Hari Sabtu dan Ahad sejak cuti sekolah peneman aku beriadah selepas subuh bertambah lagi seorang. Tetapi selepas beriadah kena terus singgah di pasar pagi bagi membolehkannya untuk mencuci mata. Semalam tidak ada pula hajat yang dikehendaki olehnya. Adik teringin membeli nasi lemak Pakcik Rani tetapi mungkin sebab musim orang kenduri kahwin, Pakcik itu pun tidak ada berjual. Mama saja yang sempat membeli serai dan nenas. Semalam mama masak nasi serai selepas mengidam melihat resepi yang dipaparkan oleh auntie Yana Shaifu.
Sabtu dan Ahad - Semalam adik hanya menukar seluar saja tetapi baju masih berbaju tidurnya lagi. Sementara menanti mama berlari-anak, adik bermain di sini. Mama berkawan dengan nyonya-nyonya dan amoi-amoi yang ada. Sebab yang sama bangsa dengan mama sangat kurang kelihatan. |
Balik beriadah - Seperti biasa balik rumah tidak terus masuk. Adik membantu mama bawa masuk serai dan nenas yang mama beli. Sementera itu mama lalai di luar rumah mencari apa yang patut untuk di tuai. Pucuk bebuas dan ulam raja menjadi sasaran kali ini. |
~~ Sungguh benar dunia Islam sentiasa diduga. Moga ulama' Yusof Qardawi terus mendapat perlindungan dari Allah dan kuat menggalas fitnah Yahudi yang kini sedang melanda. Bersama kita mendoakan keselamatan beliau.~~
Kita diduga kerana Allah sayang kita, kan? Sejauh mana kita sanggup menggalas ujian Allah itu...
ReplyDeleteBagus betul Zakie memanfaatkan ruang yang ada untuk bercucuk tanam. :)
Salam isnin, tengok jer ulam raja tu terbayangkan sambal belacan dan sambal tempoyak, makan ngn ikan goreng garing pastu nasi panas2...tetiba rasa lapar pulak pagi2 ni..
ReplyDeleteas-salam kak..rajinya berjoging..elok jugak tu untuk kesihatan..
ReplyDeletemakin hari makin kita diduga..moga umat islam teguh imannya dan bersatu hati menetang musuh bukan islam..
Bagusnya kak zakie beriadah pagi2. Patutlah kak zakie masih sihat n kuat skarang ni. Jauh beza dgn lya y muda ni.. x cergas..
ReplyDeletekakzakie.. bestnya joging.. lia dah lama tak jogging.. hihi..
ReplyDeleteapapun sama-sama kita berdoa untuk keteguhan iman kita sebagai umat Islam.. moga dugaan dan ujian ini sama-sama kita tabah menghadapinya..
Rajin betul akak menanam kan... Biasanya yang jogging pagi2 memang bangsa lain, bangsa kita biasanya kat katil lagi kak huhu - itu la yang abah saya selalu bagitau sebab dulu dia rajin jogging dan kawan dia biasanya bangsa lain, susah nak jumpa bangsa kita kak..
ReplyDeletetengoklah kak zakie, rajin beriadah..makan ulam-ulaman lagi..hehe
ReplyDeleteSalam kak. Ulam raja tu selain mkn begitu saja, boleh juga ditumis kering campur udang kering. Sedap. :)
ReplyDeletekzakie, jemput tengok segmen saya, taknak join pun takpe, bagi ulasan je, mgkn berkat kzakie tolong tu, ramai plak yg tergerak hati nak join, he he
ReplyDeletewahh ulam raja..nampaknya dah kna mula tanam ulam2 sendiri.haritu tengok kat pasar, ulam raja seringgit seikat kecik..huuu
ReplyDeletecanteknya pucuk bebuas kakzakie...betul2 pucuk2 muda.
ReplyDeleteterimakasih atas nasihat kakzakie pd blog sya ...sayu hati membacanya.
bestnyer kak, sesekali beriadah gitu... lagi2 pastu riadah cari ulam2an.... gitu klu balik kg seronok sbb ada seribu satu jenis ulam2 kt kampung yg blh cari n mkn sekitar rumah je
ReplyDeletesaya mmg rasa sedih bercampur marah...Moga Syeikh Yusuf Al Qardhawi di lindungi Allah..dipermudahkan urusannya...kita umat Islam sedunia kena bangkit bersatu
ReplyDeletedoa ialah senjata utama kita, maka marilah kita sama2 menggunakannya.
ReplyDeleteKak, ulam tu pucuk bebuas namanya yer...hahahaha. Saya pernah makan sekali di kedai nasi ulam, tapi tak tau nama. Rangup2 jer rasanya kan.
InsyaAllah kakak..semoga Allah permudahkan segala urusan beliau..sedih bile skang nie byk ulama difitnah..
ReplyDeleteUlam raja tuh kalau dpt makan ngan nasi panas, ikan goreng panas garing2, cicah pulak dgn sambal belacan..haishhhh, mmg complete rasenye..kan kakak..hehe
Kak sy pun dah kena start jogging ni. Berat dah naik 5 kg. Nak nangis rasanya. Dah la berat yang ada pun x turun. Ni naik lagi pulak.
ReplyDeleteKY pun dah mula berjogging..tetiba berat badan naik mendadak..huhu
ReplyDeleteAs salam kakzakie,
ReplyDeletelepas exercise makan pulak ulam-ulaman...mmg gandingan mantap la kak...
Seronok nyer ada tanaman yg boleh di tuai.. kita duduk rumah flat dapat tanam satu pokok cili dlm pasu pun dah bersyukur.. huhuhuu.. :D
ReplyDeleterajin akak zakie beriadah..sy petang selalu beriadah di hutan rekreasi.
ReplyDeletetengok ulam2 akak tu sedap kalau dimakan dengan sambal belacan...menyelerakan...
bebuas..kat kg kalau buat ikan pais guna bebuas..terkenang memori lalu.
ReplyDeleterisau dan sedih dgn perkembangan semasa. Jalan pejuangan mmg penuh onak duri, moga Allah lindungi para ulama.
Sedapnya ulam raja tu kakzakie.. cecah pulak dengan sambal belacan... perghhhh menambah nasi di pinggan tu.. :)
ReplyDeleteBest ada tanaman... petik je boleh masak terus... segar dari ladang kakak.. heheh
ReplyDeleteSEDAPNYA ULAMAN TU KALAU KAT KG LEPAS MASAK MESTI GI BELAKANG UMAH CARI ULAM2AN
ReplyDeletekakzakie, nanti saya qadha entry kakzakie yang lain...
ReplyDeleteamoi-amoi dan nyonya-nyonya suka buat tai-chi..best ni..
ReplyDeleteGolongan Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dgn Islam, dulu, kini dan selamanya..
Bagus makanan makanan yang banyak ulam ni. Banyak khasiat yang kita peroleh.
ReplyDeleterajin kakak saya ni... heehee.. bile la dpt tgk secara live ni...
ReplyDeletePucuk bebuas sedap dibuat masak lemak cili padi dengan ikan bilis.
ReplyDeleteTeringin pula nak rasa nasi serai tu.
ReplyDeleteSedap plak tgk ulam ulaman tu kak. Rajin akak jogging.
ReplyDeleteSmoga ulama' Yusof Qardawi sentiasa di bawah lindunganNYA.
kadangkala kita kena bersama anak2 dan rancang masa bersaam agar lebih bermakna..
ReplyDeleteAgalnya macamana kalau kita berlari lari emak ye kanda haha....
ReplyDeleteMusim cuti sekolah ni dapatlah berteman adik ye kanda, kalau depa dah sekolah, dengan nyonya nyonya ajelah hihi
segar nampak ulam2 tu kak
ReplyDeletecuma
saya tak reti makan
hehehehehhe
tapi bau ulam raja tu best kan
Rajin akak pergi beriadah pagi-pagi. Kita yang macam ni pun lagi rajin tarik selimut. Aduhai perangai!
ReplyDeleteSerai tu saya kenallah sebab saya memang suka bau serai ni tapi nasi serai tak pernah pulak tahu.
ulam raja!!! my feveret tu :-)
ReplyDelete