Tidak bermodalkan walau sesen aku kutip benih bunga di tepi jalan. Mungkin tuan asalnya sudah tidak memerlukannya lalu dibuang bersama dengan pokok-pokok lain dan menanti pihak majlis bandaraya mengambilnya. Tetapi sebelum pihak majlis mengaut dan membuangnya aku terlebih dulu mengutip sedikit untuk aku memeriahkan halaman secoet aku, memandangkan pokok orkid aku sudah lama mogok dari berbunga.
Kongsi sepasu - Hampir kembang ketika aku mahu keluar berjogging hari Ahad lepas. |
Pink - Balik jogging sudah kembang meriah |
Kuning - Tidak mahu kalah dengan si pink dia pun kembang sama walaupun baru sekuntum saja. |
Pagi tadi - Sebelum masuk kereta jam 6:50 pagi tadi aku terpandang ia sudah mula meriah dengan tiga kuntum. Kalau seperti hari Ahad lepas dalam jam 8:00 pagi sudah kembang seperti gambar di atas. |
Baru lebih kurang sebulan aku semai kelihatannya sudah berhasil. Mungkin disebabkan sekarang di Johor Bahru boleh dikatakan setiap hari ada hujan yang turun. Tidak di waktu pagi hujan akan turun di tengahari. Ada juga waktu petang dan malam. Keriangan yang tidak boleh digambarkan buat mereka yang punya kegemaran seperti aku ini.
Renungan - "Dialah yang menurunkan hujan dari langit, sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok tumbuhan untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternakan makan padanya." (Suroh An-Nahl: ayat 10)
Renungan - "Dialah yang menurunkan hujan dari langit, sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok tumbuhan untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternakan makan padanya." (Suroh An-Nahl: ayat 10)
~~ Ramadhan kian hampir tetapi pasu-pasu belum dikemas lagi.~~
Assalammualaikum kak zakie.. Selamat menyambut Ramadhan ye..
ReplyDeletesukanya tengok bunga-bunga ni berkembang mekar..
ReplyDeleteMeriah halaman rumah kakak kan... :)
ReplyDeleteSinggah pagi...
ReplyDeletetangan akk nie mcm mak nieyl laaa...
tanam je la ape pun..mesti segar..mesti hidup :)
Alhamdulillah..kegembiraan dan kepuasan yang tidak terluah dengan kata kata..
ReplyDeleteBerseri-seri halaman rumah akak dengan kuning dan pinky ye kak..
ReplyDeleteLagi 15 hari lagi Ramadan menjelang kan ..
Rasa tak sabar menanti ramadan mubarak ini..
Cantik kak....sy pun dh lama x membelai pkk bunga kt dpn umah tu.
ReplyDeletecantik-cantiknya, tangan akak memang sejuk...
ReplyDeletememang cantik dan meriah kakzakie..berwarna warni
ReplyDeletebegitulah....tak berguna di mata kita tapi bermanfaat untuk orang lain
ReplyDeletekembang mekar di waktu pagi.... sesegar pagi yg muncul
ReplyDeleteHUJAN RAHMMAT DARI LANGIT YG TURUN MENYUBURKAN TUMBUH2AN KAK ZAKIE..MERIAH SEKALI BERBUNGA CANTIK.
ReplyDeletesamalah dengan pokok bunga kat rumah nie...bila dapat air hujan ..alhamdulilah semua menjadi...pokok cili pun lebat bunganya :-))
ReplyDeleteSeronok tengok orang tanam pokok menjadi, kalau saya tanam, dijamin... dijamin mati hahahaha...
ReplyDeletehanya tanaman dalam game jela yang selalu menjadi
Alhamdulillah atas rahmat Allah.. pokok2.makchaq pun mesti seronok sebab sekarang selalu hujan..
ReplyDeleteCantik... mesti pokok2 tu suka ada yang masih sayangkan depa.. tu yanh dihadiahkan bunga2 untuk tuan baru...
yg kaler pink 2 xprnah tgok lg.. cantiknya...
ReplyDeletenanti boleh buat raya bunga-bunga tu..berseri-seri lah laman rumah akak..hihi
ReplyDeletewah dah berbunga.. bunga pink tu tak kenal la... yg kuning tu kalau tak silap pokok lidah kucing kan?
ReplyDeleterajinnya Kakzakie ni buat itu buat ini.. macam2.. berjalan pun sempat.. heran saya, hahaha
ReplyDeletekulim jugak hujan memanjang sekarang ni..tak payah siram pokok dah...
ReplyDeleteKena kemas cepat pasu2 tu kak...time Ramadhan nanti letih..hihih
ReplyDeletekak lepas ni selalu bajakan pokok bunga akak tu time raye mesti meriah berbunga bertambah cantik garden akak nanti kan...saya baru nak semai benih pokok taik ayam yg saya amik dari rumah makcik saya mintak2 meriah la berbunga time raya nnti...hehe
ReplyDeleteOrang yang tahu menghargai pokok walau sudah dibuang akan kelihan cantik. Seminggu dua lagi tentu taman kakzakie lebih meriah dengan warna pink dan kuning
ReplyDeleteSinggah tgok tmn kak hari ni..mendung jer kt sini...
ReplyDeleteya Allah..cantiknye bunga..kat sini baru lps ujan lebat kak..
ReplyDeleteSeronoknya saya tengok kaler pink tu kak. Kalau bercucuk tanam malam2 boleh ke kak? Saya nak tanam bunga la juga kalau menjadi.
ReplyDeleteTu dia...hanya ambil dari buangan orang tetapi dah subur dan cantik berbunga. Tangan sejuk nih! tanam apa pun senang menjadi!
ReplyDeletep/s: Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda...anda amat2 dihargai
cantik berbunga pokok2 tu kak...alhamdulillah
ReplyDeleteCantik bunga-bunga akak tu..:)
ReplyDeletekat sini baru turun hujan. pest bunga lak kat sini, tak tau macam mana rupanya bunga tu..
ReplyDeleteMakin meriahlah laman akak, cantik dan menawan.
ReplyDeleteBoleh geng dengan mak saya, suka benor tanam bunga. Siap bertukar-tukar bunga dengan saudara mara dan jiran-jiran...hehe
tenang dan damai tengok bunga-bunga kembang segar kan~ kat perlis pun duk ujan jugak
ReplyDelete(^___^)
Mama Tukang Kebun pun suka selamatkan pokok-pokok yang dah dibuang oleh orang lain jika pokoknya tu tiada dalam koleksinya.
ReplyDeleteYa kan Ramadhan dah nak tiba.
sejuk mata memandang bunga2 ni kak..
ReplyDeleteassalamualaikum kak
ReplyDeletemaafkan saya dah lama tak berkunjung ke sini
cantiknya gambo bunga tu, saya suka tengok bunga
tapi tanam tak reti =)
dah mcm saya je . pantang nampak pokok bunga cantik , mau saya mabil bawa balik ... heheheee
ReplyDeletecantik..Alhamdulillah, hujan turun membawa rahmat..
ReplyDeletecantiknya...walau bertahan x lama kan kak?
ReplyDeleteassalamualaikum kakak!!
ReplyDeleterindu3.. lama dh x singgah cni.. huhu..
cantiknye kak..warna warni laman....sejuk tangan akak....
ReplyDeletelieya kat laman tanam pokok pukul 10 tu atau rose jepun org panggil.... tu jek la pokok yg senang jaga dan berbunga cantik heheehehehe
Abah saya dulu suka tanam pokok bunga keliling rumah. Tapi tidak pada anak anaknya termasuk saya...
ReplyDeleteAbah saya dulu suka tanam pokok bunga keliling rumah. Tapi tidak pada anak anaknya termasuk saya...
ReplyDeleteCantik² bunga tu kak. Bestnya dapat berkebun.
ReplyDeletekat sg Petani ni pun Alahamdulillah lately memang hujan sejuk sikitlah kak zakie..bunga pun suka nak kembang bila hujan..cantik bunga kak zakie.suka tengok
ReplyDeleteDekat KL pun sama, kak. Hujan tengahari membawa ke petang. Sejuk pulak rasanya sekarang ni. Kalau musim puasa macam ni bagus juga.
ReplyDeleteAkak ni ambil benih bunga orang tinggalkan dan main campak semai pun menjadi. Memang tangan hijau sungguh!
Assalam Kak Zakie, cantik2 bunga kak zakie... berseri2...segar2... eh...!! kak zaki nak kemas apa lagi, dah nampak cam kemas je... tapi kalo nak kemas juga, sebelum puasa la kak.. wat skit2..takde la penat nak kemas... tapi pasu2 laman umah akak dah cantik n kemas tu...
ReplyDeletehujan itu rahmat daripada Allah...makin mekar laa bunga tu nnti heheheh
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...cantik bunga2 tu kak...:)
ReplyDeletesejuk tangan...
ReplyDeletesaya teringin juga banyak bunga di rumah tapi suami saya tak percaya..
takut mati dan layu tak disiram, huhu