Monday, January 26, 2015

Merotan dan eksperimen di rumah

MEROTAN - Isu terkini yang hebat  sehingga ada yang membantah dan tidak kurang menyokong saranan akta supaya tidak merotan anak. Untuk pengetahuan teman-teman di rumah aku ada sebatang rotan yang bahagian hujungnya sudah pun pecah. Tetapi rotan aku tidak pernah aku gunakan untuk merotan anak-anak. Bunyi rotan yang aku sebatkan ke dinding, meja dan lantai sudah cukup membuat anak-anak gerun. Sehingga ada kalanya suara untuk mengaji pun jadi perlahan. Rasulullah juga ada menggantungkan rotan di dinding rumah baginda.

Tidak perlu dirotan - Apabila sudah memohon kebenaran mana mungkin akan dimarah. Ros kuning mama dijadikan eksperimen anak. Di gunting sekuntum dan dibawa masuk ke dalam biliknya
Merah - Pewarna merah untuk buat kuih di dalam fridge dibancuh dengan air lalu dimasukkan ke dalam botol mineral seperti ini.
Dua hari - Cecahkan tangkai bunga sehingga mencecah pada air merah tersebut
Pink - Ros kuning mama menjadi warna pink. Sehingga entri ini dibuat pagi ini aku lihat bunga ini masih lagi berada di meja tulis di dalam biliknya.
Ros merah - Mahu bereksperimen dengan ros merah ini untuk dijadikan hitam tapi mama tidak benarkan. Macam rugi saja sebab warna cantik jadi tidak menawan kalau hitam jadinya.
Seandainya merotan sehingga menimbulkan kecederaan walau tidak ada akta pun rasanya memang wajar diambil tindakan. Tetapi kalau motifnya adalah untuk mendidik demi kebaikan apalah salahnya. Aku masih ingat lagi ketika berada di dalam darjah 5 satu kelas kena rotan gara-gara salah seorang kawan lelaki kami main campak-campak cicak yang telah mati membuat kelas riuh-rendah. Bila cikgu masuk kelas semua kena berdiri di atas kerusi, tadah tangan dan rotan cikgu hinggap di tapak tangan kami. Aku menangis waktu itu. Masih kejap dalam ingatan tapi tidak ada seorang pun mak-ayah yang datang untuk menyangsang cikgu kami. Tapi yang jelas kami semua menjadi 'orang' tidak ada yang kecundang.

~~ Renungkan hadith ini - Perintahlah anak-anak kamu dengan solat ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak solat apabila berumur 10 tahun.~~


49 comments:

  1. ada rotan kat rumah tu sunnah kan kakzakie?
    Waah ros kuning dah jd pink...Best eksperimen ni...nak try jgk la..

    ReplyDelete
  2. masa anak2 acik kecik pun ada je rotan sangkut kat dinding kakazakie..tak anak2 tak pernah kena..memang en.suami acik akan bantai kedinding atau pun kelantai je..

    ReplyDelete
  3. Isu rotan memang hangat semalam.. dorang pun baru nak bentang bulan Julai nanti tapi kecohnya macam dah diluluskan pulak. Tapi saya risau jugak.. makin lemaklah anak2 nanti. Tapi mcm kata Kakzakie.. rotankan ke lantai jer dorang dah takut.. kan kan..

    ReplyDelete
  4. RAMAI YG XTAU SUNNAH RASUL MENGGANTUNG ROTAN DI DINDING RUMAH NI JUSTERU SENTIASA BERPOLEMIK MENGENAINYA..ISLAM KAN SEMPURNA MELANGKAUI SEGENAP BAB KEHIDUPAN...WAH CANTIKNYA ROS KUNING DIBUAT ULAM SEDAP TU WAJAH PUN BERSERI-SERI.

    ReplyDelete
  5. tak salah rasanya untuk simpan rotan di rumah... hurmm... lagipun Rasulullah SAW pun begitu juga kan?

    *cantik bunga ros tu kak zakie...

    ReplyDelete
  6. bila ilmu mantik melebihi segalanya inilah jadinya. rotan pun tak boleh

    ReplyDelete
  7. Saya pun ada rotan, tapi biasanya acah-acah aje..tak kena pun..hihiih

    ReplyDelete
  8. Kalau diikutkan pengalaman kita semua dulu2, mesti pernah kena rotan sama ada oleh ibu bapa dan guru2. Tak adalah pula timbul isu krn semuanya adalah utk kebaikan sebagai salah satu cara utk mendidik.
    Tetapi kenapa kita perlu tunduk dgn PBB dan kerana isu diluar negara...kita perlu menggubal undang2 kita? Apa yg bagus sgt undang2 mereka berbanding sunnah?

    ReplyDelete
  9. merotan untuk mendidik dan mendera adalah dua perkara yang berbeza

    ReplyDelete
  10. Pada pendapat saya tidak salah merotan untuk pengajaran.Pada zaman saya dulu rotan sentiasa digunakan sebagai alat untuk menghukum baik dirumah, sekolah dan juga tempat mengaji Al Quran. Tak pernah jadi isu pun.Tak ada ibu bapa yang datang menyerang atau menyaman. Kami yang kena rotan pula takut nak bgtau makbapa. Takut nanti kena lagi sekali pula dirumah. Saya berharap bab merotan ni kalau nak diaktakan pun mestilah dalam kes2 tertentu saja. Rotan untuk pengajaran dirumah/disekolah saya rasa masih relevan.. Kalau rotan mendera tu kita pun marah...

    ReplyDelete
  11. Kita ada adab mendidik anakyang tersendiri di dalam Islam, bukankah ianya sudah cukup jelas. Setuju dengan akak merotan utk mengajar sangat jauh bezanya dengan merotan melepaskan geram.

    ReplyDelete
  12. cantik plak bunga ros gitu kak.... perlu juga merotan bg tujuan mendidik tapi jangan le sampai mencederakan

    ReplyDelete
  13. setuju dgn n3 kak zakie ...ada rotan tapi kita belasah lantai jer..atau apa2 yg ada kat dpn..hihi....
    kreatipnya anak..

    ReplyDelete
  14. cantiknye ros kuning...rietta bru beberapa hari tanam ros oren merah...xsabar nak tunggu mekarnya...

    PS: not sixsenth akk, a wrong senth it is, coz the one that i worried about, is safe out there and coming back this friday...the one that i dun event think about, thats the one that was in trouble...

    ReplyDelete
  15. dunia dah terbalik sampai rase suka sangat nak ikut budaya luar dari agama sendiri..

    abis kalau anak tak solat tak dirotan nak jadi ape???nak musnahkan negara ke??

    masyallah...emo hati ni kak..risau pun ye jugak!

    ehh cantik bunga akak :)

    ReplyDelete
  16. Mesti adik yang buat eksperimen bunga tu kan..Cantik jadiknya..Saya nak nengok ros tukar kaler hitam hehe..Mengenai rotan tu sebenarnya tak salah pun nak rotan janji tidak menyakitkan..Takkanlah nak mendidik anak rotan pun tak boleh dan dikatakan jenayah..Anak kita bukannya kita nak dera pun..Lagi satu parents saya pun tak pernah rotan saya, cuma tujuannya nak didik jer..Saya ni banyaknya guna mulut je hehe

    ReplyDelete
  17. Ada pro dan kontra setiap perkara kan kak...ada keperluan yg perlu kita rotan...bukan semua kesalahan yg mereka buat...ROTAN jd penyelesaian..

    ReplyDelete
  18. Betul...rasanya semua parents nak yang terbaik untuk anak2 walau ada jugak kes2 terpencil yang menganiaya anak.

    ReplyDelete
  19. rumah mak imm ada rotan..diguna buat penunjuk masa ajar mengaji..rotan tu umurnya sebaya imm..
    sekarang pun masih ada lagi.

    ReplyDelete
  20. wow...amazingnya eksperimen tu...serius menakjubkan...

    tq for sharing kak...nice sangat!

    ReplyDelete
  21. Malaysia ni selalu ada kes budak mati atau cedera parah kena rotan ke? Aduhai...lebih baiklah diorang ni fikir macam mana nak selesaikan masalah pembuangan bayi daripada isu ni. Yang penting tak nak diutamakan, yang betul nak disalahkan. Ish..ish...

    ReplyDelete
  22. nampaknya saya dah ketinggalan zaman kak.. langsung tak tau pasal kes akta rotan ni..

    ReplyDelete
  23. Assalam Kak Zakie, isu rotan ni bukan isu baru, dah lama dah, cuma bru tahun ni dowang nak pakai akta, bagus juga la kot.. tapi tak salah kalo kite rotan anak, asalkan tidak sehingga kecederaan yg serius sampai mengancam nyawanya... rotan anak dulu n skrg mmg beza.. zaman saya dulu, mane ade mak pak dtg komplen kt cikgu kalo cikgu rotan murid, tapi anak skrg?? terlalu manja, itu pasal tak kenal rotan, hehehehe~

    ReplyDelete
  24. kreatif nyeeee..boleh tukar kaler..baru tau..hehe..

    ReplyDelete
  25. Berbeza zaman saya sekolah dengan sekarang..
    Dulu bila kena rotan, mana berani nak cerita balik pada mak.. silap2 kena lagi dengan mak.. hehehe..
    Sekarang..? eemm.. kena rotan sikit riuh satu negara.. terlalu manja, tegur sikit, kita balik diejeknya..

    ReplyDelete
  26. satu ketika dulu pernah juga ada rotan kt rumah ni tapi tiba2 hilang...ntah sapa lah lah antara ank2 ni yg sembunyikan
    ekperimen yang menarik...

    ReplyDelete
  27. zaman sekarang, kalau kene rotan anaknya di sekolah, mau dapat surat saman cikgu tu agaknya

    ReplyDelete
  28. best main eksperimen..cantik pulak tu jadinya.

    dgr libasan rotan pun anak2 akak dah takut, senang! hehe

    ReplyDelete
  29. Masa zaman sekolah menengah selalu sampai perhimpunan lambat sampai dah lali tadah tangah kena rotan hehehe...

    Rotan pun ada gantung dekat dapur tu senang ayahnya capai libas kalau tak dengar kata dan nakal sangat.

    ReplyDelete
  30. isu yg memang panas sekarang ni kakzakie...
    menjadi experiment kakzakie tu...cantikkkk

    ReplyDelete
  31. rotan mmg perlu dalam mndidik anak....masa kcik2 puas kna rotan..kena hanger..hasilnya mnjadi anak yang taat dan bekerjaya

    ReplyDelete
  32. Masih ingat lagi masa mengaji dirumah jiran guru kami menggunakan rotan tapi hanya pada budak laki2. Kami yang perempuan kalau buat salah hanya di pukul keatas lantai sebagai amaran.

    ReplyDelete
  33. mawar hitam..buatlah experimen, nak tengok jg hasilnya..

    gantung rotan tu, biar bg nampak pd anak2 lebih pada psychology sbb nampak rotan pun dah rasa takut..cara2 merotan dlm Islam lebih kpd mengajar, bukan mendera..

    ReplyDelete
  34. saya pon macam tak setuju dgn akta baru ni kak takut2 kaduk naik junjung pasni

    ReplyDelete
  35. alhamdulillah, menjadi bunga ros akak :)

    ReplyDelete
  36. Rasanya tidak salah merotan anak untuk peringtaan dan bukannya nak mendera. Dalam agama pun ada dibenarkan. Ikut agama insyallah selamat.

    ReplyDelete
  37. Anak-nk saya dulu saya pukul dengan tangan. Sakit tangan saya, saya tahu sakitlh mereka itu.

    Jadi, kalau anak saya nak saman tak bolehlah sebab saya tak guna rotan kan..hehe...

    ReplyDelete
  38. eksperimen tu sangat menarik la.. rasanya masa sekolah rendah ade kot kena paksa buat hehe.
    As for rotan sangat setuju, ia perlu sekdar untuk mendidik kalo dah belasah of coz la wajar kena masuk tido semalam dua dalam lokap.

    ReplyDelete
  39. betul tu kak.. kalau merotan sehingga mendatangkan kecederaan memang dah lama jadi kesalahan jenayah.. tapi betul2 tak setuju kalau setakat rotan2 manja pun nak di klasifikasikan sebagai jenayah.. motif???

    ReplyDelete
  40. Salam kak zakie,

    Sy rasa zaman kita berbeza dgn anak2 skrg. Kalau dulu, sy pun pernah dirotan sebab markah periksa turun dan lambat turun surau oleh guru. Tp tak mengadu pun pada mak ayah dan tak berdendam pun dgn guru yg merotan.

    Tapi, zaman sekarang ni lebih memerlukan pendekatan psikologi. Mereka generasi ict era millenium yg berbeza dgn kita. Kena berhemah dan berhikmah. Dan mungkin rotan adalah jalan terakhir. Tapi, kalau ikut Islam pun ada cara merotan yg betul. Tapi, cuba kita ingat balik macamana cara guru2 kita dulu merotan. Adakah sepertimana yg Islam ajar?

    Bila rotan dijadikan cara utk mendidik kdgkala ada yg melebihi yg sepatutnya krn terlalu marah dsb. Akibatnya emosi anak akan terganggu. Dan ada yg sehingga menyebabkan kecederaan. Jujur sy ingat balik ada rakan2 yg sampai berbirat sebab dirotan. Tp dulu2 kita tak berani nak mengadu.

    Jd, kesimpulannya (wah mcm menulis karangan pulak hihihi) mendidik anak perlu pendekatan yg betul. Rotan bukan kaedah yang utama. Pasal hadis yg menyarankan agar anak dirotan kalau tak solat bila dah berumur 10 thn pun ada caranya. Jadi, ibu bapa yg menyebabkan emosi anak2 terganggu dan menyebabkan kecederaan mmg patut dipertanggungjawabkab. Tapi, pandangan saya sepatutnya sebelum akta ni dilaksanakan kerajaan perlu memastikan ilmu parenting itu telah diterima sebaiknya oleh ibu bapa. Begitu juga anak-anak...

    Setuju juga dgn cara kak zakie, rotan tu bkn digunakan utk merotan anak2 tp dipukul di meja, di dinding dsb...

    ReplyDelete
  41. Saya memang tiada rotan di rumah. Kalau ada memang keraplah penggunaannya mungkin. Anak-anak saya memang tak kisah dah dengan suara hilai meninggi Mommynya ni. Kalau disergah, senyaplah rumah setakat 1,2 jam lepas tu kembali riuh. Bagi saya kalau kita kerap buat sesuatu terutama merotan, memukul, tidak menjadi ketakutan pun pada anak-anak lagi. Anak-anak sekarang tak hairan kalau kerap disuakan dengan amaran yang sama. Lainlah macam kita dulu-dulu, sekali kena rotan kalau boleh seumur hidup tak mahu merasanya lagi!

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum kakzakie...merotan setakat megajar x apa kn tapi jgnlah melampau sgt mmg jadi teruklah nanti...pukul jer kat atas meja n tempat lain pun bagus saja nak buat mereka takutkn...

    p/s wah cantiknya bunga...:)

    ReplyDelete
  43. macam pernah buat aje eksperimen tu waktu kecik dulu kak..hihi...mcm best aje...

    pendapat amie merotan mencederakan dengan mendidik kenalah bezakan..tentu ada cara membezakan kan kak?

    ReplyDelete
  44. AHA..ROSE BERUKAR WARNA BARU TAHU ;-)

    ReplyDelete
  45. Wahhhh.....kanda dahsyat ar.....guna perkataan menyangsang tu.....tak pernah dengar, tp faham maksudnya.

    Dinda pun tak setuju pasal rotan tu.....dah jadi mcm New Zealandlah pulak. Tak menjadi orang kang generasi akan dtg kalau tak boleh dirotan...

    ReplyDelete
  46. Salam kak zakie.. Wahh dah berekperiman dgn rose ye? Mujur dia tak celup warna biru:)

    Td senja saya ugut maisarah. Geram betul bila dia kalut2 nk g tuisyen tp belum solat. Mmg lepas ni kena zappp sekali dgn rotan baru dia tau sy tak main2 kot.

    ReplyDelete
  47. amazingkan kak zakie, dengan biar batang ros dalam air warna, sampai ke bunga, tuhan bagi otak manusia geliga kan.. hal rotan tu pun nak jadi isu, buat solusi lain kalau dah tak mo rotan kan, denda apa, gah kan itu dulu baru ban rotan, ikut sunnah ja, dah proven.

    ReplyDelete
  48. Rotan?? Best giler.masa zaman sekolah dah rasa rotan cikgu.tapak tangan,belakang,tapak kaki.kena rotan sebab degil.yang paling sedap sekali bila kena rotan kat tapAk kaki perrrrh sedap sampai pergi otak hahaha.betul rotan dapat merangsang otak.

    ReplyDelete
  49. Rotan?? Best giler.masa zaman sekolah dah rasa rotan cikgu.tapak tangan,belakang,tapak kaki.kena rotan sebab degil.yang paling sedap sekali bila kena rotan kat tapAk kaki perrrrh sedap sampai pergi otak hahaha.betul rotan dapat merangsang otak.

    ReplyDelete