Petang Sabtu sebelum anak-anak menduduki peperiksaan minggu ini. Balik dari tuisyen mahu makan Domino. Masalah di Domino menunggu sangatlah lama sebab dikatakan kekurangan staff. Gadis yang mengambil order itulah juga yang membuat pizza. Tetapi kerana anak-anak kami tunggu juga. Tidak makan di situ memandangkan masa sudah tengahari. Kemudian kerana hubby ada barang mahu di ambil dari kedai elektrik untuk projek dia kami teruslah ke kedai tersebut. Jam sudah hampir zuhor itulah kami keluar dari kedai.
Pepatah mengatakan 'malang tidak berbau' sungguh itulah yang terjadi pada kami. Oleh kerana kecuaian seorang pemandu kereta proton yang keluar simpang secara tiba-tiba membuatkan penunggang motosikal cuba mengelak dan terjatuh lalu menggelongsor menuju ke arah lane kereta kami. Kedudukan jalan adalah jalan dua hala. Sebenarnya kereta kami sudah berhenti sebaik nampak situasi itu. Kereta kami dari JB menuju ke Skudai. Kalaulah kereta kami bergerak pasti pemandu motor itu akan terperesok ke bawah kereta kami. Tetapi oleh kerana kereta kami sudah berhenti motor yang tumbang dengan penunggang itu manggelongsor terus menghentam depan kereta kami. Kejadian pula waktu hujan lebat. Pemandu proton dan motosikal bergaduh kerana kemalangan adalah di antara mereka cuma kami yang menjadi mangsa sama. Hubby diam seketika sementara mereka bertekak.
Hujan lebat - Pemandu kereta yang berpayung tidak luka langsung tetapi pemandu & penunggang motosikal itu luka parah. Kasihan sehingga aku berikan tuala dalam kereta untuk membalut lukanya. Lihat kereta yg bersalah tidak mengalami kerosakan. Tetapi motor dan kereta aku di lane sebelah yang rosak teruk. Dia mohon maaf pada hubby tapi nama pun kemalangan hubby faham. Aku yang sedih kerana itu kereta aku untuk pergi kerja. |
Penyelesaian - Atas nasihat hubby buat report polis sebab mereka tidak mampu membayar ganti rugi kereta kami yang rosak teruk. Cermin depan retak kerana pemuda itu terlambung atas bumper depan kereta kami. Bahagian depan hancur dek kerana hentakan motor yang kuat. Memandangkan waktu solat kian berlalu kami solat di bangunan Pejabat Polis Trafik pada hari itu. Itu pun sudah hampir jam 3:00 petang. Sudah terlalu lewat. |
Kini kereta aku berada di bengkel untuk diperbaiki. Pihak insurance pula agak perlahan menjalankan tugas. Kami claim under motosikal punya insurance sebab yang melanggar kereta kami adalah motor itu walau disebabkan kereta proton tadi. Valuation belum lagi dibuat sehingga hari ini. Sudahlah harga minyak naik, aku pula terpaksa memandu MPV untuk pergi kerja. Bila tangki besar isi minyak pun kena lebih. Ujian dunia kenalah tempuh. Menagih kesabaran betul.
~~ Selagi nyawa Allah bagi pinjam pasti ada ujian yang diberikan.~~
inilah dinamakan ujian kak kak zakie..malang tidak berbau..
ReplyDeletekerana kecuaian satu pihak, pihak lain yg ditimpa musibahnya..
mujur kak zakie ada transport lain untuk digunakan..
Ya ALLAH kak..nasib akak smua xde apa2...tapi tu lah kerana kecuaian org lain..kita yg jadi mangsa keadaan...ujian kak..bersabarlah ye..
ReplyDeleteAllahuakbar..nasib baik kakak satu keluarga xde ape..syukur..
ReplyDeleteaduh kak...mujur takde kemalangan jiwa yg teruk....
ReplyDeletedah tu kak kereta proton tu selamat laa insurans die....die bersalah patut di pertanggungjawabkan... aduhhh takpe gak setiap kejadian ade hikmahnyer...akak byk2 bersabar key...
Alhamdulillah.. nasib baik x de nyawa yang melayang. kesian kepada penunggang dan pembongceng motosikal. luka atas kecuaian orang lain. mudah2an cepat selesai urusan claim insurance kete kakak.
ReplyDeleteYa Allah kak! Nsb baik takde apa2 berlaku. Bila jdk mcm ni, sbr jelah jln penyelesaian. Pelik betul bila pesalah msh mahu bertekak sdgkan terang2 mrk yg slh. Haih....
ReplyDeletemalang memang tak berbau.. malah tak ada angin pus2 langsung.. kasihan pemandu motorsikal tu lebih2 lagi keluarga Kakzakie yang menjadi mangsa di atas kecuaian orang lain.. semoga Allah swt menggantikan dengan yg lebih baik. Sy pasti Kakzakie bersabar dengan ujian ini.. salam takziah kak
ReplyDeletealhamdulillah...mujur xde kemalangan jiwa
ReplyDeleteKakak, claim di bawah insuran motor, bajetnya agak ciput. Tapi ok lah daripada tiada claim langsung. Dapat juga membantu.
ReplyDeleteMakan masa yang agak lama juga tu. Ada bawa ke court ke nanti, yer?
Malang memang tak berbau.. tapi benda dah terjadi kan kak..sabor je lah.. kesan nya terasa jugak tu..disebabkan org lain, akak pula yg menanggung..harap kereta akak cepat lah baiknya.. boleh jimat minyak klu keta dah ok..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selamat walau kereta cedera.
ReplyDeleteAlhamdulillah akak sekeluarga tak ada apa2..hrp akak bersabar dgn ujian Allah...moga cepat la dapat repair dan claim insurans untuk kereta akak tu..
ReplyDeleteMujur tak ada kecederaan yg serius..
ReplyDeleteDugaan demi dugaan...tanpa Allah sedang menguji kita...
Semoga pihak insurans cpt buat claim akk..
assalamualaikum kakzakie....bersabar menghadapi dugaan ini yer..:)
ReplyDeletep/s malang tak berbau kn...
Ya Allah kak, nasib baik tak apa2 yea...Semoga urusan dipermudahkan..
ReplyDeleteAllahu Akbar...
ReplyDeletesyukur kakzakie n famili terselamat..
moga dipermudahkan segala urusan...IN SHAA ALLAH
Subhanallah...nasib baik akak sekeluarga tak ape-ape dan tiada nyawa yg melayang sama...
ReplyDeleteSubhanallah...nasib baik akak sekeluarga tak ape-ape dan tiada nyawa yg melayang sama...
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah kakzakie dan family xde apa2,nasib baik ada 2 keta boleh buat gilir2.
ReplyDeleteinnalillah,,
ReplyDeletesyukur akak n family xde pape..dugaan Allah untuk uji kesabaran kita..semoga tabah n sabar ye kak
Syukur alhamdulillah akak sekeluarga selamat..
ReplyDeleteBila terjadi perkara mcm ni memang marah jugak jadinya. Kita yg x bersalah menjadi mangsa. Lagi2 kalau mereka yg berkaitan tdk bertanggung jawab.
Muhasabah diri, pasti ada hikmahnya kak.
Senyum :), part minyak tu mmg pendam dlm hati jerla..hii
bila dah guna insurance ni kak,memang lambat la kan dapat baiki kereta secepat mungkin..syukur,nasib baik akak takde pape
ReplyDeleteYg paling utama kak dan kekuarga selamat...cumanya....Geram betul tgk kecuaian Proton tu...habis tu dia lepas tangan jerlah...walhal semua ni berlaku sbb kecuaian dia...geram pulak saya...
ReplyDeleteAlhamdulillah kakzakie dan keluarga selamat begitu juga penunggang motosikal
ReplyDeletecermin depan retak memang bahaya,kena ganti baru..
ReplyDeletewaktu hujan lebat, memang pandangan agak kabur sikit..tapi Alhamdulillah, semuanya selamat..
saya pernah jadi macam ni.
ReplyDeleteremuk dan pecah derai cermin belah kanan.
tp tak smpai hati nak amek insurance motor sebab tau tak cukup utk support.
hurm.
betul2 malang tak berbau kan kakzakie...walaupun kita memandu dgn cermat tapi dek kesalahan orglain terkena juga.apapun syukurlah kakzakie dgn keluarga takde apa2...lagipun skg ni cuaca pun tak menentu..smlm ambil anak kat jb balik hujan lebat separuh2 jalan tak hujan ..tiba rumah hanya gerimis je.
ReplyDeleteMujur tiada kemalangan jiwa, semoga selamat dan dimudahkan urusan berkaitann dengannya
ReplyDeleteSalam Kakzakie,
ReplyDeleteAlhamdulillah tiada nyawa yang terlibat. Walaupun begitu, kereta Kakzakie yang teruk, tak pasal2 menanggung susah dek kerana orang lain!
Alhamdulillah akk & family tak apa². Sebab kecuaian orang lain, orang lain yg kena tanggung. Smoga urusan dipermudahkan olehNYA. Kalau claim insurance memang lambat prosesnya.
ReplyDeletealhamdulillah akak dan family selamat walaupn kereta yg cedera... moga akak kuat utk hadapi ujian ni.. :)
ReplyDeleteTahun lepas pernah acc. ngn motor tp claim kereta sndiri sbb ktnya insuran motor x cover, ntah.. sy tak faham bab2 insuran ni..
ReplyDeletesyukur alhamdulillah akak sekeluarga tak ada apaa-apa
ReplyDeletesaya tumpang simpati dengan kerosaka kereta tu
harap akak dan suami tabah hadapi dugaan ni
Ngeri tuh kakak kalau tercampak atas bumper depan keta gitu..kalo sy trauma kejap...alhamdulillah Allah tiada kehilangan nyawa..eksiden cam ni memang malang tidak berbau..wpun kita tak bersalah, tp dugaanlah bg kita kan..:)
ReplyDeletesyukur akak tak de apa2
ReplyDeletekalau tak nak bayar gantirugi kena claim insurans la kak
semoga tabah kak
Kalau dinnda dah seram sejuk seluruh badan tu kanda... Tak kiralah kita salah ataupun tidak, kalau dah namanya eksiden....
ReplyDeleteApa pun moga urusan kanda dipermudahkan yer....betul kanda selagi masih bernafas ujian tak akan sunyi dpd kita . Bersabar ajelah
Ya Allah kak nasib baik akak sekeluarga tak apa-apa. Saya baca entry ni pun dah seram sejuk.. syukur akak sekeluarga selamat.
ReplyDeleteya allah kak, pobianya.....alhamdullilah akak dan hubby serta budak motor tu tak apa-apa.......hujan-hujan memang bahaya.....
ReplyDeletekasihannya. Alhamdulillah Kakak dan keluarga tak ada apa-apa. Semoga dimudahkan urusan Kakak.
ReplyDeleteAlhamdulillah kakzakie sekeluarga tidak mengalami kecederaan. Malang yang tidak disangka2.
ReplyDeleteKita yg hati2 tapi org lain yang punya sebab.. Tak pe semua tu ujian..
ReplyDeleteallah hu rabbi.. sabar ye kak dengan dugaan Allah.. macam saye hari tu.. nak buat report orang yang langgar kami tu lari.. nak tak nak kene pakai duit sendiri..
ReplyDeleteinalillah....
ReplyDeletealhamdulillah akak sefamily takde apa2..... itulah kadang kite terleka skt tp yg jd teruk sgt...
Ya Allah...sabar kak...
ReplyDeleteAlhamdulillah...akk dan family takde pape...
Assalamualaikum kak,
ReplyDeletesemoga kakak tabah dan bersabar.
Ujian itu adalah rukun hidup, Sesiapa pun akan diuji menurut kesanggupan dan kemampuannya. Sesungguhnya ujian yang menimpa itu adalah tanda kasih sayang Allah yang bersangatan kepada para hamba-Nya.
Rasulullah saw bersabda: “Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa).” (Riwayat Muslim)
mujur akak buat report..apa2 eksiden pon..better buat report.. utk apa2 hal dikemudian hari..esspecially klo kt nk wak tuntutan
ReplyDeletesaya tahu ayat saya yg bakal ditulis sekejap lagi bunyinya agak cliche kakzakie.. tapi ye lah.. bersabarlah kakzakie, sememangnya ada hikmah di balik tiap2 ujian..
ReplyDeleteterkesan sungguh dengan kata-kata terakhir penutup entri kakzakie.. :')
Takpa la kak inshaAllah Allah ganti dengan yang lebih baik.
ReplyDeleteMoga disebalik musibah ini Allah tingkatkan lagi keimanan pada diri..insyaAllah amin..akak sabar ye..
ReplyDeleteYa Allah... lucky akak sekeluarga tak apa2, tu la ngeri kan kalau kit aberhati2 macma mana sekali pun, malang tu tak terbau.
ReplyDeletehehehe...nak buat valuation insurance memang slow kan kak? cuma nak kena bayar pada depa jer depa nak cepat.... hahaha
ReplyDeletedah komen..x masuk lah pulak huhuh tulis panjang lebar dh..menguji kesabaran tul
ReplyDeleteitulah yg di katakan alang tidak berbau..sesuatu yg x d undang dan x di jangka...alhamdulillah..kak Zakie dan keluarga selamat..org lain yg buat salah kita terkena tempiasnya ek..sabar ye kak zakie..Allah nk uji sikit tu kesabaran kak Zakie
ReplyDeleteSalam Jumaat KZ..betul tu KZ malang tak berbau. Kadang-kadang apa yang berlaku pada kita bukannya salah kita pun. Hanya kebetulan kita yang berada disitu. Itulah yang dinamakan ujian kan..Alhamdulillah KZ sekeluarga tak apa-apa...
ReplyDeletesyukur akak takde apa2, mama juga baru lepas kemalangan 2 hari lepas. lori cendolah rolla mama dilanggar orang... mama anggap itu dugaan mama dalam berbisnes
ReplyDeleteujian allah dtg tanpa di duga . bila dah berlaku kena lalui juga . bertabahlah ... ada sebab kenapa Allah berkehendakkan ianya berlaku . kereta klu masuk wshop under insurance mmg boleh jadi pekasam ... sabar ya ...
ReplyDeleteTakziah kak... setiap yang berlaku pu ada hikmahnya
ReplyDeleteKalau bab claim insurance ni..paling cepat sebulan..
Masa kereta saya accident dulu..dekat sebulan lebih baru clear semua...patah kaki juga la dibuatnya..
Mujur Kakzakie dan keluarga tak apa-apa. Alhamdulillah. Kerosakan kereta tu memang dugaan sungguhlah, kak. Bukan salah kita tapi nak buat macamana. Ini yang saya tak suka memandu. Dek kerana perangai sesetengah pemandu yang cuai, kita yang takda kena mengena pun tetiba terbabit sama.
ReplyDeleteMoga segala urusan akak dipermudahkan.
Syukur kak azie dan suami selamat. Tapi respect lah, akak dan suami yang menjadi mangsa keadaan tetap cool jer.
ReplyDeleteujian dari Allah swt yer kak. Bnyak yng kita belajar , erti sabar juga kan !
ReplyDeletesesungguhnya malang tidak berbau kan.
ReplyDeleteooo..ini kesahnya ye kakak kenapa kakak perlu gunakan kerta hubby pergi kerja..
smga dipermudahkan hendakNya aamiin