Semalam - Belum pun kaki menapak menuju tangga untuk menuju bilik pejabat, telefon bimbit di dalam beg tanganku menyanyi-nyanyi. Bila waktu begini bunyinya pasti cepat saja tangan mencapai. Kakak aku yang menghubungi berkata bapak tidak sihat. Baru malam itu dihantar balik atas kehendaknya Isnin pagi sudah menelefon mengatakan dia tidak sihat semula. Mama Leha (panggilan anak-anak pada kakak aku) berkata sebenarnya bapak mahu menelefon aku tapi tertelefon dia. Bapak selalu tersilap memanggil kami anak-anak sudah sedia maklum. Setelah diberitahu mama Leha tahulah aku yang bapak teringin ke rumah aku tapi tidak mahu menyusahkan mama Leha agaknya lalu disuruh hantar balik rumah kampung dulu. Aduhai bapak..
Pokok cili bapak - Terlanjur tiba di kampung tengahari semalam aku jenguk belakang rumah. Cili tinggal sedikit sebab sudah dipetik Abah Din (panggilan anak-anak pada abang aku) dan Mama Leha yang baru balik. |
Cili padi berbagai bentuk - Dapatlah juga sebekas bekas yang selalu diguna untuk membeli air tauhu dari beberapa pokok yang ada. |
Bila hati tidak senang memikirkan bapak, semalam setelah agih serba-sedikit kerja dipejabat aku keluar, ambil Kak Reen di rumah untuk menemankan aku balik ke kampung. Tiba di kampung aku lihat bapak sudah siap berkemas dengan beg baju dia. Sihat-walafiat, Alhamdulillah - aduhai bapak. Hati kita yang sudah ingatkan dia betul-betul tidak sihat. Tidak mengapalah. Bila di dalam kereta baru aku tahu dia mahu en hubby mengurut badanya yang sakit-sakit. Menurut mama Leha manalah tidak sakit usia yang hampir 90 tahun masih semangat/gigih menanam pokok pisang sehingga 20 pokok! Bukan tidak ada pekerja tapi itulah bapak.
Limau kasturi - Juga tinggal sedikit sebab sudah dipetik Mak Zah dan abang Din hari Jumaat lepas. |
Balik dari kampung aku singgah di fast food lalu drive thru saja sebab Kak Reen teringin aiskrim. Aku pula tidak sedap hati lalu membelilah sekali empat set burger. Tapi tanpa disangka-sangka boleh bapak bila disua aiskrim Kak Reen terus dia kata sedap. Kerana kasihan Kak Reen kata "Tak apalah tok, makanlah." Aku senyum sebab tidak sangka pulak bapak sukakan aiskrim tersebut sebab bapak tengah batuk. Serba-salah aku dibuatnya. "Kesian atok kan mama, tak apalah esok malam boleh beli lagi". Nasib baik Kak Reen sudah matang. Tapi dalam hati aku tersentuh juga. "Bapak sudah tidak macam dulu". Sedih juga tapi aku bersyukur bapak sangat sihat dan boleh beribadat mengalahkan orang muda.
Petai - Boleh bapak suruh lagi pekerjanya memetik petai. Apabila Kak Reen bertanya "Atok nak jual kat mana ni tok?" Dia menjawab "Eh... bawa rumah JBlah". Aduhai bapak banyaknya manalah termakan oleh kami. |
Tiba di rumah kami - Sampi rumah keluar bonet boleh ada labu lagi. Masa bila ianya masuk di dalam bonet kereta aku pun tidak sedar. Semalam petang juga aku agih pada jiran-jiran petai-petai itu. |
Malam tadi balik dari masjid dengan hubby tertunailah sudah hajat bapak mahu berurut dengan menantunya. Bapak kecil saja saiznya dan mudah untuk hubby mengurut. Selepas berurut kelihatan leganya bapak sebab tidurnya lena sehingga pagi. Solat tahajjud pun rasanya tidak dibuat kerana terus terlena sehingga subuh. Itu pun Mak Zah yang tolong kejutkan.
~~ Mudahnya kami menjaga bapak sekarang berbanding dari kesusahan bapak dulu mendidik dan membesarkan kami lapan beradik dalam himpitan kemiskinan.~~
Alhamdulillah bapak kakzakie..sihat..
ReplyDeleteterasa rindu pulak dengan arwah bapak acik
berbudi pada tanah pasti ada hasilnya kan kak
ReplyDeletesemua elok2 plak hasil tu
petai tu banyak btol
Alhamdulillah bapak akak masih sihat..mcm2 yer ada kat kebun bapak akk..best tgk petai yg byk tu ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah, bapa akak sihat lagi, jagalah sebaiknya selagi hayat masih ada..
ReplyDeletepsstttt: kami suami isteri yatim piatu berbelas tahun lepas.
alhamdulillah, umur 90 tahun pun masih mampu bekerja macam orang muda.mungkin tahajud tu rahsianya..tapi orang tua memang begitu kan, tak pandai nak duduk diam.ada saja nak dibuatnya.
ReplyDeletesayu hati sya baca kisah bapa kakzakie...teringat arwah baca yang begitu suka bercucuk tanam .
ReplyDeletehuu begitu banyak petai yang dibekalkan ..alhamdulilah bapa kakzakie masih sehat.
Alhamdulillah... Bapak Kak Zakie, udah sihat... rindu pada anak2 tu... tu pasal ajak balik kg, tgk, kot2 ade rezeki yg boleh di bawa pulang... rindu kt menantu, nak minta urut... Org tua ni perlukan belaian juga kan sebenarnya..mcmne la kalo mak saya tak sihat, nnt... InshaAllah saya pasti boleh jg mak saya kalo dia tak sihat...
ReplyDeletetapi Doa2 mak ayah sihat selalu...
huhu..tersentuhnya bila bercerita pasal bapak.. mesti semua anak mmmg macam tu..risau bila dgr bapak skit..klu jumpa tgk shat je..hehe Allamdulillah bapak kak zakie sht..byknya petai tu..
ReplyDeleteSyukur bapak kakak zakie masih diberi kesihatan Dan tubuh badan sihat.tersenyum baca atok suka makan aiskrim.comel je bapak kakak zakie..badan demand urutan hebat Dari menantu rupanya.hehe
ReplyDeletesyukur alhamdulillah ayah kakzakie msh cergas walau usianya banyak...org lama ni kuat berkerja cara mkn sederhana drpd sumber alam semulajadi sbb tu sht..org la ni semua mkn nk segera..mati pun segera heh..heh..
ReplyDeleteSalam kak zakie,
ReplyDeletesebenarnya si ayah nak bermanja dgn anak2... dulu2 si anak yg bermanja dgn si ayah :)
wah, boleh jual petai kat pasar tani tu hihihi
Alhamdulillah KZ ada bapak lagi. Jagalah dia baik2. moga bapak terus sihat.Amin.
ReplyDeleteAlhamdulillah KZ ada bapak lagi. Jagalah dia baik2. moga bapak terus sihat.Amin.
ReplyDeletealhamdulillah.. sihat bapak kakzakie.. sungguh pun dah umur 90 ye.. lebih kurang umur atuk saya..
ReplyDeletebanyaknya ayah akak bagi petai. samlah dengan nani kalau balik kampung macam macam petik bawak balik ke rumah :D
ReplyDeleteBapak kak Zakie sudah berusia 90 tahun tapi masih sihat Alhamdulillah..orang tua ni kak Zakie mana boleh duduk diam..dorang mmg rajin tanam pokok2 ni utk kesenangan anak2 dan cucu
ReplyDeleteAtok mkn aiskrim? ye lah...teringin lah lah..bapak kak Zakie masih kuat daya pendengarandan penglihatan ehh
semoga bahhagian kak Zakie sekeluarga kerana berbudi dengan org tua Aminnn
moga ayah terus sihat hendaknya ye kak...
ReplyDeletelama sungguh tak makan petai..
Alhamdulillah ayah kakzakie dah sihat semula.
ReplyDeleteMacam2 boleh buat dengan petai tu. Kak zai nak cari udanglah...eheh petainya kat Johor huhu....
Terharu membaca catatan ini.
ReplyDeleteAbah saya dulu tak susah kami menjaganya semasa sakit.
Saya masih ingat semasa di hospital akibat kegagalan buah pinggang, dia merungut kerana tak dibenarkan minum teh tarik kegemarannya.
Saya suruh adik saya belikan juga dan saya beri ayah saya minum.
Selepas itu, menatap senyuman abah buatkan hati saya teramat senang.
Nasihat saya, jangan lepaskan peluang terbaik yang masih ada ini untuk berbaki kepada bapa kita. Berebut-rebutlah sesama adik beradik untuk menjaganya.
Seminggu selepas abah saya keluar dari hospital, abah saya meninggal dunia di pangkuan adik.
Dan saya sehingga sekarang terkenang-kenang akan peristiwa teh tarik itu. Peristiwa itu amat manis buat saya...
Untung bapak dapat anak macam Kakzakie. Berlapang dada beliau melihat anak-anak pandai membalas budi.
ReplyDeleteMujurlah dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usia semakin meningkat. Yalahkan, kak... tak sama situasi walaupun anak dengan bapak. Seorang ayah boleh menjaga 10 anak tapi 10 anak belum tentu sepakat nak menjaga seorang ayah!
kak.... saya dah tebayang sambal udang tarok potai. gulp!
ReplyDeletealahai bapak..kenapa buat cucu disini susah hati sekali...iskk..
ReplyDeleteaduh kak... kenapa mata dana berair baca ntry akak kali nih... teringat atuk ngn nyai kt kampung...nsb lah mak n makcik2 lain duk dekat2 je senang lah jenguk2 mereka hari2...
ReplyDeleteyelah kak, mana lah reti duk diam abah akak tuh, msti dia bosan kalu ddk sesaja... kalau lah kite berjiran alangkah bestnyer kak... petai2 tuh perkkkkhhh biarlah hari2 kentut bau petai pun
Kasih sayang dari seorang bapa ni memang tiada berpenghujung. Memang tidak tergambar dengan kata-kata tentang kegembiraan apabila dapat berkumpul seisi keluarga ni.
ReplyDeleteDoa saya kirimkan semoga bapaknya sihat ye...
ReplyDeleteSetuju sangat bila kita fikirkan, mcmana kesusahan dan kepayahan ibu bapa kita menjaga kita sehingga jadi seperti yang sekarang .. memang apa apapun yg kita buat tak mampu membalas jasa ..
tetiba rindu arwah abah... aduhai abah..
ReplyDeletebanyak nye hasil kg akak... petai tu bestnye...
sedapnya petai...ruginya saya tak berjiran dengan akak :p
ReplyDeletebuat sambal petai campur udang pun sodap kak
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...alhamdullilah akak masih ada masa lg utk berbakti pd bapak... semoga berkat doa semuanya di dalam keadaan yg sihat...;)
ReplyDeleteAlhamdulillah...masih sihat dan cergas lagi bapak akk even umur hampir 90 tahun. Saya yg muda ni pon kekadang tersasul² panggil nama anak kak ☺
ReplyDeleteCantik² petai tu. Sedap klo buat sambal petai. Kat sini petai banyak yg layu :-(
Moga bapak terus sihat2 shj...abah sy 70++...sakit gout plak...huhu...
ReplyDeletebeberapa hari lps ada teringatkn bapak kak zakie, sbb lma dh k zakie tk cerita psl bapak..
ReplyDeletemasih kuat ye wlu umur dh 90thn,...mkn ulam byk tak..
kak bglh kt nor sikit petai tu.... byknya.. geram tgok..
Moga bapak terus sihat, Insya Allah..
ReplyDeleteOhh, suami kak zakie ada bakat mengurut eh?
Petai tu kalau tak di sedekahkan, makan sebulan kot tak habis lagi..hahahah
Untung akk ada Bapak lagi kan....semoga bapak akk terus diberikan kesihatan yg baik..Besarnya mata petai tu kak...goreng sambal + ikan bilis sedapnya...
ReplyDeleteMoga bapak kuat dan sihat dalam menjalani kehidupan seharian hendakNYA.
ReplyDeleteMoga dipermudahkanlah urusan kakzakie sekeluarga.
Sambal petai dan ikan bilis, labu masak lemak.. sedapnya.. ;)
Lama tak dgr cite bapak baru hari ni rasanya kanda cite pasal bapak nikan.....Dekat ke rumah kanda dengan kg ni......mcm dekat jer.
ReplyDeleteBanyaknya kanda....kat sini teringin nak makan petai kena beli 3 papan Rm 5 henggit kalau tak salah....
Wah .....sure toilet rumah bau petai minggu ni haha
Moga bapak sht2 selalu ye kak.. Bapak rindu akk la tu agaknya.
ReplyDeleteSuka tgk petai. Byk pahala tu agih2 pd jiran. Labu pun bukan main besar lagi. Sedap buat msk lemak mkn dgn ikan goreng. Terliur saya kakzakie
KY pun masih ada bapa yg sangat uzur.olih kerana KY memebesar tidak bersama beliau..anak2 lain yang ambil tanggungjawab. sesekali teringat juga rindu kasih sayang seorang bapa..huhu
ReplyDeleterindu bapa saya pula..terharu membaca tentang bapak kak zakie, ingin bersama anak, siap kemas..happy nak jumpa kak zakie..untung bapak kak zakie ada anak macam kak zakie, cepat dan tak
ReplyDeleteberlengah untuk menjemputnya ke rumah. dapat layanan dari menantu lagi. Alhandulillah.
Rindu pulak kpd arwah ayah bila baca posting kakzakie...
ReplyDeletebanyaknya petai tu:-)
Alhamdulillah...diusia 90an bapa kakzakie masih dikurniakan nikmat kesihatan yang baik...
ReplyDeleteSyukur..pernah dengar pesanan orang tua-tua jika berjumpa dengan seseorang yang lanjut usia yang masih kekal sihat dan istiqomah dengan amal ibadat kepada Allah, minta beliau doakan kita....doa mereka sangat dimakbulkan Allah..
Wallahuallam
kalau saya balik kampung suami,, saya pun suka pungut cili, limau purut, nenas, kalau ada musim buah memang meronda kebun pak mertu,, ayah kakzakie seperti mertua seya suka berkebun walau tak sihat,, mengesot-mgesot pergi bawah pokok dan bersihkan laman,, saya pun berharap suatu hari nanti saya juga boleh menjaga kedua orang tua sebagaimana dia menjaga saya sewaktu kecil dulu,, aminn
ReplyDeleteBerbakti sementara bapa masih hidup ni kan kakzakie... rindu pulak saya dengan arwah abah :(
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteYa Allah.. cantik betul petai tu. Mata nya besar-besar dan rapat. Kalau lah I jiran you... :(
Pabila terbaca coretan ini terus teringat arwah ayah...
ReplyDeleteSemoga bapak kakzakie sentiasa sihat dan dipanjangkan usia. Mesti ada petua utk sihat dan kuat pd usia 90 tahun... Korek2lah sikit, hehe
petai tu klu dapat kat kami , mmg seronok my anak buah ... dah satu rumah hantu petai !
ReplyDelete