Biasanya cuti sekolah dan majlis meraikan pengantin sangat sinonim. Sana-sini kad jemputan kahwin diterima. Majlis yang sempat kita kunjungi kita raikan bersama, mana yang tidak sempat kita doakan moga semuanya mendapat keberkatan.
|
Jiran setaman - Baru berusia 20 tahun. Jodoh pertemuan ketentuan Allah. Usia bukan sebagai penentu. Apa yang utama tahu apa itu berrumahtangga dan sudah mampu menggalas tanggungjawab. |
|
Ole-ole - Selain set nasi sebungkus dapat bunga telur ini. Di Johor ini bagaikan satu tradisi sejak dulu hingga kini setiap tetamu akan diberikan bunga telur selain goodie bag yang di dalamnya terisi berbagai barang seperti makanan ringan. |
|
Anak teman - Di Dewan Alumni UTM. Merupakan anak kepada teman ketika menunaikan haji pada tahun 2008 dulu. Ini anak keduanya. |
|
Pilihan - Nasi beryani, ayam masak merah, daging kurma, dalca dan pencuk merupakan makanan utama. Ada juga kuih-muih dan desert yang banyak. |
|
Teman - Terkenang sewaktu di tanah suci. Kemesraan masih terjalin mesra. |
Ibu-bapa pengantin kedua ini masih menyimpan alamat rumah kami. Ini merupakan anak kedua beliau. Anak pertama mereka juga kami pergi meraikan. Hubungan kami erat kerana sewaktu pergi menunaikan ibadah haji dulu kami satu flight, satu bilik ketika di Mekah, Madinah, Arafah, Mina dan balik lagi ke Mekah sehinggalah balik semula ke Malaysia. Bertambah lagi erat kami sama-sama dari JB. Waktu itu aku dan hubby merupakan pasangan termuda. Semuanya menganggap kami sebagai adik. Hubby pula dijadikan AJK oleh pihak Tabung Haji bagi memudahkan sesiapa yang ada masalah menjadikan hubby sebagai perantara. Aku pula bila berada di bilik bagaikan tukang urut apabila kakak-kakak tersebut sebaik balik dari masjid meminta tolong aku jadi tukang urut. Membantu mereka membaca Al-Quran. Seronok sebab kami makan pun bersama, sangat mesra. Maklumlah aku yang paling muda kenalah membantu mereka yang semuanya sudah berusia lebih 45 tahun. Indah kenangan ketika di sana dan tidak mungkin dapat aku lupakan. Kenangan indah ketika menunaikan ibdah Haji tidak sama dengan ibadah umrah.
~~ Status kehidupan sudah berubah; moga masing-masing dapat menjalankan tanggung-jawab sebagai suami dan isteri yang terbaik. ~~
sahabat sebilik di mekah, masih berhubung sangat dihargaikan, syukur kak zakie pergi ke mekah bukan umrah tapi ibadah haji pada umur masih muda. Alhamdulillah. comel pasangan pengantin:)
ReplyDeletekenduri kita dulu pun bersungguh rebus telur..
ReplyDeleterasa x lengkap kalau x bg tetamu telur.
perkenalan, persahabatan, pertemuannya adalah takdir Allah n kita mesti menjaga sebaiknya silaturahimm yg terjalen...cantik pengantinnya.
ReplyDeleteMak dan Ayah saya pun sama, still keep in touch dengan rakan-rakan sewaktu mengerjakan haji.ukhuwah terjalin di tanah suci Inshaallah berkekalaan :)
ReplyDeleteMakcik saya dua orang berangkat malam tadi. Tapi saya tak dapat balik, telefon je tanda ingatan.
ReplyDeleteseronok kan bila jalinan ukhwah dapat dikekalkan.
acik kalau pi kenduri di Johor dapat telur pindang paling suka kakzakie..selalunya masuk je kete..tak tunggu dah terus makan
ReplyDeletealhamdulillah selamat yer semuanya... hehehe terliur dgn nasi briayani 2... hehehe
ReplyDeleteSaya nampak kat sini dah makin berkurang saguhati bunga telur, yang ada beg diisi kuih ada juga makanan ringan dan macm trend baru ada buku yasin @ pun buku maathurat....
ReplyDeleteapa pun terimakasih pada tuan kenduri...
hehehehe...masih ingat mengingati anatra satu sama lain...itulah sahabat
ReplyDeletesaya suka kalau dapat telur pindang..tp jarang orang buat dah..
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...wah rupa2nya akak pi ke majlis perkahwinaan anak cik yaakob yer kat UTM...kalau tahu boleh jumpa...cik yaakob adalah jiran berdekatan dgn rumah mas di Pulai Perdana...
ReplyDeletewah..Alhamdulillah akak menunaikan haji diusia muda ya. Bestnya kak zakie!
ReplyDeleteKalau dulu kenduri masa cuti sekolah kan, sekarang belum cuti sekolah lagi dah banyak undangan
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat mempelai..
ReplyDeleteSemoga hubungan berkekalan :D
salams hari isnin kak zakie, saya dtg :):)
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat mereka.
ReplyDeleteSeronoknya jika dapat menjalin persahabatan sahabat begini.
ReplyDeletekeindahan bersahabt dunia akhirat ;)
ReplyDeletesyukur k.zakie..
ReplyDeletepentingnya memahami agama itu sendiri..
musim cuti memang musim orang kawin kak..kenyang perot kalo dok kampung..kadang takyah masak pon sebab dibekalkan lagi..hehehee..dok merantau ni takde la..
ReplyDeleteutuh persahabatan akak sekeluarga..
assalamualaikum kak.. :) sorri sangat2.. dah 3 entry nani post.. baru dapat berjalan sini.. :) terima kasih kerna berkunjung ke rumah.. :)
ReplyDeletenasi minyak, nasi beriyani.. nasi hujan panas.. nasi berbagai jenis lagi.. memang sinonim menjamu para tetamu untuk memeriahkan majlis kan.. memang seronok makan nasi kawah ni.. :) selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.. semoga berbahagia hingga ke jannah.. :) aminnn
assalamualaikum kak.. :) sorri sangat2.. dah 3 entry nani post.. baru dapat berjalan sini.. :) terima kasih kerna berkunjung ke rumah.. :)
ReplyDeletenasi minyak, nasi beriyani.. nasi hujan panas.. nasi berbagai jenis lagi.. memang sinonim menjamu para tetamu untuk memeriahkan majlis kan.. memang seronok makan nasi kawah ni.. :) selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.. semoga berbahagia hingga ke jannah.. :) aminnn
Pencuk???
ReplyDeleteMacam pernah dengar tapi aku tak kenal...
Musim cuti sekolah sinonim dengan musim kahwin kan kak....:D
ReplyDeleteDah sampai jodoh mereka, walaupun masih muda. Selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
moga persahabatan kakzakie dgn mereka terus brkekalan....
ReplyDeleteskg ni bukan saja bagi telur pindang tapi bnyk juga bagi telur masin ...
Anak saya semua suka telur pindang kak..Seronok kan bila hubungan dari mengerjakan haji kekal erat sampai sekarang kan..
ReplyDeletemusim cuti sekolah mmg ramai yang mengambil kesempatan utk mengadakan kenduri.... time ni la masa nak gantung kuali :)
ReplyDeletemoga ukhwah yg terjalin berpanjangan
Suka makan telur pindang.. Memang selalu dpt Di belah johor .. kenduri kahwin anak kakak pd sabtu tu pun jenuh merebus telur.. tapi telur rebus saja kakzakie..
ReplyDeleteSaya dulu pun masa pergi haji pun yg termuda.. masa tu umur 38 tahun, jadi saya lah tukang bawa makcik2 ke masjid Dan jln2 pergi beli barang.. ada juga pergi kenduri kahwin anak2 makcik kawan sebilik ni.. terasa ukhuwah semakin rapat kam kakzakie..
Sedapnya nasi kenduri.. Hahaha.. Kata kata orang dalam pantang..
ReplyDeleteSemoga hubungan yang terjalin bertambah erat.. Bestnya dah dpt ke mekah kan kak..
salam kakzakie;
ReplyDeletelama sungguh tk mkn telur pindang...yg cuma ada masa kenduri kawin org johor kan kak?
nasib baik smbl ngadap blog kakak smbl mkn..kalau x mesti terliur tgk beriyani...;)
ReplyDeletemusim org kawen..
ReplyDeletealhamdulillah buat semua pgantin y selamat mgikat ikatan halal..moga kekal hingga syurga..amin
Salam Kakak..
ReplyDeletekat taman umah zura pon berderet2 org kawen.. cuba memenuhi setiap undangan walaupon tak bape kenal sgt.. maklumlah, Zura ngan suami keje.. majlis2 camnih lah br dpt kenal jiran tetangga.. hehehe.
sonok baca citer kakak di tanah suci tuh.. untung lah kakak2 yang sebilik dengan kakak.. ade orang tolong urut.. hehehe
Yalah kak ya, kat Johor mestilah nak bagi bunga telur. Apa satu lagi nama telur tu yang tak semua orang boleh nak telan tapi saya suka sangat :)
ReplyDeleteUntung akak, persahabatan yang dijalin dijaga rapi. Tentu akak dan suami ni bagus orangnya sampai tak lupa langsung mereka pada akak berdua walaupun 2008 tu dah lama berlalu. Sekarang of course mereka jauh lagi berusiakan ...
lame sangat tak singgah sini.. kak.. bergenang air mate bace akak pergi haji.. macam terbayang2 akak kat bilik mengurut teman sebilik.. subhanallah.. moga ade peluang saye nak ke sana..
ReplyDeleteWindu lama xjenguk ke teratak maya kak zakie 😊😊😊
ReplyDeleteselamat pengantin baru buat mereka..
ReplyDeleteWalaupun zaman bertambah moden.....rasanya pemberian bunga telur kepada tetamu di majlis perkahwinan sangat lah menjadi kemestian...
ReplyDeletePersahabatan yang baik adalah yang berpanjangan...
Betul tu kak. Mak ayah saya pun masih berhubungan rapat dengan rakan2 haji mereka. Akrabnya kadang2 lebih dari kawan sekolah sendiri. Saya masih belum terima jemputan perkahwinan lagi tahun ni. Saya sebenarnya suka pergi....macam2 situasi yang dapat kita lihat.
ReplyDeleteKakZ ..
ReplyDeleteapa khabar ..
Sch@ datang ziarah kawan lama disini ... hihihi
Salam kenalan Kak Z ...
*nak jadi kawan kak Z jugak ...
Harum wangi je nampak nasi beriyani dengan segala lauk pauk & pencuknya tu... mmmm, memang hujung minggu selalu gantung periuk, pi majlis kawen he hehehe
ReplyDeletemari kita kekalkan tradisi Johor itu!!
ReplyDeletejohor sinonim dgn telur pindang dan berkat ... tapi sbb kosyg meningkat , dah x ramai yg beri berkat .
ReplyDeleteJohor memang terkenal dengan telor pindang tapi sekarang ada juga negeri lain yang buat.
ReplyDeleteKak zai pun masih berhubung dengan kawan2 yang sama pergi umrah.
Alhamdulillah , moga hubungan berkekalan selamanya
ReplyDeletesana sini kenduri kawen.sedapnya tgok nasi kenduri tu..:)
ReplyDeleteseronoknya klu ikatan masih tetap utuh walaupun hanya berkenalan sewaktu menunaikan haji..
tahniah pada pengantin tu ye..saya pun dapat beberapa undangan...Alhamdulillah..pergi jugak, walaupun jauh
ReplyDeletetgh musim kenduri ni. bln 10 nnti abg sy kawin.
ReplyDeleteTahniah buat pasangan pengantin Kakak. Meriah dan sama padan pasangannya.
ReplyDeleteCuti sekolah ni memang hujung minggu gantung kuali...krn memenuhi jemputan kenduri kahwin tapi xbest sebab jalan raya agak sesak le...
ReplyDeleteUNIKNYA PERKENALAN.. SAMPAI HUBUNGAN DAH LAMA MASIH UTUH ...
ReplyDeleteTAHNIAH BUAT PENGANTIN... MUDA TUA BKN UKURAN USIA .. YG PENTING TANGGUNGJAWAB SOKONG SANGAT²....
Cuti sekolah mmg musim orang kawin la kan.. =D
ReplyDeleteSeronok kak kalau dapat pegi kenduri kawin. Dapat makan sedap sedap.
ReplyDeleteSelalu sangat dengar kawan haji jadi kawan selepas balik tanahairkan kanda.... Yelah bila dah lama bersama sama kat sana...hubungan tu jadi rapatkan kanda...
ReplyDeleteKanda....dinda paling tak suka mengurut huhu
Best kan sis...anak2 zaman sekarang kahwin umur muda...rezeki kan
ReplyDeleteKalau cuti sekolah banyaklah jemputan kenduri.., anak munna suka Sgt kalau GI kenduri lagi2 kalau dpt goodies bag ....
ReplyDeletealhamdulillah rezeki kak zakie dpt pegi haji d usia muda
ReplyDelete