Thursday, February 13, 2014

Pejam mata dan senyum penuh makna

Sekadar memaparkan kisah baginda Rasulullah buat tatapan anak-anak. Buat kita yang telah dewasa pastinya kisah baginda ini sudah selalu diulang-ulang. Walau bagaimanapun percayalah kisah baginda tidak ada penamatnya. Walau diulang-ulang ia tetap segar untuk dihayati dan dijadikan renungan. 

Untuk pengetahuan anak-anak, baginda rasulullah tidak pernah makan luar seperti makcik ini. Baginda hanya makan apa yang dimasak oleh isteri baginda di rumah. Isteri-isteri baginda juga tidak pernah mengeluh. Masak untuk baginda bagaikan satu amalan yang sangat membahagiakan. Begitulah tidak ketinggalah isteri baginda yang paling muda iaitu Saidatina Aisyah. Pada hari itu Aisyah memasak roti lengkap dengan kuah pencecah. Setelah dihidang, Aisyah pun duduk di sebelah rasulullah. Sebaik baginda menyuap makanan baginda pun memejamkan mata dan tersenyum. Aisyah bertanya kepada rasulullah bimbang masakannya tidak sedap. Tetapi baginda menjawab dengan berhemah dan senyum menyatakan terlalu sedap dan mengucapkan terima kasih. Bila baginda sudah selesai makan lalu Aisyah pula menyuap untuk makan. Alangkah terkejutnya Aisyah bila dia rasa masin pada masakannya.

Garlic bread - Bukan roti ini ye anak-anak. Roti ini makcik buat untuk bersarapan dicecah dengan mushroom soup.
Lihatlah betapa baginda tidak pernah mahu mengecilkan hati orang lain walau isteri baginda sendiri. Baginda juga tetap makan. Sama kisah bagaimana baginda tidak mahu memberikan limau yang masam kepada sahabat baginda yang diberikan oleh seorang nasrani. Sebaik merasa limau masam itu baginda memejamkan mata dan tersenyum. Bila nasrani yang memberi berlalu baru baginda memberitahu kepada sahabat yang limau itu sebenarnya masam sebab itu baginda tidak mahu berkongsi kemasaman limau tersebut. Kalau manis dan sedap baru baginda berkongsi. Lihatlah anak-anak, baginda berkongsi yang baik bersama tapi jika tidak baik baginda sanggup tanggung sendiri.
Limau -Bukan limau ini yang makcik maksudkan ye sayang. Limau ini makcik dapat sempena Tahun Baru Cina yang baru lalu. Masih banyak lagi di pejabat makcik sekarang.
~~ Oleh itu jangan terus berkerut bila diberi makanan yang kurang enak kepada kita. Bersyukur masih ada rezeki untuk dinikmati.~~

69 comments:

  1. Bersyukur dengan apa sahaja rezeki yang kita terima kak :D

    Limau tu masih banyak kat opis dan rumah..hehe

    ReplyDelete
  2. suami suka makan kat rumah. keluar pun lepas makan..ajak makan kedai..nak makan kat rumah jgk. syukur..nggg tapi bini ni kdg rasa penat..hu

    ReplyDelete
  3. Baginda contoh terbaik untuk sekalian umatnya

    ReplyDelete
  4. Bersyukur dgn rezeki yg ada kan Kak..Alhadulillah! Suka juga masak bila bahan2 mencukupi..bila dah takde bahan2 tu yg makan kt luar..hehe.. bersykur juga sbb hubby sy jenis tak cerewet..klu tak suka dia diam shj..:)

    ReplyDelete
  5. Betapa berhemahnya Rasulullah S.A.W mendidik kita ye Kakzakie...

    Alhamdulillah wa syukurillah dengan rezeki Mu ya Rabb..

    Nak sikit limau tu kakzakie, kat umah saya dah tak ade ehe :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah moga ia menjadi ikutan kita semua

    ReplyDelete
  7. Mekasih atas perkongsian kak. Betul tu. Bersyukurlah dengan rezeki yg kita dapat. Rasulullah S.A.W adalah idola terbaik yg patut kita contohi.

    ReplyDelete
  8. keperibadian baginda rasulullah saw tiada tandingannya dan patut kita contohi..

    ReplyDelete
  9. Contoh tauladan baginda memang sukar untuk ditandingi Kakak kan. Namun sebagai umatnya kita kena belajar dan berusaha untuk mencontohi Bagind a Nabi S.A.W.

    ReplyDelete
  10. suka mengkritik makanan....huhu saya juga kadang2 tergolong...harap boleh berubah:-)

    ReplyDelete
  11. Umi Qi suka baca entry kak ni...sbb byk ju belajar...belajar dari sifat rasul itu sendiri...yg penting bersyukur kan kak zakie...

    ReplyDelete
  12. keseluruhan tatacara hidup Rasulullah adalah pedoman buat hidup kita...mau atau tak mau ikut sahaja...kita ni kadang-kadang banyak songeh..

    ReplyDelete
  13. mmg kagum dgn keperibadian Rasulullah SAW...

    ReplyDelete
  14. kdng selalu juga mengkritik mknan..aduh lemahnya rasa iman..hebat sungguh junjungan nabi Muhammad SAW

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas nasihat yang berguna ni kak..:)

    ReplyDelete
  16. bagaimana nak jd sebaik baginda nie...
    hubby awal dl bila msk masin atau roti keras..dia diamkan jer..tak merungut..kalau tny cakap..nice...sbnrny tak nice pun..hehe..skrang ade jgklah tegur tuk improvement..cuma bab muji tuh tak kerap sgt...hohoh

    ReplyDelete
  17. Ada masanya sukar menjadi seperti Rasulullah SAW kerana beliau terlalu sempurna.
    Bila makan direstoran, dah lah bayar mahal, tapi makanan xsedap dan masak cincai jer...mesti akan merungut dan tidak puas hati. Waktu itu pasti lupa akan betapa bersyukurnya kita kerana punya rezeki berlebihan dan dapat keluar makan direstoran kerana ramai lagi insan yang tidak mampu mendapatkan walaupun sesuap nasi.
    Itulah saya, insan yg lemah...yg terkadang terlupa dan lalai.

    ReplyDelete
  18. kadang kadang orang tengok makanan yg rupanya pelik.. belum cuba makan pun..dah berkerut.. yg lebih teruk siap hina lagi makanan tu.. kesian pada rezeki..

    ReplyDelete
  19. berbanding en. suami dia lebih pandai memasak.. weekdays saya yang masak (sebab saya sampai rumah awal), weekend turn chef hubby pulak.. ;)

    ReplyDelete
  20. rezeki...sedap ke...tidak ke... itulah rezeki kita pada hari itu.. :)

    pernah je kena satu hari tu semua makanan yang disuap tak sedap. tapi dah memang itu rezeki kita kan..

    ReplyDelete
  21. syukur dengan rezeki Allah, kak sedapnya nampak gambar tu, kongsilah resepi kak.. hihi

    ReplyDelete
  22. Pandaiii Baginda Rasulullah mengambil hati isterinya. Saya pandang attitude Rasulullah s.a.w. itu sebagai satu aspek motivasi untuk perkembangan sahsiah diri juga.

    ReplyDelete
  23. Salam KakZakie,

    Ramai lelaki, tapi tak semua :) sekarang suka nak ikut sunnah Nabi SAW tang poligami jer..yang lain2 ditolak tepi. Kalaulah lelaki pandai menghargai isteri sepertimana Rasulullah, isteri pun tentu akan hormat pada suami..aman dunia..

    ReplyDelete
  24. salam kak

    kedua kisah tu sering sindir pd keluarga
    walau pun mereka ok.

    tak perlu nak berleter panjang..terdiam kalau cerita ttg kedua kisah tu..

    ReplyDelete
  25. bersyukur seadanya dengan apa yang kita ada, jangan kita melantun2, meroyan2 kalau tak seperti yang kita harapkan... rezeki yang ada kita terima seadanya, daripada tak ada kan kak? esok2 kalau Allah tarik balik... ha masa tu baru tercari2...

    ReplyDelete
  26. Rasulullah S.A.W ikutan yang terbaik. Banyak lagi kita kena belajar cara hidup baginda S.A.W.

    ReplyDelete
  27. As-salam kak zakie..

    Alhamdulillah.. cerita yang indah.. perkongsian yang bagus..

    Subhanallah.. indahnya akhlak Rasulullah s.a.w

    ReplyDelete
  28. Suka sangat setiap kali dengar kisah-kisah Rasulullah SAW, akhlak baginda yang sungguh terpuji, sejuk hati.
    اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِÙ‡ وصحبِÙ‡ وسلِّÙ…

    ReplyDelete
  29. semoga Nabi Muhammad menjadi contoh pada encik hubby ku..bila masak termasin harus bersyukur..masih boleh dimakan..:)

    sesungguhnya air tangan isteri adalah terbaik..pengikat kasih sayang untuk perut encik suami..:)

    ReplyDelete
  30. SALAM PAGI...SUKA MEMBACA KISAH2 RASULLULLAH WALAU DIULANG SELALU...

    ReplyDelete
  31. Aduhai inilah antara tazkirah yang adik bagi pada KA, jgn komplen banyak kalau dapat ,limau yg masam tu ummi, sebab nabi muhammad pun pernah dibagi limau masam dan baginda makan sambil senyum lagi !

    ReplyDelete
  32. Kelemahan saya yg tidak terhingga..byk kali terbaca cerita ini..mendengar dari mulut pun pernah juga..tetap terpacul juga tetap memberikan komen.."Tak sedapnya masakan ni"...

    ReplyDelete
  33. aduh banyak pengajaran dari cerita akak ni kak...moga2 jadikan iktibar dan tauladan pada kite kan kak...ye laa selama ni dpt makanan mesti ade jek komplen....ya Allah moga2 Allah pelihara hati dari berperangai buruk mcm nih.....

    kak, lieya sedih ni, tahun ni raye cina takdpt pun limau sbb menteri skrang india...dulu kkm menteri cina dpt berkotak2 kak heheheeh

    ReplyDelete
  34. mencontohi sifat2 mulai Rasulullah saw...itu lebih baik kan...

    ReplyDelete
  35. peringatan un tuk diri sendiri kak...boleh share ilmu ini untuk didik Dania...insyaallah dia x menrungut lagi...

    ReplyDelete
  36. sifat2 terpuji Rasulullah yang jarang dah ada pada para suami sekarang ni...tapi bonus untuk para isteri ikut makan kat luar...itu pun kalau suami ajak...

    ReplyDelete
  37. huhuhuhu.. zura selalu komplen makanan kat kedai x sedap. dh boring asik makan bende sama(kat opis)huhuhu.. lepas nih kena lebih bersyukur dan lagi bagus masak sendirik kan kakak.

    nak share 1 citer zura dengan kakak. sekali tuh zura masak sup sayur+telur. bila suami zura rasa, zura tanya OK x? dia jawabbbbb.
    kasih sayang dah cukup, cuma garam kurang cukup. muehehehe. Komen yang sgt berlapik kann~

    terima kasih kakak atas perkongsian cerita ini.:)

    ReplyDelete
  38. Ya Allah..mulia sungguh sifat Rasulullah..bersyukur dgn ape yg ade..

    ReplyDelete
  39. Mulia sungguh peribadi baginda! Kalau setakat masak untuk keluarga tu memang saya suka cumanya kalau dah hari-hari memasak, pening juga kepala memikirkan menu yang sesuai untuk semua tekak yang berbeza (walaupun cuma empat sekeluarga) Untungnya suami saya tak pernah mengeluh kata masakan isterinya tak sedap :)

    ReplyDelete
  40. Tq kak share cerita rasullullah...terus rasa semangat berkobar saya nak masak untuk family..walaupun tak selalu sekurangnya hujung minggu dapat memasak untuk anak2 dan suami itupun dah bersyukur

    ReplyDelete
  41. wow yummy food :D sedapla.

    www.mymomsbest.us

    ReplyDelete
  42. entry menarik kak...sori tak dpt komen panjang..

    ReplyDelete
  43. syukur atas apa yang diberi..tang rasa...kadang-kadang orang yg memberi pun tidak tahu kan kak

    ReplyDelete
  44. sgt2 bersyukur dengan kehidupan yang ada sekarang :)

    ReplyDelete
  45. mendidik nafsu it sukar sekali, kerana nafsu sukakan yang indah2, yg sedap2..bersyukur kerana masih ada makanan utk dimakan, masih mampu utk makan..

    Rasulullah adalah qudwah hasanah..

    ReplyDelete
  46. Salam,

    Kak Zakie... nak limau please...
    heheheh....

    thanx kak for the reminder...

    kena bagi pengadil master chef baca entri akak ne... heheheh...

    ReplyDelete
  47. banyak ilmu (bukan limau tau) yang sya dapat dari zakie,ada juga yang dicatit utk ingatan....

    ReplyDelete
  48. banyak ilmu (bukan limau tau) yang sya dapat dari zakie,ada juga yang dicatit utk ingatan....

    ReplyDelete
  49. peringatan utk diri ini... thanx kak zakie share...

    ReplyDelete
  50. Kisah limau tu saya ingat. Tapi saya tersilap cakap yang bagi bukan Nasrani tapi orang Cina. Ye la limau kan kawan nya Cina. Hehehehe.

    ReplyDelete
  51. semoga kita semua sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah.. terima kasih kak kerana saling mengingatkan (>___<)

    ReplyDelete
  52. Para suami zaman sekarang isteri masak ringkas pun merungut sambal belacan tak adalah, ikan goreng hangus lah masak tak sama macam mak masaklah...fenin...

    ReplyDelete
  53. Pengkritik rancangan realiti memasak, patut ambil kisah sirah baginda yang ini...kalau nak kritik pun, berpada pada...jangan sampai menghina makanan

    ReplyDelete
  54. bersyukur dan terima penuh seikhlasnya, inshaAllah.

    ReplyDelete
  55. hehehe Nat merungut bila beli makanan dengan harga yang tak setimpal pastu masin lak tu ... hehhheeheh

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum kakzakie...betul tu bersyukur dgn apa yg kita perolehi...:)

    ReplyDelete
  57. bersyukur dana sbb edy tak banyak komen n tak cerewet ngn apa yg dana msk, walaupun simple n walaupun dana lbh banyak msk lauk org johor dr lauk or terengganu heheheh...

    ReplyDelete
  58. sesuatu yang saya nak terapkan kepada anak saya... jgn banyak komplen dengan makanan, tapi nampaknya belum berjaya

    ReplyDelete
  59. alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang dikurniakan
    nice story n nice reminder kak :)

    ReplyDelete
  60. Kan.. tapi mmg payah jugak la nak kikis sikap suka mengkritik ni, kalau orang tak kritik, kita duk sibuk tanya, sedap ker sedap ker.. huhuhhu.

    ReplyDelete
  61. syukur dengan rezeki yang ALLAH beri. hehe. wah jimat duit makan kat pizza. kan kak zakie :D

    ReplyDelete
  62. Sunnah Rasulullah itu terlalu banyak untuk kita ambil dan jadikan amalan..moga kita sentiasa mengaplikasikannya dalam meniti usia yang tidak tahu bila bakal berakhir ini..amin..

    ReplyDelete
  63. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  64. Sekadar sedikit sentuhan bagaimana baginda junjungan kita terlalu mementingkan hubungan kasih dan sayang. Keperibadian yg tidak ada tolok bandingnya.

    Bersama kita jadikan renungan. Tidak lupa juga terima kasih buat semua yg sudi memberikan komen:-

    Mia Kassim, Petak Bunga, Fazleyatul Aini, aTieYusof Family, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), umi alya, Fiza Rahman, Mizz Aiza (Dunia Kecil), Pokok Manggis Depan Rumah, shaliza, Umi Qi, Angah, izan mama mia, amirah, Nurulhuda Abdul Latip, UmmuAidan-Arissa, Bin Muhammad, Rai Ourkizuna, aizamia3, gadisBunga™, Norhasniza Khalid, Aziela, MOKCIK AZWA, Knor, Farah Waheda Wahid, ohpanduan panduan, Hanis Azla, ummiross, NM03, Roha, paridah, Kesuma Angsana, Eye_nee, lieyalatif, Kisah Si Dairy, Amanda Suria, BUNDA a.k.a KN, Nafira usof, Falsya, Mummydearie, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Sherry, :: Mrs.Eady ::, Ema Johari, Sue Bee, nohas, nhhas, saniah ibrahim, maszmadi, t.a.t.a, Fai CeritaCinta, JunAina, Daddy Ziyyad, babYpose, N.A.T, Mas Zull, norhidana miswan, Mila@Rimbun, Tihara, Nastyna, syuk shusuke, PeRdU cINta, Muhammad Taufiq.

    Jujur kakak sendiri pun kadang komplen apa yg kakak punya masakan sendiri. Tapi jadikan iktibar utk kita berubah menjadi lebih baik.

    Buat semua terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  65. salam K.zAKIE..

    Allahurabbi..
    betapa mulia hati mu ya rasullullah..
    tersentap hati ni..walau bukan anak2 yg baca, maknye yg baca..

    teringat ttg rungutan baru2 ni..

    ReplyDelete
  66. rasa nak mentis airmata baca kisah ni kak..jgn kata x penah.. deqla sendiri penah merungut kalo masakan x sdp..hmm betapa mulianya hati rasul kita.. Allahuakbar.. selawat ke atas Rasul junjungan kita.. moga kita sentiasa bersyukur dgn rezeki yg Allah beri walau sikit, walau tak spt yg kita mahu..

    ReplyDelete
  67. Ya Allah kanda hebatnya akhlak bagindakan......macamanalah nak meniru sunnah baginda .....ini tidak , makanan tak sedap je terus komplen hehe

    ReplyDelete