Bila menggosok baju, menggosok periuk, mencuci lantai mesti mahu licin. Bahkan bila mengemas katil, cadar pun mesti mahu kelihatan licin. Berkali-kali tangan memastikan alas cadar kelihatan rata dan licin. Bila sudah terasa licin barulah keluar bilik. Puas. Apa lagi bila menggosok pakaian untuk ke pejabat atau ke sekolah selagi tidak licin terus dihayun tangan yang kian letih semata-mata mahu melihat pakaian yang digosok licin. Sama juga bila mengoles krim muka, sapu foundation dan sebagainya pun sebab mahu nampak pipi atau senang kata muka kelihatan licin.Kalau boleh tidak mahu ada kelihatan jerawat atau garisan yang mencacatkan wajah. Betapa terlalu menitik-beratkan hal-hal mahu licin.
Bila memandu paling tidak suka bila terasa perjalanan tidak lancar. Apa lagi perkataan jem rasanya paling tidak suka didengari. Kalau jem yang sapu di roti itu siapa pun suka. Ini jem yang membuat kepala tidak pening pun menjadi pening. Berusaha mencari alternatif jalan lain hingga sanggup membayar tol semata-mata tidak mahu menempuh perjalanan yang tidak licin dan lancar.
Samalah dengan perjalanan kehidupan kita ini kalau boleh mahu licin dan lancar. Jadi kenalah mencari jalan apakah yang membolehkan agar kehidupan di sana kelak terjamin licin dan lancar. Apalah gunanya lancar dan licin di dunia tetapi di akhirat kelak tersangkut-sangkut. Kalau mahu periuk kelihatan licin dan kilat pasti ada alatnya. Mencuci lantai ada sabunnya, muka bersih ada peralatan sesuainya, jadi sebagai manusia yang hanyalah hambaNya kenalah patuh segala perintah. Berada di Padang Mahsyar kelak licin dan lancar perjalanannya. Bersama kita mencari alat sebagai 'melicinkan dan melancarkan' perjalanan itu.
~~Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki
seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya
pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan,
harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan,
mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan
kemudaan serta kecergasannya.” (Hadis Riwayat Tarmizi).~~
salam jumaat Bunda..
ReplyDeletedlm apa segala hal pn didunia mahu pn diakhirat semahunya kita nak kan kelicinan dan kelancaran" kannn.. InshaAllah ;-)
untuk perjalanan yang licin kena kembalik kepada agama
ReplyDeleteya allah, tunjukkkan aku jalan yang lurus.
betul tu kak... ingatan utuk diri sendiri pagi jumaat ini !
ReplyDeleteowh ingat licin apa tadi? mmg betul kak zakie, kalau nak hidup kita licin dan lancar, kita sendiri perlu cari jalan yg mencorakkannya supaya ia sentiasa licin dan lancar. yg selebihnya berserah kpd allah.
ReplyDeleteSalam k.zakie
ReplyDeletein shaa Allah.tq peringatan utk nor
sama2 kita beringat
ReplyDeletetq kak =)
thanks for the reminder kak..
ReplyDeletelicin & lancar atas kebenaranNYA juga...
ReplyDeletesatu lagi n3 peringatan yg sangat bagus..tema kasih kak..:)
ReplyDeletesalam pagi jumaat kak zakie..betul tu,apa y kita lakukan di dunia adalah untuk kita di akhirat..
ReplyDeletememang manusia ni suka segalanya licin dan lancar tapi bab2 akhirat diambil mudah....
ReplyDeleteterima kasih kakak atas peringatan ini
ReplyDeleteterima kasih diatas peringtan ini utk izwa..
ReplyDeleteSemoga perjalannan hidup kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat berjalan dengan lancar dan licin.
ReplyDeletep/s: Tapi lantai yang licin mengundang bahaya lah kak...takut tergelincir pula! :)
A+++++
ReplyDeleteSuka ayat dan penerangan dalam entry niee :D
Peringatan kita bersama :)
Bahaya juga kan kak bagi mereka yang punya banyak ilmu tapi tidak langsung dimanfaatkan atau langsung tidak dikongsi bersama dengan orang lain. Memang ditanya perkara ini di sana nanti.
ReplyDeletesalam jumaat kak,terima kasih atas perkongsian ini...kalau boleh dalam kehidupan harian nak semuanya berjalan lancar dan licin..
ReplyDeletePenjelasan kakzakie yg cukup terang dan jelas, perbandingan antara licin kehidupan didunia dan licin kehidupan di akhirat kelak.. Tq perkongsian yg bermanfaat ni..
ReplyDeletelubricant2 tu sume ada didalam hati sendiri2 ..
ReplyDeletecume terpulang kpd diri sendiri utk menzahirkan nya ..
salam jumaat kak..
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan tuh kakak..ade betulnya sikap kita yg sentiasa mahukan semua beres & licin..tapi kalau nak licinkan sebuah quran atau sebuah hadith liatnya dek terpengaruh ngan setan..
ReplyDeleteYg Paling penting kelicinan dan kelancaran diakhirat tu nnt kan kak...Pandai2lah mencari mengali meneroka segala keperluan utk melicinkan perjalanan itu nnt..Tq kak atas perkongsian ttg Agama yg tak pernah putus2 dari kakzakie...
ReplyDeleteAllah..takutnya nak meniti titian mustaqim nanti..
ReplyDeleteSalam Jumaat akak.. thanks atas perkongsian ini..=D
ReplyDeleteberusaha untuk melicinkan apa yang kurang licin.. moga ianya diterimaNYA..
ReplyDeleteMerancang yg terbaik utk dunia n akhirat n harapkannya sempurna selalu tapi perancangan Allah kita xtahu bgmana...harus redha saja..
ReplyDeletemudah2an..perjalana kita kesana juga licin dan lancar kakzakie kan
ReplyDeletemudah2an..perjalana kita kesana juga licin dan lancar kakzakie kan
ReplyDeleteumur saya..ke mana saya habiskan? huh..terasa tak lancar saya nanti di sana. :(
ReplyDeletetersangkut2 disini...masih boleh membebel...masih boleh ditempuhi..namun tersangkut disana....segalanya telah terlambat..
ReplyDeleteAdatnya yang nak licin dan lancar tu perjalanan duniawi. Yang hakiki kadang-kala kalau tak diingat-ingatkan selalu, selalu aje terlanjak, terbabas dari jalan yang lurus. Terima kasih kak selalu mengingatkan, jangan hanya taksub pada hal duniawi saja.
ReplyDeleteSalam jumaat Kak...
ReplyDeleteTerima kasih kak atas peringatan ini :D
salam jumat semuanya, semoga di berikan kelancaran dan kemudahan :)
ReplyDeleteSalam jumaat kak zakie...semoga setiap amalan kita di terima oleh Nya :)
ReplyDeletesebenarnya bila tersangkut baru ada pengajaran kak.. licin dunia.. licin akhirat hendaknya..
ReplyDeletekalau lantai terlalu licin jatuh nanti..
Kalau study dalil tu, bayangkan berapa detailnya setiap umat manusia akan di soal di padang mahsyar nanti. Kalau yang amalnya tak cukup, berbogellah di bawah terik matahari yang sejengkal dari kepala sementara menunggu giliran di hisab. Astaghfirullah, takutnya....
ReplyDeletesalam k.zakie..
ReplyDeletemendalam maksudnya..
mengharapkan hasil yg bagus, kita sendiri yg kena memastikan semuanya licin..baru dpt hasil yg memuaskan hati..
semoga kita sentiasa mmperbaiki diri..
berusaha membaiki diri ke arah yg lebih baik..
ReplyDeletesalam jumaat akak.
peringatan bersama yg bagus
peringatan yang bagus kak zakie, nak licin dunia akhirat, semoga dipermudahkan.
ReplyDeletesama2 lah kite ye kak menambahkan amalan utk kelancaran di akhirat nnti
ReplyDeleteSalam kak zakie... Terima kasih atas peringatan ini... ermm... terlalu banyak lagi yang perlu dibaiki... ;(
ReplyDeleteIn sha Allah... memang itu yg diharapkan...takut nak mghadapinya...
ReplyDeleteSetuju dengan peringatan yang disampaikan oleh akak. Kita memang kebanyakannya gemarkan kelancaran dan efektif dalam segala urusan kerja seharian.
ReplyDeleteSalam Jumaat KZ..Doa kan supaya perjalanan hidup kita dipermudahkan..
ReplyDeletemoga dapat saya tampal yang berlubang sana sini sebelum Allah menjemput..
ReplyDeletetak boleh bayang betapa lamanya akan berada di padang mahsyar... sedangkan umur dekat separuh abad di dunia ni pon dah rasa lama dah... Astaghfirullahalazim
ReplyDeleteMoga perjalanan kita licin lancar disini lebih2 lg disana,.
ReplyDeleteSelamat beramal
Tq perkongsian utk muhasabah diri
kita semua memang mahu urusan di sana serba sempurna..jalannya sudah ada, tinggal melangkah saje.
ReplyDeleteassalam kakak
ReplyDeleteziarah pagi sabtu.hihi
sekarang saya di beri ujian dengan perjalanan hiduo yang tersekat-sekat. semoga di permudahkan urusan kami....
ReplyDeletesalam kakzakie;
ReplyDeleteseronok bc n3 ni kak, penuh dgn mesej yang tersirat...moga kita lancar dan licin dunia akhirat...INSYAALLAH
Assalammualaikum kak..betul..kita sentiSa nak yang terbaik di dunia ni..tak tenang rasa bila ada walau sedikit cacat dan celanya..sampaikan kadangkala kita alpa usaha bagaimana untuk melancarkan dan melicinkan laluan di akhirat kelak..dunia dan alam yang kekal abadi selama-lamanya..
ReplyDeleteNasihat yang baik kak..Ingatan untuk diri sendiri.. Terima kasih Kak Zakie..
ReplyDeletemasih berusaha memperbaiki apa yang kurang walaupun adakalanya terkeluar sikit dari landasan... hanya Allah s.w.t tempat memohon pertolongan dan petunjuk..
ReplyDeleteinsyaAllah kak. sesama lah kita ye :)
ReplyDeletesinggah ptg ahad melawat kakak nun jauh di sana :)
ReplyDeleteke mana di hari minggu
sama2 mengingatkan kak zakie..semoga dilicinkan perjalanan dunia akhirat
ReplyDeleteAllah tempat mengadu. Terima kasih ingatan ini Kakak.
ReplyDeleteBegitulah kita sebagai manusia dan hambaNya sentiasa berdoa semoga perjalanan hidup kita di dunia dan akhirat lancar can licin. Bersama kita mencari semua itu.
ReplyDeleteTerima kasih buat semua yg sudi memberikan komen N3 kakak ini:-
Blogger ZazaMyMoon, Blogger Petak Bunga, Blogger Kesuma Angsana,Blogger Khairul Bariah,Blogger Knor, Blogger Fazleyatul Aini, Blogger Mila@Rimbun, Blogger lia, Blogger Sura Mohd, Blogger Mar Mansor,Blogger saniah ibrahim, Blogger Ayu azmir, Blogger redza,
Blogger :: idzwa ::, Blogger Bin Muhammad (lantai licin kena mop bagi bersih agar licinnya tak menjatuhkan), Blogger Eiqa Almond, Blogger t.a.t.a (itu yg takut tata), Blogger Kisah Si Dairy, Blogger CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Blogger aby, Blogger Zee Suhaini, Blogger UmmuAidan-Arissa, Blogger Eye_nee, Blogger che mid, Blogger ♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH), Blogger aizamia3, Blogger paridah, Blogger Acik Erna, Blogger Ujie (kena cari jalan kita ni Ujie), Blogger ❤Kamsiah❤, Blogger Mummydearie, Blogger Mia Kassim, Blogger Yobert Parai, Blogger Cik Puan, Blogger Rai Ourkizuna (lantai licin kena lap bagi bersih bukan licin yg menjatuhkan Rai hihi...),Blogger Aziela, Blogger ♥ Cmª shIemª ♥,
Blogger QasehnyaRania, Blogger babYpose, Blogger norhidana miswan, Blogger acik idah, Blogger Haryati Faizal, Blogger Sylarius Yusof, Blogger RDZ Z, Blogger ANIM, Blogger Wafa Cw (masa disana pula perbandingan dgn dunia beribu-ribu hari takutnya kan..),
Blogger sud@is, Blogger Nor Azimah, Blogger QasehnyaRania, Blogger eelobor (insya-allah kalu sedar dan redha adalah penyelesaianya itu dik. Kakak doakan moga diberi kekuatan dan kesabaran tinggi), Blogger @na, Blogger PeRdU cINta, Blogger Nur-nba, Blogger Norhasniza Khalid, Blogger Kira Sakura, Blogger QasehnyaRania (Sabtu kakak jenguk anak-anak di asrama, Ahada biasalah di rumah sendiri kakak dok menjahit bajulah hihi...), Blogger Puan Kutu, Blogger Pokok Manggis Depan Rumah.
Terima kasih sekali lagi buat semua yg sudi membaca dan memberikan komen.
terima kasih atas peringatan kak zakie...hrap2 di dunia lancar...di sana pun lancar...
ReplyDeleteBetul tu kanda ...banyak yg akan dipersoalkan disana kelak....sudahkah kita bersedia...emmm
ReplyDeleteBetul tu kanda ...banyak yg akan dipersoalkan disana kelak....sudahkah kita bersedia...emmm
ReplyDelete