Kuliah yang kami hadiri bersama selepas maghrib dibawa oleh seorang ustaz arab. Jarang kita melihat mereka yang lahir dan membesarnya di tanah Arab tapi dengan sedikit masa boleh menguasai salah satu dialek bahasa di negara kita, Malaysia. Ustaz Sheikh Mohamed Abdel Aziz Mohamad Ghonim itulah ustaz yang kami undang ke masjid kami. Biarpun menggunakan dialek negeri Kelantan kami semua tidak berganjak. Anak dara aku saja agak lambat sikit tangkap sebab ada perkataan yang tidak dapat ditangkap maksudnya.
Khusyuk - Sheikh Mohamed Abdel Aziz Mohamad Ghonim |
Membuka banyak mata hati dan minda kita apabila dikatakan zaman serba canggih ini manusia kian ego. Tidak mahu belajar atau berguru dengan pala ulama' dan guru-guru yang alim. Menganggap semua ilmu boleh dicari dan diperolehi di hujung jari. Itulah timbulnya sheikh-sheikh atau ustaz-ustazah google. Google menjadi rujukan ilmu yang tidak diketahui.
Benar kalau mahu mencari resepi apa juga seluruh pelusuk dunia boleh dipelajari dengan menggoogle. Mencari cara belajar cemerlang, mencari ubat-ubatan sesuai dengan penyakit jika bertepatan akan diperolehi dengan menggoogle. Tetapi bagaimana mahu berguru dengan google bab hukum-hakam seperti membunyikan huruf-huruf ikhfa', izhar, iklab dan sebagainya. Itu baru bab belajar tajwid. Hadith pula semakin berleluasa quotes yang direkacipta kemudian dikatakan ianya sabda rasulullah atau riwayat abu hurairah dan sebagainya. Lebih dangkal yang menggoogle pula mengikut lalu dari sinilah kian berkembang hadith palsu dan tidak sohih. Hadith-hadith yang maudhu' sekarang terlalu banyak berlegar di laman-laman web. Sudah bagaikan rojak apabila yang membaca dan mengambilnya tidak dapat membezakan antara yang mana benar dan yang mana palsu - bercampur-aduk akibat tidak berguru dengan orang yang sepatutnya.
Itulah sebabnya mengapa pembelajaran mestilah berguru. Sebagaimana imam As-Syafie berjalan merantau ratusan batu semata-mata mahu belajar walhal beliau bukan calang-calang orang. Sekali belajar semuanya sudah tercatat di dalam mindanya. Mengapa kita yang jika mahu dibandingkan dengan beliau tidak ada setitik perbandingan ilmunya masih enggan belajar. Sesunguhnya bila kian hampir ke hujung dunia akhir zaman, para ulama' akan kian terpinggir dan menjadi sasaran fitnah. Moga kita tidak termasuk golongan yang begitu.
~~ Belajarlah selagi Allah beri kita peluang untuk bernafas. Sekurang-kurangnya bila sudah tidak ada upaya tidak adalah penyesalan di dalam diri. Khas untuk diri dan keluargaku juga.~~
acik memang tak pernah google bab belajr ni kakzakie...sampai dah tua ni acik masih pergi kelas2 walaupun ada yang berbayar..kita memhami untuk sewa bilik mesti perlukan duit kan..Alhamdulillah acik masih teruskan sehingga kini
ReplyDeleteSalam Jumaat Kak Zakie..berguru dengan Uztaz/Ustazah manakan boleh sama dgn berguru dgn kitab/google ..tp kebanyakkan orang sekarang itulah yg dibuat...semua nak cepat dan senang..
ReplyDeleteAda group Whatapp share ceramah ustaz ni..sura ingatkan diarang alihbahasa..maknanya betul la dia boleh ckp Klate..baru tahu..huhu..sedap jer dialek dia bunyi..hihi:)
SALAM JUMAAT...BERGURU DGN YG ARIF ILMUNYA...APALAGI SOAL AGAMA..
ReplyDeleteBetul tu Kakak. Kita tak boleh alamkan berguru dengan google dalam bab agama. Nak cari info lain boleh lah. Tapi jika tentang agama. Kena tanya ustaz/uztazah yang betul.
ReplyDeleteada juga ustaz/ustazah segera iaitu artis artis yang baru nak berhijrah terus dapat slot bagi ceramah kat tv... padahal ilmu tak seberapa lagi.
ReplyDeletesaya setuju kak..nak belajar kena ada guru, baru dia boleh betulkan kita.kalau tak, syok sendiri je nanti..
ReplyDeletesetuju kak.. kena jugak berguru.. google tu kadang meaning tak sama dengan gaya percakapan.. alise selalu rujuk ustaz dekat fb.. alise punya exteacher..
ReplyDeletelama dah tak berguru dengan exguru saya,,tak salah kalau melabur sedikit untuk mencari ilmu,,berbanding rujuk bulat-bulat kat tenet,,
ReplyDeleteinsaf saya baca entry akak ni. sejak beranak dua ni, memang payahla saya nak ke masjid apatah lagi mendengar ceramah macam ni. Sekali sekala kalau berkesmepatan mendenagr tazkirah tu, memang banyak ilmu yang saya rasa kerdilnya diri ini..bukannya ada pembantu yang boleh tolong jagakan anak, jadi sesekali kawan menyampaikan ilmu rasa seronoknya mendengar...Allah panjangkan ilmu-Nya untuk orang-orang yang ingin mengambil tahu dan ikhlas nak memahami
ReplyDeleteassalamualaikum kak yg tersayang
ReplyDeleteha ah..kak..ramai guru knor kat fb..heheh
suamilah guru nor..dia keluar mencari ilmu lps tu dia sampaikan pd kami..ikut pg masjid jarang sgt..muhammad dgn iman kuat bersin,blik masjid mesti selsema.azhan pun sama,tapi dia lelaki wajib pg masjid,tapi dia dh pandai urus diri,balik gatal mata..
semangat utk ikut ayahnya ke masjid tu sgt kuat..
nak belajar agama kena berguru dgn manusia secara berdepan...
ReplyDeletebetul2 tuh kak, sbb kalu belajar ngn intenet nih kite tak tau sahih tak sahih nyer, klu menyimpang kite pun percaya kan dh jd lain lak kan
ReplyDeletesalam kak, saya setuju sgt dgn perkongsian akak ni. skrg byk sgt org berguru dgn sheikh 'al-facebooky' dan sheikh 'al-googlely'.
ReplyDeletekdg2 kesahihah sesuatu dalil/hadith tu belum tentu lg, dah share di media sosial tanpa rujukan. lebih teruk lg tujuan share utk dptkan byk like atau komen. so sad!
kalau bab agama ni eloklah kita belajar betul² dgn ustaz... x semua benda kta blh belajar dihujung jari ...
ReplyDeletesalam kak zakie, google pun masih tanya ustaz untuk kepastian. sebutan semua kena berguru kan. good info
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...betul tu bab2 agama ni mmg perlu tanya kat ustaz atau ustazah...:)
ReplyDeleteskang ni google dah macam tempat rujukan wajib. utk student dan google berpisah tiada
ReplyDeletedalam Islam mmg anjurkan kita belajar dgn guru. Setakat baca buku pun tak digalakkan, takut salah paham, salah ilmu.
ReplyDeleteKalau nak google, kena pastikan sumber yg sahih baru terima.
Salam Jumat Kak Zakie, pak sheikh ni pandai ckp loghat kelate ke kak? kalo bahasa arab susah juga nak faham.. tapi penah la dgr khutbah oleh imam dari Arab... part bacaan hadith ke doa ke.. mmg sdap la sore dowg ... Suara mereka mengalunkan azan dan AlQuran..mmg buat sayu hati kalu dengar...
ReplyDeleteBab agama, hukum hakam sebaiknya bergurulah dengan orang yang lebih arif. Kalau menggoogle kita tidak tahu sama ada apa yang dipelajari betul atau pun salah.
ReplyDeleteBerguru hukum agama ni kena ada mursid kan kakzakie.. melalui pembacaan buku pun tak boleh .. apa lagi dgn google ajer... Tu sebab saya cari guru utk saya dan anak2 ..
ReplyDeletekita mesti kena ada basic ugama baru boleh google google sana sini...tu yang bila ada orang share hadis ke apa apa...kita taklah konpius ...
ReplyDeleteyang lain boleh di gugel, ilmu agama elok berguru yang di alam realiti kan kak~
ReplyDeletezouq tu tak sama dan sumber dari gugel tu boleh jadi meragukan kalau bukan dari yang betui2 'arif
(^___^)
Ilmu agama lebih sesuai belajar dengan mereka yang betul2 arif..
ReplyDeleteBila ada issue yang penting dan urgent, saya sanggup selongkar lemari buku dan cari balik buku masa belajar dulu, kakak. Jangan buat main soal hukum...
ReplyDeletehiii terkena la pulak atas batang hidung..imm banyak jugak google2 ni kak..(*__*)
ReplyDeleteharus cari sumber yang kukuh bab2 hukum hakam ni..
terima kasih kak atas teguran ni..
Assalam kakzakie
ReplyDeleteAda penceramah dalam majlis ilmu berpesan, kalau buka internet pun pastikan bahan yang dibaca atau ditonton datang dari sumber yang boleh dipercayai. Contohnya, kita tahu yang berceramah dalam video atau yang menulis sesuatu artikel itu memang berilmu dan berautoriti.
salams kak,
ReplyDeletebetul apa yang akak tulis....berguru dalam internet belum tentu kesahihannya....nauzubillah...
Salam Kakzakie,
ReplyDeleteDunia akhir zaman, begitulah keadaannya. Malam tadi Mak Aji bernasib baik dapat hadir tazkirah oleh Habib Kazim Jafar Muhammad al-Saqqaf dari Hadramaut, di sebuah surau di Shah Alam.
mekasih entry ni kak..peringatan utk diri sendiri..
ReplyDeleteBetul tu kak. Kalau nak belajar, biarlah dengan ustaz/ustazah yg betul. Bukan dgn google. Saya pon takut nak share hadis2 kat laman sosial/goole.
ReplyDeleteMekasih atas perkongsian dan peringatan kak.
Salam Bahagia Kakzakie,
ReplyDeleteMemang ramai dah lupa yang bukan semua boleh dicari di hujung jari.
Salah satu penyebab menjadi malas juga.
Lebih lagi cuma ambil inti "copy & paste" tanpa check samaada ianya benar atau tidak.
Assalam kzakie, susah juga bila ada 'l,m not a robot, sbb kt tab tk kuar no tu, ni try je kalu bole komen.
ReplyDeleteTak semua ilmu kita bole google, terutama ilmu agama, kalau dh google pun kena tanya kepastian dr yg arif jugal, supaya kita tk tersilap.
Kalau belajar mengaji pun ilmunya sgt berkat mengadap guru secara bertemu lutut.
setuju ngan kak zakie,,,berguru dengan pakcik/makcik google ni...x pasti akak kesahihannya...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian kakzakie..
Kalau bab agama... saya memang tak akan copy paste dan share kalau sumbernya dari internet. Tapi sayangnya ada orang percaya dan siap boleh gaduh lagi sebab nak pertahankan apa yang dia baca kat internet... :(
ReplyDeletesaya pernah jumpa ayat al quran yg sama di blog tapi maksud yg sedikit berbeza . sudahnya rujuk tafsir al quran ...
ReplyDeletesalam kz ..
ReplyDeletetk salah kita menggoogle ..
kt sana pun ada ilmunya juga ..
dalam pola kuliah dimasjid lebih tertumpu pd bab solat, bersuci dan fardhu ain yg lain2, ilmu yg lain perlu diketahui juga ..
dikuliah2 tk bercerita yg berat dan ilmiah apatah yg akedemik, kerap ringan dan santai .. malah kadang2 penceramah yg tk rujuk kitab, cume mengulang apa yg dia kata dalam kuliah sebelum2 nya ..
apapun bila bab mengaji quran ..
wajib berguru kerana sunnah nya bertalaqqi ..
dhowo angger ngomong tenan2 ..
angger ngawei assignment selain kitab, google pun di enggo jugak.
copokla yor ndekek
setuju sangat2 dgn akak...bab agama jgn seseklai bergurukan pakcik google....
ReplyDeleteBetul kak.. bab agama kalau kongsi kat blog sekalipun boleh buay salah faham walaupun yanv kita nak sampaikan tu betul.
ReplyDeletebaru tahu pasal timbul isu ustaz dan ulama google ni..setuju dgn akak walau secanggih mana pun kita ustaz dan org2 ulama tetap dijadikan rujukan yg sahih
ReplyDeleteterima kasih kak berkongsi entry nii..boleh jd peringatan utk diri sendiri.. ^_^
ReplyDeleteNasihat yang baik KZ...
ReplyDeletesetuju tu akak,,
ReplyDeleteapa2 pon ilmu kita nak cari mesti berguru.. lg2 y melibatkan hukum hakam agama..
perkembangan ilmu sangat pesat dengan bantuan kemudahan internet ...termasuklah ilmu ugama, semua berada di hujung jari...tapi, mungkin kesahihannya perlu dirujuk kepada sumber yang betul dan muktabar...wallahuallam
ReplyDeleteZaman sekrang nie.. susah kalau dengar dari google pastu amik bulat2 jer.. belajar mcm mana pun kene berguru..
ReplyDeletebelajar kalau tak dengan guru maka akan bergurukan iblis... itu kata orang alim... pilihlah guru yg muktabar yg baik akhlaknya
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeleteyeap... sangat setuju kakak...
Perkara yg baik mmg banyak cabarannya.....hanya semangat dan kesungguhanyang kuat aje boleh melawannya...
ReplyDeleteSetuju dengan kanda moga dibukakan hati ini untuk mencari ilmu sementara kudrat masih kuat...huhu
Betul tu kak..
ReplyDeleteBab aqidah, mengaji ni semua kita perlukan 'tok guru' yang mahir untuk mengajar kita, gugel memang boleh tapi takkan sama..
Aduh, malu pulak dengan ustaz ni! Guna loghat Kelantan lagi tu. Saya sendiri pun kalau dengar bahasa Kelantan ni banyak yang tak lepas. Memang akan jadi 'ustazah google' jugalah lepas tu sebab silap pemahaman!
ReplyDeleteOrang sekarang ni fikir senang je. Tak tahu google. Bab-bab agama ni nak digoogle apa. Banyak dah corner baringnya sampaikan tak pasti kesahihannya. Lagilah orang-orang macam kita ni yang ilmu agama tak banyak mana, susah nak faham kalau tak berguru.
mmg betul zaman skrg semua info d hujung jari tetapi dlm hal keagamaan jgn ambil bulat2 perlu ada tapisan dan sebaiknya berguru
ReplyDelete