Apabila cuti sekolah kian memunculkan diri dan musim peperiksaan habis, dapur mama pun lebih banyak bercuti. Lebih banyak memeriahkan dapur restoran daripada dapur sendiri. Anak-anak pula mula merancang strategi mencari lokasi tempat makan di mana yang dirasakan sedap dan selesa. Papa biasanya akur saja, janji tidak menjejaskan jadual/rutin hariannya. Dua hari lepas kami ke Restoran Singgah Selalu lagi, tempat persinggahan kami selalu.
|
Pilihan 1 - Kerapu steam nyonya dan butter prawn. Dua ini sangat sinonim setiap kali kami ke sini. Menu yang atas pilihan adik, menu bawah pilihan Kak Meen. |
|
Pilihan 2 - Aspargus dan shark-fin soup. Atas pilihan mama dan bawah pilihan papa |
|
Pilihan 3 - Satey daging yang lembut dan pasti tanpa lemak itu yang kami semua suka satey di sini. Bawah mama saja yang makan ini kerana yang lain-lain semua makan nasi dengan lauk-pauk yang dipesan. |
|
Johor tanah tumpahnya darahku - Keluar dari restoran singgah menikmati pancaran permata dari gerbang mahkota di Bukit Serene ini. Kalau mereka yang punya kamera canggih pasti cantik bila gambar dicapture waktu malam. Gumam kami menganggarkan jumlah duit yang terlibat untuk pembikinan ini. |
Setiap kali menerima bill pasti mata tertancap melihat jumlah cukai yang dikenakan. Namun kalau sudah ini yang digariskan pihak pemerintah kepada semua peniaga mereka pun tidak mampu berbuat apa-apa sama seperti pelanggannya. Kita sesama rakyat melenting bagaimana pun tetap kena akur juga akhirnya.
~~ Menjadi pelanggan tetap sudah pasti dapat melihat kenaikan harga dari sehari ke sehari. ~~
semua pon sedap.. paling suka shark fin soup.. tapi kalau mahal berbaloi dengan kesedapan.. kira ok la tu kak.. puas hati..
ReplyDeletelynn jarang makan kat singgah selalu ni...tengok menu macam menarik jer kak...especially butter prawn tu...
ReplyDeleteAssalam kak zakie...julia mcm pernah dengar la restoren singgah selalu di johor tempoh hari ju pi sana...sedap yer shark fin sup...x pernah makan la sis..cm mana ye rasanya...waaaaaaa mewah semua menu...alhamdulilah suami akak hargai akak...memeriahkan restoren yg ada best2
ReplyDeletepsstt: Moga satu hari nanti kita akan bersua kakzakie.. ;) boleh cuba makan kat restoran tu.. ;)
ReplyDeletekak, zee ni kan tak bekpes pon lagi..tertelan-telan ailio tengok gambar yang menyelerakan gini..
ReplyDeleteshark fin soup tu menarik sungguh..dah lama tak merasa..kalo sendiri beli memang tak pernah..heheee
mula2 bc tjuk camleh agak kakak akan mkn shark fin..heheh...somehow makann kat situ mmg best..agaknya harg skrgdah berganda drp 6 thn lps kan..
ReplyDeletep/s-nanti inshaallh kami nak ke selatan, ade peluang leh dating kat sini yer kakak..:)
Juadahnya sedap-sedap semuanya Kakak. Mesti berselera makan ni.
ReplyDeleteTak pernah makan shark fin soup tu kakzakie.. nampak sedap jer.. nak cari jugalah disini.. nak gi ke Johor jauh pulak :D
ReplyDeleteNasib rakyat marhein kak, kena akur membayar cukai tu ..
Kak! Sy rindu Singgah Selalu. Dulu, selalu je terjah sini. Hahahah! Sbnrnya, sy rindukan JB. Dah lama tak ke sana.
ReplyDeleteamboi..bertuahnya anak2 kak zakie boleh makan mana je diorang nak..
ReplyDeleteselalu dah pegi johor tapi tak sempat2 nak singgah singgah selalu ni..semuanya nampak sedap!!
ReplyDeletetu la kan kak...terpaksalah kita rakyat telan semuanya..
ramai ckp kat sini makan sedap2 kan kak...tapi lieya takdan betul nak try bile balik johor....nak buat camne, balik kg jek mak dah masak mcm2 heheeheheh
ReplyDeletetengok gerbang mahkota waktu siang pun dh cantek ...nak juga tengok waktu mlm tentu lebih menarik dengan cahaya2 lampu kan kak zakie..
ReplyDeleteKalau kak zai ke johor memang wajib disinggah direstoren ini. Makanan disini sedap2 belaka.
ReplyDeleteAnak kak zai tak kerja dijohor lagi sebab tu lah jarang pergi. Rindu JPO huhu....
Kalau saya turun ke JB nanti, memang nak singgah di Singgah Selalu. Tak tahan tengok butter prawn tu, kak. Ingat nak ke Legoland tapi kalau crowded sangat cuti sekolah ni memang tak pergilah lagi. HD bukan suka tempat crowded. Nak cari tempat sunyi sepi cuti sekolah ni kat bilik dalam rumah jelah!
ReplyDeletesy sekali dua sahaja (bukan sekali sekali tau)makan di singgah selalu ni kak.
ReplyDeletemmg patut SINGGAH SELALU lah kalau gitu menunya..
ReplyDeletenti pg Jb nk singgah selalu jugaklh...
ReplyDeleteseronokkan kz makan-makan dengan anak2, sedap nampak butter prawn tu, kalau bole masak macam ni bangga sangat hehe.. shark fin dulu makan masa annual dinner atau chinese wedding :)
ReplyDeleteAllah kak..dah la saya tgh lapar ni...terus berbunyi perut..hheheeh..nak kene cari mkn la ni!
ReplyDeletewow..jamu mata saya..hehe
ReplyDeletetulah kak..cukai tu kalau tak dialihkan kpd pelanggan, peniaga la kena tanggung. tak boleh buat apa. Cuma pemerintah yg mampu mengubahnya..kalau mahu.
sedap makanan disitu sbb tu singgah selalu....mahal sikit xper asal puas hati...
ReplyDeleteAlhamdulillah dh sihat berkat doa kzakie dan kawan2 yg lain, trmkasih.
ReplyDeleteNampak semuanya sedap tu.
Ermmm..kena peruntukkan sejumlah perbelanjaan juga ni nampaknya keluarga kzakie utk makan2 masa cuti ni yea, tak kisahla ada kemampuan dan bole gembirakan anak-anak ye idak.
Butter prawn tu my favorite kz..kat mana-mana mesti nak order yang tu..bawal steam another one..sedap...selamat jalan-jalan cari makan..
ReplyDeletebutter prawnnnn..! sukaaa..! nak buat malas... hihi.. tengok gambar jelah., hihi..
ReplyDeleteErrrrrr..berapa harga gerbang mahkota di Bkt Serene tu kak zakie? Baru ada ke? Saya balik JB nanti Insya Allah nakgi tgk dan ambik gambar, lepas singgah Singgah Selalu...hahaha
ReplyDeletenieyl suka butter prawn tuh...
ReplyDeletePendapat:
Kadang2 kite sbg rakyat pun tak boleh 100% salahkan peniaga kan..sbb mereka jugak kena tanggung pelbagai kos dlm perniagaan..Contoh mcm mak nieyl..bukak kedai makan..pelanggan nak makan semua yg sedap2...ofcouse la kite akan pilih barang2 pun yg terbaik kan..tapi bler time byr..bising mahal.. tapi pernah tak fikir,kenaikan harga barang2 basah skrg nie...serius mmg terasa..mana pelanggan yang selalu pegi pasar..die tahu la harga semasa.. :) tetapi harga pun kena berpatutan la...betul tak..:)
salam kakak~ sesekali melayan kehendak anak2 kan~
ReplyDeletekalo bukan cuti sekolah.. mlm2 sibuk ke tuisyen pulak. jadiknye.. masa2 cam nih lah boleh pilih kat mana nak makan.
sate yang kakak oder tuh sangat menggiurkan. sedapppp!
kak zakieeee...mengodanya semua makanan tu..telan air liur ni..nak jugakkk..
ReplyDeletebetul kak..sura pon perasan kenaikan tu sentiasa ada...tapi tu la..bak kata kakzakie..kita kena akur..:(
Pilihan menu yang sungguh menyelerakan... Terlur juga dibuatnya! Lama juga tak pekena shark fin soup tu!
ReplyDeleteTapi saya dapat bayangkan harga nya! Sesekali bolehlah...kalau selalu mau juga rabak simpanan.
who are we to question the government... walau itu adalah hak dan tanggungjawap kita. apapun kenyang jugak la saya tatap gambar ni telan liur hahaha.
ReplyDeletepernah beberapa kali singgah makan sini
ReplyDeletetapi belom jumpa menu yang kena di tekak
maybe boleh try menu akak order ni
Kat mana la singgah selalu tu ya kakzakie
ReplyDeleteKak zakie, bestnya.. selalu saya lalu je tak pernah singgah. Dah 7 tahun duk Jhor tak pernah suami bawak. Katanya situ mahal. Kalu sedap mahal pun ok la sekali skala. Selalu kami makan kat Damai seafood kat kg teluk danga.
ReplyDeletesalams ptg akak:)
ReplyDeletehujan2 sedap tgk makanan:)
alhamdulillah
ReplyDeleteyang penting perut kenyang
suka hati walau ada geram situ sini
saiki, nyong males ngomong opo2
dah letih, semuanya tak sama pemikiran, masih di takuk lama
lama dah tak singgah situ.
ReplyDeletedah lama tak gi johor.
rindu la plak
:)
Kak zakie..kalau lauk pauk sedap@ macam tu, memang nak singggah selalu, hehe..
ReplyDeleteorang lain saya tak tahu lah....tapi saya terpaksa akur dalam ketidakredhaan. hahahaha
ReplyDeleteKakcik pernah singgah sekali je kat situ... :)
ReplyDeletememang kat Johor banyak tempat makan best kan kak...
ReplyDeleteudahla pg td mkn kuih 2ktl n air milo tawar... tgk segala menu yg ada telan liur berkali2... perkh nyummmm
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...meriah dpt makan bersama bila semuanya ada kn kak...:)
ReplyDeletebetul tu kakak bila selalu berkungjung pasti perasan harganya kan
ReplyDeleteHeheheh nama restoran pun singgah selalu... memang selalu la kena singgah... hehehe sedap2 nmpk lauknya tu...
ReplyDeleteitu sebab JM jarang mkn kat luar...cukai-cukai huhuh
ReplyDeleteAda jugak camtu ek. Igt akk mmg x suke makan kat luar. Ok la tu kak. Tuka selera.
ReplyDeleteKandaaaa.....lamanya tak gi Restoren Sjnggah Selalu....nampaklah sangat lama tak gi JB hihi
ReplyDeleteOhhhh terliurnya tengok udang butter tu..
Setuju ngan kanda...boikotlah macamana pun kalau dah diwajinkan suka tak suka akur ajelah...
wow shark fin soup, mahal tu =)
ReplyDelete