Tuesday, August 5, 2014

Silaturrahim di Aidilfitri 1435H

Kesedihan dan kegembiraan tetap ada di mana-mana.Saat kita bergembira ada yang sedang berduka. Ketika bibir kita tersenyum gembira jangan lupa ada terselit salah dan silap yang tidak disengajakan. Mohon kemaafan sebaik usai solat aidilfitri menjadi kelaziman. Moga kemaafan tulus lahir dari hati yang suci.

Dua Kak Long - Kak Long Alia sudah bekerja tapi Kak Long Reen masih belajar. Dapatlah anak-anak merasa duit raya dari Kak Long Alia selepas bersalaman memohon ampun dan maaf segala kesilapan. Boleh pula kebetulan tahun ini warna baju kami hampir sama.
Abang Danial - Tidak boleh bersalam sebab sekadar sepupu saja. Duit raya tidak mengapa mestilah adik ambil. Dua minggu lagi Abang Den akan menikah. Dapat orang Muar. Majlis keluarga kami di Bangi pada bulan September.
Abang Zaquan - Walau Abang Zaquan ini dipanggil adik dalam keluarganya tapi sebab sudah dewasa dan bekerja anak-anak Mama Zakie juga yang beruntung sebab semuanya masih mendapat duit raya dari mereka. Kak Meen menayang duit raya pemberian Abang Zek.
Ziarah - Kunjungan kami yang sangat-sangat dinantikan. Gembira tapi bercampur dengan airmata bila saat begini. Sehari sebelum ramadhan Abang Ngah hubby kena stroke. Tapi alhamdulillah berkat doa dan ayat-ayat yang diamalkan dan usaha semua, seminggu saja sudah boleh berjalan tetapi sebab bulan ramadhan kena berpuasa tiba-tiba menjelang Hari Raya kami lihat bagaikan sudah terlalu uzur. Janggut dan misai pun sudah berubah banyak yang putih dari yang hitam. Badan susut kurus walau baru sebulan. Abang Ngah inilah yang banyak membiayai hubby ketika belajar dulu.Aku tahu hubby sangat sayang dgn Abang Ngah sebab bagai pengganti Allahyarham abahnya.
Suasana kampung - Bila beraya di rumah sepupu yang bagaikan adik-berdik sendiri beginilah jadinya. Bukan duduk di sofa menghadap kuih-muih tetapi menuju pokok rambutan yang rimbun mudah dicapai tangan.
~~ Meresap jauh di lubuk hati ketika tautan salam di Aidilfitri terasa berbeza ketika bersalam di hari-hari biasa.~~

53 comments:

  1. Riang ria raya ye kak...meriah!

    Kak...boleh sy tau apa ayat2 atau amalan yg abg ipar kakak guna utk ubat stroke tu...klau k.zakie tau la...:)

    ReplyDelete
  2. blk kg pun buah rambutan tgh masak..
    br laku musim raya..musim pose memng x merasalah rmbutan..
    tolak tepi..

    ReplyDelete
  3. meriahnya rayab ersama family kann :)

    ReplyDelete
  4. meriahnya rayab ersama family kann :)

    ReplyDelete
  5. kemeriahan aidilfitri di sambut dgn semua sanak saudara..
    tula kan musim rambutan..

    ReplyDelete
  6. wah sakan raya ye kzakie, cuti seminggu blognya..

    ReplyDelete
  7. seronoknya kakzakie..bila dapat berkumpul dan berjumpa sedara mcam ni

    ReplyDelete
  8. kira rezeki anak² akaklah tu.. nanti bila dah kerja meraka pulak yg memberi... bila salam aidilfitri ni mmg menusuk hati .. kdg tetiba jadi sebak x semena²... rasa syukur sgt masih punya ibu bapa dan mertua...

    ReplyDelete
  9. Cantik baju kak meen, warna baju lebih kurang jer..saya dapat rasakan perasaan sayang hubby akak pada abg ngahnya tu..Harap abang ngah tu cepat sihat semula yea kak..

    ReplyDelete
  10. seronoknya part bersalaman dan berduit raya tuh kakak..kat sini bukan budaya dorang tuk mintak2 maaf ms raya..biasa jerlah...kalo duit raya tuh pun jrg sgt orng bg...tp aidan dptlah jugak duit raya drp rakan yg agak rapat..:)

    ReplyDelete
  11. selagi tak kerja boleh dpt lg duit raya..samalah adibah..

    sedapnya buah rambutan

    ReplyDelete
  12. seronok beraya ramai2 gini kak... meriah....

    ReplyDelete
  13. seronok raya kat kampung kan kak...anak2 saya bukan makan kuih raya pon..diaorg duk mintak buah rambutan tepi rumah mak..haha..

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya Kak Azie :-)

    Meriah betul suasana berhari raya di kampung. Feel dia jauh bezanya dengan beraya di bandor.

    ReplyDelete
  15. Ceria hari raya, hijau sedondon ya..selamat hari raya, eh awat tutup muka dengan bunga tuuu....

    ReplyDelete
  16. Seronoknya kampung ada pokok buah2an..macam dusun la pula..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum dan salam syawal ke-9,maaf zahir batin..meriahnyer beraya kat kampung..

    ReplyDelete
  18. pagi raya memang tak sah kalau tak berlinang air mata kak..seronok berkumpul beramai-ramai macam nie...

    ReplyDelete
  19. Sedondon baju biru yg menawan tu kakzakie..
    Tu lah bila ada kalangan saudara mara yg sakit.. terasa sedihnya kan..

    ReplyDelete
  20. kakzakie...kalau sedara2 datang rumah sya pun hidangkan buah2an...skg ni kn musim rambutan..

    ReplyDelete
  21. kg ida pun tengah musim rambutan sekarang ni...

    ReplyDelete
  22. buah rambutan lebih sedap dari kuih raya kak

    ReplyDelete
  23. Salam Syawal kakzakie..seronok tengok wajah2 keriangan dihari raya..eh.eh.ada bunga pulak kat muka..bila la boleh tengok wajah disebalik bunga tu...hehe:)

    ReplyDelete
  24. yelah kak...ada yg ziarah setahun sekali masa raya aje..masa raya tula baru nak tau perkembangan masing2..sihat ke tidak ke..tp tak ziarah tak meriah la raya..

    ReplyDelete
  25. Meriahnya beraya di kampung...saya kali ni jdi tuan rumah..semua pakat balik kmpg.

    ReplyDelete
  26. selamat hari raya kak zakie
    semoga aidilfitri penuh keberkatan

    ReplyDelete
  27. cantik warna tema baju raya family kakzakie

    ReplyDelete
  28. unlce nampak yg merah2 atas pokok tu je...

    hehe

    ReplyDelete
  29. salam kakzakie, indahnya moments di hari raya kan...ia menjadi kenangan manis nnti...

    ReplyDelete
  30. Kak Zakie...salam Eidul Fitri dari JM jugak...meh nk salam dari kejauhan nih :-)

    ReplyDelete
  31. Salam Aidil Fitri, Kak! Meriah nampaknya beraya ke rumah saudara-mara. Ziarah saudara-mara ketika hari raya ni memang lain rasanya berbanding datang bertandang hari-hari biasa.

    ReplyDelete
  32. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kakzakie..mohon ampun zahir dan batin atas segala keterlanjuran "taipan" komen2 diruang akk...kosong kosonggg...

    Saya masih cintakan Berhari Raya di Kampung...

    ReplyDelete
  33. salam lebaran kakzakie n famili...seronoknya beraya di kampung ya...

    ReplyDelete
  34. salam aidilfitri
    maaf zahir n batin dari lya ;-)

    meriah ..

    ReplyDelete
  35. Selamat Hari Raya maaf zahir batin kanda....
    Betul kanda, bersalaman di Hari Raya mmg lain benar rasanya.... ada kalanya cukup syahdu...
    Adik jugak yang untung dapat duit Raya....

    ReplyDelete
  36. Salam aidilfitri kak.. Maaf zahir batin. Seronoknya akrab dgn sepupu.. Baru seronok mereka beraya ke sana. Tak malu tersipu2 atas sofa.

    ReplyDelete
  37. Seronok berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara kan Kakak.

    ReplyDelete
  38. best tu dapat petik buah rambutan sambil2 raya...

    warna hijau torquise tu lawa la kak :)

    ReplyDelete
  39. salam kz ..
    musim buah mcm ni elok juga kita berkunjung ke kampong .. apatah lg dalam suasana raya ..
    boleh merasa buah2an kampong ..

    lopot ku seng okeh2 dingapuro yor

    ReplyDelete
  40. selamat hati raya..maaf zahir batin kakzakie...meriah bebeno bila semua berkumpul kan

    ReplyDelete
  41. meriahnya raya dikampung.anak2 kak zakie juga untung byk dpt duit raya.hehe

    ReplyDelete
  42. meriah kan.beraya dlm suasana kg.
    selamat hari raya maaf zahir batin kakak

    timakasih doakan utk saya ^^ :-)

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum kakzakie..meriah rasanya dlm suasana raya...selamat hari raya maaf salah dan silap yer...:)

    ReplyDelete
  44. kebetulan memang musim buah kan kak...selamat hari raya untuk kak zakie sekeluarga.

    ReplyDelete
  45. seronok nyer mereka beraya dan berposing yer... :)

    ReplyDelete
  46. Meriahnya raya ... nak2 lagi bila beraya di kg ... best

    ReplyDelete
  47. Moga abg ngah en. suami kakzakie cepat sembuh dan sihat selalu hendakNYA.
    Selamat Hari Raya buat kakzakie dan keluarga.

    Kali ni raya jatuh waktu musim buah sedang ranum.. tangan sibuk nak mencapai jelah.. ;)

    ReplyDelete
  48. Best kan dpt berkumpul mcmni.. btw Selamat Hari raya akak..=D

    ReplyDelete
  49. sekali sekala bkumpul.mcm nih memg best

    ReplyDelete
  50. Selamat hari raya.
    Semoga ceria selalu.
    Dan semoga abang Ngah pulih semula.
    Warna hijau tu cantik ~ idea untuk baju raya next year.

    ReplyDelete
  51. salam k.zakie..

    huhu..mmg terasa kelainannya bersalaman dipagi hari raya dgn yg biasa..air mata mesti tumpah lebih berjurai2..

    alhamdulillah.. semoga abgngah cik hubby akak semakin sembuh...

    ReplyDelete