Kisah pada hari Khamis, 05-06-2014 sebelum bertolak ke Terengganu kami ke Kluang. Tujuan kami kerana mahu memperbaharui kad pengenalan. Lebih memudahkan kerana bangunan kerajaan di sini disenggara oleh syarikat hubby bekerja. Mudah kerana kami sudah tinggalkan dokumen dikehendaki lebih awal. Datang hanya mengambil setelah siap kesemuanya. Hanya Kak Meen punya tergendala sebab dikatakan cap ibujari karinya tidak sama dengan yang asal. Kena tunggu sebulan. Bila hubby melawat ke sana bolehlah ambil kemudian. Mama, Kak Reen dan Mak Zah punya siap tidak sampai sejam. Idea tidak membuat di Johor Bahru agak memakan masa panjang sebab ramai yang berkunjung.
|
Kluang Rail Coffee - Sementara menanti kad pengenalan siap kami ke sini. Niat di hati mahu mencuba makan di sini yang selalu diperkatakan hingga masuk dalam program JJC di tv3 tapi sayangnya hari Khamis pula ia tutup. Tidak ada nasib. |
|
Lengang - Patutlah ketika tiba mudah benar untuk mendapatkan tempat parkir. |
|
Jus asam jawa
Saidina - Kami duduk di satu warung berdepan dengan stesen keretapi
tersebut. Ada juga nasi lemak dan makanan untuk sarapan seperti biasa. |
|
Jam 10:30 pagi
- Kak Meen makan lontong. Mama, adik, Kak Reen dan Mak Zah makan nasi
lemak. Papa pula memilh roti canai. Air asam tersebut tidak kami sentuh
sebab tidak terbuka pula rasa keinginannya. |
|
Jabatan Pendaftaran Kluang - Tidak sampai satu jam kami sudah beredar meninggalkan pejabat ini dan beredar menuju destinasi seterusnya. |
Warna biru kad pengenalan yang baru lebih manis warnanya berbanding yang lama lebih cerah. Bahagian hadapan kini ada dipaprkan dua gambar kita, satu kecil di bahagian tengah dan satu lagi di posisi yang sama dengan yang lama. Sebagai rakyat rasa lega bila apa yang disarankan sudah ditunaikan.
~~ Kad pengenalan hanya sekadar memenuhi kehendak dunia tapi kad pengenalan di dunia yang satu lagi sendiri kena sediakan dari awal arah mana mahu dituju. Sebagai manusia kenalah kita seimbangkan dunia dan akhirat.~~
seronoknya berjalan and makan2 time... best3...
ReplyDeleteSalam pagi Kak Zakie, oh dah buat kad pengenalan baru. Betul kad pengenalan untuk satu lagi tu kena buat sendiri, moga amalan kita diterima..
ReplyDeletekita pn ada masalah cap jari.. benci tukar2 ic..
ReplyDeleteSalam Kak..
ReplyDeletesaya dah lama benar tak tukar kad pengenalan ni..bila ntah nak kemana2 JPN.. nampak klasik Kluang Rail Coffe tu kak..
Moga seimbang urusan dunia & akhirat..
farah pun dah tukar ic baru kak.. =D
ReplyDeleteassalamualaikum kakak...wahhh, dah lama x jengok sini...kakak sehat?...mahap ye kak, saya kehilangan mood nak berbloging...hehehe...skang nie baru nak wat comeback...
ReplyDeleteundang-undang dunia dipatuhi untuk kesejahteraan hidup di dunia, juga berpahala kerana kita berbuat kebaikan..saya belum berkesempatan buat IC baru, teringin juga In shaa allah.
ReplyDeleteSy blom tuka lg ic baru...ada tempoh masa ke nk kena tuka? Hihi..
ReplyDeletejohor belum ada utc ke kak zakie
ReplyDeletekalau ada utc senang, cepat jugak
tapi kalau time ramai orang, jenuh jugak nak menunggu nya
saya pon dah buat ic di utc perak thn lepas, mmg cepat. tak sampai sejam dah siap.
ReplyDeleteSha tak buat lagi kak ic baru. dulu masa keje jabatan pendaftaran sha soh kawan tangkap gambo sampai puas hati hehehe..
ReplyDeletesekarang nih redho jerla gambo mcm mn pun kat ic tu hehehe
kenangan sungguh stesen Kluang ni..pernah turun sini masa dolu2..(pegi umah kakak).masa tu belum kawin lagi..naik keretapi dari Tumpat ke Kluang..bila la sampai Kluang lagi ni..dah lama tak pergi umah kakak..
ReplyDeleteSura dah buat ic baru..masa purse hilang dulu..:)
Kluang rail coffe tu mmg femes lah..terigin nk terjah :-)
ReplyDeleteye betul tu kak..kad pengenalan baru ada ghost imej di depan nya..JM pun dh ada KP baru tu heeee
wah, best lah dah dapat ic baru..sy pon ada plan nk p tukar jgk tp masa belum mengizinkan..ic skrg dah dah macam ape dah..hehe
ReplyDeleteseronok nye makan makan.. lg bbrp hari nak pose ... hehe
ReplyDeleteassalamualaikum dr http://afasz.blogspot.com
saya belum tukar lg kak..xtahu bila nak pegi buat
ReplyDeleteSaya dan family pun belum tukar pada yg baru ic tu kak..mcm selalu tak der masa jer nak pergi...
ReplyDeleteBismillahirrahmanirrahim..
ReplyDeleteAssalammualaikum wbt
ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD (768307-X) (KPK/LN 5056/1) menyediakan perkhidmatan UMRAH.
Pakej Umrah December (Musim cuti sekolah) dari harga RM4,790.
Layari:
umrahjohor.blogspot.com
www.alfajrtravel.com.my
Hubungi:
07-2344437
(utk sebarang pertanyaan)
best ke kluang..tak pernah sampai lgi..keluang man adalah tgok..heheh
ReplyDeletesalam kakzakie; pasni ingat kena pi buat IC baru jgk la...
ReplyDeleteTak pernah smpi kluang lagi kak...insyallah satu hari nnti.
ReplyDeleteIc sy pun dah lama x berganti..tak berapa nk ada masa...plastik depannya pun dah terangkat2...hehe...kdang malu juga bila nk tunjuk ic...:)
Saya pun tak berkesempatan lagi nak tukar IC tu kakzakie.. memang kena cari tempat yg kurang orang kan kakzakie.. jadi cepat sikit siapnya :)
ReplyDeletekat JB memang jenuh nak tggu kak...
ReplyDeleteeh ada format baru lagi ya kak.. tak perasan.. last sekali tukar ic dekat 10 tahun dulu.. T_T
ReplyDeleteskg memang cepat siap kakzakie.kami 1 family semua dh tukar baru ,tinggal si Iman je sibuk2 juga nk tukar mykid bila kami semua ada ic baru.
ReplyDeleteBelum lagi tukar kepada kad pengenalan baru ni. Hmmm...ntah bilalah...
ReplyDeleteHari ini nampaknya akak dah kembali kepada rutin biasalah ye... Rumah pun mesti sedikit sunyi.
samalah dgn kak belum dpt tukar lagi...
ReplyDeleteKluang.. Hmm..saya seakan teringat sesuatu y pernah orang cakap pasal Kluang, tapi dah lupa! duh~~~
ReplyDeletekami cdg nak buat cuti sekolah hr tu.. tp dah memasing sibuk dgn nak kendurinya.. langsung kesdh x buat lg huhuhuhu...
ReplyDeleteSalam kakak~
ReplyDeletezura belom tukar lagi kepada IC baru. Alamat kat IC pon masih alamat lamu.. huhuhu. entah bila boleh tukar IC neh~
hehehe....itu lah cara yang terbaik kalau nak buat pertukaran ic sebenarnya. saya pernah amalkan
ReplyDeletesy sendiri belum tukar ic... nak tunggu nanti, ntah bila la..
ReplyDeleteSaya baru je berangan nak gi UTC tukar kad pengenalan dan lesen memandu yang baru, rupanya akak lagi advance ler. Kluang Station ke tu? Menggamit memori sungguh. Teringat ambil adik lelaki di stesen bersama arwah abah dan mak yang katanya dari Changloon, Kedah. Padahal dah santai melenjan di JB dengan girlfriend baru patah balik ke Kluang. Kena tipu hidup-hidup je kakaknya, dan mak abah :)
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...yer la kalau nak buat ic baru mmg kena cari tempat yg kurang org...mas pun ari tu nak juga tukar yg baru tapi biasa la kalau kat KDN Setia Tropika ni mmg sentiasa ramai sgt org...lastnya x jadi nak buat pun ntah bila la nak tukar yg baru...:)
ReplyDeletecap jari tak sama... pastu kena tunggu sebulan untuk apa kak?
ReplyDeleteErrm... idah tak tukar ic lagi.. huhu...
Alahaii kak. Tutup plak yer. Tak der rezeki.
ReplyDeleteSaya tak tukar lagi IC baru. Ntah bila lah nk tukar nih.
dh buat masa tahn 2012
ReplyDeleteic hilang terus buat baru..
Acik dah buat kakazakie..masa adik umur 18 tahun bulan mac lepas terus acik dan suami sama2 tukar yang baru
ReplyDeletesaya dah lama betul tak ke Kluang..teringin jugak nak pekena Kluang Rail Coffee tu..
ReplyDeletelya masih ic lama lagi kak..
ReplyDeletekluang rail coffe tu mmg kedai lama dh kan kak?
lya masih ic lama lagi kak..
ReplyDeletekluang rail coffe tu mmg kedai lama dh kan kak?
belum tukar lagi..malas noo nak gi..parking susah, letak tepi jalan kena saman..huhu..
ReplyDeleteAkak pun dah tukar.ic baru lebih berkualiti sikit..
ReplyDeletesaya suka lepak situ juga kakzakie kalau balik rumah mak ayah saya..
ReplyDeleteroti bakar berkaya yang dibuat sendiri dan dicicah dengan kopi pekat..huhu..
Menarik juga bandar keluang ini Kakak yea. Saya belum pernah sampai sana lagi. Sesalu juga ke Johor. tapi sini belum pernah sampai lagi. Insyallah satu hari nanti saya cuba singgah.
ReplyDeleteBelum pernah sampai Kluang KZ...Muar & batu pahat dah..
ReplyDeleteRindu Kakzakie..alahai
ReplyDeleteSenang kan kakak kalau ade yg kenal2..xyah susah2..kluang rail coffee tuh kan kakak, falsya dh lama tingin..smp ke sudah xdpt..hurmmm..
ReplyDeletesalam kz
ReplyDeletejauh juga dari JB ke kluang utk buat IC tu ..
beberapa kali juga aby lalu kluang tu bila balik dari Rompin
dah tuka ic sbb tukar alamat . dulu org johor , sekarang jadi org selangor ... selalu gak pi keluang tapi lum pernah singgah kat warung stesen tu .
ReplyDeletedana belum tukar mykad yg baru kak.... lama tak jln pusing2 ke kluang
ReplyDeletesuka yang bab kad pengenalan dunia satu lagi... :)
ReplyDeletelama dah tak jejak kluang ni
ReplyDeletesalam k.zakie..
ReplyDeleteoo..kalau kat sini, di shah alam blh siap dlm masa 1/2 jam sahaja.. tp mmg ramai manusia..
Tulah kanda tak tukar lagi kad pengenalan yg baru....Teringin pulak nak tukar...Memang le JB tuan bandar besar eloknya nak buat IC ni gi daerah kecil tak penat nak beratur....lagi untung kalau ada yg kenalkan
ReplyDeletenape tak singgah kedai dia yang kat area roundabout tasik atau dekat ngan kluang mall tu kak
ReplyDeletekampung saya tu!