Friday, September 19, 2014

Jenama Fine Yiyun Bone China

Ini adalah WhatsApp dari anak buah yang tinggal di Qatar buat renungan seluruh keluarga demi menjaga syari'at bersama. Semakin teknologi melangkah maju ke depan semakin banyak ujian buat umat Islam.

War-warkan -  Walau cantik, antik dan mahal bagaimanapun bila keluar penjelasan begini sebaiknya jauhilah. Sedikit sebanyak pasti rasa syak, dzan dan waham akan menerjah minda sebaik membaca ini. Samada ianya betul atau tidak bila sudah ada rasa syak, dzan dan waham di minda ianya menjadi haram untuk kita gunakan.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa sebuah hadis Rasulullah SAW ada menjelaskan "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas),dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara syubhah (tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya."

~~ Jika sudah tahu kena tinggalkan segera dan war-warkan kepada sesama saudara kita. ~~


59 comments:

  1. terima kasih berkongsi info kakzakie...jika ada sebarang syak waham dihati statusnya elok ditolak samasekali..

    ReplyDelete
  2. Kena hati2 kan kak. Byk barang2 skg ni diperbuat dpd binatang haram tu.
    Nasib baik kami dirumah cuma gunakan gelas dan mug kaca.

    ReplyDelete
  3. warna dia biasa kuning2 gitu kot..
    nk kena periksa jugak..
    mcm gelas2 percuma tu bnyk.

    ReplyDelete
  4. Astargfirullahhalazimm.. bermacam agenda mereka ini.. sebagai muslim kena berhati-hati barangan dari China ni.. Terima kasih kakzakie, berkongsi info..

    ReplyDelete
  5. AllahhuAkbar!

    bila kita ambil mudah semua perkara, tidak mustahil makanan halal yang kita makan, jadi haram kerana beralaskan bekas dari sumber yang haram...

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak zakie, kena ambik tahu ni, inshaAllah.

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak ats info psl mug ni... takut bila tau pasal ni... kan kat rumah kita byk yg guna mug... risau jugak terkena mug dari tulang babi...nauzubillah...

    ReplyDelete
  8. terima kasih kakak atas info ini

    ReplyDelete
  9. tu la kan...teringat masa nak beli set cawan utk hi tea..mmg dah berkenan sgt..tapi nasib baik la pekerja islam tuh bgtaw bahawa set tu jgn beli sbb haram untuk org islam.. jadi, perkongsian mcm nie sgt2 bagus...untuk kite sampaikan maklumat untuk kita terus jauhi yg haram...:) thanks kak..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kakzakie...terima kasih dgn perkongsian info ini...:)

    ReplyDelete
  11. Salam Jumaat Kak..
    balik rumah ni kena check betul2 segala pinggan mangkuk..adui! seram sejuk bila fikir kita ni makan dr bahan haiwan tu..Nauzubillah!

    ReplyDelete
  12. Salam Jumaat Kak Zakie..
    Terima kasih sebab share.. sekurang2nya siapa yg tidak tahu boleh alert dengan hal ni..

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kak kerana berkongsi info. Setakat ni memang takda gunalah. Kalau macam ni patternnya, memang saya tak berapa minat. Insya Allah, akan datang akan lebih berhati-hati lagi. Sekarang dah banyak sangat produk made in China!

    ReplyDelete
  14. allahuakbar... iye ke...

    kena betul-betul prihatin bab ni..

    ReplyDelete
  15. ada je dioran nie kan..kena check nie

    ReplyDelete
  16. pinggan mangkok jenis ini memang bnyak dipasaran dan cantik2 semuanya.kena berhati2 bila membeli. pernah berbalah pasal pinggan mangkok ni..tapi ada juga yang mempertahankannya..walaupun beliau selalu bercakap pasal agama.kerana minat hal pinggan mangkok yg mahal dan memilikinya..jadilah 'halal' baginya..

    ReplyDelete
  17. saya dah check segala pinggan mangkuk di rumah..takde jenama ni dan seangkatannya..yg takde cop tu camne pula ye?

    ReplyDelete
  18. terimakasih share...Insya Allah akan sya war2 kan pada kwn2 dan saudara mara

    ReplyDelete
  19. rasanya lebih baik jgn beli pinggan mangkuk yg diperbuat dari tulang ni kan.. walaupun bukan tulang babi pun... lebih suka gelas or clay jerr

    ReplyDelete
  20. sekarang ni kalau nak beli jangan tengok cantik je..seram pulak kalau terbeli jenis tu..haiyaa..

    ReplyDelete
  21. Terima kasih kak zakie kerana beritahu. Kena cek semua pinggan mangkuk dan cawan porcelin, bila dah tau kenalah bertindak!

    ReplyDelete
  22. Besar sungguh cabaran umat islam kan kak.. Sampai dah jadi debu pun ada kegunaannya babi tu..

    ReplyDelete
  23. Tkasih kak bagi info ni....bila balik rumah nnt nak check jugak lah Mug2 yg ada dirumah tu...

    ReplyDelete
  24. Sebenarnya benda ni dah lama saya baca tapi mungkin jarang di perbesarkan oleh sebab2 tertentu perniagaan.Persatuan2 & pertubuhan2 tertentu yang terlibat khusus dalam perkara halal haram ini patut beri garis panduan yang jelas pada masyarakat Islam di Malaysia. Ada sesetengah portal kerajaan/bebas pula macam segan saja nak updated blok depa...benda2 macam ni patut disebarkan dari awal.

    ReplyDelete
  25. ya allah, memacam cara dorang gunakan..
    risau jugak..balik ni nak check sumer barang pinggan mangkuk gelas..harap takde la..

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum kak..:)

    Aduhai..macam2..
    Alhamdulillah..In Sha Allah..tiada koleksinya..
    Tq utk info

    ReplyDelete
  27. Mekasih atas perkongsian kak. Nak kena check balik nih.

    ReplyDelete
  28. takut dpt free2 tu yg ada...kena check ni..tq kak

    ReplyDelete
  29. Ada juga terbaca satu pandangan lain...katanya tulang lembu / babi tu dibakar sampai jadi abu...kemudian barulah dicampurkan dgn tanah liat sbg agent pemutih dan penguat porcelin...
    Menurut pandangan itu, tulang yg dah dibakar sehingga jadi abu tu dah menyebabkan tulang tu kembali kepada asalnya..debu...yg tak boleh dibezakan bentuk dan sifat. Oleh itu, terangkat hukum sblmnya dan jadi hukum yg baharu. Ada diberikan kaedah dan nas rujukannya tapi aku tak pasti kesahihannya.
    Aku rasa ia seperti seekor babi yang mati di atas tanah, mereput dan hancur segala daging dan tulangnya dah sebati hancur menjadi tanah.. Persoalannya, sampai berapa tahun kawasan tanah tu masih dianggap najis? Adakah 10 thn? 100 thn? 1000 thn? Atau masih najis sampai kiamat?
    Persoalan teras yg diutarakan ialah jika najis itu sudah berubah properties drpd tulang babi kepadahanya sebatian kimia calcium dan silica dan carbon, yg mana ciri2 itu adalah asas kepada benda2 hidup termasuklah manusia, apakah hukumnya telah berubah?

    ReplyDelete
  30. Kalau ikut kakaklah Nizam, seandainya sohih tulang itu memang tulang ba alif ba ya yang sengaja diproses untuk dijadikan peralatan walau sudah bertukar bentuk baiklah kita jauhi.

    Berbeza dgn ba alif ba ya yg mati terbiar di atas tanah usah kata setahun tapi kalau sudah tidak kelihatan bentuk, bau dan warna dek kerana tanah yg biasa kita jadikan alat utk samak ianya sudah amat jauh berbeza.

    Wallahualam... kena jadikan forum ni bagus kan...

    ReplyDelete
  31. Salam kak...di sebabkan semua nilah sy tak berani beli pinggan mangkuk secara online atau pun atas tgn orang biar saya pergi pilih sendiri boleh di telangkup Terbalikkan untuk pastikan ia drpd apa.

    Kalau dah terbeli dan terbayar Susah jugak di buatnya nak tak nak buang ajelah.

    ReplyDelete
  32. kenapa yea
    dalam banyak2 bahan di dunia ni
    nak juga buat guna tulang bab ni
    apa agenda meke ni sebenarnya..sedih

    ReplyDelete
  33. SalamN,
    tu la mcm mana yg dtg dr barat tu semua ada FINE....mcmnan vintage? rungkaikan sikit.
    Bunga2 dr royal albert dah baung dah.


    ReplyDelete
  34. saya penah tulis psl ni..pinggan mangkuk dari serbuk tulang..fine bone.

    saya pun ada satu, ole2 dari kwn. Sebab statusnya tak jelas, saya jadikan mug tu tempat letak pen.

    ReplyDelete
  35. itulah kak..terima kasih atas info ni...

    ReplyDelete
  36. Salam Kakak~
    Zura pon ade terbaca pasal cawan daripada tulang babi nih. terkejut jugak memula baca pasal nih. memang zaman skrg bermacam2 dugaan untuk orang islam kan. cuma skrg zura risau pada cawan2 yg x de tulis pape tuh.. harap2 bukan dr tulang babi. huhuhuhu

    ReplyDelete
  37. salams kak,

    kalau made in china memang semua ada tulang babi ke kak? saya msh konpius....

    ReplyDelete
  38. Sebenarnya banyak yang kita tak tahu dan tak sedar tentang perkara2 begini...

    Kebanyakkannya Yang kita tahu bab barang makanan sahaja yang ada benda haram ni...jarang kita terfikir peralatan lain juga terlibat...

    ReplyDelete
  39. Kak zai setuju dengan Normala saad kebanyakanya takut bertindak.

    Hati2 juga dengan berus penyapu telur yang digunakan bila membuat biskut.

    ReplyDelete
  40. Good info. Kita ni ramai yang tak tau tentang produk tembikar. Biasa main belasah je pakai sebab tak tau proses pembuatannya.

    ReplyDelete
  41. ya allah macam2 cara musuh islam ni nak jatuhkan umat islam...

    ReplyDelete
  42. Tak pernah tgk brand yiyun ni tp saya bila tgk tapak tu tertera China bone mmg x beli lah

    ReplyDelete
  43. salam kakzakie;
    walau pun tak makan umat islam secara tak langsung terbabit jugak..nauzubillah..
    kita harus berhati-hati dlm byk hal...

    ReplyDelete
  44. MasyaAllah..terima kasih atas perkongsian ni kak..tipu daya hadir dalam pelbagai bentuk dan cara..

    ReplyDelete
  45. Nauzubillahi min zalik.. cawan pun boleh guna binatang tu eh? How inconvinient

    ReplyDelete
  46. Dari dulu China memang monopoli pasaran pinggan seramik di Malaysia...

    ReplyDelete
  47. thanks share this oak, ritu tengok pasal dorang proses rambut jadi serbuk something untuk proses food, bila ramai protes, depa cakap kalau tak guna rambut manusia, depa guna babi... so... tawakkal jer la kan sebab kita bukan tau pun nama2 chemical benda alah ni semua. tapi tu la, yang terang gini boleh la kita avoid.

    ReplyDelete
  48. ya allah....terkejot bace...thanks sharing kak...kalau x, sy x tau pun....

    ReplyDelete
  49. Tq share info in Kak... Kena lebih hati2 lepas ni

    ReplyDelete
  50. dulu2 saya cukup fobia kalau ada "Bone" tertulis..
    pinggan mangkuk zaman mak kita yang jernih/lut sinar tu lebih selamatkan kakzakie:-))

    ReplyDelete
  51. sekarang ni klu nak beli apa - apa , semua kena cek ...

    ReplyDelete
  52. tq for sharing..
    lps ni kena alert n check dulu brg2 sblm guna

    ReplyDelete
  53. Terima kasih kanda kerana berkongsi .... Nak pi check sekarang jugak hehe

    ReplyDelete
  54. X de pakai jenama ni. Nasib baik. Tapi tetap kena hati hati jugak kan. Tks akk for sharing d info

    ReplyDelete
  55. terima kasih kak zakie kongsi info ni, jm terus check d dapur nasib baik x de

    ReplyDelete
  56. Tqvm kak zakie for ur sharing .. Mcm -mcm sekarang ni kan akan diwar-warkan .. Takut jugakan kalau sembarangan beli .. Dan dan terus pi cek

    ReplyDelete
  57. Kak saya ada satu mug yang bertulis fine bone dibawahnya, sebelum kes ini kita ketahui lagi saya dah ada cawam tu. dah guna berpuluh-puluh kali agaknya. Sekarang dah buang.Walupun tak ditulis fine Yiyun bone pun, saya tetap ragu-ragu..So baik tak payah pakai

    ReplyDelete