Hari Sabtu lepas dua dari tiga anak dara aku berada di rumah. Sengaja aku mengambil cuti sehari untuk bersama mereka. Kakak sulung ada majlis Ihtifal Ilmiah antara sekolah-sekolah agama negeri Johor. Satu acara saja dia masih layak masuk iaitu musabaqah al-Quran. Acara ini termasuk dibawah usia 20 tahun. Lain-lain seperti tahun-tahun sebelum dia masih boleh memasuki pertandingan syarahan, bahas dan nasyid. Tetapi semua acara ini dibawah kategori bawah 18 tahun. Sebab itu tahun ini dia tidak layak untuk masuk bertanding lagi.
Sementara anak-anak ada masaklah mengikut kehendak mereka.
Dalam rice-cooker - Nasi butter yang aku masak dengan kismis. Masuk kismis lebih dua genggam. |
Kurma daging - Masak juga kurma daging. Oleh kerana aku juga buat ayam pencen goreng berempah, kaki ayam yang keras kematu aku masukkan dalam kurma daging. Ini masih dalam pressure cooker lagi. |
Satu mangkuk besar - Buat juga coleslaw favourite anak-anak. Hubby dan anak-anak suka makan nasi arab atau yang seangkatan dengannya dengan coleslaw buatan isteri/mama mereka. |
Sepinggan - Ayam pencen aku rebus dan goreng berempah. Ketumbar+jintan+halia+bawang putih+garam gaul sedikit rempah+serai dan daun kari. Letak daun kari lebih sikit semasa menggoreng. Lengkap hidangan tengahari Sabtu itu. Agihkan juga pada anak-anak yang bertandang ke rumah dan bekal ini juga yang di bawa Yasmien balik asrama petang Sabtu itu. |
Bersyukur kerana aku masih diberi peluang menyediakan hidangan buat orang-oarang tersayang. Sedih melihat bibik yang terpaksa meninggalkan anak-anak dan suami tetapi memasak hidangan buat keluarga orang lain demi mencari rezeki mereka.
~~ Sedap bagaimana pun makanan yang dinikmati selepas itu akan berlalu pergi. Namun gambaran keenakkan syurga Allah tidak ada tolok bandingnya dengan yang ada di dunia sekarang.~~
alhamdulillah..anak2 makan airtangan yg dimasak ibu sendiri...berkat..
ReplyDeletesesekali masak special sikit.. wahh terangkat sy tengok nyum² ...
ReplyDeleteberuntung anak2 kak zakie... saya pn kalau boleh nak kan sentiasa anak2 & suami mkn hasil dr apa yg sy masak..
ReplyDeleteKak, kenapa x bg recipe skali? hehehe
Untung anak2 kak zakie.....sedap2 semua hidangan tu tambah2 lg ianya dimasak penuh kasih sayang :)
ReplyDeletesedapnya...syukur atas kurniaan rezeki dariNya
ReplyDeletelama tak makan ayam cross country ni..(pencen)boleh goreng ye kak,tak liat ker kak..
ReplyDeleteenak semua juadah tu..
Sedapnya kak...Alhamdulillah terasa puas dpt masak dan sekeluarga menikmati air tangan sendiri kan kakzakie..
ReplyDeletewah wah..sedapnya...slurppp
ReplyDeleteSedap betul juadah kakzakie hari Sabtu ye..
ReplyDeleteAyam pencen saya suka masak lemak cili padi dengan nangka muda.. emmm rasa nak buat pulak :)
Betul kakzakie .. keseronokan dan kesedapan didunia ni tidak sama kenikmatan di Syurga...
boleh kategori food barat dan middle east tak?
ReplyDeleteowh... lapar....
ReplyDeletesedappnya kakzakie..sesekali bagi la resepi air tangan akak tu..:)
ReplyDeletehujung minggu memang masa untuk masak2 sedap kan kak
ReplyDeleteMasyaAllah...sedapnya nmpk kurma daging tu kak....syukur nikmat....
ReplyDeletesyukurlha dapat menyediakan masakan untuk merekakan..semoga hidangan itu dinikmati dengan penuh nikmat kesyukuran...
ReplyDeleteHidangan yang sempurna.untung family kakak dpt mama yg rajin n pandai masak..
ReplyDeletebetul tuh kakak orng yg kerja memasak kat luar belum tentu dpt masak dirumah mrk sendiri
Memang nampak sangat menarik coselaw hasil tangan kak zakie tu, patutlah semua suka ya...:)
ReplyDeleteAkak...tgk jer kismis akak yang segenggam dalam nasi tu dah wat sha tak keruan da kak.. sha pun ske masuk kismis dalam nasi..kdg2 nc goreng pun sha bantai jer masuk hehehe
ReplyDeleteBila berkumpul ngan family makan ramai2 sronok ek kak..Nak2 hasil air tgn isteri / mak!!
Mmg terbaek la kak!!
Anak2 Aina ada satu perangai yang sukar di ubah, perangai makan nasi kaler putih je kalau jadi kaler lain mula semua bad mood dan makan sikit je.
ReplyDeleteYummy...nampak sedap nasi dgn kimis tu...
ReplyDeleteassalamualaikum...apa khbar kakak? masih ingat saya? :)
ReplyDeletesedap masakan akak ni...sy sekarang x sempat nak belajar n cuba macam2 resipi...baru usaha beli buku resipi..nak cuba belum sempat..tunggu ada dapur sendiri kot :)
sedap nyer kak... suke tgk org bt hidangan mkn lengkap gini di ujung minggu
ReplyDeleteberuntung anak anak dapat merasa air tangan ibu kak..
ReplyDeletetak pernah masak nasik macam ni kak...
ReplyDeletesedapnya masakan istimewa ibu menjamu anak2 n fmli yg dikasehinya..
ReplyDeletewahhhh tentu senyum lebar suami & anak2 dpt mkn masakan istimewa ni...
ReplyDeleteadoi..sedapnya
ReplyDeleteAkak ni memang pandai dan rajin memasak. Ada sahaja menu yg menjadi hidangan istimewa untuk anak2 dan suami bila adanya kelapangan masa.
ReplyDeleteKalaulah berjiran...boleh tumpang sepinggan, hehe...
Air tangan isteri dan ibu itu yang terbaik untuk ahli keluarga, dari situ bercambah kasih sayang..
ReplyDeleteNasi arab terbaik.....
salam kakak~
ReplyDeletebertuah anak2 kakak.. mama dia pandai masak macam2.
zura neh kadang2 asik x cukup masa jer nak masak mcm2 untuk anak dan suami. nampaknye masih byk lagi yg perlu diperbaiki dlm diri zura nih..:)
salam kz ..
ReplyDeleteboleh jadi ibu contoh kpd anak2 ..
perlu menyiapkan diri dgn ilmu dapur sebelum disunting orang ..
betol kak. sonok masak untuk orang yang kita sayang nie. dan mesti orang tersayang yang makan tue pun seronok berganda :)
ReplyDeletesedap tu kak... alamak entry kita sama lak arini..entry saya on schedule lagi..uhuks..
ReplyDeletesalam kak..alhai yummynye..asal x jemput zila dtg mkn...he hee rajin akk
ReplyDeletememang sedap ayam pencen dibuat rendang kan kak :)
ReplyDeleteemm..sedapnya kak!
ReplyDeleteterus rasa nak try buat nasi butter, lawankan dgn kari ayam atau ayam masak merah pun ok gak kan?
salam isnin... menziarah... terus jumpa makanan... hehehe
ReplyDeleteRindunya saya nak memasak untuk keluarga macam dulu2. Tak apa, redha. Masanya akan tiba juga nanti, Insya Allah.
ReplyDeleteWah sedapnya KZ...salam Isnin ya!!!
ReplyDeleteaduh, tekak orang berpuasa ganti dah terliurrrr ni.
ReplyDeletekeluarga ramai memang best masak2 ni... saya ni takat 3 org.. nak masak pun malas hihi.. yg simple2 jer lah
ReplyDeletesudahlah hujan sekarang, tengok gambar makanan.. berkeroncong perut menahan lapar...
ReplyDeleteMeriahnya menu
ReplyDeleteUntung2 suami & anak2 akak rajin masak
kalau dah air tangan mak tu mmg terbaiklah kak... tu lah KA skang ni dah jrg2 nak masak yg special2 sgt sebab Angah & ALong selalu ambil alih hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah sedapnya nampak, pandai kak zakie masak, bangga anak-anak mama serba boleh, coleslaw tu nampak puas makan tu, biasa makan hat kfc ja :)
ReplyDeleteni makan ramai2 kat rumah....hari sabtu.,...mmg syiok lepas tu tido petang jam kekenyangan...hahaha
ReplyDeleteBeruntung anak-anak akak dapat ibu yang masih mempunyai masa untuk diluangkan bersama :-) Lagi pun, dalam dunia ni, makan masakan ibu sendiri jugak yang paling best.
ReplyDeleteAlhamdulillah. ANak2 pon seronok bila ibu masak makanan feveret.
ReplyDeleteTergugat iman tgk kak. Sebab hari ni 1st day ganti posa ☺
Tengok nasi butter akak tu menyelerakan... teringat kat rumah ada kismis... nak buat jugek laa.. :D
ReplyDeleteterliur plak SA tgok makanan tu semua...
ReplyDeleteSeronok tgk insan tersayang makan masakan kita kan kak?
ReplyDeleteKak .. Share la resepi coleslow tu kak
Sedapnya nampak.. mama tentu semangat memasak bila semua anak2 ada kat rumah kan.. memang x terasa penat
ReplyDeletemacam sedap..nampak mcm nasi minyak
ReplyDeleteAduh akak sedap ni...sy tahu sedap...sebab dan mkn org buat..tp buat sendiri x jadi
ReplyDeleteKakak percaya sebagai mama siapa pun akan cuba memasak kehendak anak dan suami apa lagi semua bahan ada di dapur rumah masing-masing. Biar apa pun rasa namun sebagai mama rasa puas dpt menghidangkan idaman keluarga.
ReplyDeleteTerima kasih kakak ucapkan kepada semua yg sudi menitipkan komen di N3 ini:-
Blogger ❤Kamsiah❤, Blogger Masya,
Blogger ZazaMyMoon (resepi biasa aje zaza dan kakak percaya semua sudah tahu), Blogger Mia Kassim, Blogger redza, Blogger Knor (kakak rebus dulu Nor baru letak semua perencah dan goreng), Blogger Eye_nee, Blogger memmet lenggeng,Blogger CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(rendang pun sedap Yati ayam pencen ni), Blogger t.a.t.a (tak kisahlah tata janji dimakan habis), Blogger Ndra Jamal, Blogger Sura Mohd, Blogger Fazleyatul Aini, Blogger @na,Blogger Cho Zila, Blogger UmmuAidan-Arissa (bukan rajin tapi kalau tak masak ini pun masak yg lain juga kan), Blogger ~ yus ~, Blogger mysha (samalah dgn rumah kakak ni masak nasi goreng pun kadang kami campur kismis), Blogger JunAina (kena buat warna putih Aina kalau macam tu), Blogger HeNRieTTa JoSe, Blogger Cikgu Ma (mana boleh kakak pula, lama cikgu tak berblog - tak lama adalah dapur sendiri ye - tahniah dari kakak), Blogger norhidana miswan, Blogger Rai Ourkizuna, Blogger Ema Johari, Blogger paridah, Blogger lia, Blogger Rizziela, Blogger Bin Muhammad (bukan pandai atau rajin BM tapi naluri nak bagi keluarga makan - biasalah dah jadi mak-mak ni), Blogger sud@is (amin - insya-allah), Blogger Nafira usof (cari jln masak yg cepat dan simple aje Zura), Blogger aby (bocah sak iki orak podo jaman kitolah aby), Blogger Kira Sakura, Blogger Mar Mansor (secara kebetulan ye - macam janji-janji pulak ye hihi...), Blogger zila norazila (lain kali boleh buat lagi zila - jomlah hihi..), Blogger Tihara (tapi kali ini kakak rebus dulu ayam tu baru kakak goreng sebab kakak dah buat daging kurma), Blogger Ujie (boleh juga Ujie), Blogger dwaty, Blogger Aziela (boleh aje Ziela, kakak nak ikut di rumah pun cuma berempat aje masa ini tapi masak juga), Blogger RDZ Z, Blogger NM03 (beli aje dik kalau teringin), Blogger Mila@Rimbun (kakak pun cuma ber4 aje Mila tapi biasa kakak agih pada jiran sama), Blogger Norhasniza Khalid, Blogger Tina Othman, Blogger Kesuma Angsana (senang dah KA ye), Blogger babYpose (buat sendiri memang puas makan BP), Blogger Daddy Ziyyad (kami berempat aje doc. dah tu petang Sabtu dah kena hantar si kakak balik asarama tak ada masa tidur), Blogger Sylarius Yusof (alhamdulillah dgn izin Allah masih diberi peluang), Blogger Fiza Rahman, Blogger acik idah, Blogger Amanda Suria, Blogger Lydia Miza (mudah aje dik. Sagat carrot dan timun. Kobis kakak hiris nipis. Masukkan mayonis, susu cair, gula sikit dah tu perahkan lemon sikit - gaul dah siap masuk dlm fridge), Blogger makchaq, Blogger Kak Tie (nasi minyak anak-anak kakak kurang suka Kak Tie), Blogger nadia rashid (kalau ikut anak-anak kakak memang suka nadia).
Begitulah... terima kasih sekali lagi buat semua:)
Pagi-pagi begini tengok nasi dengan kismis ditambah lauk-pauk ayam, memanglah berkeroncong perut rasanya. Lama pulak nak ke tengahari!
ReplyDeletetengok pada menu ni.. rasa macam nak main masak-masak kat rumah MIL weekend ni.. hehehe..
ReplyDeleterajinnya kakzakie...dah kesukaan keluarga ... mesti buat kan jugak...janji habis
ReplyDeleteWahhhh sedapnya...
ReplyDeleteSesekali makan macam ni best jugak kan ;)
gabungan yg berbeza tapi menepati citarsa keluarga.alhamdulillah..:)
ReplyDeleteJarang sangat buat coleslaw kat rumah ni kanda.... teringin pulak nak buat..padahal senang jekan. Hubby bukan main suka lagi tu
ReplyDeletesalam k.zakie..
ReplyDeleteuntung anak2 dan hubby ada mama/isteri yg pandai memasak..
sedapnya...nasi arab...nyum3...
alhamdulillah..sentiasa bersyukur apa adanya..