Biarpun kelihatannya sekadar sebuah warung yang kecil tetapi amat berjasa kepada pelanggan yang singgah untuk mengisi perut yang lapar. Menjual hidangan ringkas seperti mee sup, nasi goreng, keropok lekor, mee goreng dan sebagainya; tetapi mampu membuat ramai yang berterima kasih kerana harga diberikan sangat berpatutan. Mahu membayar pun terasa betapa murahnya harga yang dikenakan. Dari pemerhatian aku pula bila ada seorang remaja membeli keropok lekor RM3/- tetapi bila melihat pelajar itu ada bersama 3 lagi temannya lalu ditambah lagi beberapa ketul katanya buat kawan-kawannya. Anak aku pantas saja berkata "Pakcik ini sudah banyak jariah kan mama." Betul kalau sehari dia bersedekah tiga ketul keropok lekor kira sajalah seminggu, sebulan, setahun dan seterusnya. Inilah yang dikatakan FASTABIQUL KHAIRAT, mencari bekalan akhirat. Dunia dapat dan akhirat pun dapat.
Nostalgia - Air botol ini menggamit nostalgia zaman aku kecil dulu. Warung yang kami singgah ini ada menjualnya. Sebotol baru RM1/- murah dan gasnya pun sedikit. |
Sebenarnya kami singgah di sini selepas tersekat di kesesakan jalanraya balik untuk mengambil bapak di kampung. Bapak mahu ke rumah aku. Jadi bila perut lapar singgah sebentar mengisi perut dengan meehoon sup. Kemudaian beli lagi sebungkus untuk bapak. Tapi tiba di rumah bapak kata sudah kenyang lalu bawa balik semula ke JB.
~~ Peluang orang berniaga makanan untuk bersedekah lebih mudah seperti yang aku lihat dari pakcik warung ini. ~~
alhamdulillah...semoga perniagaan pakcik tu diberi keberkatan...dunia dia dapat..kat sana pun insya ALLAH.
ReplyDeleteSemoga rezeki pakcik tu makin murah..Aaamiin
ReplyDeleteREZEKI DLM PERNIAGAAN NI SGT BANYAK N PAKCIK GERAI ITU MENSYUKURINYA DAN ALLAH PASTI AKN TMBH LG RZKI MRK YG TAHU BERSYUKUR...
ReplyDeleteada peniaga yg tak berkira, setakat sekeping dua extra, berniaga sambil bersedekah, In shaa Allah, dua2 dapat..dunia dan akhirat..
ReplyDeleteKalaulah restoren seperti KFC, SR dan sebagainya pun sesekali bersedekah, alangkah bestnya. Sesuatu yg tak mungkin berlaku...huhu.
ReplyDeleteSemoga rezeki pak cik tersebut sentiasa murah. Benar...berniagalah paling mudah untuk melakukan amal jariah.
baik nya hati pakcik ni ,bukan mudah nak jumpa peniaga yang lebihkan makanan yg dibeli,moga sedekah pakcik ni membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.
ReplyDeletepeluang yang sentiasa terbuka kak..tapi tu la tak semua amik kesempatan tuk akhirat..ramai nampak yang dunia jer..
ReplyDeletekak zaman kecik dulu air botol f&n kan..
ReplyDeletemoga allah murahkan rezeki beliau. dah jarang air botol macam tu sekarang.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga Allah memurahkan lagi rezeki pakcik tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga perniagaannya bertambah maju dan diberkati.
ReplyDeleteTeringat kak zai seorang kawan yang selalu melakukan perkara yang sama terhadap pelanggan. Tapi dia dah tak ada meninggal 8 tahun yang lalu akibat cancer.
Semoga murah rezeki pakcik tu.Gerai2 kecik camni yang budak2 dulu suka singgah. Mudah dan murah :)
ReplyDeletearea mana nih kak?teringat sorang umah atuk sedara dana tiap kli raya msti ada oren bodo tuh (istilah panggilan oren tu sbb takde gas)... sgt nostalgia sbb teringat zmn kite kecik2 dulu dh ada
ReplyDeletebtl tuh kan, meniaga gini lbh mudah klu nk memberi sbb sedekah sikit tanpa kadang kite perasan tp pahalanya bsr
Peniaga2 kecil ni mmg jarang yang berkira, yang berkira biasanya peniaga besar:-)
ReplyDeleteish kak lieya suke warung2 atau gerai2 gini...lagi santai nak menikmati makanan...lagi pun org meniaga kecilan mcm ni biasenye masakkan berase kan kak....lagi pun tak kite sesame islam melayu yg bantu perniagaan kecil mcm ni sape lagi kan kak...
ReplyDeletemurah rezeki pacik tu..
ReplyDelete=)
salah satu cara bersedekah yang baik, bagi makan dekat orang lain secara ikhlas
ReplyDeleteberniaga banyak peluang nak bersedekah.. tinggal nak dengan taknak je kan.. semoga bertambah berkat rezeki pakcik tu..
ReplyDeleteoren tu saya panggil oren bodo.. hahaha..
alhamdulillah..sbenarnya bukan susah pon nak cari bekalan akhirat kan kak..
ReplyDeletemmg rare air tu..bru2 ni ada minum air soda,,tp rsa x sama mcm y dulu2 punya
murahnya rezeki pakcik tu..
ReplyDeletemenggamit memori sungguh kedai ni kak..
Pakcik tu faham tentang nikmat syurga yg kekal abadi kan kak zakie...Moga Allah kurniakan rezeki yg melimpah ruah berkat utk pakcik tu
ReplyDeletealhamdulilah...murah rezeki pck tu...
ReplyDeleteoren bodo yan suka juga...zaman sek dulu suka minum...letak straw kat dalam.. :-))
dah lamer xjumpa gerai mcm nie...tpi gerai mcm ni mengimbau nostalgia kedai kopi dekat dengan umah nenek...
ReplyDeletealhamdulillah..semoga murah rezeki pakcik tuh..skang nie ssh betul nk jumpa org mcm pakcik tuh kakak..
ReplyDeletefalsya sempat lg ngan botol2 air tuh..heheh
dekat mana lokasinya ni kakzakie? sy memang suka warung2 mcm ni.. hihi
ReplyDeleteSebenarnya berniaga mcm nilah berkat..org yg singgah rasa nak singgah lagi,nak bayar pun kita rasa puas hati dan kita pun rasa nak tambah utk bersedekah juga..
ReplyDeletebenda yang kecil
ReplyDeleteganjaran yang besar
saya panggil tu oren bodo
tapi packaging yang saya selalu beli lain sket
alhamdulillah..
ReplyDeleteuntungnya peniaga dapat pelanggan seperti kakZ
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian...Allah Zidka Khaira ;-)
ReplyDeleteKat mana ni, kak? Masih ada lagi jual air botol RM1. Tak kiralah jenama terkenal ke tidak tapi macam tak percaya je ada air botol dengan harga RM1. Baguslah berniaga cara pakcik ni. Ikhlas dan berkat. Mudah-mudahan rezekinya lebih murah.
ReplyDeletebetul kak nak tak hendak jer..
ReplyDeletememberi 1blg dpt sepuluh balang...
Alhamdulillah..org yg berniaga kecil camni pun besar amal jariahnya dalam bersedekah..org camni mmg tak zikir untung..seronok kalau dpt sedekah n beroleh rezeki barakah kan makan zakie
ReplyDeleteBertambah2lah rezeki pakcik tu nanti...insyAllah....
ReplyDeletep/s kak tolong jawab kak..sgt risau ni...
ReplyDeleteknapa kak angin ker? ni first time mkn sayur ni kt kl..masa kat kampung dulu makan jugalah ...long time ago...suami lgi la,tapi dia ada mkn sikit tadi...ada kesan apa2 ker...suspen kak..
Memang susah nak dapat peniaga yang suka bersedekah ini. Yang selalu charge harga tak manasabah banyaklah...
ReplyDeleteAir botol kaca tu..nostalgia sungguh,kak. Dapat minum sebotol pun kongsi sampai 4org :-)
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah murah rezeki dengan sikap begini.
ReplyDeleteLama tak minum air botol kaca.
Teringat zaman kecik-kecik.
teringat masa kecil2 dlu.. zaman skrang ni yang banyak meniaga tepi jalan cuma orang seberang je.. keciwa...
ReplyDeletenostalgia nya air tu kakzakie, jarang dpt tengok dah sekrang ni
ReplyDeletebertambah berkat bila ramai yang mendoakannya.... semoga bertambah murah rezeki pakcik tu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. seronoknye bersedekah ni kan.. kak.. bestnye.. blog akak dah ade gambar..
ReplyDeleteBetullah kata kanda tu..... meniaga makan ni mungkin banyak membuka peluang untuk bersedekah.....
ReplyDeleteDinda teringat botol oren hitam zaman kita kecik dulu kanda.... Dulu rasa dah mahal sangat nak membelinya ...huhu
assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah mudah2an murah rezekinya...:)
ReplyDeleteAlhamdulillah moga perniaagan beliau maju....apapun air botol tu sgt2 nostalgia...
ReplyDeletesemoga makin bertambah rezeki pakcik tu....berniaga sambil bersedekah hihihi
ReplyDeleteal-hamdulillah..in shaa Allah bertambah rezeki pakcik tu,kak.
ReplyDelete