Thursday, February 5, 2015

Aku-janji bersama demi meraih kejayaan

Seperti tahun-tahun sebelumnya kali ini adik pula membawa surat dari pihak sekolah untuk kami para ibu-bapa melihat secara langsung dan lebih memahami program yang telah disusun oleh pihak sekolah untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperikasaan UPSR tahun ini. Adik pastinya tidak mahu mama-papa tertinggal sama. Walaupun ketika berada di sekolah langsung kami tidak berpeluang bertemunya. Program adik bersama kawan-kawan sudah disusun rapi pihak sekolah. Aku puji sistem pentadbiran sekolah adik. Hanya Allah jua yang membalas jasa-jasa semua warga sekolah yang tidak pernah kenal erti penat demi anak-anak kami semua.
 
Pagar sekolah - Tepat jam 10:00 pagi pagar sekolah dibuka pengawal. Para penjaga yang menanti di luar sedia masuk.
Adik & rakan - Semua pengawas tahun 6 naik ke pentas sebagai wakil murid. Lain-lain murid berdiri di bawah turut sama bediri membuat ikrar aku-janji memikul tanggungjawab untuk meraih kejayaan yang diimpikan.
 
Selesai anak-anak membuat aku-janji, pihak ibu-bapa pula mengambil tempat dan akhir sekali warga pendidik sekolah. Bila diri kian dipagut usia tua, mudah benar airmata mahu mengalir dari pelupuk mata kala terpahat ikrar aku-janji yang dilafazkan. Terasa ada tanggungjawab yang perlu digalas dengan sempurna sepertimana yang diikrarkan. Terharu dengan kesungguhan para guru. Tinggi harapan mereka. Tahun Kak Reen dulu merupakan tahun terbaik tercatat dan sehingga kini belum terpecah lagi rekod tersebut. Harapan pihak sekolah tahun adik ini mampu memecahkan pencapaian rekod tahun Kak Reen dulu.

~~ Tahun 2015 merupakan tahun terakhir UPSR kerana tahun hadapan anak-anak sudah dengan sistem KSSR.~~


43 comments:

  1. Semoga anak2 terus memacu jaya dengan usaha mereka, bimbingan para guru dan doa ibubapa...

    ReplyDelete
  2. semoga anak akak mendapat keputusan yang cemerlang upsr nanti..

    ReplyDelete
  3. adanya program macam ni anak-anak lebih bersemangat! lebih bersungguh-sungguh! selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  4. kenangan masa sekolah dulu kak time buat aku-janji ngan ibubapa ni mesti menangis..huhuuu sedih sangat..

    buat adik, selamat belajar dan moga beroleh keputusan yang cemerlang..kejap jer masa skarang..tik tok tik tok dah nak exam..

    ReplyDelete
  5. kak kalau dpt hadir mjlis anak2 sekolah gini sama juga dgn kakzakie cpt tersentuh hati n menangis...terasa bangga dgn ktrampilan anak2 yg jujur ikhlas apalagi di mjlis akujanji...

    ReplyDelete
  6. Semoga anak2 berjaya dengan cemerlang.. Amin.. Guru2 kat sekolah pon IBU kite ke 2.. InshaAllah atas keikhlasan bimbingan mereka, anak2 kite akan berjaya.. Dunia akhirat kan Kak..

    ReplyDelete
  7. kesungguhan ibubapa dan guru akan membuahkan hasil yg cemerlang insyaAllah.. selamat maju jaya adik2 :)

    ReplyDelete
  8. Salam kz,
    Sama2 kita bntu cikgu demi kecemerlangan anak kita dlm pelajaran, mogo anak kz berjaya dlm upsrnya nnti ..
    Anak ku wes orak enek seng skolah rendah.
    Kabeh wes gedi2

    ReplyDelete
  9. kakzakie..acik memang dari muda..dari anak pertama mula bersekolah tadika lagi..kalau ada program disekolah..memang air mata ni mudah je keluar nya..sampai semua kawan2 dah tau dah..acik pun pelik jugak..tengok anak bersukan ..ambik hadiah ke apa saja program..memang murah bebeno air matanya kakzakie.

    ReplyDelete
  10. Semoga adik akan mendapat keputusan yg cemerlang dalam UPSR nanti...

    Ye kakzakie masa Najeeha bermula KSSR tu.. pada hari sabtu hadapan ibubapa dijemput untuk penerangan dan akujanji.

    ReplyDelete
  11. semoga anak-anak tersebut terus berjaya hingga dewasa dan boleh berbakti pada ibu bapa..

    ReplyDelete
  12. semoga adik berjaya dunia dan akhirat. belajar rajin rajin tau adik ^^

    ReplyDelete
  13. Assalam...
    Semoga adik berjaya dalam apa jua bidang dan aktiviti yang diceburinya...

    Aamiin...

    ReplyDelete
  14. Syabas...semoga tahun ini beroleh kejayaan yang lebih cemerlang.

    Keputusan SPM tahun Mimi adalah yang terbaik sepanjang sekolahnya dibuka dan yang membanggakan ramai anak2 melayu yang mendapat straight 'A'.

    ReplyDelete
  15. Salam...

    Semoga adik berusaha sungguh2 yea...usaha tangga kejayaan..:)

    ReplyDelete
  16. semoga berkat kesungguhan para guru dan ibubapa....insya ALLAH anak2 akan beroleh kejayaan..

    ReplyDelete
  17. inshaAllah, mereka semua anak-anak cemerlang.

    baru tahu kak upsr tahun akhir tahun ni~

    ReplyDelete
  18. semoga Adik dan rakan2nya mampu pecah rekod thn ni. Insya Allah!

    ReplyDelete
  19. yelah kak thun iman KSSR 4A sajer bkn 5A mcm biasa tu...penulisan dh tak ada...tukar sampai pening...

    ReplyDelete
  20. Moga Adik peroleh keputusan yg cemerlang, Insya Allah

    ReplyDelete
  21. amin...doa seorang ibu makbul InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  22. tiada memori aku janji time UPSR dulu, atau mungkin takde. apa pun moga aku janji ni dapatlah memacu semangat adik2 untuk berjaya dalam UPSR...terkadang terfikir budak sekarang lebih tertekan berbanding budak dulu...betul kah?

    ReplyDelete
  23. Kagum dengan dedikasi guru-guru yang sangat komited terhadap pendidikan anak-anak walaupun sistem pendidikan Malaysia sering dikritik akibat campur tangan orang-orang yang berkepentingan dalam politik. Kadang, menteri-menteri pun sama sibuk campur tangan sampai sistem pendidikan kita jadi tak konsisten.

    ReplyDelete
  24. As-salam kak zakie..

    saya sangat sokong program aku janji ni.. jadinya semua yang terlibat (pelajar, guru dan ibu bapa) akan lebih komited dan bertanggungjawab untuk memastikan kejayaan bersama.. anak saya yang di tingkatan 4 pun dah buat aku janji untuk kejayaan spm tahun hadapan.. langkah awal sekolah yang harus dipuji..

    ReplyDelete
  25. salam kak zakie


    auntie mieja doakan adik pasti beroleh kejayaan, amin.

    ReplyDelete
  26. owh, kira normal lah kan that kind of feeling?
    Saya pun kadang2 jenuh duk menahan cecair jernih dari jatuh ke pipi bila bercakap dgn cikgu pasal pencapaian anak2... mcm2 perasaan bercampur baur...
    Untung adik sempat adik UPSR... Irfan balik nanti darjah 4, sempat lagi kot nak catch up sistem sekolah kat M'sia :)

    ReplyDelete
  27. Oh.....macam taklimat UPSR jugaklah ni yeh kanda...Sama jer kita kanda, mudah betul air mata ni jatuh, bukan kerana sedih kekadang, entah apa yg difikirkan pun tak tahu.... sampai jatuh air mata huhu

    ReplyDelete
  28. Semoga anak akak berjaya dalam peperiksaan nanti.

    ReplyDelete
  29. semoga adik dan kawan2 berjaya dlm UPSR tahun ni...berusaha..ibubapa sentiasa beri perangsang dan semangat utk berjaya..

    ReplyDelete
  30. jasa guru2 dalam mengajar anak2 kita mmg amat besar..terima kasih kepada mereka semua keerana tanpa jemu mengajar anak bangsa...

    moga adik menempuh kejayaan..

    ReplyDelete
  31. Selamat berusaha keras buat adik. Semoga dapat pecahkan rekod kak reen

    ReplyDelete
  32. baru tahu tahun ni tahun akhir upsr..harap harap kssr tak kelam kabut macam pt3.....

    adik yan pun tahun ni upsr...semoga mereka berjaya dengan cemerlang...amin

    ReplyDelete
  33. moga adik cemerlang dlm pepereksaan UPSR nanti..

    ReplyDelete
  34. Pening kalau mendengar tentang sistem peperiksaan di Malaysia ni. Kena sentiasa mengikuti perkembangan, kalau tidak tak tahu apa-apa pun. Semoga tahun terakhir UPSR ni akan berjaya mencatat rekod terbaik sekolah mengatasi tahun Kak Reen dulu. Insya Allah, Adik akan jadi salah seorang daripada pelajar cemerlang tersebut.

    ReplyDelete
  35. semoga berjaya dunia akhirat dan jadi anak yang berguna...insyaAllah...

    ReplyDelete
  36. Saya sekarang beli buka latihan anak-anak pening kepala sebab asyik bertukar system.

    ReplyDelete
  37. Aamiin, moga kejayaan sentiasa bersama anakanda.

    ReplyDelete
  38. semoga adik berjaya dunia akhirat, Amin.

    ReplyDelete
  39. Benarkah.aku cinta benarkah aku rindu
    Sedangkan tak pernah gugur airmata ku mengenangkan mu....inilah lirik yang paling indah dan menyentuh perasaan saya....mendalam betul maknanya..

    ReplyDelete