Nabi SAW bersabda "Sebaik-baik lauk adalah garam" - (Al-Baihaqi)
Garam bukanlah penyebab penyakit, bahkan adalah ubat yang paling mujarab sekiranya diambil dengan cara yang betul. Garam tidak boleh DIMASAK! Kesilapan kita orang Melayu (termasuklah kelompok jawa, bugis, banjar, minang dan sebagainya seperti aku ini), ialah memasak garam iaitu memasukkan garam ke dalam masakan yang sedang dimasak samada ketika mendidih atau panas. Cara inilah dikatakan menyebabkan ia menjadi toksik.
Garam biasa atau scientificnya sodium. Jika dimasak dengan cara yang di atas ia menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit. Cara yang betul penggunaan garam yang disarankan adalah seperti berikut:-
1. Masak apa-apa juga hidangan seperti masak asam pedas ikan atau kari kepala ikan sehingga selesai. Bila sudah siap masak tutup api baru masukkan garam ikut rasa dikehendaki.
2. Kacau air garam kemudian tuang ke dalam masakan/kuah tersebut
3. Masak setiap hidangan tanpa garam. Ketika hendak makan sediakan semangkuk garam. Masa makan ambillah tabur di pinggan ikut kesesuaian masing-masing.
Antara amalan yang diamalkan oleh para salafussoleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulakan makan.
Garam sebenarnya sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan. Garam itu sebenarnya MINERAL!. Sebab itulah dikatakan kelebihan garam ini ialah mengubati lebih dari 70 penyakit serta seseorang itu tidak akan mati mengejut. Kesahihannya tidak dapat aku pastikan tetapi tidak salah untuk mengikut sebab satu perkara yang mudah.
- (dari whatsapp keluarga)
- (dari whatsapp keluarga)
* Bapak aku juga menggunakan garam sebagai pelindung dari gangguan syaitan dan musuh. Tetapi adalah ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Satu hari nanti jika teringat aku mahu belajar. Pernah terjadi ada orang yang mahu mencuri zink yang bapak baru beli untuk pondok setor tetapi tidak berjaya. Tidak silap aku tahun lepas. Masa itu bapak tinggal di rumah aku dalam 3 hari kemudian bila balik dari JB ke kampung kami nampak zink yang bapak baru beli sudah berada di tepi jalan masuk depan rumah. Semua zink tersebut ditinggalkan. Senyum bapak bila cucu-cucunya bertanya. Penangan hebatnya garam!
~~ Teringat satu cerita lakonan P Ramlee yang menghadiahkan ibu mertuanya garam dan gula sebagai hadiah. ~~
Tak cukup garam tertentu boleh menyebabkan seseorang lumpuh sementara. Kawan saya permah alami. Hampir 3 hari xleh bergerak kecuali kepala ke atas kemudian beberapa hari lagi tak boleh gerakkan bahagian kaki dan paha.. sampai sekarang dia disarankan makan benda yang masin sikit sb tak tahu kenapa postasium dan garam lain mudah hilang dari badannya..
ReplyDeleteYe betul tu...garam mmg perlu ada dlm badan...kazen SA pun ada yg kena macam ni...badan tiba2 lumpuh x boleh bergerak....doc ckp kurang garam dlm badan
ReplyDeleteCara memasukkan garam dalam masakan tu yg sy nak belajar kak..pernah terbaca jg jgn masuk kn garam masa masakan tengah mendidih...
ReplyDeleteMakcik2 sy memang ada yg guna garam utk pendiding rumah di sertai dgn surah2...:)
menarik sharing akak ni.. imm pun jenis masukkan garam masa tengah memasak ..huu salah teknik rupanya
ReplyDeleteteringat pada cerita ahmad albab
ReplyDeleteThanks the info kak...
ReplyDeletegaram pun boleh di gunakan untuk cuci luka²..nieyl selalu buat..Alhamdulillah...luka menjadi kering... :)
kite2 nih pyh la klau msk garam boh last sekali kan kak? huhuhu
ReplyDeletegaram mmg banyak kegunaan... tanpanya semua jd tawar... makanan mahal pun jd tak sedap
Oh.. kena ubah cara masakan lepas ni..
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Zakie..
ReplyDeletesemoga apa yang tertulis tu menjadi pengajaran & info yg baik buat kita :D
Yg suka masin tulh jadi penyakit...kn
ReplyDeletesblum mkn isap grm di jari kelingking sblum mkn..ikut sunah,,
suami bt nor tk buat....
SALAM JUMAAT PERKONGSIAN YG BERMNAFAAT NI...GARAM NI BNYK KHASIATNYA BUKAN HARUS DIHINDARI UTK ELAKAN HPT...
ReplyDeleteni nak kena biasakan apa yang kita tak biasa. lagi2 part garam letak aja atas meja tu. mula2 susah tapi lama2 terbiasa. tqvm
ReplyDeleterumah saya pun tabur garam kasar disekeliling kakzakie..mudah2an dgn izin Allah, ular tak masuk kawasan
As salam kakak... tima kasih ats perkongsian info nie..
ReplyDeletezaman dulu, garam & gula ada dalam hantaran kahwin..simbolik kehidupan..
ReplyDeletesyukran berkongsi ilmu..
Pernah juga tengok orang 'pagarkan rumah' dengan garam bersama bacaan ayat-ayat suci Al Quran...
ReplyDeletetambah ilmu tentang garam datang sini. :D
ReplyDeletearuah abah ecah suka mkn tomato cicah garam.
ReplyDeletebetul apa yg akak bg tau tu...garam masuk time last2 kan time masak..
garam buluh org ckp bagus kan utk kesihatan..
falsya pun suke cicah epal hijau ngan garam kakak..kite sama..hehehe..
ReplyDeleteYANG CERITA P RAMLEE TU CERITA MUNSANG BERJANGUT KE ?... TUAN TANAH.. HEE..HEE
ReplyDeletehmmm... jiran is pun masuk wad waktu pregnen sebab kurang garam~
ReplyDeleteselain lezat,,, buah ini kaya dengan manfaat juga hmmm,,, mantap..Obat Rematik
ReplyDeleteselalu letak garam time tgh masak..aduhh...dah tahu satu kesilapan buat jugak..terima kasih akak sebab mengingatkan..
ReplyDeleteapple hijau lawankan ngan garam mmg sedap kak
ReplyDeletebaru selera nak makan
kak
ReplyDeletekadang-kadang saya lupa nak letak garam lepas masak,
selalu terletak masa masak..
nak kena konsisten praktikkannya
info yg berguna in kak zakie..baru tahu!TQ for sharing
ReplyDeleteSebenarnya dah tahu....tapi x amalkan..huhuhu
ReplyDeleteSalam jumaat mak. Hee teringat pantun dulu2
ReplyDeleteGaram ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.
Panduan penggunaan garam yang berguna ni. Nak kena cuba lepas ni. Masa naka makan baru letak garam.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi yg bermanfaat ni Kakzakie.. sebelum ni saya pernah baca tapi lupa pulak cara2 bila masa garam tu dibubuh didalam masakan.
ReplyDeleteTeringat pula arwah abah .. memang abah memagar rumah dengan garam.. sayang nya kami tidak pula mengambil ilmu.. elok juga kakzakie belajar dari bapak aka tu.. sangat berguna ilmu itu kak ..
Ustaz2 a.k.a Pakar perubatan islam selalu "pagar rumah" guna garam + lada itam.
ReplyDeleteUstaz2 a.k.a Pakar perubatan islam selalu "pagar rumah" guna garam + lada itam.
ReplyDeletecerita ahmad albab kan? ^_^
ReplyDeleteyg penting makan pelam tanpa garam memang tabiat lah. ^_^
pertama kali tahu..terima kasih info...yan pnah guna garam kasar campur lada hitam dan cuka..sebagai pndinding rumah beserta ayat alquran..dan beberapa sembhyg sunat
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteBetul tu, garam banyak kegunaannya. Cuma kita yang kurang arif. Apapun dalam bab makan, makanlah apa yang halal dan baik dan yang paling penting jangan 'berlebihan'. Berlebihan itulah sebenarnya yang memudaratkan. Penawar pun boleh menjadi racun jika berlebih-lebih...
selama ni cara kita memasak sebenarnya salah kan kak...heheh..tapi kalau lambat masuk garam,alamatnya tawar ler masakkan..
ReplyDeletekalau ikut arwah atok,garam ni memang boleh melindungi kita dari benda² tu kak..kalau ikutkan banyak kelebihan garam yang kita tak tau.dulu² atok selalu sapukan air garam kat badan kita..Tapi tertakluk pada jenis garam jugak la kan..yang eda ingat dia pakai garam yang cukup kasar..tak tau jenis ape tu kak...
kak zakie, masa kite main game Cooking Academy; puzzle game pasal masak-masak.
ReplyDeletememang pattern game tu letak garam lepas padamkan api.
mungkin orang putih knowing better than us.
thanks berkongsi ok.
Saya penah juga terbaca cara mengunakan garam dgn btol tapi asyik terlupe time memasak, lepas baca n3 kak zakie ni harap2 tak lupe lagi
ReplyDeleteThanks for sharing this Zakie.Very interesting. Tak pernah seumur hidup tahu bahawa garam pun ada cara peradaban makannya...
ReplyDeleteSaya pun suka mkn buah masam dgn garam. Entah kenapa, jd kurang masamnya...
ReplyDeletesaya dah amalkan, in shaa Allah dah setahun, sejak saya tahu..cuma bila masakan bergoreng cam mihun, nasi goreng, kena gak letak dalam rencah sbb takut tak rata..
ReplyDeleteBETUL TU AKAK..
ReplyDeletesama juga mcm daging kambing pdahal byk kbaikan n bkn pyebab darah tinggi kan,
sepatutnya garam dimasukkan dlm lauk y kita msak slps memasak bkn smasa memasak...
lya pon suka makan buah sprti epal ijau/nenas cicah garam..
btw,..tq for sharing.. sungguh bermanfaat...
saya gunakan cara 1 letak garam dalam masakan ... saya juga ada stok garam yg dibacakan ayat rukyah . bila sakit gigi , saya akan letakkan garam tersebut di tempat gigi yg sakit . alhamdulillah , sampai sekarang saya tak ada sakit gigi lagi ... saya juga ada hobi kemam garam dlam mulut ... tabur kat buah epal hijau yg masam tu dah biasa ... saya suka garam !
ReplyDeleteMakan buah masam cicah garam memang selera
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...betul tu kak garam kena ada dan seimbang dlm badan kita...tak boleh lebih n x boleh kurang...:)
ReplyDeleteOh, nak kena ubah caralah ni ya bila nak guna garam dalam masakan! Saya ni dah kurang suka pada masin-masin tapi keluarga di rumah kalau tawar melese aje, ada yang komplen pulak. Next time masak, saya tabur garam last sekali bila dah siaplah ya!
ReplyDeleteShare sket kak mcm mana cara abah akak tu.
ReplyDeleteOps bab garam sy sgt takut garam. Klu suami dia mkn cam akk zakie jugak. Epal hijau cicah garam. Sy tengok mmg kecut perut. Masinnnnnn
Kak zakie.. Tq sudi bg byk tips. Walau perit slow2 sy tunjuk taring saya dlm senyum dan suara lembut.
baru2 ni doktor sarankan saya ambil garam sedikit utk mengatasi masalah pitam @ pening kepala.Wallahualam...
ReplyDelete