Bagaikan rutin setiap tahun ma'al hijrah tiba pasti ada saja ceramah di sana-sini. Doa-doa awal dan akhir tahun dibaca. Walaupun ianya bukanlah tuntutan dan sunnah yg diamalkan oleh baginda rasulullah namun ianya bukanlah perkara yang bercanggah dengan agama. Baginda rasulullah tidak mahu memberatkan umatnya. Sebab kalangan sahabat baginda bila sesuatu yang diamalkan baginda walau sekadar sunnah sahabat baginda akan menjadikan ianya bagaikan satu amalan mesti seolah-olah wajib. Contohnya seperti solat terawih pada hari pertama baginda hadir ramai yang mengikut sehingga hari pada hari ke tiga bertambah-tambah ramai yang berjemaah. Tiba hari ke empat baginda solat di rumah. Bila ditanya sahabat, lalu baginda menjawab bahawa baginda tidak mahu umatnya memberatkan yang sunnah menjadi wajib. Lihatlah betapa sayangnya baginda pada umatnya.
|
Hebat - Ceramah diberikan seronok jiddan. Adik duduk disebelah aku pun tak berganjak terus memandang dan khusyuk mendengar tazkirah ustaz. Dua jam masa bagaikan terlalu pantas masa berlalu |
Hijrah diambil bersempena berhijrahnya baginda dari Mekah ke Madinah. Sebenarnya baginda berhijrah pada hujung bulan Safar dan tiba di Madinah pada 12 Rabiulawwal tetapi berhijrahnya baginda dari gua Thur ke Madinah betullah pada 1 Muharram. Itulah detik permulaan di kira hijrah yang kita semua amalkan dalam kalendar kini.
|
Jemaah wanita - Kami yang hadir pada malam tadi |
Apa yang penting bila bermulanya tahun baru kenalah ada perancangan yang baik mahu dilakukan. Hijrah bukan untuk tahun saja yang berganjak tetapi keperibadian diri kita kenalah sentiasa ada penghijrahan dari yang tidak baik kepada yang baik. Dari yang baik kepada yang lebih baik. Begitulah seterusnya.
|
Nasi arab - Hidangan ini kami nikmati selepas solat maghrib. Kami berkongsi ramai-ramai. Adik asyik kata sedap-sedap-sedap. Aku kata "sabar nanti mama masak macam ini, kita tunggu dari kawan mama poskan nasi arabnya". |
Janganlah kalendar hijrah hanya sekadar dijadikan pelengkap bunting, banner atau mungkin yang biasa kita lihat pada kad jemputan majlis perkahwinan.
|
Tomyam - Balik dari ceramah kami singgah ke Maybank dan terus ke sini. Anak-anak dara mahu menikmati tomyam pula, Mama-papa sudah tidak lapar jadi kami menemani anak-anak saja. |
~~Salam maal hijrah 1436 dari Titisan Nurani. Bersama kita berdoa semoga tahun 1436H ini memberi segala kebaikan buat kita semua dan tidak ketinggalan juga moga agama Islam terus dipandang syumul.~~
Salam Maal Hijrah Kak..... :D
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah buat akak dan keluarga..
ReplyDeleteMoga sihat selalu hendakNYA.
Selamat tahun br kak.
ReplyDeleteSekarang ada remph segerakan.. tgok sedap tak nasi arab kak.
salam maal hijrah kak dan keluarga...
ReplyDeletelapar pulak tgok nasi arab 2... huhuhu ingat nak diet hehehe...
salam maal hijrah kakak
ReplyDeleteJom kita terus perbaiki diri..salam maal hijrah 1436h ye kak..
ReplyDeletesalam maal hijrah kak...semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas
ReplyDeletesalam maal hijrah kakzakie....moga kehidupan kita jadi lebih baik dari semalam
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah KZ..Semoga tahun baru kita semua diberkati Alah...Aminnn
ReplyDeleteSelamat tahun baru hijrah kak zakie..
ReplyDeleteSalam maal hijrah buat kakzakie sekeluarga.
ReplyDeleteSALAM MAAL HIJRAH...PENGGUNAAN HJRAH DLM TENTUKAN KALENDAR ISLAM MMG SGT TEPAT SEKALI...SIMBOL YG MEMBAWA MAKNA YG SGT BERMKNA...
ReplyDeletesalam maalhijrah kak.
ReplyDeletesemoga tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya. :)
Setuju dengan kakak. Alangkah baiknya jika lebih ramai yang mengamalkan bulan2 Islam bukan sekadar tunggu nak puasa dan nak raya je tahu.. patutnya(termasuk saya) tahu tarikh2 istimewa bagi umat Islam, mengamalkan serta menyebarkan kebaikannya..
ReplyDeleteAlhamdulillah, diberi kesempatan untuk meraikan hijrah 1436 ini, jika masih panjang umur hingga ke hijrah 1437 pula, tandanya masih ada kasih sayang Allah yang masih memberi kesempatan utk kita meningkatkan kualiti ibadah dan berbuat sesuatu untuk Islam.
ReplyDeletesalam Maal Hijrah.
ReplyDeleteSelamat tahun baru
ReplyDeletesemoga hidup kita dimurahkan rezeki dan diberkati....
Salam maal hijrah k.zakie...semoga kita diberi kesihatan, umur yang panjang dan segala Ibadah kita diberkati Allah s.w.t
ReplyDeleteSalam maal Hijrah Zakie.Harapan agar semua yang ada di'dalam' serba baru.
ReplyDeleteSalam maal Hijrah Zakie.Harapan agar semua yang ada di'dalam' serba baru.
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah kak...
ReplyDeleteMoga sentiasa diberkati segala usaha dan mendapat kebaikan dunia akhirat!
salam maal hijrah . alhamdulillah dapat pergi ke majlis ilmu . di sini tiada . semoga kehidupan kita akan jadi lebih baik selepas ini ...
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah kakak. Untungnya dapat makan nasi Arab dan tomyam. hihihi~
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah 1436, kak..semoga kehidupan kita di tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya..
ReplyDeletesalam maal hijrah kakzakie.. =)
ReplyDeletesemoga tahun ini akan jadi lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya ye.. ^^
Salam 3 Muharam KZ...
ReplyDeletesalam maal hijrah kak!
ReplyDeletenasi arab tu buat saya rasa lapar =)
assalamualaikum kakzakie...salam maal hijrah yer kak..;)
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah, kak. Semoga kita dapat memperbaiki diri dan menjadi lebih baik lagi.
ReplyDeleteslm maal hijrah juga kak.. mg bertambah keimanan di tahun baru ni yer
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah kak. Sedap plak tgk nasi arab tu.
ReplyDeleteSelamat tahun baru kak zakie. Moga terus sihat dan terima kasih atas ukhwah yg terjalin
ReplyDeleteKat sini nasi Briyani je Kanda dapat sebungkus sorang..... dinda makan dagingnya aje sebab dah kenyang hihi...
ReplyDeletenampak sedap ;)
ReplyDeletesalam maal hijrah kakak..
ReplyDeletebestnya ada xtvt macam tu..
psstt: kakak, baby saya msa lahor beratnya 3.58 kg