Tuesday, October 28, 2014

Kluang Rail Coffee

Mengambil peluang pada hari cuti mengikut hubby ke tapak projeknya. Hajat dihati bukan mahu melihat orang membuat wiring sekolah dan asrama projeknya itu, tapi mahu singgah di Kluang Rail Coffee yang menjadi buah-mulut ramai. Pergi sebelum ini tersalah hari iaitu hari Khamis yang merupakan hari ia ditutup. 

Kluang Rail Coffee - Inilah signboardnya. Terdapat dua signboards yg sama. Satu di bahagian depan pintu masuk dan satu lagi di bahagian tepi di tempat orang ramai duduk di bahagian verandah.
Sesak - Alangkah tidak disangka terlalu ramainya pelanggan. Bila melihat menunya bagaikan tidak percaya. Tetapi mungkin disebabkan keadaan hujan lebat mencurah-curah di luar itu yg membuat ramai masing-masing duduk di dalam sambil menikmati kopi panas
Ala-ala kampung - Bila melihat ini aku terkenang sewaktu zaman kanak-kanak aku dulu. Beginilah cara bungkusannya dan saiznya. Comel-comel belaka. Kalau dulu sewaktu sekolah rendah harga sebungkus baru 30 sen. Ini seringgit.
Sebungkus - Aku makan dua bungkus ini. Hubby makan mee-hoon. Kak Mien pula makan telur setengah masak 2 biji. Betul ala-ala kampung, dengan meja-kerusi hanyalah dari plastik biasa saja.
Roti bakar - Roti ini dipanggang menggunakan arang. Mahu ambil gambar pun malu sebab terlalu ramai pengunjung pada hari tersebut. Ramai juga yang mengambil gambar di sana-sini.
Licin - Pada aku biasa-biasa saja. Mungkin sebab aku tidak menikmati kopinya. Buat hubby yang merupakan penggemar kopi mengatakan kopinya sangat enak. Aku dan anak-anak memang tidak gemar kopi. Mungkin dulu sewaktu kecil rumah aku punya kopi yang lebih istimewa (hasil dari kebun sendiri) itulah jemu jadinya.
Bertemu dengan pelanggan dari seberang tambak yang duduk semeja dengan kami mengatakan mereka suami-isteri semata-mata datang ke situ hanya untuk menikmati kopinya. Ketawa aku dibuatnya. Apa lagi melihat dari usianya yang boleh dikatakan telah lebih separuh abad menjadikan satu kehairanan buat kami. Pasangan ini betul-betul hanya minum air kopi-o dan selesai minum mereka bertolak pulang ke Singapore. Aneh sungguh.

~~ Hanya kerana kopi pun ada yang sanggup meredah perjalanan jauh untuk menikmatinya.~~


52 comments:

  1. nampak pun sangat menarik KakZ
    jalan jauh pun rasa berbaloi ..

    ^_^

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah lepak sini lagi..ramai kata sedap..ada juga yang kata biasa2 jek..
    memang ada tau kak zakie orang yang lunch dekat JB..dinner kat melaka..brekpes kat kluang..hehe..betul memang ada..

    ReplyDelete
  3. Kalau dah suka, kan? Jauh mana tetap dijejaki juga... :)

    ReplyDelete
  4. mcm sdp jer nsi lmk tu.... ni yg mcm nk bt nsi lmk bungkus daun pisang ni....

    licin hbis tu hah...

    ReplyDelete
  5. dulu imm ratah serbuk nescafe instant 3 in 1 tu mcm ratah milo..pastu dah tepu agaknya body system ni..skang minum kopi, nescafe terus tintong rase mcm melayang2 hahah..

    ReplyDelete
  6. Kluang Rail Coffee ni penah keluar Majalah 3, kan kak?

    ReplyDelete
  7. Wah!Sanggup yer customer dr singapore tu!!!....hebat penangan kopinya...

    ReplyDelete
  8. Mesti best rasa kopi ni kan Kakak. Orang sana sanggup datang situ untuk rasa kopi. Nak kena cuba bila pergi Johor nanti.

    ReplyDelete
  9. Sudah sembilan belas tahun henti minum kopi tapi masih suka pada aromanya..menyegarkan.

    ReplyDelete
  10. seingat sura pernah sekali makan kat sini..tu pun dulu2..lama sangat dah..
    teringin pulak nak pekena kopi tu..
    Kalau dah sedap..mesti orang akan ingat sampai bila2..tu yg jauh pon sanggup datang..:)

    ReplyDelete
  11. Itu kopi ketagih kot namanya atau pun ketagih kopi kluang....

    ReplyDelete
  12. Terliur pulak tgk roti panggang tu kak. Haza pernah pi kluang station kat the curve je. Xpernah sampai Kluang Johor betoi2. Hehehe

    ReplyDelete
  13. Ya Allahhhh.. Kakzakie.. sy pergi sini tahun 2012 ke... 2013 tak ingat.. gambar sampai skrg masih peram dalam tablet.. hahahaha.. kot rajin (& sempat) hari ni sy nak post pasal kluang Railway nilah..

    ReplyDelete
  14. hujan2 minum kopi o panas..kalau ada ubi rebus lagi best..

    ReplyDelete
  15. Sy pun belum pnh merasa kak. Nak gak rasa kopinya tu. Org kata, kegemaran almarhum sultan iskandar kan?

    ReplyDelete
  16. Salam Kakak~
    Zura pon lebih suka makan nasi lemak bungkus camnih. entah kenapa zura rasa lebih sedap. lagi2 yang bungkus bersama2 daun pisang. hehehe. memang boleh makan sampai 2 bungkus. hehehe

    Bab kopi, Zura pon x tahu menilai kesedapan sesuatu kopi. tahu minum jer.. hehehehe

    ReplyDelete
  17. menunjukkan betapa femesnya kopi kluang ni :)
    saya pun bukan peminat kopi 0 tapi my laki pantang...pantang dapat

    ReplyDelete
  18. KA pun bkn penggemar kop, tapi wah mmg meriah dgn pelanggan kedainyer kak, pasti kopinyer enak tu !

    ReplyDelete
  19. memang sedap sungguh ke sampai orang sebarang tambak pun sanggup datang
    ni kira tempat wajib pergi kalau ke johor ke?
    saya belum penah sampai johor
    insya ALLAH tahun depan ke sana, sepupu kahwin

    ReplyDelete
  20. pasti sedap kopinya kak zakie, hanya minum kopi semata. kak mien makan telur setengah masak, teringin pulak aunty :)

    ReplyDelete
  21. kalau tak salah pernah keluar dalam rancangan Majalah 3..katanya Sultan Johor pun suka ke sini.. :)

    ReplyDelete
  22. nasi lemak nya tu nampak best
    akak, nyong pun orak sukak ngombe kopi.. tapi kalau kopi vietnam memang sedap, saya yang tak suka kopi jadi suka :)

    ReplyDelete
  23. tak pernah sampai lagi kat sana.. kalau satu hari nanti saya ke selatan bolehlah berjumpa dengan akak.. ;)

    ReplyDelete
  24. sya ni kata je org Johor tapi tak pernah lagi ke sana ,walaupun tau juga begitu popular tmpt tu....dh kakzakie cerita ni teringin juga nak pergi satu hari nanti...

    ReplyDelete
  25. Rugi tau kzakie tak suka kopi sbb rasulullah suka kopi, pastu bau kopi jin tak suka.
    Jauh la plak nk ke sana, takdela nk pegi kalo semata2 nk minum kopi je, pasangan s'pore tu berduit bolela buat camtu.

    ReplyDelete
  26. kopinyuer msti kau tuh kak.... itu pasal lah ramai peminat...

    ReplyDelete
  27. Adehhh..kakakkkkkk..falsya dh berthn tingin nak makan kat situ..bile blk johor nak ajak somi mesti ade je alasan..huwaaaaa..

    ReplyDelete
  28. kalau sedap memang ada yg sanggup nak redah kak..
    nasi lemak tu kalau zaman saya, dah 0.50 sebungkus..

    ReplyDelete
  29. serbuk kopi dia buat sendiri ke?/apa rahsia dia ye/?

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum akak...mcm best jer..
    Lama tak pi Kluang....last thn 1995.

    ReplyDelete
  31. mesti sedap.
    tu pasallah costumer dari singapore pun sanggup redah jejauh [jauh ke?] semata2 nak minum kopi depa.. >.<

    ReplyDelete
  32. Mesti sedap sangat kopi nya tu sampai org spore pon sanggup datang ☺

    Pepetang ni tgk nasik lemak ngan roti bakar tu rasa lapar plak.

    ReplyDelete
  33. tercium2 bau kopi...aduh sedapnya kak...amie memang hantu kopi..orang kata waktu mengandung tak elok minum kopi takut anak keluar berjelaga...hehehe...tp rasanya macam tak percaya aje...lgpun tekak tak boleh terima yang lain..kalau minum teh, malam2 siapla angin satu badan sampai tak boleh tidur malam...huhu..

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah...licin kak... sedap n time lapar kan kak, heeee~ bila la dpt jumpe kak zaki ni.. nak minta belanja, hahahaha~

    ReplyDelete
  35. zila x pernh pergi kak..nnt nk jgk la pergi..nk amik gmba byk2..

    ReplyDelete
  36. Wah..sedap nampaknya tu. Sebab tula orang singapura tu sanggup datang untuk menikmati benda yang sedap.. ramai orangnya tu kan, dgr cerita kat tempat ni memang ramai sentiasa ya..

    ReplyDelete
  37. Sekarang kak zai tak boleh minum kopi b/p naik tapi kadang2 curi2 hubby punya.

    Mesti kopinya sedap sebab tu orang luar pun datang.

    ReplyDelete
  38. wah kopinya mesti sangat enak ni...tuntutan selera mesti dipenuhi...

    ReplyDelete
  39. Btl kak , ritu g Johor adik ipar ajak g tmpt femes yg roti ape nama pun dah lupa .. Tp katanya tmpt suami wan maimunah meniaga blkang bomba .. Org sanggup p kalu dah sedap kan

    ReplyDelete
  40. Teringin pula nak pergi. Terliur dan lapar tengok makanan..hehe

    ReplyDelete
  41. Kakak, masa saya sekolah rendah, sama juga bungkusan dan saiznya. Tapi harganya 20 sen saja...hehehehe. Saya suka juga kopinya...tapi bukan untuk minum santai. Kopinya agak keras dan sesuai untuk menyegarkan mata.

    ReplyDelete
  42. Dinda masih teringat lagi entri kanda pasal Kluang Kopi ni dulu...
    Roti tu nampak lembut jelah kanda....dalam dia kaya yeh?
    Pak jilap sure suka ni, teringin gak dinda nak tau sedap dia macamana, harus kena try jugak ni hihi....

    ReplyDelete
  43. dekat dengan rumah makcik ema....kalau pergi sana..memang akan singgahla kluang rail coffee ni.

    ReplyDelete
  44. mabeles kak .. kat batu caves pn ada satu francais die..

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum kakzakie....mmg dah terkenal Kluang rail coffee ni..;)

    ReplyDelete
  46. sampai gak akak kat kampung saya
    itulah permulaan kopi yang asal
    kadang2 panjang barisan nak makan
    tapi kejap je dah dpt seat
    share meja ngan org lain adalah sangat normal kat situ
    masih ada jual kopi yang ditapau dlm tin susu tau kak kat situ
    especially time keretapi brenti

    ReplyDelete
  47. Kalau saya pun macam tu juga, kak. Kalau dah sedap, saya sanggup berkelana ^_^

    Kluang Station ni entah zaman tok kaduk bila agaknya saya sampai ke mari. Tapi kat KL pun ada. Yang itu rajinlah. Alangkah kerusi kayu pun saya tak leh duduk lama, inikan plastik. Mahu sakit punggung. Makanannya bagi saya so-so aje.

    ReplyDelete
  48. kat Johor banyak tempat/kedai makanan sedap2 kan Zakie

    ReplyDelete
  49. Sedapnya nmpk roti bakar tu kak. Lbh2 lg pasti kaya dia sgt kaw kan!

    ReplyDelete
  50. wah ramainya..
    kopinya sedap..hrus cba ni.

    ReplyDelete