Kelapa muda kurang tepat kalau ikut perbendaharaan kata bahasa keluarga aku. Ini kerana biasanya kalau kelapa muda enak untuk dijadikan serunding atau inti kuih. Kelapa muda ini biasanya kerak dibahagian belakang kelapa belum berwarna hitam/coklat. Serunding atau inti kuih akan lebih sedap. Sebelum ianya menjadi kelapa ada banyak perbendaharaan kami gunakan. Bermula dari putik yang kami panggil belolok, kemudian dipanggil cengkir, diikuti pula degan dan kemudian barulah kelapa. Bermakna degan ini adalah proses sebelum ianya menjadi kelapa yang boleh mengeluarkan santan.
|
Pokok kelapa - Lihatlah di sebelah kanan itulah kelapa yang mana kalau mahu mendapatkan isi kenalah kopek dahulu sabutnya. Manakala di sebelah kiri atas itu adalah cengkir yang mana buah kelapa hanya ada air tetapi belum ada isinya lagi. Berada di sebelah kiri bawah itulah degan. Degan inilah yang kami petik untuk dijadikan minuman tengahari yang panas. |
|
Percubaan - Kena cuba dan mencuba. Kalau menjadi bererti tandan tersebut semuanya akan mempunyai isi yang sama. |
|
Lubang - Tujuan ini adalah untuk memudahkan untuk memasukkan air ke dalam jug yang telah disediakan. (terlupa pula menunjukkan cara). Bagaimanapun tonggeng saja arah lubang ini ke mulut jug. |
|
Degan - Inilah degan yang kami katakan. Belum menjadi kelapa dan isinya yang masih berjelly itulah yang sedap. Bila sudah tahu begini, ambil saja sudu dan sudukan isinya masuk ke dalam jug yang sudah diisi dengan air kelapa sebelum ini. |
|
Degan tua - Ini yang sudah hampir menjadi kelapa tua. Sebab itu dikatakan kena mencuba dari tandan. Kalau begini biasa akan menjadi rezeki ayam sajalah. |
Bila bulan ramadhan biasa ramai yang menjual air kelapa tetapi sayangnya isi diberikan kurang menepati tekak kita sebab ada yang sudah terlalu tua dan hampir menjadi kelapa. Kurang sedap tetapi bila susah untuk mendapat yang berjelly, tua pun tetap dibeli juga.
~~ Beberapa kali asyik tertulis KEPALA saja ketika mengetuk keyboard untuk entri kelapa ini.~~
Emmm sedapnya kakzakie.. tambah sekarang musim panas. lagilah sedapkan.. ooo baru saya tahu belah selatan panggil Degan ye.. saya kat sini panggil kelapa muda jer..
ReplyDeletekalau kat sini sebiji kelapa muda RM4..kalau udah teringin beli aje..
ReplyDeletewaaa sedapnye klapa muda..fav husband ni..tambah2 bulan puasa nnt..tiap2 hari beli kelapa muda.hihi
ReplyDeletesya ni bukan jawa kakzakie tapi perkataan degan tu dh sebati sejak kecil..kat rumh sya ni adalh 1 dua pokok kelapa ,kalau tringin degan tu jolok je kat pokok.
ReplyDeleteselalu juga salah taip kelapa dgn kepala...hihiii
tak tau la flow nama kelapa ni
ReplyDeletetau kelapa muda dengan tua je hihi
yang macam berjelly tu sedapnyaaaaa
dah lama tak makan kelapa muda fresh2 ni
hahahaah liey apun kak penah tertulis kepala...pastu komen kat blog dok betulkan kelapa laaa hahaahah...taip tanpa sedar gitu heheheeheheh
ReplyDeletekak terbayangnye air kelapa letak ais...aduh dgn cuaca panas2 ni mmg enak hirup...kunyah plak isi kelapa kenyal2 tuh...
Sedapnya ni kak minum....nak2 lg untuk menu berbuka puasa nanti :)
ReplyDeleteBuat puding kelapa ni pun sedap....
macam2 nama ye kakzakie..kalau acik kelapa muda..kelapa tua je.
ReplyDeletekelapa muda panas2 ni sedap kakzakie.buat air campurkan dengan sirap dan aiskrim soda
air kelapa muda campur lemon pon sedap kak.
ReplyDeleteas salam, jalok yu degan ne...enak e..keneng digawe original coconut shake kue...paham opo orak...aku ke wong jowo tapi ne...nak ngomong kadange orok patek apik...
ReplyDeletekami pun panggil degan.. walau pun saya tatau tu bahasa kampung mak saya atau jawa.. hahaha..
ReplyDeleteYa Allah kak..sura suka sangat dengan air kelapa muda ni..kalau beli kat sini tak terasa air kelapanya..air gula yg lebih...yg macam jelly tu memang sedapp sangat..kalau kat kjg..air kelapa + keropok lekor.nikmatnya..:)
ReplyDeleteAi pic yang last tu jgn dibagi pada ayam,,,bagi kat saya buat lempeng nyor..sedap kak aiii....
ReplyDeletelama tak minum air kelapa walaupun demam minggu lepas..
ReplyDeletebaru tau kakzakie...kira kakzakie dan expert bab2 kelapa ni...hehehe...sedapnya isi kelapa yang masih lembik tu..
ReplyDeletedana pun panggil degan jugak kak... dpt lak tgk musim pns... syok betul minum sejuk2
ReplyDeleteminum air kelapa sejuk2 nie best kak..
ReplyDeleteTak ingat dah org trg panggil apa...org kedah pon sy x tahu panggil apa...sbb kt umah xde pokok kelapa...haha...
ReplyDeleteperghh! kelapa muda..sedap!
ReplyDeleteSalam Kak..ohh di panggil degan..1st time sy dengar kak... suka minum air kelapa ni, tapi tulah bila bulan puasa kadang harga naik, pastu rasa pun byk ditokok tambah...hehe
ReplyDeletesedapnya kalau dapat minum air kelapa musim2 panas macam skrg ni..
ReplyDeletesayapun 1st time dengar degantu.. sedapnyer kalau minum2 kalau musim panasni...
ReplyDeleteDegan nmanya ye kak...hehe...1st time dgr...sy pun main sebut je kelapa muda ....tp btul juga...kelapa muda yg part buat inti tu baru betul....1 lg ilmu hari ni...:)
ReplyDeletesalam kak....
ReplyDeletesaya pun panggil degan gak... org johor + jawa mmg panggil degan kot..
Aduh... Bila tengok air kelapa ni rasa terliur pulak.... Sedapnya apatah lagi time cuaca panas ni
ReplyDeleteAduh... Bila tengok air kelapa ni rasa terliur pulak.... Sedapnya apatah lagi time cuaca panas ni
ReplyDeleteUNTUNGNYA BOLEH KAIT MENGAIT..KITA BELI AJE KAK..
ReplyDeleteKALAU KAT KMPUNG JGN CERITALAH..BESTNYA..NAK SEGELAS BOLEH..KAK..
Baru hari Ahad kelmarin kami bawa bapa g jalan2...makan2 kat gerai tepi jalan...masa tu KN masih kat kpg....
ReplyDeleteBapak suka makan pasembur ..cendol dan air kelapa kat situ...
Kami bawa sempena Hari Bapa....ikut jer lah kehendak dan seleranya...
salam kak zakie;
ReplyDeletebelolok, cengkir, degan pastu barulah jumpa kelapa...dpt byk vocab baru ari ni
Sedap nya air kelapa...aduhhhh sudah lama tak minum...
ReplyDeletekak, kelapa muda yang berjeli tu la yang sedap..kitaorang panggil beringus..sudu terus masuk mulut jer..memang tak sempat pon masuk jug..
ReplyDeletearitu masa balik kampung laki mengait gak la kelapa muda..sini sebiji dah 3.50..
Betul. Banyak yang dijual jenis yang dah tua. Isinya dah jadi kurang enak. Jenis yang boleh diparut untuk dibuat lemak santan. Hehe
ReplyDelete1st time dgr ayt degan ni
ReplyDeletesyoknyer minum air kelapa muda
Another perkataan baru.
ReplyDeleteye ke kak zakie, jadi makanan ayam tapi nampak elok dan terliurq ja, kalau orang yang tau makan tapi tak ambik tau ysng mana elok kira ok ja, simpan dalam perut hehe
ReplyDeleteseumur hidup saya cuma mendengar istilah kelapa muda & kelapa tua jer. elok juga ada pengkelasan dari belolok, cengkir, degan & kelapa. saya suka yang degan tuh.... hihihi
ReplyDeleteFavorite farah nie akak..
ReplyDeleteooo baru tahu apa itu Degan kak.. =D
Pertama kali kak Zai dengar perkataan macam itu hihi...
ReplyDeleteMusim2 panas nie...elok minum air kelapa kan kak. Nak dapat degan yang masih berjeli, memang susah. Tambah2 kalau pokok kelapa tu tinggi menjulang.
ReplyDeleteoo degan tu isi kelapa muda y buat minum tu yek..sedapnye air kelapa..
ReplyDeleteSAya kan kak tak kira lah yg dah hampir menjadi kelapa tua tu pun saya makan...saya suka kak...nak2 yg berjeli tu..sedapppnyaaa...saya suka minum air kelapa yg tanpa gula tu kak..bergas jer rasanya...
ReplyDeleteGaru KELAPA... eh KEPALA...
ReplyDeletehaha
Kak, saya cuma tahu kelapa je. Degan ke apa, memang saya tak tahu.Nasib baik akak explain kat sini. Kalau tidak, memang tak tahulah jawabnya. Saya ni sejak jadi orang bandar (malunya nak ngaku) kelapa pun beli kat supermarket kalau teringin kak .... Bulan puasa ni kalau dapat air kelapa berjug-jug, bestnya alahai :)
ReplyDeleteOh degan ke namanya..saya suka jelly kelapa hehe
ReplyDeletesedapnya air kelapa muda...dh berpuluh tahun xminum sbb sakit urat...
ReplyDeleteWaahh sedapnyaa kalau dpt minum air kelapa muda.. dlm cuaca yang panas2 gini.. nyaman jerk.. :)
ReplyDeleteTQ kak zakie...saya belajar perkataan baru hari ni...tak pernah tahu pun tentang belolok, cengkir, degan tu semua..:)
ReplyDeletekalau mengorder air kelapa tak lembut degannya...mau hangin satu badan kakzakie, hihi
ReplyDeleteFeveret saya ni..
ReplyDeleteSedapnya kak..ambil..terus minum..tak pun buat rojak degan..masakkan air gula tebu pekat pekat,, bancuhkan..air batu sikit..amboi..bak kata orang jawa...seger...hehe..
ReplyDeletesedapnya kakzakie..lagilah panas ceting ni...
ReplyDeleteowh ada juga perbezaan bhasa ya kak..
ReplyDeletebaru saya thu..rupanya pkataan satu x tahu dan x pnah gunakan :P
salam kz ..
ReplyDeletesebeneray ... aku fobia angger mbacok degan ..agek cilik mbiyek ..
jempol ku ke bacok parang agek motong degan kuwi .. hampir putus ibu jari tu ..
tekan saiki , parut tay agek weroh .
tekan saiki jugak angger mbacok degan .. koyo wedik sitik
Macam tu yea kakak. sedap tengok air kelapa muda.. :-)
ReplyDeleteoooo degan ke...first time dengar KZ...nway air kelapa memang best, especially time panas macam ni...
ReplyDeletesedapnya air nyok 2... nak2 musim panas nih...buat lempeng pn sedap mkn pagi2... hehehe
ReplyDeletesaya pun panggil cengkir dan degan . wong jowo kok . kat jer dapat makan degan ni . air degan lbh sedap sbb bergas dan manis sikit .
ReplyDeletesaya pun panggil cengkir dan degan . wong jowo kok . kat jer dapat makan degan ni . air degan lbh sedap sbb bergas dan manis sikit .
ReplyDeletesalam k.zakie..
ReplyDeletehehe..cma pu selalu typo dgn ejaan kelapa dan kepala..keh2.. :p
betul2 tu..kalo beli di gerai tak semua gerai yg letak isi kelapa muda..paling parah, yg tua2 tu diletaknya.. kalo belah cma kami panggil nyioq!
menjadi kegemaran ketika waktu berbuka..
ReplyDeleteair kepala feveret falsya..
ReplyDeletesaya pon panggil degan kak... tetiba windu nak balik kampung kopek kelapa makan degan.. nyum2
ReplyDeleteSedapnya makan isi yg muda2 mcm ni.. nak2 airnya minum masa tgh cuaca panas2 ni..
ReplyDeleteni kalau buat coconut shake lahai sedapnya kak...
ReplyDeleteHehe kanda lama tak guna perkataan Degan...walaupun selalu minum air kelapa Dulu masa budak budak selalu guna perkataan tu.... Alahai rindunya zaman budak budak ek kanda...Yg dalam dia kalau tumbuh biji tu panggil apa kanda...gendos ke? haha lawaklah pulak...
ReplyDeleteyg ala2 jeli tu mmg sedap
ReplyDeletemasa saya kecik kat kampung duk ngan atuk nenek
air kelapa muda ni, kalau nak minum
wat lubang kecik je kat kelapa tu
togok
nikmat
dah abis airnya
belah
makan isinya plak
Owh..xpernah tau ada nama2 tu sebelum disebut kelapa.
ReplyDelete