Hari akhir cuti sekolah bagi negeri Johor kami penuhi kehendak anak-anak untuk ke Zoo Negeri. Biarpun dekat saja tetapi untuk singgah sekali dalam setahun pun susah bila tidak diperuntukkan masa.
Anak-anak & papa - Harga tiket masih tidak berubah RM 2/- untuk dewasa dan RM1/- untuk kanak-kanak. Disebabkan cuti sekolah untuk mendapatkan parking kereta pun teramatlah payah. Apa yang menarik unta bonggol satu yang pastinya boleh dijadikan korban. Hubby sekarang sibuk mencari lembu/kambing sempena Hari Raya Korban yg kian hampir. Unta bonggol satu memang sesuai untuk korban bukan bonggol dua yang khusus untuk tunggangan. |
Kelihatan bebas tapi terkurung - Begitulah haiwan di zoo. Semuanya menjadi tatapan pengunjung. Baik yang berkaki dua sehingga yang berkaki empat semuanya menarik perhatian. Dijaga rapi, diberi makan, disediakan tempat bersih tetapi pergerakan sentiasa diawasi. Pengunjung pula gembira melihat keletah dan keunikan kejadian Allah ini. Apa yang dirasakan haiwan ini sebenarnya kita pun tidak tahu. |
Niat hati selepas keluar dari sini kami mahu ke Muzium pula tetapi cuaca yang panas membuat kami tidak selesa. Selepas singgah makan tengahari kami pulang ke rumah. Semalam anak-anak sudah memulakan hari pertama persekolahan selepas seminggu bercuti. Balik dari sekolah semalam adik melaporkan keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan. Kena ketuk ketampi sebab salah lebih dari 5. Untuk kelas adik jika salah matematik lebih dari 5 kena ketuk ketampi. Kami ibu-bapa sudah maklum sebab tujuan cikgu bukan tidak baik tetapi sebagai mengajar anak-anak lebih tekun dan berhati-hati ketika menjawab soalan.
~~ Hari ini pula ada berita kurang menyenangkan hati bila dikatakan berkemungkinan kedua-dua kertas mathematics UPSR 2014 juga bocor. Doakan moga ianya tidak benar - kasihan anak-anak.~~
tak tahu pulak kat johor ada zoo.. macam best jer ~~~~~~
ReplyDeleteSeronok jalan-jalan bawa anak-anak time cuti sekolah. Betul tu Kakak. Kasihan kat pelajar yang tak terlibat dalam soalan bocor. Jika kena exam lagi sekali. Hari tu dah 'perah' dah ilmu nak jawap exam tu. Harap-harap lepas ni tak jadi dah. Pengajaran untuk mereka yang nak bocorkan soalan lain kali..
ReplyDeletedengar jugak tadi..kesian kat anak2..letih dorang study dah exam tetiba soalan bocor pulak..
ReplyDeletebiasanya kak yang dekat la susah nak menyinggah..selalu dok tangguh2 last2 tak pegi..tiket murah..hahahaaa syok..
kat sini dua hari berturut hujan kak..dari pagi ke malam..sejukkk..
betul lah kakzakie, tak tahu plk kat johor ada zoo...kat belah utara ni ada taman ular ja kat perlis...tu pun kami tak berani nak masuk...tak takut tp kurang berani la...
ReplyDeleteHaha.. teringat pula kenangan bawa budak2 kelas sivik mencuci zoo johor ni satu ketika dulu. Seronok semua budak yang terlibat, pengalaman macam tu bukan mudah nak dapat. Dekat sangat dengan binatang dan lain daripada pengalaman sekadar melawat..
ReplyDeleteKami para guru cukup stress dengan isu kebocoran soalan ni. Ada kesan lain sekali. Ai.
bestnya cuti sekolah jalan2 zoo kakzakie kan, tengok binatang release tention kan
ReplyDeletekak nanti datang la zoo melaka pulak
ReplyDeletebest tau !
Murahnya tiket masuk zoo tu. Kat kk ni RM10 utk dewasa, RM5 utk kanak2.
ReplyDeleteItulah kak semlm dengar berita math upsr bocor pulak....tensen budak2 sbb nak ulang balik huhu
betullah kak walau pun dekat2 jer semua,tapi kaki tak jejak2 juga...habis dh cuti sekolah..sunyi sikit rumah..baju nak basuh pun sikit jer...
ReplyDeletebanyaknya binatang2 kat dalam tu ye..bayang klu manusia binatang zookan...pulak..
dah lama tak masuk zoo johor....dulu anak2 kecil selalu ke sana..skg ni Iman je yg tinggal payah benar nak ke zoo...dh tua ni x larat nk turun naik dah hihiii....
ReplyDeleteAssalamualaikum kak..
ReplyDeleteoo zoo johor best tak kak? ..
lama tak jenguk sini..
hrap akak dan keluarga sentiasa sihat sejahtera. =)
Assalam Kak Zakie,
ReplyDeletesesekali layan anak2 ke Zoo seronok yer.. Saya ni lama dah tak pergi Zoo Negara sebab Khairine & Danish dah umur 9 & 10 tahun mcm dah tak berminat je nak ke Zoo.. hehhehe
bila ke zoo saya selalu cakap kat naak2..."binatang tgk kita ke kita yg tgk binatang.."
ReplyDeletedah lama sy tak ke Zoo Johor.. teringin nak pergi tapi susah nak letak kereta sekarang.. dalam hati syukur sbb zoo Johor dah mula mendapat tempat di hati pengunjung sekarang.. betul tak?
ReplyDeletewah!ramai nyer g zoo cuti sekolah yg lepas...nieyl pun dah lame x jejakkan kaki kat zoo kak...
ReplyDeleteeh menarik gak zoo johor kak yeak...nanti2 kalo lik johor cuti lame sikit boleh laa pergi...ni asek2 pi zoo negeri org ajek heheeheheh....zoo negeri sendiri tak pergi2 lagi .....
ReplyDeletetu la kak...arini tgk dlm news due paper plak bocor...adoiiiii....tak telus betul laa pengurusan yg berkaitan...
Kalau masuk zoo, saya terfikir kalau terlepas siharimau dan singa, apa kan jadi ,,, tentu binatang lain jadi mangsa kan? termasuk pelawat.....last sekali ke zoo taiping...
ReplyDeleteFikiran tak maju kan kak zakie....
cantik jugak zoo johor..
ReplyDeletexpernah tahu n tgk lg..sbb biasa tgk org upload zoo taiping, melaka n KL tu
Seingat saya 2 Zoo jer pernah saya pergi seusia 46 thn ni kak..Zoo Negara itupun Masa Yana Tadika lepas tu Zoo Melaka 3 ker 4 thn lepas...
ReplyDeletekasihan guru-guru dan murid-murid kena buat kerja berganda.
ReplyDeletelembu korban pun naik harganya Zakie.kat sini RM520 sebahagian..
murah bayaran masuk ke zoo johor yer...kat zoo negara rasanya lbh dari 5rm..tambah ada panda china dua ekor tu...
ReplyDeletekanda...murahnya tiket masuk tu...kat KL mahal rasanya. Dinda lama dah tak pergi Zoo, teringin jugak sebenarnya tapi bila mengenangkan tiket yg mahal tunggu cik abe dapat bonuslah hehe...
ReplyDeleteSelama 5 tahun tinggal kat JB tak pernah sekali pun masuk Zoo ni, masa tu orang kata tak best sebab xbanyak binatang. Tapi tengok gambar akak macam best jer, rugi pula tak masuk.
ReplyDeletememang kesian ngan anak2 upsr kan kakzakie..kenapa la ada yang sanggup aniaya budak2 kecik tu..kesian..baru 12 tahun dah dapat pengalaman yang tak menyenangkan macam ni
ReplyDeleteSaya runsing juga tentang kertas Matematik tu kakak. Sampainya hati mereka ni semua. Kasihannya anak saya dan kawan2nya.
ReplyDeleteSalam Kakak~
ReplyDeleteZura pon teringin nak bawa anak2 pergi zoo. tapi x dapat2 lagi nak bawa anak2. kekangan masa yang sukar nak di bahagi2kan. cuti sekolah haitu pon x kemana jugak. kesian jugak dengan dorang.
Zura dengan berita semalam. kes soalan matematik turut bocor.
kesian lah kat anak2 kan~
Kak, biar benar ni! Kat Johor ada zoo? Kenapa saya tak tahu? Oh, lupa... saya dah lama jadi si Tanggang :)
ReplyDeleteTapikan kalau tak silap masa kecil dulu pun tak pernah pun pergi zoo kat Johor tau.
Murahnya alahai tiket. Kalau cam ni sebulan sekali saya bawa anak pergi zoo kat Johorlah!
Murah lagi bayaran masuk ke Zoo Johor tu ye Kakzakie.. Disini dah berpuluh ringgit utk masuk ke Zoo tu..
ReplyDeleteHarap-harap tak perluah diulang semula kertas metamatik tu Kakzakie kesian kat budak-budak tu.. Kata kertas Bahasa Tamil juga bocor.. tergelak Nabilah semalam dengan di berita :)
Tiket zoo di Johor jauh lebih murah jika dibandingkan dengan zoo KL. Tapi sekarang ada kelainan sikit dengan adanya panda.
ReplyDeleteTiket nya murah akak...sama kat sini pun ada zoo..tp tak berkesempatan lg nk singgah melawat ...zoo negeri lain rajin plk kami singgah hihihi
ReplyDeleteKesian adik2 UPSR..tangguh2 mcm ni buat lg rasa berdebar
Tingat dulu gie zoo tepen tetibe je pekerja die mcm kecoh2 kate ade beruang terlps..adehhh..dh la time tuh falsya gie time mlm..nebessss je sepjg dlm zoo tuh..
ReplyDelete*sekali bile cite ngan kawan, ade la 2-3 org pun duk kate bende sama..hurmmm..nmpk sgt saje wat gimik*
wee~
ReplyDeletedh lama x ke zoo..
and yup.
dgr citer math pun bocor.
aduhh menyusahkanlah org2 yg membocorkan ni.. dia x tahu ke ramai yg terkesan dgn tindakan dia tu..
hmmm
serious taktahu johor ada zoo.. datangla zoo taiping pulak kak. hehe... entry saya pun citer pasal zoo sana tu :P
ReplyDeleteAduhai kzakie, susahnya guna tepon ni, gigih saya menaip nk komen juga kat sini.
ReplyDeleteTapi betullah, murah sesangat tiketnya banding dgn zoo negara, kitorang pegi satu family lima tahun sudah dah rm75, sekarang tak taula berapa harga tiketnya
brapa entah agaknye zoo negara skang ni yek.
ReplyDeleteSeronok jalan2 ye kak.. Seriously haza pernah pi zoo luar dari selangor, hanye zoo taiping & zoo melaka. Lain2 negeri xpernah za singgaj. Harus pi lepas ni...
ReplyDeletedah lama sungguh tak pergi zoo..murah tiket zoo Johor..sekrg ni Zoo Negara popular dgn dua ekor panda..
ReplyDeleteDah lama tak gi zoo dan yang sewaktu dengannya KZ..Tapi masa gi Bali baru ni best jugak gi ladang turtle. sempat singgah tengok burung sekali..comel aje..
ReplyDeleteWah.. Kak Zakie, sonok lak pegi Zoo ari tu bwk twin gi petting Zoo, ni kalo bwk twin tgk binatang2 ni mesti lagi sronok ni, twin skrg mmg sdang mengenal haiwan2.. dah selalu bertanya melalui buku2 haiwan yg ade..
ReplyDeletemacam best jer akak kalah Zoo Melaka apa...seronok baeak anak2 gi zoo kan
ReplyDeleteBestnya pegi zoo ni kak.. belum pernah bawa pa'e ke zoo padahal dia suka sgt dgn haiwan2.. huhu..
ReplyDeletetiket pun murah nak masuk berbanding pergi tempat2 lain kan..:)
pernah pergi sekali je..tp rasanya nak kena bawak anak dara tu jugak tu
ReplyDeleteOwwh baru tau Johor pun ada zoo ekk.. cam best jerk.. :
ReplyDeletezoo johor agak besar la..cuma bila cuti sekolah memang susah nak cari parking.
ReplyDeletekat johor ade zoo?baru tau..hihihih..
ReplyDeleteLetih dgr soalan bocor ni kak. Bak kata akk mudah mudah x benar. Baik re sit je utk sume paper kalau dah macam tu. Sian anak anak tau
ReplyDeleteyayyy we were there!!! hehehee tu la terkejut saya masa ke situ harga tiket murah sangat, errrr sebab barangna lain kan mahal kat malaysia, tetiba tiket zoo murah harus la excited hehehe. tapi masa tu gajah takder, oergi kursus katanya.
ReplyDeleteKdg2 yg dekat tu la kita tak sampai2.
ReplyDeleteSaya pun blm sampai lg zoo JB ni. :)
suka anak2 kak zakie dpt melawat zoo... saya zoo paling dekat ialah zoo taiping kak... tahun lepas ada pergi bawa anak2..
ReplyDeleteharimau kat zoo johor kurus! hahaha
ReplyDeletekesian tgk tahap haiwan2 kat situ..beza sgt dgn zoo luar negara yg saya tgk
Murah nya harga tiket kak ☺
ReplyDeleteKesian kat bebudak UPSR. Stress dorang dibuatnya.
Assalam kak...lama tak singgah sini...cuti sekolah kan...hehe...
ReplyDeleteMurah sngt tiket tu...zoo melaka yg x besar mna tu pun belas gak rasanya dah skrng harga tiketnya...
assalamualaikum kakzakie...betul tu kak kalau panas2 pergi mmg kurang selesa jadinya...
ReplyDeletebetul tu kak kesian budak2 yg ambil UPSR terpaksa ulang balik buat peperiksaan...
Eh murahnya tiket.. haritu pernah juga pernah tapi tak igt berapa harga tiketnya.. tak silap kt dalam zoo ni yg ada kura2 diorg warnakan dengan cat eh?
ReplyDeleteseronok prg zoo...tgk haiwan rasa tenang jerk kak :):)
ReplyDeletekalau nama budak, kakzakie. tiap2 minggu p zoo, tak jemu...
ReplyDeleteTak pernah sampai Zoo Johor.. Mesti pergi nanti ni..
ReplyDeletekak zakie, lama tul Jm x singgah sini, still ingst pd Jm x :-)
ReplyDeletemurah betul tiket masuk zoo tu kak, Jm nk bwk adik masuk zoo negara bila tgk harga tiket rm30++ terus batal niat itu utk sorsng klau 2,3 org rabak pojet :-)
dah memang konpem bocor dan semua kena ulang balik kan?
ReplyDeleteAssalam kakzakie
ReplyDeleteSemoga sihat sejahtera.
Zoo memang menyeronokkan, apa lagi bagi kanak-kanak. Benar kakzakie, yang dekat lazim juga kita jarang dekati; yg jauh ada masanya lebih kerap kita ziarahi.
Selalu ke JB tapi tak pernah masuk Zoo kat situ dekat ngan Majlis agama Johor. Kalau ada masa nak pergi sana boleh tenangkan fikiran harga pun murah
ReplyDeleteMurahnya tikket masuk..dkt zoo taiping dh berbelas rgt... saya x smpai lgi kat johor ni
ReplyDeletemurahnya harga tiket zoo johor....zoo melaka agak mahal jugak kak..
ReplyDeleteharini dh confirm kena repeat paper upsr math...kesian kan kak
sesekali jenjalan ke zoo best jugak..eh murahnya la tiket masuk tue akak..ingat mahal.. hehehe
ReplyDeletealaaa cian kat depa kena denda.. tapi tak pe la jadikan pengajaran supaya tidak mengulangi kesilapan yg sama lagi lepas nie..
Baru tahu juga kat johor ada zoo.. Boleh juga bawa anak-anak klu smpai sana ..
ReplyDeletePernah sampai zoo negara, zoo melaka,zoo taiping .. Boleh masuk dlm list vacation ni hihihi..
Kaann sian juga dgn anak-anak upsr .. Jadi mangsa org tak amanah
saya pun suka pergi zoo..seronok...:)
ReplyDeletep/s : saya belum bersalin lagi kak..insyaallah, 21 nov nanti..:)
pernah pergi zoo negara dan zoo melaka je..kalau ke Johor bolehlah menyinggah
ReplyDelete