Wednesday, September 17, 2014

Tayar untuk kereta dan roda kehidupan kita

Lama - Alat digunakan untuk mengeluarkan tayar lama kelihatan mudah. Dalam kehidupan pun sama juga andai 'perkakas/alat' yang lengkap sudah sedia mudahlah untuk pergi meninggalkan dunia yg sementara ini
Baru - Tukar tayar baru moga mudah diperjalanan yang dituju. Kehidupan manusia juga sama andai bekalan lengkap sentiasa dalam apa juga 'perjalanan' tidak kira di dunia dan di 'sana' insya-Allah mudah jadinya.
Ilmu - Bukan mudah menimba ilmu andai tidak ada kecekalan dan kemahuan. Skill pula bukan boleh diperolehi dalam sehari-dua. Begitulah  juga dalam kehidupan di dunia ini,  'menimba ilmu' tidak ada garis penamatnya
Teknologi - Balancing agar tayar dipasang di kereta berjalan lurus. Kehidupan manusia juga sama kenalah di seimbangkan antara dunia dan akhirat, mencari jalan yang 'lurus' agar sentiasa di dalam kerehaanNya.
~~ Bekerjalah seolah-olah untuk hidup selamanya dan beramallah seolah-olah akan mati pada hari esoknya.~~

 

51 comments:

  1. Wahh penuh makna tersirat di sebalik kisah 'Tayar', ye kak :D

    ReplyDelete
  2. hidup pun ibarat roda juga kan Kak Zakie.. :))

    ReplyDelete
  3. Entri ini jelas membuktikan betapa akak seorang penulis yg berbakat dan bukan sebuah entri biasa tetapi luar biasa!
    Sungguh mendalam maksud tersirat yg disampaikan hanya melalui kerja menukar tayar kereta.

    ReplyDelete
  4. Tersirat dan tersurat dalam kehidupan ye kakzakie.. sentiasa lah bersedia utk hidup "disana" yg kekal abadi..

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak buat balancing kereta..

    Insya Allah kita cuba untuk pastikan hala tuju hidup kita ni lurus ke jalan yang Allah hendaki.. semoga sentiasa ada ingatan yang menyuburkan hati2 kita ke arah kebenaran..

    Tetiba teringat yang Naim dah beberapa minggu meminta kereta papa ditukar sport rim bintang.. haha.. anak kecil ni kan..

    ReplyDelete
  6. Salam Kak..
    memang kena dengan kehidupan kita.. tayar yg berputar dgn kehidupan.. semuanya punya maksud tersirat...:)

    ReplyDelete
  7. Motivasi yang hebat dari kedai tayar, jauh pandangan dan mendalam maksudnya...

    tq kak zakie, beri saya satu kesedaran..sllu tunggu kat kedai tayar tak terfikir apa2...

    ReplyDelete
  8. salam kakzakie;
    peringatan yg ditulis sgt kreatif dan ada unsur puitis...sangat berkesan, saya percaya entri ni ditulis dgn penuh kesedaran...
    tima kasih kakzakie

    ReplyDelete
  9. Jika manusia berfikir dengan setiap kejadian...

    ReplyDelete
  10. sama lah kita kak, baru juga tukar tayar minggu lepas.. :)

    ReplyDelete
  11. BARU TUKAR TAYAR DAN BUAT BALANCING HARI TU .... PFTTT RAJINNYA AKAK AMIK GAMBAR .. SETIAP GAMBAR PUNYA CERITA YG TERSIRAT ...

    ReplyDelete
  12. bukan hanya roda biasa.. :)
    psstt: nak tukar tayar kita gak ni.. :P

    ReplyDelete
  13. Singgah pagi...
    Sungguh mendalam...
    Ape2 pun TAYAR sekadar tayar...:)

    ReplyDelete
  14. Dalam renungan akak masa menukar tayar yer kak... Penuh pengisian. Kalau tukar tayar biasanya ambil masa agak lama juga.

    ReplyDelete
  15. ...tapi ramai orang suka roda impian....

    ReplyDelete
  16. Salam Singgah !.. setuju sgt dgn aunty

    ReplyDelete
  17. satira bahasa menyirat maksud mendalam mengenai roda2 kehidupan...

    ReplyDelete
  18. seperti kehidupan kita kan sekejap dibawah sekejap diatas seperti roda

    ReplyDelete
  19. Tiap detik yang berlalu memberi isyarat bahawa hidup kita kian singkat...

    ReplyDelete
  20. Betul akak,terima kasih atas nasihat yang berguna...

    ReplyDelete
  21. Tersurat dan tersirat penuh makna dengan penceritaan berkenaan tayar.

    ReplyDelete
  22. Tersurat tersirat dua kisah dlm satu cerita yg membawa maksud yg sama..Yakni menceritakan sesautu benda utk dihubungkaitkan dengan satu cerita yg sama arah tujunya...Tkasih kak...N3 disini sentiasa mengingatkan kehidupan sementara dan yg abadi...

    ReplyDelete
  23. betul tu..tayar yang pancit perlu diisi angin, tayar yang rosak perlu diganti baru..

    ReplyDelete
  24. Salam kakak..
    Kisah tayar juga boleh menjadik renungan dalam hidup kita kan kakak. Moga hidup kita akan menjadik lebih baik.

    ReplyDelete
  25. Betul tue...setuju dengan pendapat akak..=D

    ReplyDelete
  26. tayar oh tayar kalau sekali kena ganti banyak gak duit yang keluarkan..

    ReplyDelete
  27. Salam hari rabu kak. Tak de idea nak komen apa kat sini. Ziarah akk je la.

    ReplyDelete
  28. hidup ibarat tayar.. lama lama haus gak

    byk cerita tayar akak ni .. leh amik iktibar ek

    ReplyDelete
  29. salam kak,,
    baca entry ni teringat pulak plan nak menukar tayar..tunggu saving cukup dulu..hihih biasalah rakyat marhaen, nak tukar taya kna menabung :)

    ReplyDelete
  30. Setuju sangat, kak. Hidup kita ni umpama roda yang berputar. Perumpamaan antara tukar tayar dengan pakej lengkap kita di sana tu memang sempurna je di mata saya :)

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum kakzakie...betul tu hidup kita ini ibarat roda asyik berputar saja...sekejap ke bawah sekejap ke atas...:)

    ReplyDelete
  32. Kerja tukar tayar ni selalunya org laki byk amik tahu... kalau org perempuan tahu pandu kereta je, hahaha.. tapi kisah di sebalik tayar, boleh ditukar kisahnya dalam kehidupan manusia di dunia dan di akhirat... moga bekalan kita cukup di 'sana' nanti...

    ReplyDelete
  33. Kanda..... boleh pulak cik abe pakai baju sedondon dengan kedai tayar....jadi lawo pulak gambo ni kanda....

    Hidup umpama roda ada kalanya di atas dan ada kalanya di bawah.....
    eh?....ada kaitan jugakkan....pasal roda hehe

    ReplyDelete
  34. begitulah hidup manusia..diibarat sebagai roda...terima kasih buat kakzakie yg tak jemu2 mengingatkan tentang hidup dan kehidupan disana..:)

    ReplyDelete
  35. Maksud yg mendalam dan penuh makna. Mekasih atas peringatan kak.

    ReplyDelete
  36. Hidup mmg mcm roda kadangkala di atas kadangkala di bawah..

    Muhasabah diri betul baca coretan akak...

    ReplyDelete
  37. penuh makna ye kzakie..alhamdulillah dikurniakan Allah matahati yang terang utk menyuluh ilmu tersirat.

    ReplyDelete
  38. Merenung sekeliling kita dan membandingkan dgn kehidupan..

    ReplyDelete
  39. Saya setuju dengan kakzakie ;) ... Kita hanya peminjam

    ReplyDelete
  40. haah kak hidup ni bagaikan roda
    kadang di atas
    kadang di bawah

    ReplyDelete
  41. ye kak....hidup ini mmg roda...ada masa kita di atas...ada masa merudum.ke bawah...hanya padaNya kita mengadu...insyaallah

    ReplyDelete
  42. Pandai kakZakie berkias.. memang tepat apa yg kakZakie kata..

    ReplyDelete
  43. salam kz ..
    satu pemerhatian yg amat tajam ..
    setiap sesuatu keadaan memang ada yg tersirat utk orang yg mahu berfikir ..

    ReplyDelete
  44. tiap kali nak tukar tayar baru, saya mesti pening sbb harga semakin tinggi..... hehehe hidup itu putaran kan?

    ReplyDelete
  45. Ya Allah...bila akak aplikasi kan kehidupan tayar dengan manusia...ibarat hidup ini kita kena senantiasa selalu berwaspada...kena balancing diri...kena tgk diri sendiri sebelum tgk orang lain...bagus kak...akak ni banyak bg panduan hidup

    ReplyDelete
  46. Nasihat yang berguna.. hidup ibarat roda.. kena kuat dan berjaga-jaga sentiasa agar ianya dapat bertahan lama.

    ReplyDelete
  47. nampaknya ia perlu sentiasa d servis sbg kenderaan kita d sana kan kak :-)

    ReplyDelete