Berkongi WhatsApp group sahabat masjid kami yang terpapar sebagai renungan.
WANITA
20an : mengancam
30an : macam-macam
40an : terancam
50an : semacam
60an : susah nak cam
LELAKI
20an : bergaya
30an : bercahaya
40an : macam buaya
50an : tak boleh percaya
60an : dah tak bermaya
Sahabat-sahabatku
Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat MATI
TIDAK harus TUA
Jangan terpedaya
dengan tubuh SIHAT
kerana syarat MATI
TIDAK mesti SAKIT
Bekal hari ini - Anak remaja membuat air detox aku yang sudah tua ini pun terikut sama. Bukan untuk lambat tua tapi untuk menjadi lebih sihat itu yang dikatakan anak. |
Jangan terpedaya dengan harta kekayaan
sebab
si Kaya pun tidak pernah
menyimpan kain kapan
buat dirinya
meski cuma selembar
Mari terus bebuat BAIK
berniat untuk BAIK
Memberi nasihat yang BAIK
MeskipunTIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dengan Nasihatmu
Cukuplah Allah yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain
Jadilah bagai jantung
yang tidak terlihat
tetapi terus derdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan olehNYA
Sahabat-sahabtaku...
"Waktu yang ku sesali adalah jika
pagi hingga matahari terbenam
amalku tidak bertambah sedikitpun
padahal aku tahu saat ini
umurku semakin berkurangan"
~~ Sekadar renungan di hari Jumaat yang mulia ini.~~
assalamualaikum kakzie...salam pagi jumaat...semoga akak sekeluarga sehat sentiasa...
ReplyDeleteselamat pagi kak...
ReplyDeletemama singgah setelah sekian lama.. buzy nak pindah kan...
Ikhlas Dari : Mama Niza
Salam Jumaat Kak..pekabar?? lama tak bertandang kesini..rindu..hehe..
ReplyDeletePerkongsian yang baik.buat renungan di pagi Jumaat :)
Tidak semua kelapa gugur waktu tuanya...yang muda kadangkala setandan sekaligus gugurnya...
ReplyDeleteyelah kak, saya pun tak simpan kain kafan sendiri..kalau ada, apalah yg saya rasa..
ReplyDeleteterima kasih tazkirah.
Entry akak ni sesuai dengan emosi saya beberapa hari ni. Sesungguhnya tahun 2014 tahun pwnuh kejutan. Dlam keluarga kami ni, ada 4 kematian dalam masa 3 bulan ni. Bila berjumpa muka2 yang sama di majlis pengebumian, saya terfikir macam2..ingat nak tulis satu entry sejak kematian mak cik 2 minggu lepas namun rasa tak terluah perasaan ni. Rasa lemah sangat diri ini.
ReplyDeletedeep
ReplyDeletemenyentuh jiwa..
kita sama kak berdetox..
wah..akak pon dah berdetox jugak yer..tuk sihat ape salahnya cuba..
ReplyDeletesebut mati memang rasa takot kak..camaner pon kita tetap akan 'pergi'ke sana..moga segala amalan kita diterima..amin
jgn nak macam-macam ye banggg...hehehe..
ReplyDeletebtw..terima kasih upload gambar air tu boleh jugak bagi saya idea nak buat air ape utk dia utk minggu nie ;)
kak zakie pon dah minum air detox ye..
ReplyDeletematu itu pasti
semakin berusia...
ReplyDeleteSemakin dekat kita menuju MATI..
wah!akk minum jgk ek...
nieyl baru nak cube nie...:)
heheheh tp ada jgk yg dh 60 an 70 msh kuat n ligat lg mcm nyai dana kt kampung... msh ligat berkebun, msh lg sibuk jaga segala pokok2 tanaman dia... kalu bt keje laju je... heheheh
ReplyDeletesedap tu air detox kak... dh ada org bt kan lg sedap
pandai yang tulis tu kz, memang betul mesej pulak, ada air detox bagus tu, macam cuci dari masuk mulut hingga ke usus kan...salam jumaat.
ReplyDeleteBetul kak mati tak menunggu sakit kadang2 dalam sihat pun Allah boleh ambik nyawa kita. Teringin pula tengok air detok kakak tu.
ReplyDeleteassalam kak zakie..
ReplyDeletesedar yang diri ini tidak sempurna maka disinlah bagus dan gunanya kawan2 yg boleh saling ingat mengingatkan..
Kita hidup dlm dunia yang semakin mencabar ini, kadang kala tersasar juga dr landasan.. Cepat2lah kita sedar..
Sy pun teringin juga nak buat detox tu.. Tq fr sharing kak :)
Betul tu Kakak. Kena selalu beringat, mati tidak mengenal siapa. Sampai masa,rezeki dah habis insyallah Allah akan menjemput kita semua.
ReplyDeleteSalam Junaat kak zie... Suka dengan penulisan akak.. Melting
ReplyDeleteSemoga selalu beroleh pengampunan Allah
ReplyDeletebetul tu kak..bila tiba masanya akan pergi juga xkira tua atau muda
ReplyDeletesalam Jumaat kak..kakzakie pon berdetox..bagus2..sura nak buat tapi tak buat2 lagi..
ReplyDeleteSelalu jugak ingatkan anak2..mati tu tak kira usia..sambil mengingatkan diri sendiri..nice sharing kak..:)
Salam kenal dan salam singgah... terima kasih atas ingatannya...
ReplyDeleteSalam jumaat kak. Mekasih atas renungan dan peringatan ni kak.
ReplyDeleteTAk pernah lagi buat air detox ni kak.
Salam pagi Jumaat, kak. Memang betul tu, sedih jadi perempuan ni tapi itu semua tak penting. Yang penting apa bekalan yang kita dapat bawa ya tak?
ReplyDeleteSaya pun sibuk berdetox juga. Kesannya tak tahulah!
SEMAKIN JAUH KITA MELANGKAH SEMAKIN PENDEK LANGKAH KITA...MATI ITU PASTI...SALAM JUMAAT.
ReplyDeletesemakin kita bergembira menyambut ulangtahun kelahiran..semakin itu juga ajal mendekati..dan semakin itu juga malaikat maut semakin bersiap sedia..
ReplyDeleteSentiasa bersiap sedia untuk mati. Gandakan amalan supaya kalau mati belum tua tidak sesal dan rugi.
ReplyDeletesalam Jumaat kak zakie, benar mati tak mengenal usia. ditambah pula dengan masa sekarang yang makin cepat putarannya, buat kita lupa seketika urusan dunia di sana.. hurmm... moga sama2 lah kita istiqamah membuat ibadah mengejar pahala..
ReplyDeletethanx akak ingatan tu..imm suka ayat akak yang detox bukan untuk melambatkan tua, tapi untuk menjadikan badan sihat :)
ReplyDeleteMendalam sangat n3 kakak haini.
ReplyDeletesama2 lah kita mengumpul saham di sana. sebelom tiba'waktunye' kalo mengejar yang dunia.. memang letih~
assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteKak zaki... apa khabar.
lama tak tinggal komen but i read all your entry...hihihi...
belog sendiri pun terabai.
sibuk bebenor nih...
saya pun dah start buat air infuse tu...
but i call it air confuse...
hihihi...
so far saya tak campur macam2 buah dalam 1 bekas...
1 bekas lemon.
1 bekas oren.
1 bekas epal.
sebenarnya, apa campuran yang betul supaya capai matlamat untuk detox ya?
seorg pemuda di tempat saya baru saja meninggal wlpun hanya demam panas biasa ...benarlah kematian tidak mengenal usia.
ReplyDeletebetul kak...bila mengingat kan hal kematian memang menginsafkan...moga kita kembali kepada Allah dalam keadaan baik dan husnul khotimah
ReplyDeletewahhh, rajin anak2 kakak sediakan air detox utk mama ye..hehe..
ReplyDeletebetul tuh kakak..insyaAllah..terima kasih sangat2 sbb mengingatkan..hugssss..
terima kasih kerana mengingatkan.. kadang kita selalu lupa tentang kematian.. =D
ReplyDeleteSedap air detox tu kan kak.. Myra penah buat sekali.
ReplyDeletetp ada yg cakap lebih berhasil kalau guna bekas kaca.. baru enzim2 terembes dengan sempurna..
memg betul mati xmengenal usia dan masa... huhuhu
ReplyDeletep/s: sedapnya air detox 2...
Mati yg xknl siapa...
ReplyDeletecukuplah mencari redha Allah
ReplyDeletebukan cari pandangan manusia..
manusia banyak buat silap
hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Btl tu mati bukan kira usia , saya pun minum air detox , segar je minum ;)
ReplyDeletesalams singgah jumaat....
ReplyDeletebetul kak, mati tak mnegira usia..huhuhuhuh
saya yg ketegori macam-macam tu kak... memang macam2 sgt...hahaa
ReplyDeletewahhh... glemer air detox skrg ni... teringin nak cuba buat...
terkesan saya dengan, amalku tidak bertambah sedikitpun
ReplyDeletepadahal aku tahu saat ini
umurku semakin berkurangan
rasa macam nak menangis pula padahal sedar ayng mati itu pasti
thanks for the sharing
ReplyDeleteair detox...lama nak buat asyik bertangguh je kak
menarik pulak air detok akak tu :)
ReplyDeleteSalam Kakzakie ku sayang....ni haa nekcik singgah..nak tumpang detok yg boleh meremaja remajikan nekcik ni...he.he
ReplyDeleteGerunnya bila meningati MATI
Cukupkah amalan untuk bekalan di sana nanti
Berdoalah agar Allah merahmati kita..ammin Ya Rabb
air detox bagus handmade lagi kak zakie..
ReplyDeletebetul tu mati itu pasti tak kira tua dan muda,sampai masa..tak cepat tak lewat walau sedetik
Moga kita semua sihat selalu hendakNYA.
ReplyDeleteMoga amalan kita diterima olehNYA
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam kak zakie,, slm singgah hujung minggu... iye mati kepastian. smda cpt atau lambat je... bersiap sedia la kita ye... sedap ke air detox tu??
ReplyDeletemati itu KIAMAT buat kita, kakzakie..
ReplyDeletebiarlah jika tidak disukai manusia....asalkan apa yg kita buat disukai ALLAH...
ReplyDeleteMati itu pasti...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteAlhamdulillah, peringatan sangat bermanfaat. Mudah-mudahan ia menjentik hati dan jiwa kita semua.
Mati tidak pernah mengenal sesiapa, tidak juga mengenal usia. Mati tidak pernah menetapkan siapa yang perlu dahulu dan siapa yang perlu kemudian. Kematian adalah milik mutlak Allah SWT. Dia yang berkuasa menetapkan ajal maut seseorang. Diri kita hanyalah pinjaman sementara...Allahu rabbi
Saya baru kehilangan seorang bapa saudara minggu lepas kak.
ReplyDeleteDetox??...ermm dh lama x minum nk start blk le mcm ni.
Kak zakie, tq datang melawat blog. Memang kena ingt selalu mati ni. Barulah boleh timbul rasa nak insaf.
ReplyDeleteAs Salam kakzakie...
ReplyDeleteterima kasih ats peringatan bermakna ini...
teringat saya kepada takirah Ust Badlishah diTV Hijrah - syarat mati adalah HIDUP...
sebab benda bernyawa tentu akan mati..
Assalamualaikum
ReplyDeleteSalam ziarah.
perkongsian yg baik.. akan diamalkan air detox tu. jgn lupa bersenam juga akak :)
ReplyDeletesatu entri yang bisa menginsafkan kita semua..
ReplyDeletePerkongsian yang penuh bermakna...
ReplyDeleteKanda ....insaf sekali lagi....huhu
ReplyDeleteTengok air Detox tu malam tadi baru minum, nak sihat jugalah katanya hihi... kali ni buh air panas dengan lemon katanya boleh kurangkan kolestrol...
haaaa buat air detox berjemaah ye ngan anak2
ReplyDeletemmg kak, harta paling bernilai adalah kesihatan
bukan nak cantik slim melim dsb
cuma nakkan badan sihat
assalamualaikum kakzakie...salam singgah ke sini kak...:)
ReplyDeletewahhh... bagusnya....sama2 lah kita beringat. nice quote ni.
ReplyDelete- Mia Liana -
Assalamualaikum wbth..bakyu ku...
ReplyDeleteHari hari ingatkan mati...TA ni...takut juga nak hadapi....
tapi..
satu perkongsian yang menyedarkan diri...
Mana dapat ispirasi tu ttg ayat ayat tu bakyu..?
sy pun terjebak buat air detox.. buat utk suami .. buat sekali utk diri sendiri ...
ReplyDeletekami seisi rumah pun membuat air detox juga..lepas tu seisi rumah juga sakit tekak..hahah
ReplyDeleteWanita 60-an susah nk cam? ahahaha..lawak
ReplyDeletethanks kakak berkongsi
ReplyDelete