Santai-santai di hari Jumaat ini.
Mengeluh dan rasa bagaikan kecewa apabila doa dan harapan tidak juga kesampaian. Bagaikan ada sesuatu yang menyekat setiap apa yang dipohon. Puas mencari salah dan silap diri masih menemui jalan buntu. Cuba kita renungkan anak yang kita belai dari lahir sehingga membesar, sehingga pandai menilai yang mana satu baik dan buruk. Sewaktu kecilnya dulu ketika kita bergelumang menjahit dengan jarum dan gunting bila anak mahu bermain dengan jarum dan gunting adakah kita memberikan kepadanya? Aku pasti tidak ada seorang ibu pun yang sanggup dan rela hati memberikan gunting dan jarum kepada anak seusia 1-3 tahun sebagai permainan. Tidak memberi bukan bermakna tidak sayang. Semua ini adalah atas dasar rasa kasih-sayang yang mendalam kepada anak tersebut. Tetapi sekiranya anak meminta susu pasti dengan cepat akan disediakan. Itulah tanda kasih dan sayang ibu.
Al-Quran milik anak-anak - Semua apa yang kita cari ada di sini. Perlahan-lahan kita mendidik hati. Mentadabbur isinya dengan istiqamah sebab tidak semua yang kita mahu dapat diperolehi dengan mudah. |
Oleh yang demikian apabila setiap doa dan permohonan belum kesampaian bukanlah bermakna Allah tidak sayangkan kita. Sesungguhnya sifat Ar-Rohman dan Ar-Rohim itu milik Allah. Setiap kali mahu melakukan apa juga kerja mulut menyebut basmallah "Bismillahirrohmanirrohim". Tetapi adakah kita benar-benar telusuri makna di sebalik basmallah itu. Lalu percayalah harapan yang belum kesampaian itu bukan bermakna Allah tidak sayangkan kita. Banyak sudah landasan diberi mengapa doa tidak kesampaian. Selidik dalam diri kita. Mohon keampunan andai ada tersasar anggapan. Cari hikmah mungkin akan ada yang lebih baik akan diberikan olehNya. Kitab Allah banyak memberi panduan untuk kita semua.
Renungkan ayat Allah ini - "Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Dan pada sisi Kami ada satu kitab yang membicarakan kebenaran dan mereka tidak dianiaya" (Suroh Al-Mukminun:62).
~~ La haulawala Quwwata Illabillah - tidak ada daya dan upaya kecuali Allah subhanahu wata'ala.~~
Perkongsian yang sangat baik buat semua..salam jumaat Kak :)
ReplyDeleteSalam Jumaat, Kakzakie!
ReplyDeleteBaru-baru ni kebetulan Abang terdengar perbualan kami suami isteri tentang doa-doa kami yang belum 'kesampaian' Dah dia ada di situ, saya pun tanyalah ada tak dia berdoa selepas solat dan kalau tidak, doakanlah perkara yang baik-baik untuk hidupnya dan keluarga juga. Makanya dia bertanya, mengapa MommyDaddy (yang dah 'tua' pada pandangannya) yang tak pernah tinggal solat tapi masih Allah tak makbulkan doa yang dipinta? Dia mahu tahu berapa lama perlu berdoa supaya doa dimakbulkan Allah. Pening juga saya nak menjawabnya. Kalau beri jawapan yang complicated, haruslah dia tak faham!
in sha allah dekati al quran dan jadikan sebagai pendamping yang paling dekat segalanya akan dipermudahkan olehNya :D
ReplyDeleteSalam Jumaat kak,,
ReplyDeletedoalah dengan penuh harapan.Allah pasti beri apa yang terbaik untuk kita yg kadangkala kita sendiri lupa untuk minta.
2 nama Allah yang saya sering sebut..
ReplyDeleteTah la rase mcm nak peluk kakak ketat2..falsya pernah dulu nak sgt nak sgt baby..smp tahap falsya stress..nangis setiap bulan sbb period dtg..tp bile dh muhasabah diri, dh istiqomah, hati dh tenang, dada dh lapang, mental fizikal dh stable, dgn doa yg xpenah putus setiap saat setiap minit, dgn usaha lg, alhamdulillah, skang hidup falsya dh lengkap dgn adanya qisya..Allahuakbar!..Allah suke kite meminta2, Allah suke kite tadah tgn berdoa dekat DIA..Allah uji sbb DIA sayang kite..in the end DIA akan tunaikan jugak permintaan kite..sooner or later..kite hanya perlu berdoa seikhlas ikhlas hati kite..
ReplyDeleteIkhlaskan hati, jangan pernah putus asa...mintalah dari Dia... jawapannya tetap ada, dan mungkin kita yang terleka untuk menyedarinya...
ReplyDeleteterima kasih atas entry ni kak :) terima kasih atas ingatan ni.. :)
ReplyDeleteSalam sayyidulayyam kak Zakie..
ReplyDeleteAllah lebih mengetahui mana yg terbaik untuk kita..:)
salams jumaat kak zakie, tq diatas perkongsiann yg sgt meyedarkan:)
ReplyDeletesalam jumaat kakak
ReplyDeletebetuk tu..
6 tahun menanti permata hati buatkan saya makin dekat, dekat dengan Dia.
saya belajar erti usaha sebenar, erti jgn putus asa,
berbalik pada nawaitu
alhamdulillah..
betul tu kak...banyak ilmu dapat dalam blog ni..terima kasih kak..perkongsian yang berilmu
ReplyDeletepengisian yang mantap kak..
ReplyDeleteAllah tahu rasa hati kita,Allah mendengar keluhan kita.
Kalau kita tak lupakan Dia, Dia tidak akan pernah melupakan .
Allah sentiasa mengingati kita dalam setiap waktu dan ketika.
Di tanganNYA ada kunci ketaqwaan, dan di tangan kita ada pilihan sama ada untuk mendapatkan kunci itu atau tidak.
moga segala doa kita didengari..aminnn...kdng kita rasa tak termakbul doa kita sedangkan Allah beri dalam bentuk yg lain kan kak...
ReplyDeletethanks for sharing kak
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...jangan berputus asa walau bagaimana susah payahnya...Allah itu maha Mengetahui yang mana baik dan buruk untuk kita...
ReplyDeleteberdoa kpd-Nya tanpa jemu sbb hnya kpd Dia diserakan jiwaraga kita...
ReplyDeletedoa utk dikurniakan zuriat dulu dikabulkan Allah jua walaupun bukan sehari 2 tapi bertahun2 lamanya ....asalkan kita tak jemu memohon doa kepada Nya Insya Allah...akan Dia kabulkan jua satu hari kelak ,itulah yg terlekat diminda skg ni.
ReplyDeleteSalam Jumaat kak.. Perisian info yg sangat2 berguna..
ReplyDeleteBanyak jawapan yg dicari ada dalam Al-quran..
ReplyDeletelive life by doa, doa supaya sepanjang perjalanan dipermudahkan seperti diimpikan dan diredhaNya kan.. tapi tula kena solat sebab dalam sujud lebih afdal. masa hujan tak sempat nak merungut sebab nak doa. ingatan kak zakie baca Al-Quran tu penting , keja nak baca hat lain dulu mmm. thanks kak zakie hugs n kiss perasaan saya pun rasa macam Falsya.
ReplyDeleteKadang-kala saya lalai dan alpa.. ambil mudah dalam banyak perkara..
ReplyDeleteTapi bila sesekali dapat teguran, sebenarnya DIA masih sayangkan saya dan memberi ruang pada saya untuk berusaha menjadi yang lebih dari sebelum ini..
Menyedarkan saya dari terus membuat sesuatu yang kurang bermanfaat..
Kita banyak berdoa kita banyak menaruh harapan dalam banyak2 tu ada yg tak tertunai tetapi banyak juga yg kita dapat cuma kita sedar atau tidak. Sebagai orang Islam digalakkan kita berdoa memmohon kepada yg Esa menunaikan atau tidak itu kehendak Allah kerana Dia hanya akan memberi yg terbaik buat kita. Bila terasa banyak yg Allah tangguhkan doa kita mungkin kita perlu nilai diri andai ada perkara yang membuatkan doa-doa kita tak diangkat ke langit. Sesungguhnya Allah lebih tahu...:)
ReplyDeleteBerusahalah semoga doa yang dipinta dikabulkan cuma kadang2 waktunya mungkin cepat atau lambat. Allah Maha pemurah.
ReplyDeleteBila diriku senang diriku mudah lupa.
ReplyDeleteBila terasa beban baru teringat akan betapa ku lupa apa yang dah diberi.
Salam jumaat kak Zakie.. Terbaik..
ReplyDeleteThank u kak zakie utk ilmu ni
ReplyDeleteAssalamualaikum kakak.. selamat pagi :)
ReplyDeleteBetul kak..kadangkala kita marah..berkeluh kesah..sedangkan Allah sedang asyik melihat kita..menilai hati hati kita,.kita acapkali lupa..semua daripadaNya..pasti kembali juga padaNYA..
ReplyDeleteTerima kasih akak atas peringatan ini...semoga Allah merahmati dan memberi keizinan untuk akak terus menulis...setiap kali masuk sini sejuk je hati :)
ReplyDeletetq for sharing kak...
ReplyDeletetakzirah yang amat baik & biasa dilalui oleh semua
terima kasih atas perkongsian kak zakie...amat terkesan dalam hati rasanya...
ReplyDeletesalam kz ..
ReplyDeletemaqbul tak maqbul, itu kelulusan dari Allah swt sendiri, yg penting doa kita kpdNya jgn putus, insyaallah kita akan dapat apa yg kita pinta tu nanti,
Allah tu maha Pemurah lagi Pengsih
Kdg2 allah tidak tunaikan harapan kita ketika ini. Itu bukan bermakna allah tak sayangkan kita tetapi Allah nak berikan sesuatu yg lebih baik kepada kita.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteTQ atas pencerahan yang amat bermanfaat ini.
Sesungguhnya Allah, Tuhan kita yang amat penyayang. Dia tidak memberi melainkan setiap peberian itu ada kebaikan kepada seseorang.
Selagi bernyawa, hingga saat nk pergi pun kita berdoa kan kak zakie. Lama tak jengah sini. Tak sihat beberapa hari ni.
ReplyDeleteDOA senjata mukmin. Allah sentiasa mendengar doa hamba2nya..muhasabah diri..😀
ReplyDeleteDOA senjata mukmin. Allah sentiasa mendengar doa hamba2nya..muhasabah diri..😀
ReplyDeletesangat mendalam entri akak ni..terima kasih atas ingatan ini.
ReplyDeleteYelah kanda.....dah nama pun manusia, ada masa tanpa sedar, kita merungut dan menyalahkan Allah bila permintaan tak ditunaikan. Kita lupa yg nikmat yg diberi melebihi dugaan yg sedikit.
ReplyDeleteMoga madih diberi kesempatan utk bertaubat...huhu