Monday, November 10, 2014

Hormati dan kasihanilah jenazah

Sebagai renungan bersama di atas apa yang terjadi di hadapan mataku baru-baru ini .

Innalillahi-wa-inna-ilaihi-rojiuun. Ucapan sunnah yang biasa terkeluar dari bibir sebaik mendapat berita kematian seseorang Islam. Jika lokasi jenazah itu dekat mampu untuk kita berziarah apalah salahnya pergi berziarah. Semoga dengan ziarah tersebut dapat mengingatkan kita kepada mati seterusnya mendekatkan diri kita kepadaNya. Selain itu dapat juga menghormati dan tanda takziah serta kesedihan sama kepada keluarga yang ditinggal.

Kepada keluarga yang sedang menerima ujian diharapkan redha dan sama- sama menghormati si mati. Pengurusan perlu dibuat walau bagaimana pun sedih dengan kehilangan orang tersayang. Sebaiknya kepada keluarga yang ditinggal berpakaianlah seperti yang digariskan didalam Islam walaupun ia bukan pakaian biasa ketika tiada kematian dalam keluarga.Terlebih kasihannya sebalik diselak kain penutup jenazah (seorang gadis) dengan keadaan rambutnya terdedah. Aku terpaksa memohon bantuan kakak si mati agar di tutupkan aurat tersebut. Tanggungjawab begini terpikul kepada semua yang berziarah sebernarnya kerana kita kena beranggapan keluarga mereka tidak tahu. Kasihanilah jenazah tersebut. Walaupun sudah tidak bernyawa dia punya aib. Begitu juga ketika memandi dan mengkafankan. Sebaiknya jika ada yang lebih arif serahkan kepada yang lebih arif. Pihak keluarga boleh saja membantu dengan tunjuk ajar yang lebih arif. Jenazah perlu diurus dengan selembut dan sesopan yang boleh. Pengurusan dari membuka pakaian asal yang dipakai sebelum meninggal sehingga selesai dikebumikan perlukan pengurusan yang lembut dan kasih sayang. Hormati dan kasihanilah jenazah tersebut.

Menutup aurat kepada si mati adalah wajib. Haram bagi orang yang memandikan jenazah atau selainnya melihat aurat si mati begitu juga menyentuhnya. Bagi mereka yang hendak memandikan jenazah apabila sampai kepada aurat si mati hendaklah mengalas tangannya sama ada dengan menggunakan sarung tangan atau seumpamanya. Sebab itu sebaiknya gunakanlah sarung tangan getah yang lembut ketika memandikan jenazah kerana biasanya pihak masjid atau surau sudah ada kelengkapan tersebut.

Perkara utama yang diperlukan untuk orang yang memandikan jenazah ialah amanah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :لا يغسل موتاكم الا المأمونون - Riwayat Ibnu Majah yang bermaksud : “ Jangan kamu memandikan orang mati kecuali kepada orang yang amanah.” Jangan jadi seperti cerita yang aku jadikan entri sebelum ini - tangan pemandi mayat melekat pada mayat. Sebagai peringatan bersama termasuk mama dan anak-anak mama serta cucu-cicit mama kelak, belajarlah menguruskan jenazah. Kena ambil tahu fardhu kifayah yang satu ini. Aku jadi takut menanti saat aku dimandikan ketika menjadi jenazah suatu hari yang pasti akan tiba, adakah anak-anak aku mampu melakukannya.

~~Di mana saja kamu berada , maut pasti akan mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai yang kukuh  - (An- Nisa' :78)~~

50 comments:


  1. Sesungguhnya jasad simati itu akan merasa sakit walaupun nyawa sudah tiada lagi...
    Kita saja yang tak sedar perkara itu...untuk menjaga aib simati ketika memandikannya amat penting...supaya keluarga simati tidak mendapat malu...

    Bayangkan sekiranya ianya terjadi keatas keluarga kita sendiri..

    ReplyDelete
  2. selalu juga melihat sendiri proses pengurusan jenazah ,,cuma belum pernah sertai.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak zakie..

    pernah belajar cara pengurusan jenazah secara teori, x pernah lagi dipraktikkan..
    x tahu lah kita ni diberi peluang uruskan jenazah org lain, atau kita dulu yg diuruskan oleh orang..ajal x mengenal usia..

    ReplyDelete
  4. secara jujurnya nor tk pernah lgi memandikn jenazah, tapi dh siap kapan, lihat kli terakhir byk kli..

    pernh skli seorg perempuan yg bkn muhrim mencium dahi jenazah... aduss.. nk kta apa melopong jer tgok..

    ReplyDelete
  5. sy x pena terlibat lg...thanks kak for sharing...

    ReplyDelete
  6. Pernah sekali jer terlibat mandikan jenazah, iaitu arwah ayah. Satu pengalaman dan kenangan yg tidak dapat dilupakan.
    Terima kasih kpd mereka yg menguruskan dan memandikan jenazah yang sentiasa mengutamakan aurat dan menghormati jenazah.

    p/s: Istimewa... penghargaan ikhlas buat kakzakie di : http://relakssminda.blogspot.com/2014/11/blogger-hebat-yang-dikagumi.html

    ReplyDelete
  7. Assalamualailkum kak zakie, good sharing, elok tahu skit sebanyak tentang pengurusan jenazah, tq. bagus kak zakie peringatkan si kakak untuk tutup aurat masa tu.

    ReplyDelete
  8. Jumaat ni ada bengkel pengurusan jenazah di tempat kerja saya tapi sayang saya tak dapat join sebab pengasuh anak2 ada urusan.

    ReplyDelete
  9. menusuk hati n3 akak... sungguh, mampukah anak2/muhrim saya mandikan jenazah sy nnt...

    ReplyDelete
  10. btl tu kak, sbb tu kot bg dana mmg perlu di wajibkan sekolah kt malaysia nih ada sekolah agama... masa dana sekolah agama kt johor lah ada belajar semua nih, ... fardu yg rasanyer semua org perlu tahu perlu ada pengetahuan...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah akak ada. Semoga bila tiba giliran saya nanti, kaku tak berdaya..saya dipertemukan dgn insan spt akak.

    rasa malu dan sayu, sbb saya sendiri tak penah mandikan jenazah.

    ReplyDelete
  12. Perkongsian sangat berguna kak ....

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah akak ada. Semoga bila tiba giliran saya nanti, kaku tak berdaya..saya dipertemukan dgn insan spt akak.

    rasa malu dan sayu, sbb saya sendiri tak penah mandikan jenazah.

    ReplyDelete
  14. Salam Kakzakie.. sy mempunyai rasa yang sama.. dan terima kasih kerana berkongsi ilmu ini ya kak.

    ReplyDelete
  15. Inshaa-Allah, sy mmg nak belajar dan bt latihan amali menguruskan jenazah, kak.....Moga tak terleka sgt dgn hal2 duniawi ni. Haih!

    ReplyDelete
  16. N3 yang bagus lagi dari kakak..
    mekasih kakak~

    Zura x pernah lagi tengok orang mandikan jenazah. x kuat semangat pon yer nak tengok.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  17. Tq for sharing kakak..suke betul falsya baca entry kakak..xpenah baca smbl lalu..mesti gigih falsya baca dr start awal huruf smp ke tanda noktah yg terakhir..

    ReplyDelete
  18. Kanda terasa insaf baca entri ini... Lebih lagi part statement kanda yg bawah tu...huhu

    Kena kumpul kekuatan untuk belajar nampaknya ni

    ReplyDelete
  19. terima kasih share info nie kak zakie...lynn x pernah ada pengalaman dlm hal ni...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kak..
    Satu info sangat berguna.. mungkin yang empunya diri tak sedar kesilapan.. yang melihat itu lah wajib betulkannya.. alhamdullillah.. ilmu sama2 kita kongsi untuk masa depan..

    ::: hari kantin tu kan.. nani habiskan rm10 je beli kopun.. tapi mr mama habiskan rm60 beli kopun nak puas kan hati anak.. :) ahahaha.. tapi apa la sangat.. ketika anda memiliki wang.. tapi tiada makna jika anda tidak gembira.. jika anda tidak memiliki wang.. betapa sedihnya hati ibubapa tidak mampu untuk mengembirakan anak..

    ReplyDelete
  21. tima kasih kak zakie...aspek ni selalu kita tak ambik berat...termasuklah diri yg tgh menulis komen...
    tima kasih kak atas peringatan ini

    ReplyDelete
  22. Pernah sekali mandikan jenazah A-Z untuk arwah adik kat hosp kak.. Jujur sebelom tu xpernah. Menahan air mate sesak kat dada.. Mandikan adik service yg terakhir dr kakaknye :(

    ReplyDelete
  23. Dah lama x berkunjung di sini..saya pernh beljr masa muda2 dulu...tpi dh x ingt dah.

    ReplyDelete
  24. Peringatan yang baik kak z..yalah kita ni manusia selalu terlepas pandangkan...

    ReplyDelete
  25. tq kak atas ingatan
    semoga kita semua ingat bila tiba waktunya

    ReplyDelete
  26. terima kasih atas perkongsian ini...Insya Allah, akan berusaha menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah

    ReplyDelete
  27. Saya lebih suka menggalakkan ahli keluarga terdekat untuk mempelajari ini...walaupun fardhu kifayah, tapi anggaplah seolah2 fardhu ain....

    ReplyDelete
  28. betul tu.. hormati jenazah sebab dia masih merasakan sakitnya sakaratul maut.... ada satu cerita di zaman Nabi Isa a.s, bagnda menhidupkan kembali anak Nabi Nuh a.s untuk jadi bukti kepada kaumnya. Jarak antara Nuh dan Isa beribu ribu tahun lamanya tapi anak Nabi Nuh beritahu sehingga waktu itu dia masih merasakan sakitnya sakaratul maut... apatah lagi yg baru meninggal

    ReplyDelete
  29. Last belajar pengurusan jenazah zaman ini dulu.,emm lama dah tinggalkan.
    harapnya saya tidak ada halangan untuk melawat andai ada kematian.

    ReplyDelete
  30. As-salam Kak zakie..

    Satu perkongsian yg sangat baik.. juga ilmu yang berharga.. Alhamdulillah.. terima kasih kak

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum kak,
    terima kasih pada peringatan dan perkongsian ni..

    ReplyDelete
  32. Saya tak pernah tengok pun kak. Takut pun ya juga. Kalau dah siap dikafan tu masih boleh lagilah jeling-jeling. Itupun masih lemah semangat!

    ReplyDelete
  33. perkongsian yg bagus..pernah ikuti kursus mandi n kafankan jenazah...

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum kakzakie...perkongsian yg bagus...:)

    ReplyDelete
  35. Sebagai peringatan untuk kita semua... thanks kak.

    ReplyDelete
  36. trima kasih kak..utk peringatan kita bersama..inshaallah

    ReplyDelete
  37. Terima kasih atas perkongsian kak. Peringatan buat kita semua.

    ReplyDelete
  38. Kak zai belum pernah melibatkan diri secara praktikal.

    Terima kasih kakzakie.

    ReplyDelete
  39. Ya saya setuju kiranya mandi mayat dilakukan oleh orang2 yang beramanah dan mempunyai pengalaman dalam hal tersebut. Pernah terjadi mayat yang mati kemalangan tidak ditutup auratnya sebelum mandi dan orang datang menyelak selimut untuk melihat kesan2 jahitan

    ReplyDelete
  40. Saya sempat bersama menguruskan jenazah arwah mak, Alhamdulillah...memang benar apa yang kzakie tulis tu, kalau bole biarlah kita belajar supaya satu hari dpt kita manfaatkan di kalangan org yg kita kasihi

    ReplyDelete
  41. Perkongsian yang bagus ini Kakak. Memang kena jaga aurat dan kehormatan jenazah ni kan.

    ReplyDelete
  42. salam kz ..
    arwah mak ku. egek orippay ndeea dhadhi kepola mandi mayat utk muslimat neng kampong ku ..
    aku plak, insyallah neng SEM ngarep blajar praktikal nguruskay jenazah ..

    ReplyDelete
  43. aurat itu wajib dijaga, tak kiralah di mana dan oleh sesiapa jua. tak faham dgn seruan hidayah yg diisukan oleh sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  44. mati itu pasti..skrg byk dh org mgjar cara uruskn jnzah dgn betul..tq kak brkongsi info.

    ReplyDelete
  45. salam baky ku...
    kabare...
    sui banget orak merene...

    Ngapuro yo...

    Perkongsian yang amat bermakna buat TA..

    ReplyDelete
  46. saya jadi terharu pula membaca entry kak zakie ni
    mungkin betul ahli keluarga tidak tahu
    saya juga sedang mempelajari hal ni

    ReplyDelete
  47. pengurus jenazah haruslah seorang yang amanah menjaga aib simati.tak payahlah nak di ceritakan keaibannya kepada ahli keluarga sendiri.perkara ni berlaku kat tempat KY. orang tak panggil lagi dia menguruskan jenazah lagi..bimbang keluar cerita tak elok si mati..

    ReplyDelete
  48. MAUT taidak mengenal usia, marilah kita sentiasa BERSEDIA

    ReplyDelete
  49. betul tu.
    blm pernah mandikan jenazah.
    semoga urusan kita juga dipermudahkan oleh Nya.aamiin

    ReplyDelete