Alhamdulillah kembali semula. Mengimbau detik-detik sebelum Aidilfitri 1435H yang baru seminggu berlalu. Lebih seminggu juga tidak menjenguk blog dan membaca entri teman-teman. Kembali ke pejabat dengan rasa seperti bulan ramadhan pula sebab aku masih berlenggang tanpa bekal ke pejabat. Kalau bermula puasa syawal di hari kedua raya, hari ini sudah boleh senyum lebar.
|
Jari Manis - Kad raya yang terakhir di terima untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Terima kasih JM Ramai blogger yang masih mengekalkan tradisi ini. Alhamdulillah. |
|
Ramadhan terakhir - Kami sudah berkumpul di Batu Pahat. Tradisi kami sekeluarga, makan berbuka bersama. Namun keluarga hubby bukanlah seperti keluarga aku yang kalau berkumpul sesak rumah bapak. Anak-cucu saja sudah berpuluh-puluh. Di sini kami berbuka dengan air tangan aku sebab tidak ada siapa lagi boleh di harapkan. Mujur Allah kurniakan aku anak-anak dara. Hero ini anak buah hubby yang akan menikah dua minggu lagi. Mungkin tahun depan sudah tidak berpeluang lagi berbuka dengan kami. |
|
Menganyam ketupat - Tradisi setiap tahun juga. Setiap kali menjelang Hari Raya setiap kali itu juga kami akan mengajar anak-anak buah menganyam. Lucu bila abang ipar kami (asal dari Terengganu) setiap tahun jugalah dia pasti akan belajar menganyam. Kemahiran menganyam bukan kerana IQ sebab dia seorang doktor pun tidak boleh tangkap cepat cara menganyam. Kena gelakkan isteri dan anak-anak buah. |
~~ Bukan mudah mahu mengekalkan tradisi bangsa andai tiada yang mahu meneruskan legasinya.~~
Salam Aidilfitri Kak Zakie..
ReplyDeletepuas ke beraya? best lah dapat anyam ketupat.. :))
Selamat hari raya aidilfitri kak .... maaf zahir batin...
ReplyDeleteSeronoknya menganyam ketupat beramai2
Salam Syawal buat Zakie sekeluarga dari kakcik sekeluarga.
ReplyDeleteMasih terasa suasana Ramadhan, kan? Tengok orang makan rasa pelik pulak... :)
selamat hari raya kak.. tahun ni kami tak balik Johor.. giliran beraya dengan mak mertua..rindu nak menganyam ketupat.. sbb di sini takde buat ketupat bagai.. jangan lupa sudah la.. hehe
ReplyDeletekg saya meriah dgn lemang
ReplyDeletekalau ada ketupat pun yg bentuk 3 segi tu je
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebestnyee..berkumpul bersama keluargaa :)
ReplyDeleteJangankan menganyam nak balut ketupat palas pun Aina tak pandai kak.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Kakak Maaf zahir batin.
ReplyDeleteNak kena mula puasa 6 juga macam ini.
x start lagi puasa.. kalau xde apa..ingt nak puasa esok.
ReplyDeleteletih lagi ni..
pernah juga belajar nak menganyam ketupat..tapi tak jadi hehe..
ReplyDeleteapa pun selamat hari raya..
slmt Hari Raya Aidilfitri dr nomi sekeluarga....
ReplyDeletesuka tau nomi tgk org menyanyam daun ketupat... nak buat sendiri tak reti...hihiii
kalau kita tak teruskan tradisi mcm tu lama-lama anak muda remaja sekarang ramai yg tak pandai nk mengayam ketupat tu...last2 semua beli je :-)
ReplyDeletememang benda yang baik haruslah diteruskan.. terutama generasi kini yang lebih advance serba serbinyer... sayapun tak pandai mengayam ketupat... kat kampung dulu2 masak lemang sekarangni lemangpun main beli jer... alahai.. apalah yang saya tinggalkan untuk anak2 yerk...
ReplyDeleteselamat hari raya kak zakie..
ReplyDeletesiapa lagi nak teruskan tradisi tu kalau bukan kita..
tak start lagi berpuasa ni..ABC plak..huhu..
Salam lembaran aidilfitri kakzakie..
ReplyDeletePart menganyam ketupat kerja saya kakzakie.. smpi lah merebusnya..
Seronok.. semoga tradisi ini dapat dikekalkan..
Saya tau makan ketupat jer kak. Mengayam memang tak reti lah ☺
ReplyDeleteSalam aidilfitri buat kak zakie sekeluarga...kalau saya masih di JB, teringin nak dtg raya..hihihi
ReplyDeleteAnyam ketupat? Saya mmg tak tahu...hahaha
selamat hari raya kakak..
ReplyDeletebetul tuh nak ngayam ketupat bukannya perlukan kehebatan IQ ..yg penting kena banyak praktis tuh..dl ms kecik sll jugak tolong makcik lipat daun ketupat...aaahhh rindunya ketupat..>:)
Alhamdulillah...kami adik beradik mmg tau anyam ketupat...berkat ajaran arwah abah...anak2 kcik2 lagi...jdi ilmu tu mcm tersimpan kejap...hehe...akan dikembangkan nnti...rugi klau x diturunkan ilmu...hehe...
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeleteselamat hari aya aidilfitri kak..
lya mmg xreti bab anyam ketupat..
assalamualaikum kakzakie...selamat hari raya maaf jika ada salah silap yer...:)
ReplyDeleteselamat hari raya kakak zakie sekeluarga..
ReplyDeletesya ni anak2 tiap2 tahun belajar anyam ketupat bila nk raya, tapi tak pandai2 pun...last2 ibunya juga anyam sorang2.
salam kakzakie, meriah kan di aidil fitri dpt berkumpul dan buat persiapan sesama..
ReplyDeleteWAH MESTI MERIAH SGT NI..MLM2 TERAKHIRKAN...BERTAKBIR,BERTASBIH..SEDIH2 SAYU CAMPUR GEMBIRA...
ReplyDeleteMESTI K.ZAKIE TAK MENANG TGN NI..
NAK UCAP SELAMAT BERHARI RAYA YE..K.ZAKIE SEKELUARGA.
ENAK2 SUNGGUH ATAS MEJA TU
semoga tradisi ini tak pupus ditelan zaman
ReplyDeleteSalam eidulfitri kakzakie.acik pun tak pandai2 anyam ketupat
ReplyDeletetahun ni x ngayam ketupat, tak buat lontong .. mak rebus nasi himpit jer.. mak tak larat .. huhuhuhu ...
ReplyDeletesekali lagi nak ucapkan selamat hari raya kak..
ReplyDeletetahun ni MiL takde buat ketupat dah..tak larat katanya..anak cucu pulak tak pandai..huhu..tak tau la akan datang camaner..tempah jer la gamaknya..
sonok dapat berkumpul ramai2..
saya pun tak pandai kak..yg pandai eady sorg je..
ReplyDeletesalam aidilfitri kak zakie,
ReplyDeletewah..memang tak sah la kan kalau raya tak anyam ketupat. cikda pun sama anyam dengan gigihnya. geram kalau daunnya pendek..hahaha
maaf zahir batin cikda mohon dari kak zakie andai tersalah bahasa menegur dan mengomen di sini.. :)
Salam aidifitri kakzakie maaf zahir batin...saya pun boleh jgk mengayam ketupat tpi raya ni x buat pun...beli lemang ja
ReplyDeleteamie pun tak pandai2 kak anyam ketupat...makan je pandai...hihi
ReplyDeleteselamat hari raya kak....
ReplyDeleteseronoknyer berkumpul di masa raya, berbuka puasa bersama2... mmg penuh meja makan ramai2... dana mmg tak reti anyam ketupat... arwah nenek ajar dh berpuluh2 kali tp thn dpn nyer lupe lg
Salam Aidilfitri kakZakie sekeluarga, mohon maaf zahir dan batin. Sy pun terlupa hari ni tak puasa, jalan lenggang kangkung.. cafe tutup, kantin tutup dah kelaparan.. agaga
ReplyDeleteRamadhan telah berlalu pergi Syawal sedang menyinggah meriah...semoga bertemu lagi Ramadhan akan datang dan semoga Syawal mendatang bertambah meriah...
ReplyDeletebab menganyam ketupat, GAGAL.. xpnah menjadi..
ReplyDeleteHehe..Kakzakie, ummi pun tak pandai menganyam ketupat, kat Terengganu menganyam ketupat macam ni bukan tradisi kami, memang bila tengok kawan2 menganyam teringin nak belajar.tapi ummi ni kerastangan, belajar pun asyik tak menjadi je.
ReplyDeleteSalam Aidil fitri..maaf zahir batin.
Salam.
ReplyDeleteTiap raya juga anak2 belajar buat ketupat. suami pulak rajin buat ketupat palas.
tradisi menganyam ketupat dah mula berkubur dalam keluarga akak.suami dan anak2 tak pandai menganyam ketupat..akibat dari ketupat plastik yg banyak di pasaran.di kampung pun sama juga..dah jarang jumpa ketupat..
ReplyDeleteSelamat hari raya akk...
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt...
ReplyDeleteSelamat hari raya kak zakie...
waaahhhh anyam ketupat... dah lama tak buat... dah lupa pun macam mana nak buat... hehehe...
Dalam keluarga saya cuma mak, arwah abang ipar dan anak saudara sulung je yang pandai menganyam ketupat. Yang lain semuanya failed bergaya. Betul tu kak, bukan kerana IQ tapi memang jenis tak reti-reti walaupun dah diajar berpuluh kali, termasuklah saya gak :)
ReplyDeleteDiana ketupat palas tak pandai nak buat..makan pn tak pena..kalau ketupat yg biasa tu.Bolehlah Diana buat sikit2..
ReplyDeleteTgh duk skodeng atas meja tu apa agaknya yg kanda masak hehe...
ReplyDeleteBetullah kanda...menganyam ni bukan mudah bagi org yang tak reti hehe....tipa tiap nak Raya jugak kena belajar. Nasib dinda dah terer lagi dulu hehe
sy smp sekarang masih fail bab anyam ketupat..
ReplyDeleteSelamat hari raya kak...sy bab anyam ketupat tuh fail..
ReplyDeleteAmboi pandai ngayam tupat.
ReplyDeleteTangan akak ea?
Anak-anak pandai juga ke?
salam k.zakie..
ReplyDeletecma tak tahu menganyam ketupat ni.. ketupat palas je reti..huhu..tapi hati membuak2 nk jugak blajar menganyam