Maha berkuasa Allah dijadikan bumi ini berputaran tanpa mengenal erti lelah. Detik 24 jam yang berputaran tidak pernah culas. Setiap hari akan dijadikan siang dan malam. Semenjak musim hujan ini aku dapat merasakan mentari pagi cepat memunculkan diri. Sewaktu perjalanan ke pejabat sudah cerah dengan silauan gagah sang mentari pagi. Solat dhuha juga menjadi semakin awal. Sekarang jam 6:52 petang sudah masuk waktu untuk berbuka puasa bagi daerah Johor Bahru.
Jumaat semalam - Keadaan lebuhraya Kempas - Pasir Gudang di waktu pagi dengan simbahan sinar mentari. Keadaan agak sibuk tetapi masih lancar sebab pekerja swasta macam aku masih ramai yang bekerja |
Sabtu hari ini - Lengang. Ramai yang tidak bekerja dan berada di rumah pada hari ini, tapi aku sudah meredah pagi yang cerah untuk menuju ke pejabat. Sekadar menjenguk pejabat sekejap. Rasanya 2-3 jam lagi aku akan balik. |
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
“Maksudnya : Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang,matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.”[Al-Anbiya' : 33]
yelah kak rasa mcm belum pernah seawal ni..kat sini pkul 7 dh masuk maghrib...masa tu anak2 baru sampai rmh..nanti suama masa kan kak,3 hari bumi bergelap..masa tu pintu taubat tertutup..Ya Allah takutnya kak..
ReplyDeleteSalam pagi Sabtu, Subhanallah, pertukaran malam dan siang adalah tanda2 kekuasaan Allah..
ReplyDeleteselamat bekerja, kak..
Cantik sinaran pagi akak..selamat bekerja yer..
ReplyDeleteSelamat menjalankan tugas buat akak..
ReplyDeleteJuga selamat berehat dihujung minggu..
ialah kakzakie....budak2 sini sek men tiba rumah kul 7.30 maghrib dah lama masuk waktu..
ReplyDeletepagi kul 7 mentari dah meninggi skg ni.
slamat jlnkn tugas kakzakie...
alhamdulillah...masih diberi kesempatan menkmati indahnya alam milikNYA..
ReplyDeleteAlhamdulillah, hari ni cerah, moga tk hujan hari ni, byk keje nk buat dh dekat2 nk cuti ni, apa pun hujan, panas semua tu lumrah alam yg tk mampu kita tolak.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah sabtu Kak...Diana seawal jam6.30am dah waktu kerja Kak tapi balik awal iaitu jam4.00pm...hehe...matahari seawal pagi memang sangat cantik sinarannya...
ReplyDeletearini cuaca agak suram walaupun sang mentari muncul di pagi hari..
ReplyDeletesalam sabtu KZ...Alhamdulillah..kita semua diberi Allah kesempatan untuk menikmati cahaya sang mentari kat luar sana...
ReplyDeleteSypn sama, walau cuti g pej gak, byk keja blum siap..
ReplyDeleteSelamat bekerja Kakak. Cantik sinaran matahari yang kakak ambil tu. Hebat Allah SWT buat semua ni.
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu kak..:)
ReplyDeleteSalam kak...lama sungguh intan x mai jengah blog kak zakie..harap kak zakie sihat walafiat hendaknya..selamat berhujung minggu ya kak
ReplyDeleteKat tempat kak zai buat masa ini susah nak nampak matahari kalau ada pun waktu pagi sekejap aje,hari2 hujan.
ReplyDeleteWaktu maghrib kat sini pukul 7 pm .
Selamat berhujung minggu kak...
ReplyDeletesemoga matahari terus bersinar dihari mendatang, cantik pic sunrise tu kak zakie
ReplyDeleteBetul la kak...masuk waktu awal sangat kadang terkejar2...sangat cepat waktu sekarang ni...
ReplyDeletebila renung pergantian malam dan siang
ReplyDeleteterdetik, bilakah saat nafas terhenti?
wallahualam, moga dalam rahmatNya selalu
Selamat bekerja di hujung minggu....
ReplyDeleteAwalnya maghrib....
lynn baru start kerja hari ni kak...kalau jdt menang esok baru kerja agaknya...hihihi...
ReplyDeletepic tu ambik masa driving ke kak? Cantik!
ReplyDeleteTEangn jer drive keadaan macam ni kan. rindu la Malaysia.
ReplyDeleteaah kan kak...dah makin awal...subuh skrng ni melaka 5.38 lebih kurang..
ReplyDeletecantik kereta akak ada bunga la... : )
Sekejap aje masa berlalu. Dah masuk bulan November kembali. Sekarang ni memang terasa pantas aje masa berlalu. Di KL, pukul 7 malam dah masuk Maghrib. Tak sempat nak masak untuk makan malam sekarang ni. Kalau masak pun makan kena lewat sikitlah selepas Maghrib.
ReplyDeleteKesiannya kanda.....
ReplyDeleteTak pelahkan kanda demi sebuah tanggungjawab.....nak buat macam mana, kerja pun kerjalah....huhu
shah alam pun kul 7 dah masuk maghrib.elok juga senja2 kita dah berada dlm rumah ready utk solat..
ReplyDeletekl dalm jm 7 dh maghrib..
ReplyDeleterindunya highway kempas pasir gudang..
puasa memang best kak zakie. dapat berbuka awal.. tapi jenuh pulak nak bangun awal sebab subuh pun masuk awak.. huhu.. takpe, pahala pahala.. hehe..
ReplyDelete