11 Soalan adinda Hainom OKje:
- Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa? (Panggil kanda pun tak apa)
- Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca? (Tak ada yg special pun)
- Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu? (Hmm... tidak pandai marah kepada budak-budak tapi ini sebenarnya satu kelemahan.)
- Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?(Kalau penat saja malas untuk masak)
- Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?(Kena tanya hubby baru tahu hihi...)
- Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang? (Nak jumpa balik dengan arwah mak )
- Peristiwa paling best dalam hidup korang?(Hari menjadi isteri seorang lelaki)
- Impian korang yang masih belum tercapai?(Banyak benar kalau mahu disenaraikan)
- Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?(Lemon tea dan nasi berlauk sayur brokoli)
- Kalau korang jadi kaya?(Mohon dijauhkan jadi lupa daratan - moga tidak)
- OKje di mata korang? Nak kritik pun OK ..... mak OK jer! (Seorg yg pandai menghormati dan menghargai sesama umat)
11 Soalan sahabatku Acik Idah:
- Berikan sedikit pengenalan tentang diri anda? (Seorang mama dan punya 3 anak dara)
- Makanan yang paling anda suka?(Tidak kisah apa pun di makan janji halal)
- Siapakah idola anda di dalam Malaysia ini?(siapa lagi kalau bukan TGNA)
- Apakah channel televisyen yang sering anda tonton? (SBC channel 5 & channel News Asia)
- Apakah yang anda suka lakukan diwaktu lapang? (Baca buku atau menjahit)
- Masakan apakah yang anda master menyediakannya? (Oh... ini kena tanya anak-anak dan en hubby)
- Berapakah umur anda pada tahun ini? (Lama sudah menjadi nenek)
- Siapakah Acikidah yang anda kenali? (Seorang yg suka bermasyarakat)
- Apakah yang wajib anda lakukan sebelum tidur? (Tutup pintu bilik dan pakai setokin)
- Apakah kategori blog anda? (Macam-macam ada cuma ilmu berblog tiada)
- Apakah pendapat anda tentang blog acikidah ini? (Banyak pengisian terutama hal kemasyarakatan)
Sedikit tentang diriku seperti yg pernah di tulis di sini.
- Walau nama Zakie tapi aku ini wanita, mama dan hamba Allah (moga jadi Muslimah terbaik).
- Anak Hj Purvit (bapak) dan Allahyarhamah Hjh Neema (Al-fatehah buat mak)
- Membahasakan diri kakak. Semua mereka yang mengenali aku tidak kira mak-bapak-nenek-atok-moyang-pakcik-makcik-abang-kakak semua memanggil aku kakak. Anak-anak jangan pula panggil kakak ye sayang - panggil auntie, makcik atau nenek.
- Mama kepada tiga anak dara dan isteri kepada papa anak-anak dara yang tiga itu.
- Kerjaya awal menjadi cikgu. Telah banyak kali bertukar kerjaya dan akhirnya tersadai jadi kuli mengetuk calculator dan computer hingga kini.
- Tidak pandai memasak walau boleh dikatakan setiap hari memasak (tapi hari cuti dapur pun cuti).
- Hari-hari memandu pergi-balik kerja dari zaman anak dara sampai sudah ada anak dara masih lagi tidak mampu menggaji pemandu.
- Menjahit baju tidak pernah upah sebab dilahirkan dalam keluarga miskin - sedih. Masa anak dara dulu mengambil upah menjahit baju dan knitting untuk menambah pendapatan itu yang buat sekarang sudah letih mahu mengambil upah lagi.
- Menjadi tempat anak-anak merujuk untuk musabaqah dan berzanji walau suara bagai itik serati.
- Menanam pokok bunga bagaikan terapi tapi kebanyakan pokok tidak simpati. Hasilnya daun saja yang banyak tanpa bunga.
- Paling suka melihat keletah anak-anak, sebab itu blog yang memaparkan kisah anak-anak comel menjadi terjahan utama perempuan bernama Kak Zakie ini.
- Apa yang membuat anda berblog?
- Apa keindahan berblog yang anda rasa?
- Waktu bila anda berblog?
- N3 bagaimana pilihan anda?
- Sejauh mana eratnya teman-teman blog anda?
- Mana keutamaan anda - blog/FB/Twitter atau yang seangkatan..
- Pengisian blog yang bagaimaa pilihan anda?
- Anda lapar, tidak sihat tetapi masih duduk mengadap blog mengapa?
- Apa jadi kalau semua ahli keluarga anda berblog?
- Apa tindakan bila terasa malas untuk berblog?
- Bila hendak berhenti berblog?
Selesai semua satu tugasan lain tag 11 teman teman. Sebaiknya biarlah aku tag ke semua 1140 orang teman Titisan Nurani yang disayangi. Silalah jangan malu dan segan.
~~ Pakai kasut tali merah,
baju jingga jadi pilihannya,
sahabat semua janganlah marah,
semua ini hiburan sahaja.~~
salam pagi panjang juga jawapannya penat nak menaip tu...selamat bersegmen.
ReplyDeletebanyak soalan dah terjawab ni kak..
ReplyDeletebab masak tu, hehehe.. sama jer kita kak..masak tetap masak tapi takde la pandai sangat..
TGNA idola forever and ever..
memang nampak sangat sifat keibuan akak..
al-fatihah jugak tuk arwah mak..
assalam,
ReplyDeleterajin akak :)
kelemahan tak reti nk marah budak2 tu kelebihan tau
ati pun sama.. kalau penat mesti malas msk tp baking ok je..hihi
dah baca kak..sikit2 tau mengenai akak..
ReplyDeleteBanyak perkara yg saya ketahui tentang Akak disini. Tidak semua orang mahu menceritakan dan menjawab soalan terutama berkait perihal diri...hehe, saya le tu.
ReplyDeletesaya pun ada orang tag, tapi tak terjawab-jawab lagi kak
ReplyDeletebaru tahu purvit tu nama ayah kak zakie .
ReplyDeleteWah sib baik kakak rajin menjawab soalan2 tuh semua dptlah kitorang lg lebih byk lg tentang kakak...mmg bagusnya kakak nie jd cikgu quran yg tak garang..bukan senang nak dapat..heheh
ReplyDeleteSaya juga dah kena tag kawan blog ni kakzakie.. tengok bila free nak buat segmen ni..
ReplyDeleteDah semakin mengenali kanda ku ini.. ;)
Selamat bersegmen kak :-)
ReplyDeleteBoleh tahan banyak juga soalan yang perlu dijawabnya yer. Hehe
Assalamualaikum KakZakie..
ReplyDeleteNama panggilan kakzakie mengingatkan nama anak bungsu sy Zaki..
Jenuh gak nk menaip jwpaan panjang2 ni kan..
Sy tak reti bersegmen kak...tp dgn entry ni tau la sikit mengenai akak..:D
ReplyDeleteBanyak soalannya ye Kak Zakie... apa pun bila dah baca jawapan Kak Zakie, maka kenallah secara lebih mendalam siapa orangnya :) Cantik prinsip hidup dan rutin harian Kak Zakie.
ReplyDeletebanyak kali juga kena tag akak.. hehe.
ReplyDeletein shaa Allah...nanti ade masa free cik jawab soalan tu.
ReplyDeleteagak2nya OKje bg markah penuh ke tak ni? saya GAGAL sbb beri jawaban tak menepati soalan..
ReplyDeletebyknya soalan kak..hehe..
ReplyDeletesm mcm sy..bila rasa pnat rasa mls nk masak hehe
Dah lama rupanya "entry berantai" ni... tetiba jadi fenomena semula sejak akhir2 ni... Tapi bagus juga sbb kita boleh kenal dgn lebih rapat dgn rakan blogger yg sporting menjawab soalan2 yang ditanya :)
ReplyDeleteada homework kena buat..hehe..selamat bersegmen..
ReplyDeletehai kakak..nk panggil aunti mcm tua sgt plak =)
ReplyDelete**selamat bersegmen kak ;p
Bunda pun ada yang tag...tapi belum berjawab2 lagi...ntah bila nak jawab ntah...rasa bersalah pun ada...
ReplyDeleterasanya sya tak perlu jawap kut sebab tak ada yg istimewa pun nak di uar2kan ...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletepandai mengaji smpai boleh buat rujukan, proud of you sis. best soalan bila sakit tapi berblog tu :)), Al-Fatihah untuk arwah kak zakie...
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...selamat bersegmen yer...:)
ReplyDeletemalas masak..tapi skali masak bayak x abih mkan plakkan ..he..he..
ReplyDeletenice sharing sis
saya nak sangat tag kzakie aritu, tapi terbaca plak salah satu syaratnya blog yg nak ditag tu followernya kena bawah seribu, so tak jadi lah nak tag blog kzakie, apa pun moga ada manfaatnya kan kzakie.
ReplyDeletesama!!! suka makan brokoli tapi si Fateh Uwais tue kalau bagi makan brokoli buat muka sikit T.T
ReplyDeletesedikit sebanyak mengenali kakzakie..
ReplyDeletesaya tak terjawab2 merekea y tag saya..
addoii kak.. kena jugak la sy mcam ni.. tmasuk dlm frendlsit.. haha..
ReplyDeletewish to see arwah ayah ..
hehhee...dengan tag ni dpt kenal akak lebih lg =)
ReplyDeleteTerima kasih Kak... sudi jawab soalan2 idah tu... :)
ReplyDeleteTGNA memang idola terbaik masa kini...
idola kakzakie tu TERBAEEKKK!!
ReplyDeletep/s saya ni dapat satu tag pun masih belum terbuat2 lagi kakzakie..
Alhamdulillah dpt brkenalan lebih rapat dengan kakak zakie..betul tu sana sini liebster kan
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt brkenalan lebih rapat dengan kakak zakie..betul tu sana sini liebster kan
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt brkenalan lebih rapat dengan kakak zakie..betul tu sana sini liebster kan
ReplyDeleteAduhai.. KA masih berhutang segmen ni lagi !
ReplyDeleteada jugak yg taq saya, p x sempat lg nak jawab
ReplyDeletesusah nak cari org pandai berzanji
ReplyDeletesaya dulu sempat belajar
bleh la ingat sket2 lagi skang nih
Terima kasih kanda sudi join.....ni yg sayang lebey ni hehe....
ReplyDeleteUnik tau nama bapak tu....nama arwah emak kanda pun sedap.....mcm nama org muda!...
Kanda....teringin nak dengar kanda bertaranum.....mesti merdukan...
salam k.zakie,,
ReplyDeletehehe..cma pun dpt award ni..baru je ingat nk tag akak.. kekeke.. :)
alhamdulillah..seronok dpt lebih berkenalan dgn akak :)
Barulah saya tahu 'Zakiepurvit' tu memang nama real ya kak. Ingat nama komersial gitu :)
ReplyDeleteSaya bab masak pun ikut mood gak. Datang rajin, memang mewahlah hidangan. Datang malas, nasiblah. Channel 5 SBC tu rancangan apa ya kak? Maklumlah kita kat KL nih. Biasanya kalau dapat pegang remote control terus Channel 393 (Korean drama)