. mudah2an kak long akak tu kembali pulih seperti biasa yer ...

    ReplyDelete
  36. kemain seronok adik main kat situ...lambai2 mama ker tuh hehe...alhamdulillah dah hujan yer kak..
    moga kak long akak cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  37. aduh malang tak berbau kak yek...harap kak long akak dipermudahkan segala urusan...harap2 operation berjalan lancar.....

    byk betul tapak booth tu kak...emsti mcm2 ade...lieya suke gak jalan2 karnival mcm2 nie...sbb byk produk2 kg nanti....baju ke shawl2 ke pun lawa....harga pun biasenye tak le mahal sgt kan kak....

    ReplyDelete
  38. Moga Allah beri kesembuhan pada kak long... take care kak. putrajaya pun dah lama panas n jerebu ni. rindu musim sejuk sebelum ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a betul tu, bukak pintu rumah je nmpk mcm berasap pastu ada bau macam asap.

      Delete
  39. sini pun panas...
    panas sangat2..

    ReplyDelete
  40. semoga kak long (yg itu) cepat sembuh.

    kat kl dah lama tak hujan...

    bahangnya masya-Allah, mcm bulan puasa.

    ReplyDelete
  41. semoga kaklong cepat sembuh & sihat walafiat...

    ReplyDelete
  42. Semoga cepat sembuh..Tapi betulkan KZ..sekarang ni panas sangat..lain macam betul..dulu sejuk ya..hmmm..kuasa Allah kan!!!

    ReplyDelete
  43. Kakzakie, ummi doakan dari kejauhan, moga Kaklong kak zakie pulih seperti biasa. Moga operation berjaya sepenuhnya dan moga Allah permudahkan segalanya.Tabahkan hati ye Kakzakie..

    ReplyDelete
  44. wah dh hujan lebat...kat sini msih kering lgi ,dh renyai2 xjdi hujan.rumput2 dh mcm kena racun...
    moga kak long zakie kembali pulih setelah pembedahan nnati...amin

    ReplyDelete
  45. dah ujan?? bestnyer... saya hari2 doa minta hujan kak...

    ReplyDelete
  46. Batu Pahat aritu dapat ujan tapi sekali lalu jer...Tapi tu pun dah memadai untuk menyejukkan keadaan. Semoga kaklong akak cepat sembuh yea....

    ReplyDelete
  47. allahhh sian nyer kak long...
    semoga dipermudahkan semua nyer..

    ReplyDelete
  48. Semoga k.long akak selamat menjalani operation nya...

    ReplyDelete
  49. Moga kak long cepat sembuh....
    Kak Long dinda lagi tua daripada kak long kanda ...Kak Long dinda sebaya dengan MIL dinda, kanda...
    Betul tu kanda....ujian dan dugaan datang tanpa diduga...

    ReplyDelete
  50. bestnya hujan dah turun...alhamdulillah..tp kan...kenapa KL x hujan2 lagi...panas....semoga kak long akak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  51. alhmadulillah hujan, nyaman la sikit kan pas ujan. Haa kesnyer tersangkut kain kat motor gitu jer, tapi kan... ketentuan Allah. Yang jatuh kena gelek keta berkali boleh pulak bangun segar bugar macam takder apa2.

    ReplyDelete
  52. Cuaca kat sini kering dan panas ... Anak munna dua2 demam .... Jumpa doc pesan nya minum air masak banyak2.... Semoga k. Long cepat sembuh

    ReplyDelete
  53. Bumi JB ini walau ada simbahan hujan tapi tidak merata tempat. Banyak yg masih kegersangan hingga rumput di tepi jalan bagaikan kena racun, terkulai layu dan kering. Bersama kita berdoa moga ianya tidak berpanjangan.

    Terima kasih atas segala doa buat Kak Long kakak dan komen yg diberikan oleh semua:-

    Mia Kassim, Kakcik (doa kakak juga buat Kakcik moga semua berjalan lancar esok), Petak Bunga, lia, Cik Puan, Zee Suhaini, Chot, Mila@Rimbun, Farah Waheda Wahid, BUNDA a.k.a KN, Knor, t.a.t.a, Fazleyatul Aini, aizamia3, Aisy Nasiha, aTieYusof Family, Fiza Rahman, ~ yus ~, Rizziela, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), nohas, Rai Ourkizuna (sebenarnya kakak lupa bahasa melayu kata pembedahan Rai), Cho Zila, JaSSNaNi, Acik Erna, Aziela, JunAina, Roha (itulah kakak pun rasa mungkin nak buat maulidurrasul), UmmuAidan-Arissa, NEKCIK, syifa mustaffa, Nafira usof, Bin Muhammad, Ema Johari, Kesuma Angsana, Lizz) http://haslizalizz.com/, lieyalatif, ibuhebat, cheqna, mummY daniSha, Rapunzel Cikilolo, eelobor, Raudzah Z, ummiross, saniah ibrahim, NM03, Nurulhuda Abdul Latip, :: Mrs.Eady ::, nadia rashid, hainom OKje, Amanda Suria, Nastyna, Pokok Manggis Depan Rumah, munna.

    Harapnya bumi Malaysia akan disimbahi hujan dan kak long kakak tabah dgn ujian Allah ini.

    Terima kasih buat semua sekali lagi.

    ReplyDelete
  54. sekarang baru masuk februari, tapi cuaca panas tu dah terasa sangat, kawan saya kata, mungkin musim panas bln Mei nanti suhu sampai 40c,,Ya Allah..tak tahulah nak cakap camana kalau betul camtu..semoga Allah tak menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu.

    salam takziah buat kakak kzakie.

    ReplyDelete
  55. kat sini...x turun2 lagi hujan...panas terik jer...harap2 kak long sembuh sepenuhnya

    ReplyDelete
  56. salam k.zakie..
    kanak2 suka la ade booth mainan mcm ni..
    betul tu kak..mmg bahang sgt terasa skrg ni.. tmn medan pun tak hujan2 lagi..

    semoga kak long kembali sihat spt sediakala..

    ReplyDelete
  57. semoga kaklong kakak tu cepat sembuh ya, teringat pula emak di kampung

    ReplyDelete
  58. smga cpat sembuh.. harap tiada apa apa yg serius la slpas operate nnti..
    rindu HSI

    ReplyDelete
  59. alhamdulillah hujan..sejuk sikit rasa kan :)

    ReplyDelete
  60. ASSALAM KAK...HARI SABTU TU...ADA MAJLIS MAULIDUR RASUL KAK KAT MASJID AN-NAJAH TU..MAJLISNYA MALAM...TU YG ADA MASAK2...

    ReplyDelete
  61. Semoga Kak Long Kakzakie cepat sembuh dan pembedahan berjalan dengan lancar. Pada usia emas, memang perlu lebih berhati-hati. Semalam di KL ni pun hujan panas sekejap kak tapi masih bahang panas masih tak surut lagi.

    ReplyDelete
  62. alhamdulillah.. kat putrajaya pun hujan semlm.. yelah kan, mlm2 tdo bahang jer.. semlm alhamdulillah tak rasa bahang pun..alhamdulillah!

    ReplyDelete
  63. It has not been raining for almost a month here.

    ReplyDelete
  64. It has not been raining for almost a month here.

    ReplyDelete