Dalam setahun sekurang-kurangnya adik akan mendapat dua kali hadiah dari pihak penerbitan PTS Publication. Satu darinya biasanya apabila tiba hujung tahun hadiah seperti kalendar dan diari akan dikirimkan. Tidak rugi adik menjadi sahabat PTS Publication. Awal minggu ini adik mendapat hadiah buku cerita kanak-kanak.
Surat Kiriman - Mendapat hadiah buku dari PTS Publication. Ini adalah hasil dari setiap satu buku dibeli keluaran PTS ada satu setem yang terletak di hujung penunjuk buku tersebut. Apabila sudah berjumlah 10 setem, kirimkan ke penerbit dan tidak lama kemudian akan ada hadiah diberikan. |
Kenali 10 Haiwan daripada Al-Quran & Hadis - Buku yang baru diperolehi tetapi belum dibenarkan untuk membacanya kerana minggu ini minggu peperiksaan sekolah kebangsaan buat adik. Minggu hadapan pula minggu bersedia peperiksaan sekolah agama. |
Comel - Selain berupa ilmiah buku ini juga menarik minat anak-anak untuk membacanya. Gambar-gambar binatang yang dipaparkan semuanya comel-comel belaka. Pemilihan warna yang terang juga sangat menarik. |
Belajar bahasa - Lubang bahasa Melayu, Hole bahasa Inggeris, Hufrotun Bahasa Arab, Lam-wau = lu, Ba-nga = Bang (lubang - tulis jawi). Bagus untuk anak 6-8 tahun. Tapi adik janji buku cerita dia tidak kisah. Mama pun kongsi membaca juga sebenarnya hihi... (adik membaca buku mengulangkaji mama curi-curi membaca dulu buku ini). |
Belajar - Selain boleh belajar bahasa Inggeris, boleh juga belajar bahasa Arab. Lagi yang baik kepada yang belum pandai mengeja jawi pun boleh belajar dari buku ini. Tetapi biasanya anak-anak di negeri Johor ini masuk Tadika sudah belajar mengeja dan menulis jawi. Jadi 6-7 tahun biasanya sudah boleh menguasai membaca and menulis jawi. |
~~ Buku dan ilmu tidak boleh dipisahkan. Ilmu dan manusia juga kena sentiasa beriringan. Hanya jumlah yang digarap dan diperolehi dari buku yang dibaca pada setiap manusia tidak sama.~~
Wah mesti seronok adik dapat hadiah dari PTS lagi. Untung juga jadi sahabat baik PTS ni kan Kakak. Tahniah buat adik.
ReplyDeletebagus hobi adik nih... membaca nih sebenarnya akn membantu seseorang 2 utuk lebih bnyak idea... untung adik tiap2 tahu dpt hadiah.. kak Ahlam jeles.... hehehehe
ReplyDeletebgs..bgs...
ReplyDeleteJadikan buku sahabat baik kita...:)
seronok anak mempunyai minat macam ni..pelanggan tetap pts lah ni ye?saya pon tiap bulan..tapi..emm..
ReplyDeleteAs-salam kak zakie,
ReplyDeleteWah.. beruntungnya adik dapat hadiah dari PTS.. lagi beruntung kerana dapat selalu dapat berdamping dengan buku dan ilmu.. ALHAMDULILLAH..
Tahniah buat Adik.. selamat menjawab peperiksaan buat adik..
ReplyDeleteMemang bagus buku tu Kakzakie.. banyak bahasa yg dipelajari.. :)
rezeki..
ReplyDeletealhamdulillah..
seronoklh dpt buku ye, sma mcm iman.. ulat buku, msa tgh exam ni, cutilh bca buku merapu...
hri ni last exam... jadi ulat bukulh...
Tahniah adik! Saya ni dok berperang dgn 2 abdul . Payah sgt nk membaca buku cerita. Komik saja
ReplyDeleterajin membaca bnyk ilmu diperolehi...kak dulu pernah ikuti ursus penulisan novel pts...penceramahnya pemilik pts seorang penulis terkenal..
ReplyDeleteSudah berbelas tahun saya tidak pernah peduli buku-buku untuk sikecil ini maklumlah anak-anak pun dah besar panjang. Tapi sikit hari lagi mungkin akan rajin mencarinya semula untuk cucu..
ReplyDeletebuku yang menarik...budak2 mesti suka ni.sya pun suka juga intai2 buku kanak2 ni ,kadang ada juga kita xtau sebelum ni dpt kita tau.
ReplyDeletebagusnya buku pts ni kak...
ReplyDeleteoohh..tak tahu pulak boleh jadi sahabat PTS...alhamdulillah..rezeki dapat buku free..
ReplyDeletebgs lah buku2 nih kak... siap ada 4 bahasa, kite yg tua nih pun kadang blh gune sekali utk bahasa arab tu hehehe
ReplyDeletemesti seronok si adik tu ye =)
ReplyDeleteapapun tahniah
rajin membaca bagus adik
ReplyDeleteMenrik betul bukunya, macam ni mak budak pun suka ka kzakie
ReplyDeleteAlhamdulillah murah tezeki adik, moga adik berjaya dalam semua exams.
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...wah !! bestnya dpt hadiah...;)
ReplyDeleteSalam Jumaat kak, something for u di blog KA tq http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/nasib-3-blogger-bila-ka-jadi-english.html
ReplyDeletesalams jumaat kak zakie:)
ReplyDeletewah mesti adik seronok sangat dpt hadiah dr PTS:):)
pts publication pun best jugak kak...
ReplyDeleteecah dulu time sekolah2 rajin beli buku latihan by cerdik publications.. ;)
Bestnya dapat hadiah buku. Saya pun suka buku. Suka kumpul tapi baca dah jarang. Sibuklah alasannya. Apalagi nak digunakan sebagai alasan paling mudah.
ReplyDeletebertuahnye adik.. selalu dapat hadiah.
ReplyDeleteuntung jugak jadik sahabat PTS yer kakak~
Nampak menarik pulak buku ini. lebih2 lagi part banyak2 bahasa tuh. boleh jugak zura belajar lagi. hehehe
Mesti seronok adikkan KZ...hadiah buku memang best...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteTahniah adik...rezki dan ganjaran dari 'Mencintai Buku'...teruskan....
assalam kak zakie, sy amat hargai komen kakak diblog saya. Begitu disiplin kakak mendidik anak dan hasilnya membanggakan patut dicontohi , insya Allah . T.kasih kakak.
ReplyDeleteTahniah adik.... rezeki tu namanya
ReplyDeleteAdik mesti suka sebab adik rajin baca buku
rezeki.... sangat adore kids yang sukakan buku.
ReplyDelete*JJ boleh makan pedas sikit2, dia tak komplen tapi dengar dia macam hissss hissss tarik nafas hahaha tapi ada satu hari tu nangis dia time berak, terlebih pedas kot. zalim ker mamanya? tapi dia tak komplen apa.
lpsni bolehlah beli...try kasi kt anak kte plak.hehe...
ReplyDeletetahniah adik
ReplyDeleteSeronoknya dapat buku cerita kan, kalau saya memang excited la sebab saya ni pencinta buku..
ReplyDeleteBuku mmg mengasyikkan dan menghiburkan terutama kpd pencinta buku
ReplyDeletebagus buku ni..ada tiga bahasa dan tulisan jawi..
ReplyDeleteBagus syllabus negeri Johor, dari tadika dah ajar bahasa jawi, semoga bahasa jawi ni tidak hilang ditelan zaman..sebaliknya dipelihara dan digunakan oleh umat Islam..
kanak2 mmg seronok dapat hadiah mcm tu...bg mereka nilai tak penting...yg penting ianya percuma dan membawa manfaat...
ReplyDeleteMinat membaca mmg kena start dari kecik.. farah pn tgh dok ajar emir supaya dia pn minat membaca nnti..
ReplyDeletezaman ipad nie agak susah juga nak galakkan anak membaca, tapi terpulanglah pada ibu bapa yg mendidik di rumah.
ReplyDeletetahniah adik!harap kekalkan minat membaca sehingga adik dewasa..
minat membaca kna ppuk dr kecil kan kakak.
ReplyDeletein shaa Allah akan cba terapkan buat permata hati nanti.aamiin