Bermula hari ini semua sekolah-sekolah di negeri Johor sudah bercuti. Anak-anak sebenarnya bagaikan sudah merdeka sejak mendapat keputusan peperiksaan lagi. Siang-malam-pagi-petang main-main dan main. Buku pelajaran sudah tidak disentuh walaupun buku-buku teks untuk kegunaan tahun depan sudah diperolehi. Masing-masing lebih leka dengan novel-novel yang mengasyikkan. Inilah masa yang dinantikan. Televisyen juga bersiaran hingga tengah malam. Semalam penutup sekolah jamuan juga sudah diadakan di setiap kelas.
Puding roti - Sudah malam baru adik minta mama buat nasi lemak untuk jamuannya. Mama mengajar budak mengaji pun tidak habis lagi. Tidak ada pilihan terpaksa ini saja dibawa ke sekolahnya semalam sebab kalau buat nasi lemak timun di rumah pun cuma sebiji. Kelas adik ada 35 orang. Roti terpaksa dikorbankan untuk buat ini. Alhamdulillah kawan-kawan dan cikgu adik pun suka. |
Mama dan papa sudah lena baru masing-masing ketuk pintu untuk bersalam. Mama dengan mata berpisat peluk pun sambil separa duduk. Bacalah juga suroh Al-Insyirah seperti biasa dan Ya-Latif Ya-Jamik hembus di ubun-ubun. Dalam pada itu si kakak boleh kata. "Adik, mama tu sebenarnya mandrem adik." Manalah aku tidak senyum walau mata sudah mengantuk. "Kalau adik kena, kakak pun kena juga." Dalam hati aku memang pun dua-duanya aku mandremkan haha... Siapa tidak mahu anak-anak menjadi yang baik-baik. Bila bersalam dengan papa pula mesti akan ada saja komen akan terkeluar dari mulut. Misai papa tajamlah, pipi papa tidak lembutlah.
~~ Bagaikan rutin. Minggu depan bermulalah untuk mencari keperluan sekolah tahun depan pula. ~~
budak2 sekarang..time cuti bkn mcm zaman kita dulu2 kan kak zakie..sekarang cuti sekolah bermakna jalan2..melancong...blk kg..
ReplyDeleteIbu manalah yang tak mahukan kebaikan untuk anak-anak mereka...:)
ReplyDeletesama la kat apartment eija nie dyo main bola smpai tgh mlm.. haha mentang2 la da cuti kan.. main kat lobi :)
ReplyDelete** kak zakie sedapnya nmpak puding tu
cuti sekolah bg saya dulu adelah baca novel jugak.. dengan kerkhemah.. lepastu kakak jemput datang rumah suh teman anak-anaknye bermain sama-sama..
ReplyDeletemenarik puding roti akak..2tone lagi..
ReplyDeleterajin kak zakie..puding pon nampak berseri-seri..sungguh
ReplyDeletekat selangor hari ni last sekolah, tapi anak saya minggu ni dah banyak memonteng, adik abah ibu demam diorg amik kesempatan, lagipun kat sekolah dah tak belajar.
ReplyDeleteKita sebg ibubapa mesti ada suatu amalan khusus utk anak-anak kan, utk kebaikan diorg dunia dan akhirat.
yaaa... sakit kepala tv on dari pagi sampai malam.. hihi.. takpe.. janji derang happy.. yang pasti makanan kena sentiasa ada.. 😅😅😅
ReplyDeleteHari ni masih sekolah lagi. Saya nak 'cutikan' aje si Abang sebab pergi sekolah pun duduk aje berborak, tak buat apa tapi tetiba Abang rajin. Hari ni pun nak pergi sekolah sebab nak ucap selamat pada kawan-kawan yang tak akan sekelas dengannya tahun depan. Bagus akak 'mandrem' anak-anak setiap malam. Saya ni kadang buat, kadang terlupa!
ReplyDeleteSaya dah tinjau barang keperluan sekolah anak-anak juga. Anak-anak tak banyak cerita, Mommy pulak teruja lebih-lebih macam dia yang nak pergi sekolah!
slmat brcuti adik..ok jgk tu kak ada jgk kuih yg nk dibawa.klu nsi lmk mmg x smpt.
ReplyDeleteSelamat bercuti ye anak2....Dania hari ni last sekolah dah...next week angkut dia bawak pi KL...
ReplyDeletelawa nya puding roti tu kak..
ReplyDeletekena mandrem? hahaha..mandrem yg macam tu, mmg perlu! :)
alhamdulillah..ms tuk anak2 berehtdirumah bersama keluarga..seronoklah kakaksemunya dok berkumpul..;)
ReplyDeletesini cuti sekolh ujung menggu dpn yg kami dok tunggu2..tp most of the students dh tk dtgkecuali hr bg hadiah..aidan pun kami tak bg pegisekolah arinie wpun ade jamuan sbb tkut tak dimonitor dia makan aiskrim& minum sejuk kalo..dia allergik sejuk, takut terkena balik batuk serius yg baru nak pulih nie (masih berantibiotik lg nie)habeslah kegembiraan travelling kami...huhuh
Assalam kakzakie..acik dah tak mencari keperluan anak2 sekolah lagi.
ReplyDeleteseronok anak2 dah bercuti ye kakzakie
Assalam kak... Anak2 tadika haza next wk baru start cuti. Banyak sangat agenda cikgu2 tadika.. Hehhee terliur tengok puding roti akak. Roti tu akak blend yek?
ReplyDeleteselamat pagi kak.. assalamualaikum.. :)
ReplyDeleteHaikal dah start cuti sekolah sejak semalam.. sebab dia tak sihat.. sejuk2 asma mula menyerang.. so cuti terus lah..
Start lah kena masak banyak2 untuk anak2 kat rumah.. sebab diorang makan dari pagi sampai petang kul 7 baru mama ngan abah balik keje.. :)
haha...mandrem yang baik2 tu..lya pon selalu amal ya latif tu.. utk asya.. n diri sdri bila sakit..
ReplyDeleteJangan mandrem orang lain hihi...kalau mandrem anak2 memang digalakkan. Amalan yang perlu dilakukan supaya menjadi contoh.
ReplyDeleteKalau cuti sekolah ramailah budak2 main bola, badminton dikawasan taman.
Seronoknyer...
ReplyDeleteInsyaÁllah...setiap ibu bapa nak yg terbaik untuk anak2 mereka..:)
Bila dikenang... Seronoknya zaman persekolah, masa cuti panjang ni paling ditunggu2.
ReplyDeleteTak ke mana pun masa cuti, dok kat kampung tapi meriah dengan aktiviti dgn kawan2 masa cuti ni. Lagi best sebab musim hujan, air parit penuh....apa lagi berkubang jer...hehe
assalamualaikum kakzakie...kasih sayang ibubapa utk anak2nya...:)
ReplyDeleteSeronok anak-anak bila cuti sekolah panjang bermula.
ReplyDeleteBagi kawasan yang kena banjir tu. Ibu bapa kena awasi anak-anak juga.
bestnya cuti sekolahhhhh
ReplyDeletealhamdulillah..terima kasih kak sebab mengajar saya cara-cara mandrem anak sehingga besar :) akan saya praktik kan..hehehe...
ReplyDeletepandai je si kakak kata mandrem ya kakzakie...
ReplyDeleteazim ,anak sya dah 3 minggu cuti kakzakie...bila suroh baca buku teks yg dh dibagi tu dia kata nk nikmati cuti ni dulu ...kan cuti masih panjang..pandai je menjawap..
kena ada program semasa cuti sekolah pulak...
ReplyDeletebagus amalkan sebelum tidur, anak2 bersalaman, pelukcium dgn ibubapa...anak2 akan sentiasa rapat dgn ibubapa, dgr nasihat...
mandrem yang membawa kebaikan. its ok
ReplyDelete:)
cuti sekolah masa anak2 lbh bersama keluarga...
ReplyDeletemandrem itu perlu kak.. usaha.
ReplyDeletekalau pipi papa nya lembut, confuse gak tu :D
Salam,
ReplyDeleteowh! kat Johor budak sekolah dah mula cuti dah ye...di selangor harini last day.
Walaupun apa yang dapat di bawa itu tak penting ..yang paling penting mereka akan seronok dan bangga yang mereka juga ada bawa sesuatu untuk di makan bersama2 kawan2 dan cikgu...
Adik... kan adik kannnn..
akak..doakan imm pun istiqamah mandremkan anak2 tiap2 malam huhu..bacakan 3qul mase teringat je haiihh
ReplyDeletedah cuti sekolah.. masa2 ini la yang anak2 nanti2kan... huhu..
ReplyDeleteSalam kz ..
ReplyDeleteBermula cuti sekolah bermakna dpt relak la sikit jadual belah pg ..
Tk perlu anta budak2 ke skolah.
skjap saja kan sudah pnhujung tahun.
ReplyDeleteskolah dh mula brcuti.
xlama lagi penuhla jemputan kenduri kendara kan
sedapnya puding roti tu.warna pon menarik
nor msk tkpe lgi kak, bsuh kain dgn lipat.. mls ya ampun
ReplyDeleteteringin nak buat puding roti.. tapi takut tak jadi.. huhu...
ReplyDeletealahai cantik sungguh kaler puding ni kak.. :)
ReplyDeletehehehe..anak anak suka mengusik ye kak..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak.
ReplyDeleteCuti sekolah sudah bermula. Anak-anak semuanya bagaikan merdeka. Ibu bapa juga yang pening bila anak-anak mula bertanya: "nak berjalan ke mana cuti sekolah ni? Adoii saya pun pening juga...
Kak, 'mandrem' tu apa?
Assalamualaikum sis..
ReplyDeletesaya masih baru dalam dunia blog ni..jemput singgah blog saya,,
naniarshad.blogspot.com
maka bermula hari isnin nie, perjalanan ke tempat kerja dah tak payah nak terkejar-kejar sangat sebab jalan dah mulai lenggang
ReplyDeleteGitu lah anak2 kak zakie... dah rasa merdeka... masa cuti sekolah je la dpt main.. nanti dah start sekolah semula kena main dgn buku pulak blk...
ReplyDeleteSedapnya nampak puding roti akak tu...
nampak menyelerakan color puding roti tu mbakyu ^_^
ReplyDeletesedapnya puding 2.. puding memg favorite sy...
ReplyDeleteMenawan sungguh puding tu kak..
ReplyDeleteJemput singgah sini http://www.cintavitamin.com
As Salam kakzakie,
ReplyDeleteapa plan cuti sekolah ni?
terliur betui tgk puding hijau-putih tu...hehehe
puding roti akak nampak marveles lah.. (y)
ReplyDeleterindu la pulak zaman cuti sekolah dulu... dulu saya cuti sekolah berlumba2 ngan member cari keje part time.. rasa hebat gler dapat duit gj mase cuti sekolah dl.. haha
ReplyDeleteSelamat bercuti untuk adik-adik semua...time to chill up..he..he
ReplyDeletesamalah JM waktu bersekolah dulu...waktu cuti panjang lah di tunggu hehehe
ReplyDeleteahaha..mandrem katanya...lawak lah anak2 kak Zakie ni
ehhh macam saya dah komen kat sini tadi...
ReplyDeletelama rasanya tak pegi kenduri kendara macm ni, zaman2 dulu ini lah dia hiburan kami orang2 kampung
btw saya pun makan kat street food jugak kak... bukan yg grand2 saja
Sedapnya kak. Nak resepi.
ReplyDeletehehehhe mandrem lak dikatanya ye kak
ReplyDeletebertuah betul anak tu ye
cantik kaler puding tu
hijau
segar mata tengok
Hehehe.. mandrem pun mandrem la akak.. yg penting2 semua tue terbaik utk anak2..=D
ReplyDeletesalams kak zakie,seronoknya majlis khatam alquran:):)
ReplyDeletetergelak dengar perkataan mendrem...yg penting anak2 jd bijak:)
Nak mandremkan jugaklah bebudak dlm rumah ni hihi...Buat tapi tak istiqomahlah kanda...
ReplyDeletehehe..kena mandrem ye
ReplyDeletesaya pun nak buat benda yang sama pada bebudak ni
cantik dan menyelerakan puding tu