Kepada yang mengikuti rancangan radio IKIM pasti tahu yang lagu/nasyid di bawah ini telah dinobatkan sebagai nasyid terbaik untuk Anugerah Nasyid tahun 2014 yang telah berlangsung pada pertengahan Januari, 2015 lalu. Menjuarai carta lagu di radio IKIM selama 12 minggu berturut-turut, lagu Daqmie ini sangat mengagumkan. Menghayati liriknya pun sudah dapat kita rasakan keindahan susunannya. Apa lagi lontaran suara penyanyinya membuat kita yang mendengar pun bagaikan mahu mengalirkan airmata. Cubalah menghayatinya.
Sedu sedan itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya manjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Yang sebelumnya manjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentoh hati mengocak perasaan
Benarkah.aku cinta benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur airmata ku mengenangkan mu
Menyentoh hati mengocak perasaan
Benarkah.aku cinta benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur airmata ku mengenangkan mu
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diriku ini
Untuk menghargai perjuanganmu ya Rasulallah
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diriku ini
Untuk menghargai perjuanganmu ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu ya Rasulallah
Yang menangis rindu kepada mu ya Rasulallah
Biarkan aku sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga
Namun dapat bersama mu di dalam syurga
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran rasul ketika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya.
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran rasul ketika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya.
Nasyid di atas sebenarnya diambil dari kisah berikut:-
Masjid Nabawi adalah masjid yang dibina secara gotong royong golongan Ansar dah Muhajirin . Mengikut sejarah yang tercatat, tapak Masjid Nabawi merupakan perhentian pertama unta putih baginda Rasulullah ketika golongan muhajirin tiba di Madinah. Terharu kerana rombongan baginda disambut baik oleh golongan ansar. Masing-masing berebut mahu rasulullah singgah kerumahnya. Oleh kerana baginda tidak mahu menghampakan semua pihak, baginda menyerahkan unta putih baginda membuat keputusan . Unta baginda berhenti di suatu tempat dan disitulah baginda akhirnya mendirikan sebuah masjid yang kini dikenali sebagai Masjid Nabawi.
Baginda telah membina mimbar yang diperbuat daripada batang tamar . Dalam masjid inilah perjumpaan serta perbincangan juga majlis ilmu diadakan . Namun setelah lama mimbar masjid digunakan, ia menjadi reput . Baginda rasulullah dan para sahabat memutuskan untuk membuat mimbar baru . Mimbar yang lama disimpan di tempat lain. Pada suatu hari ketika rasulullah sedang berkhutbah, terdengar suara tangisan. Setelah diteliti rupa-rupanya suara itu datangnya dari sebatang tamar. Batang tamar itu bersedih kerana khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi oleh rasulullah . Tetapi rasulullah memujuk, walaupun khidmatnya tidak diperlukan lagi kerana keuzurannya, namun ia akan tetap akan bersama baginda di syurga kelak. Sebaik mendengar janji rasulullah itu barulah terhenti tangisan batang tamar yang uzur tersebut.
Kisah inilah yang tercatat menjadi nasyid yang sangat mendayu-dayu dan kita pula bagaikan mahu mengalirkan airmata seperti batang tamar yang dimaksudkan.
~~ Mampukah kita menjadi seperti batang tamar itu?~~
Baca kisah ini sahaja sudah membuatkan hati terasa sebak...
ReplyDeleteWana pun ada dengar lagu ni..memang sedap didengar..baru tau ada kisah disebalik lagu ni..
ReplyDeletesalam jumaat...indah sekali senikata nasyid itu n kisah batang tamar yg bersedih kerana terasa khidmatnya kpd rasul yg mulia xdperlukan sayu pula dihati...betapa setiap kejadian Allah ingin bersama berbakti kpd rasullullah dimana saja...
ReplyDeleteSaya memang suka lagu-lagu dakmie. tapi rupanya disebalik lirik lagu itu ada kisah yang sangat menyentuh hati
ReplyDeleteBerkaca mata saya membaca entri kakzakie ini... Benar kan kakzakie... mampu ke saya menjadi seperti batang tamar ini.. menangis rindukan utk bersama Rasulullah...
ReplyDeleteMemang selalu dengar di IKIM Fm nasyid ini, nabil dan najeeha menjadi hafal lirik nasyid ini dan ikut bernasyid sama..
As-salam kak zakie..
ReplyDeleteSubhanallah... Alhamdulillah, terima kasih kak atas perkongsian kisah itu.. suka sangat dengan lagu tu.. setiap kali mendengarnya hati pasti tersentuh.. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
syahdu pula tulisan akak ni...
ReplyDeletemy feveret song...
ReplyDeletejuara anugerah nasyid ikim fm...
memang sangat puitis lirik dia..
ada kisah ya disebalik lagu ni...
mekaseh kak sharing.. :)
pertamakali dengar lagu itu meruntun hati KY menangis sebak..
ReplyDeleteSelawat dan salam KY titipkan buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Allahummasolli'ala saiedinamuhammad..wa'alaalihi saidina muhammad..
sedih kisah yang kakzakie kongsikan..
ReplyDeletenani pernah dengar lagu tangis sebatang tamar tu. memang sebak :)
ReplyDeleteTerima kasih kak kerana selalu berkongsi ilmu. Tak pernah lagi dengar lagu ni tapi tengok pada lirik sahaja dah menarik hati untuk mendengarnya.
ReplyDeleteSalam Jumaat Kak Zakie! nnt saya nak dgr lagu nasyid tu, kalo baca pada lirik tu mmg tak brapa nak faham, bila baca kisah Rasulullah saw, baru la saya faham... saya kalo boleh bila dah sampai usia uzur tu..biar la org ingat kite kerana kebaikan dan jasa kita, kalo kita dilupakan begitu saja, mmg sedih laa... mohon doa dari anak2 kite jela kan kak bila kita tiada nanti...
ReplyDeletecerita dalam nasyid yang penuh bemakna...
ReplyDeletesebak kak.
ReplyDeletemenangis mcm pokok tamar tu juga di kala Rasulullah tak bersandar lgi...
salams kak
ReplyDeletebaru beberapa hari dengar lagu nie& tq diatas kupasan kisah sebenar:):)
Saya memang setuju lagu ini dinobatkan juara. Kisah yang amat jarang diperdengari...bolehlag disemarakkan kembali.
ReplyDeleteNaik bulu roma kak... Jarang dengar nasyid... :(
ReplyDeletemasih belum mampu menjadi seperti pokok tamar...amalan yan masih diperbaiki..
ReplyDeletekisah benar yang diadaptasi dalam lagu...bagusnya...sebak rasa...
ReplyDeleteBeruntungnye si batang tamar dapat bersama rasullullah :')
ReplyDeleteBeruntungnye si batang tamar dapat bersama rasullullah :')
ReplyDeletesebak nyer hati..
ReplyDeleteSalam Bahagia Kak.
ReplyDeleteApa Khabar?
Terima kasih suka baca perkongsian ini.
Teringat pula pokok-pokok lama keliling rumah ni, adakah menangis jika tukang kebunnya tak ambil tahu nak belai dia juga.
Kisah yang boleh membuat sesiapa saja menitiskan air mata.
ReplyDeleteHidup kita ni biarlah berjasa. Kelak nanti boleh dimanfaatkan oleh generasi yang terkemudian.
ReplyDeleteMekasih atas perkongsian kak. Sebak baca.
ReplyDeleteTerharu saya kak, baca tajuk dan lirik tu pun dah buat sayu
ReplyDeletesebatang tamanr menangis kerana Rasulullah..inikan pula kita...ya Allah semoga Allah masukkan ke dalam syurga bersama rasul allah itu...
ReplyDeleteSalam kak Zakire..atie xpernah dgr nasyid ni..nanti cari kat youtube :)
ReplyDeleteBegitulah apabila sesuatu benda yang dan lapuk atau lama, pasti akan ditukar baru. Andai kita mampu mendengar rintihan mereka... mesti sukar hidup kita. Mujurlah tidak mendengarnya.
ReplyDeleteBerkaca Mata membaca kisah tangisan sebatang tamar.
ReplyDeleteSejujurnya sy tak pernah dengar nasyid ni..sy tak biasa dengar apa siaran radio pun kt rumah. Dalam kereta pun take chance nak bukak radio.afia marah kalau kita tak pasang CD zikir.hehe..
Baru tau cerita batang tamar tu. Terharunya. Terima kasih ats perkongsian
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletepernah juga dengar kisah ni, tiba2 datang rasa keinsafan dan sebak...
Salam,
ReplyDeletepernah juga dengar kisah ni, tiba2 datang rasa keinsafan dan sebak...
Ros dah pernah dengar lagu ni kakak. Tapi sekarang baru faham maksud di sebalik liriknya..
ReplyDeletethanks for sharing kak.....sebak..
ReplyDeletesuka dengar ikim ek
ReplyDeleteassalam kakak
ReplyDeletesingah di tengah mlam
mmg sayu dah syahdu kisah ini..
belom pernah dgr lagi
perkongsian yg menarik.
tambah ilmu di malm hari.
alhamdulillah ..
lirik nasyid yang sungguh syahdu..
ReplyDeleteEh....dinda belum komen lagi entti ni yeh..... Rasa mcm dah baca.
ReplyDeleteMmg puitis lirik nasyid tu. Cuma tak tau melodi dia mcmana. Tetingin pulak nak dengar lagu dia camne
T_T... sangat tersentuhh.. sesekali kena juga cr makanan rohani
ReplyDelete