Tuesday, April 21, 2015

Indahnya anugerah kasih dan sayang

Boleh dikatakan setiap pagi Sabtu dan Ahad apabila aku menuju tempat beriadah, hati kecilku akan diusik rasa terharu. Melihat sepasang warga emas yang didakap penuh kasih dan sayang. Si suami dengan penuh sabar memimpin isterinya sehingga tiba di tempat peralatan riadah. Di tempat aku beriadah ini ada berbagai alat disediakan pihak Majlis tempatan. Isterinya akan beriadah di sini saja. Bila si isteri sudah selesa di tempat itu barulah dia menuju track larian yang biasa kami gunakan untuk berjogging. Uncle ini masih kuat berlari atau berjalan cepat mengalahkan aku. Usianya aku rasa dalam lingkungan 60an. Isterinya bermula dari kena stroke kini sudah boleh memapah menggunakan tongkat berkaki empat. Sebelah kakinya dulu diheret kini sudah boleh menapak perlahan. Gigihnya mereka menjaga kesihatan kerana dia melakukannya setiap pagi. Apa lagi kedudukan padang ini berada di hadapan rumahnya saja. Si suami memberikan terapi dengan penuh kasih sayang sehingga melompat longkang kecil pun dia akan pegang sungguh-sungguh isterinya. Memberi isteri minum pun botol air dia yang pegangkan. 

Balik - Aku belum selesai lagi mereka sudah balik. Biasanya jam 7:15 lebih kurang mereka sudah berpeluh-peluh dan balik rumah.
Itu manusia dengan anugerah kasih dan sayang. Binatang pun tidak kurangnya bila si Kecik (kucing mendatang di rumah) diberi kasih dan sayang oleh adik dan Kak Meen akhirnya dia menjadi begitu manja. Sampai aku terjerit-jerit bila dia yang masih belum faham mahu mendekat ke kaki aku ini. Petang hari Sabtu lepas ketika adik sedang menonton televisyen tiba-tiba si Kecik menggonggong burung merpati yang menjerit mohon dilepaskan. Semakin Kak Meen menjerit makin dia mendekat. Konon bangga menunjuk kepada tuannya dia berjaya membawa hadiah tapi tidak tahu tuannya punyalah gerun dan kasihan melihat burung yang terkepak-kepak mohon dilepaskan. Aku apatah lagi terus masuk bilik, tinggalkan semua itu atas budi bicara anak.

Mangsa - Akhirnya merpati ini menjadi mangsa Kecik. Mati juga sebab tempat yang digigit di bahagian leher. Nasib awaklah merpati. Namun matimu tidak ada dakwa dan dakwi. Melainkan menjadi saksi di sana kelak.

Tanam - Anak dara  yg semadikan burung merpati sambil teringat kisah Habil dan Qabil dengan kisah burung gagak yang ditanam. Menjadi sejarah yang akhirnya manusia tahu bila meninggal perlu dikebumikan. 

Kecik - Inilah dia kucing yang memberi hadiah kepada tuannya. Ada rasa dikasihi mahu membalas budi tapi budi yang mahu dibalas sebenarnya menyalahi kehendak si tuan. Inilah binatang ada otak tetapi tidak berakal.

~~Sebaik saja lahirnya seseoang insan, Allah akan kurniakan secara semulajadi rasa kasih dan sayang.  Tidak kiralah ianya manusia mahupun binatang rasa kasih dan sayang itu akan dapat dilihat samada dengan mata kasar mahu pun jauh di sudut hati.~~


41 comments:

  1. Allah teringat kucing kat rumah bawak masuk anak ular dalam umah duduk kat ruang tamu ... huwaaa...seram! ana kular hidup pulak tu..

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi....
    Begitu kuat kasih syg mereka...
    suami bertabah menjaga isteri...
    moga kita pun begitu satu hari nanti bler dah tuaaaa.. :)

    ReplyDelete
  3. kat kampung saya ada gak sepasang suami isteri yang berjalan kaki setiap hari. boleh jumpa dia keluar waktu pagi & balik waktu petang. setiap hari berjalan berpuluh kilometer jaraknya. semenjak zaman saya kanak-kanak sehinggalah kini saya dah mempunyai anak-anak. cuma yang berbezanya sekarang, kini si suami dah di potong kedua belah kaki, dan si isteri masih setia menolak kerusi roda meneruskan rutin harian.

    ReplyDelete
  4. Macam pasangan Chinese jer kakzakie.. mereka ni menjaga kesihatan memang tabik lah.. tak kira muda tua..
    Indah sungguh berkasih sayang , tidak kira manusia atau pun haiwan kan kak..

    ReplyDelete
  5. hidup dengan penuh kasih sayang tu memang indah kan kak..

    ReplyDelete
  6. Salam kak..betul tu..memang kita sudah dianugerahkan dgn sifat kasih syg...cuma pembawaan masing2 jer yg berbeza...
    Terharu dgn kasih syg yg ditunjukkan smpai ke tua tu..

    ReplyDelete
  7. kasih syg itu amat bernilai utk melestarikn hubungan yg terjalen kekal selamanya...

    meow yg comel ni tangkas n nampknya menikus ni..boleh mengawal rumah drpd tikus ni..

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum kak..
    Penuh makna... Kak zakie sihat....

    ReplyDelete
  9. bahagia pasangan tu ye kak..
    kucing saya pun nama kecik juga..:)

    ReplyDelete
  10. Kak pun mesti gitu...kn..
    bahagia bersama....

    ReplyDelete
  11. asalamualaikum kak...kasih sayang hanya difahami pada insan yang benar2 mengerti...suka baca entri kali nie.... :-))
    pusara burung tu siap ada taburan bunga..huhuhu

    ReplyDelete
  12. Terapi yg sebenar adalah kasihsayang wlpun usia tua brsama...
    Kak zakie takut kucing ke ,kesian dgn burong tu hingga masuk bilek?

    ReplyDelete
  13. teringat tanam loki dulu..huhu..sedih plak rasa..

    ReplyDelete
  14. suweet sgt uncle n auntie tuh..;D

    kecik bukan sebarang kecik tau..

    ReplyDelete
  15. Teringat Mak cerita apabila cucu-cucu balik dulu sebab Tukang Kebun masih merantau, kucing yang kami bela dulu mak jaga asyik bawakan tupai nak tunjuk dekat cucu-cucu yang bagaikan kucing anggapkan mereka adik-beradik. Kekadang hairan juga bagaimana binatang ni tak lupa akan Tuannya setia menunggu.

    ReplyDelete
  16. Kak zai selalu tengok ada satu group chinese yang buat senaman taichi setiap malam. Mereka sangat menjaga kesihatan.

    Kasihan burung tu ya kakzakie.

    ReplyDelete
  17. Susah nk dpt kasih syg sejati di usia tua. Yg penting, kita usaha dan doa

    ReplyDelete
  18. terharu sangat tgk uncle n auntie tu...indahnya hidup jika ada keikhlasan di hati...

    ReplyDelete
  19. Saya pun kalau tengok pasangan tua masih berpegang tangan, berpimpinan, memang rasa terharu. Dapatkah kita merasainya juga nanti.

    Tengok pada si kecil ni nampak comel aje tapi silap pilih jalanlah nak meng-impress-kan tuannya :)

    ReplyDelete
  20. teringat semasa blk kg bulan lepas, kuching kami yg asalnya menumpang manja dirumah bonda mati setelah dekat sebulan dilanggar kereta... kebetulan kesemua adik beradik Chik Na ada di kg.. sedihnya tgk dia semasa nazak sblm mati

    ReplyDelete
  21. nasib dia tangkap burung kak dulu2 kucing saya rajin tangkap anak ular hitam tapi syukur tak penah pulak di bawak masuk rumah cuma diorng letak depan pintu je dan bole tak akak bayangkan reaksi sy bila pagi2 nak keluar sarung seliper T____T

    ReplyDelete
  22. selamat petang kakzakie, kasih sayang best kan pasangan auntie dan uncle tu sampai ke tua masih lagi berkasih sayang, rasa nya orang melayu susah nak cari macam tu..

    ReplyDelete
  23. alalala comelnyaaa kucing tu kak...

    assalamualaikum..sihat ke kak? lama amie tak mnjenguk ke sini..

    ReplyDelete
  24. bila melihat pasangan camtu kadang2 terfikir..adakah kita besok2 cam tu..harap kasih sayang kita semua pun macam tu bila tua nanti..

    Alahai si comel ni..nak membanggakan tuan dia..comel betul kucing tu..suka tengok corak dia..:)

    ReplyDelete
  25. berkasih sayang selagi ada hayat .. terharu...

    ReplyDelete
  26. kucing kat rumah kami selalu hadiahkan kami lipas.. dikoreknya celah2 mana kat yard.. dibawanya masuk ke dalam rumah tunjuk kat Iman.. hehehe

    ReplyDelete
  27. kesian sang merpati.. hukum alam.. kalau saya pun lari agaknya kak.. tak sampai hati.. maklumlah.. hati tisu..

    ReplyDelete
  28. Takpa...latihan buat si Kecik...nanti dia boleh tangkap tikus! hihih

    ReplyDelete
  29. semoga Allah memberi saya suami yg punya kasih sayang sebegitu . klu dpt lbh , alhamdulillah ... kucing saya juga kerap bawa balik hidangan . antaranya ulat , kupu2 , pepatung, rama2, lipas, mengkarung, cicak besar selain burung ... klu binatang tu masih hidup , kami akan hembus telinganya sekuat hati . insha Allah , kucing itu akan lepaskan apa yang ada di dalam mulutnya ...

    ReplyDelete
  30. Comel kecik..kucing PC di kampung pun sama kak..bila PC balik kampung..rajin tangjap cengkerik bawa masuk rumah..kita puji makin giat dia cari lagi..kadang tu daun kering pun dibawa masuk rumah..gonggong kat mulut..duduk mata kebil kebil..itulah haiwan..mungkin dengan cara begitu dirasakan dapat menggembirakan tuannya..

    ReplyDelete
  31. kuanta ikatan kasih sayang uncle & aunty tu...

    ReplyDelete
  32. bertuah auntie tu, dapat suami penyayang dan menunjukkan kasih sayangnya..

    ooo..Kecik, nak kena babab ni..hehe..

    ReplyDelete
  33. semoga kehidupan suami isteri kita aman bahagia dan dilimpahi kasih sayang hingga ke akhir hayat ye kak..

    ReplyDelete
  34. Nilai kasih sayang memang tiada tandingan. Hebat Kecik dapat tangkap burung merpati.

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum kak,
    Kata orang, kasih sayang adalah ramuan utama resepi hidup untuk hati menikmati kebahagiaan.
    Jika sesama manusia tiada kasih sayang, maka akan hancur dunia ini..bagaimana pula jika tiada kasih sayang Tuhan terhadap hamba-Nya..tentu tidak terbayang akan kedahsyatan yang berlaku...

    Sesungguhnya Allah adalah sumber kasih sayang. Dia adalah ar-Rahman dan ar-Rahim, iaitu Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasih sayang-Nya tidak berpenghujung, tidak bertepi dan tidak terjangkau, serta tidak pernah habis atau berkurang.

    ReplyDelete
  36. Saya juga menemui pasangan yang seperti itu. Cuma yang ini di sebaiknya... isteri selalu menemani suaminya yang stroke.

    Boleh baca sikit catatan saya itu di sini:

    http://hujan-petang.blogspot.com/2015/01/10-000-langkah.html

    ReplyDelete
  37. contoh yang baik
    moga jadi ikutan kita semua

    ReplyDelete
  38. naluri kebinatangan yang kadang2 bertentangan dgn manusia.. kerana itu mereka binatang. kita sebagai manusia, punya akal & fikiran utk mempertimbangkan baik buruk.. banyak hikmahnya entri kali ini ye kak zakie..

    loving sungguh old couple tu.. mungkinkah kita akan memperoleh sifat sayang serupa?

    ^_^

    ReplyDelete
  39. Penyayangnya insan warga emas tu . Terharu tgk kasih mereka tak pudar dek usia.

    ReplyDelete