Monday, October 27, 2014

Apabila hujan menyimbah bumi

Sejak-sejak ini di JB boleh dikatakan hujan turun semakin kerap. Bila panas pula teriknya bagaikan boleh menembusi kulit yang bertutup. Namun apabila hujan kian kerap, ada yang membuat hati bertambah seronok apabila melihat perkembangan anak-anak pokok lebih cepat membesar. Cili pun cepat matang. Ulam raja pula ligat bercambah. Namun bunga-bunga cepat pudar warnanya dan cepat juga berguguran ke bumi .

Hampir luruh - Sekadar 4-5 hari saja dapat menikmati keindahannya. Bila kerap sangat hujan akibatnya cepat saja menjadi begini dan akan luruh kelopaknya satu-persatu.
Tinggal tiga - Beginilah akhirnya tinggalah tiga kuntum yang sedang menanti masa gugur ke bumi. Warna merah pun menjadi pudar. Ibarat manusia juga bila makan berlebihan penyakit mudah saja singgah. Pokok pula terlalu banyak air melimpah mudah benar bunganya menjadi pudar dan gugur.
Ros kuning - Sebenarnya berwarna kuning tetapi dek kerana simbahan air hujan yang kerap menjadikan ia cepat bertukar menjadi putih. Tidak lama akan gugur ke bumi.
Bunga raya - Hanya bunga raya yang meriah bila hujan sebab walau banyak yang gugur,  banyak juga yang akan  menggantikannya.
Renungan bersama - “(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu).” - Suroh Al Anfal: 11.

~~ Hujan kini juga sudah menjadi bertambah kerap berlaku di bumi Mekah.~~

42 comments:

  1. tapi kat melaka panas kohong kak
    kalau keluar mkn time lunch tu berlengas jugak la
    panas + bahang

    ReplyDelete
  2. Assamualaikum kakzakie;
    sekarang perubahan cuaca dah semakin tak menentu...sama jugak dengan cuaca di alor setar ni, kadang tu panas terik di waktu pagi...hujan lebat sebelah petang dan kerap jugak berlaku ribut petir...
    pertukaran alam ini ada mesej dari YANG MAHA PENCIPTA untuk direnungi kan kak....
    wallahualam

    ReplyDelete
  3. Sama la ngn kl kakak..panas terikkkk sgt..pastu ptg or mlm mesti ujan..alhamdulillah..

    Suke tgk tanaman akak..cantikkkkk..

    ReplyDelete
  4. Tak pa kak cepat gugur bunga tu, cepat boleh cantas dan ada penumbuhan tunas baru...saya pun buat macam tuu...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Zie,

    Saya lebih suka hujan dari panas hehe. Sebab sejuk aje dan tak perlu susah hati pokok kekeringan. Kebanyakkan pokok akan hidup subur musim hujan ni.

    ReplyDelete
  6. pokok2 ros imm dah nampak nak berkulat kat batang die kak..bnyak sangat air kot..harapnye survive la diorang..tahun lepas lepas musim tengkujuh ade 2,3 pasu jugak yg x survived..sedih hihi

    ReplyDelete
  7. kat melaka ni rasa mcm dah lama sgt tak ujan kak..benih pokok cili amie tu macam segan2 aje nak keluar pun..

    ReplyDelete
  8. tpt kami pun ptg2 hujan
    jadi kain yg sidai masa turun keje jd lembab, sbb takde org tlg angkat masa betul2 kering waktu tgh hari

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.... Saya suka bila hujan. Bumi jadi sejuk dan rasa minda ikut sama berehat. Kalau masa hujan duduk diluar dan merenung kuntuman bunga disirami air hujan, pasti ralit kita jadinya yer kak....

    ReplyDelete
  10. Xpe.. nnti berbunge lg.. hihihihi

    Kak... hihi.. dah lm xjenguk akak.. akak sihat?

    ReplyDelete
  11. sini pun hujan juga...makin subur juga pokok nor nan dua btg tu...hijau jer

    ReplyDelete
  12. kalau kat klang ni, pagi panas
    petang kang hujan lebatlah

    cantik laman rumah akak, penuh bunga
    saya ni suka tengok bunga, tak rajin menanam aje =)

    ReplyDelete
  13. kalau kat klang ni, pagi panas
    petang kang hujan lebatlah

    cantik laman rumah akak, penuh bunga
    saya ni suka tengok bunga, tak rajin menanam aje =)

    ReplyDelete
  14. Kat KL ni pun asyik hujan je kak. Lagi-lagi sebelah petang. Semalam dari pukul berapa agaknya sampai awal pagi hujan. Sejuknya alahai....

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum kakzakie...panas dan hujan semuanya dtg dr Allah kita sebagai umatnya haruslah bersyukur dgn pemberian dr NYA...:)

    ReplyDelete
  16. sama lah kat lembah klg ni kak, hujan lebat turun saban hari specially belah pt, kdg nak drive balik takut juga bila angin kencang..

    ReplyDelete
  17. susasan hijau mndamaikan mata memandang

    ReplyDelete
  18. yela kan Kak Zaki..JB disimbahi hujan sejak 2,3 ari ni..
    sekarang pon tengah hujan di tempat keje ni..
    semoga bunga2 kak zakie terus subur..

    ReplyDelete
  19. kebaikan hujan ,tak payah nak siram pokok2 walaupun panas terik jika tengahhari....sya tadah air hujan utk pokok2 bunga ...dpt jimat air .
    cantek ros kakzakie walaupun warnanya makin pudar...

    ReplyDelete
  20. Selangor pon kerap terima hujan 2 3 minggu nih. Alhamdulillah.. moga dpt kurangkan masalah kekurangan air di negeri selangor ini.

    ReplyDelete
  21. Salam Kakzakie,

    Di Shah Alam ni boleh dikatakan setiap petang hujan lebat..
    Pokok-pokok semakin menghijau..
    Udara dihirup semakin segar..
    Sedap je rasa badan bila menghirup udara selepas hujan kan..
    Peringatan yg bermanfaat tu kakzakie..
    Semoga sakit yg dihadapi kian sembuh.. Amin

    ReplyDelete
  22. Musim cuaca tak menentu. Kat bangi pon sama kak. Petang2 hujan. Scary bila drive dalam keadaan hujang yg sangat lebat. Dah lah saya ni rabun.

    Tapi bila hujan lebat ni lah mustajab bila berdoa.

    ReplyDelete
  23. byk betul koleksi bunga kak zakie..
    samalah macam di shah alam ni kak, siang panas berdenting, petang2 hujan lebat

    ReplyDelete
  24. sejuknya mata memandang.. alahai rindu kampung

    ReplyDelete
  25. Kat sini pun kerap hujan KZ...petang semalam siap dengan kilat dan guruh sekali...takut jugak...lebih2 lagi bila waktu tengah malam...rasa tak nyenyak tido...

    Pagi ni sampai tengahari panas terik...sempat kering kain baju......Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  26. Skg ni mmg musim hujanlah kak. Tinggal x dtg lagi je monsun Pantai Timur. Hrpnya, monsun kali nu taklah membawa pd banjir. Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  27. Tempat saya di Selangor pun kerap hujan waktu petang kak..bersama dentuman guruh...Bila hujan begini yg saya terpikirkan pokok bunga saya..makin menghijau daunnnya...

    ReplyDelete
  28. Kat tempat kak zai pun hari2 hujan. Banyak pokok bunga yang tak berapa sesuai kalau banyak air.

    ReplyDelete
  29. kat kl pun kerap hujan kak
    boleh dikatakan hari2

    ReplyDelete
  30. Sini pun hujan je memanjang kak.

    Cantik bunga raya akak tu:)

    ReplyDelete
  31. Kat Shah Alam siang panas kak, masuk je ptg start ujan lebat...

    Sayang bunga. Tapi inshaAllah naik banyak nnt..

    ReplyDelete
  32. hujan akan lebih kerap berlaku di sebelah petang, ada diumumkan dlm surat khabar baru-baru ini. jika sawit, berharap pd hujan, jika getah berharap pd panas.. ironi sungguh keadaan ini kan kakzakie.. =)

    ReplyDelete
  33. Tmpt KY pun panas siang, mlmnya hujan. Hsri ni petang hujan selebatnya.baru bercadang nk sekamatkan pokok ros yg mula lembab tanahnya di bawah teduhan..

    ReplyDelete
  34. suburnya rose kakzakie...hujan air dari langit amat baik utk kesuburan tanaman...xpaya lg nk menyiramnya..

    ReplyDelete
  35. Lebih kurang cam di kk juga kak ... siang panas petangnya hujan

    ReplyDelete
  36. Suka suasana selepas hujan..sejuk dan segar..begitulah adat dunia, ada kebaikan dan keburukan...

    ReplyDelete
  37. Hujan dan panas yang bersilih ganti ini nikmat dan rahmat untuk kita seluruh alam..kak mesti cantikkan rose kuning..

    ReplyDelete
  38. Biasanya lepas hujan, bau tumbuhan macam rumput tu berbau lebih wangi dan segar, kan?

    ReplyDelete
  39. Cantik menyegarkan mata bila melihat pokok2 bunga tersebut.. ;)

    ReplyDelete
  40. Kat KL ni pun sama kanda asal petang jer mesti hujan kadang tu bawak ke malam...lebat pulak tu

    ReplyDelete
  41. sama la di kl ni pon kakak.hujan juga..
    mekarnya bunga bungaan kakak

    ReplyDelete