Petang Jumaat lepas hati kian tidak sabar untuk segera tiba di rumah. Persiapan terakhir buat Mak Zah yang akan turut serta Mak Uda (kakak ketiga aku) dan Abah Din (satu-satunya abang yang aku ada) yang akan menunaikan umrah akan bertolak pada malamnya. Mak Zah memang beruntung siapa pun dalam keluarga kami yang pergi umrah pasti dia akan ikut sama. Hikmah hidup masih solo lagi. Seperti biasa jika kami menunaikan umrah tiadalah membawa banyak keperluan diri, begitu lah juga Mak Zah dan Mak Uda. Mak Uda telah tiba di rumahku selepas solat Jumaat.
Berbual - Sambil menanti mutawif yang belum tiba hubby berbual bersama dengan Abah Din, Mak Uda, Mak Zah abang long (anak Mak Uda). |
Sup tulang yang aku padankan dengan bee-hoon dan ketupat segera aku hidangkan buat mereka. Disamping itu juga seperti biasa asam pedas kepala ikan tidak tinggal untuk keluarga kami yang mahu makan nasi diregukan bersama dengan sayur kobis, ikan goreng dan pucuk bebuas cecah sambal belacan. Berselera buat mereka yang mahu menghantar berbanding yang mahu menunaikan ibadah umrah yang sudah tidak berselera lagi. Selepas menikmati hidangan makan malam kami bertolak ke Masjid Tun Hussien Onn di Larkin.
Kenangan - Anak-anak bersama Mak Uda dan Mak Zah |
Al-Zahabi Travel - Mereka pergi dengan agen ini. |
Hari Ahad sewaktu berjogging boleh aku terbayang Abah Din, Mak Uda dan Mak Zah sedang bertawaf. Lalu sewaktu aku berjogging keliling padang aku turut membaca doa dengan setiap kali pusingan aku membaca doa yang berbeza. (1) Lailahailla antasubhanaka innikuntu minazzolimin, (2)Robbana zolamna anfusana waillam taghfirlana watarhamna lanakunna minalkhosirin, (3)Robbana hablana minazwajina wazurriyyatina kurrata akyun wajaalna lilmuttaqina imama, (4)Innahaza larizkuna malahu minnafad, (5) Bismillahillazi layadhurru sehingga walafissama wahuwassami ulalim, (6) Robbiyassir sehingga bilkhairil amin, (7) Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahuakbar. Cukup tujuh kali baru aku mulakan exercise dengan alat-alat yang ada di taman permainan itu. Balik jogging terus menjalankan tugasan rumah kerana tanpa Mak Zah bermakna semua kerja aku kena lakukan sendirian. Nasib baik cuti sekolah ada anak dara boleh membantu.
~~ Cuti sekolah dengan ibadah umrah sangat sinonim buat negara kita. ~~
Terasa rindu pulak saya hendak menjadi tetamu Allah lagi kakzakie..
ReplyDeleteSemoga emak saya cepat sembuh sebab masa mak sihat itu hari dah merancang utk buat umrah cuti bulan disember nanti..
Cantik pulak pakaian mak uda dan mak zah.. sama sedondon berserta tudungnya..
Sempat juga akak tawaf di taman tu ye :)
betul tu, sangat sinonim, semoga dipermudahkan segala.
ReplyDeleteAssalam Kak Zakie, semoga sihat selalu... Kak, mengingati Allah tidak kira waktu kita sedang buat apa... Bagus utk amalan kita seharian, terima kasih atas perkongsiaan doa itu...
ReplyDeleteKalau ade rezeki nak sangat ke sana... nak sgt jadi tetamuNYA
ReplyDeletekalau ada rezeki, nak ke sana juga...
ReplyDeletemoga keluarga kak zakie dan saudara2 kita yg ke sana beribadah umrah sempurna amalnya n Allah permudhkn urusannya..........
ReplyDeleteSemoga mereka selamat menunaikan umrah...
ReplyDeleteDah lama teringin nak jadi tetamu Allah... Insya Allah, one fine day :)
Rezeki Mak Zah.. x ada rezeki berkeluarga sendiri murah rezeki ke rumah Allah...
ReplyDeleteDah besar adik.. lebih tinggi dari Mak Zah... makchaq rasa macam dia kecik lagi..
seronoknye dapat jadi tetamu Allah...bila la giliran kami pulak ye berharap sangat segala perancangan yg dibuat akan di kabulkan Allah satu hari nnti....sedapnye sup tulang dan asam pedas
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat pergi umrah.. semoga mereka selamat pergi dan balik..
ReplyDeleteSemoga selamat semuanya berangkat sebagai tetamu Allah..
ReplyDeletealhamdulillah..moga dipermudahkan..
ReplyDeletesedapnye makanan yg kakak sediakan..nasib baik xde gambar..;p
Alhamdulillah..tumpang gembira bila dgr org dpt g umrah. kak Zakie doakan saya dan suami, moga dpt pegi cepat2. teringin..
ReplyDeletewah..kak, jogging sambil zikir! kena tiru akak ni.
Singgah petang...
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga selamat pegi dan kembali..Amin...
Semoga segalanya dipermudahkan.
ReplyDeleteSememangnya cuti sekolah waktu yang mudah untuk ke sana jika pergi bersama anak2 yang masih bersekolah.
Teringin juga nak pergi sebab last kak zai pergi tahun 2006.
semoga segalanya dipermudahkan
ReplyDeletejika ada rezeki, tentunya tak menolak utk ke sana kan
Selamat Jalan Mak Zah, Selamat Jalan semua, moga mendapat umrah yg mabrur...Hihi....dinda dpt bayangkan camne tak seleranya depa tu Kanda...tak sabar rasanya nak melihat kaabah...
ReplyDeleteDimana2 sahaja kita boleh dapatkan pahala kan kak. Sambil berjoging, sambil memasak, mahupun sambil memandu.
ReplyDeleteTeringinnya saya nak pergi juga.
Alhamdulillah.. rezeki buat Mak Zah..
ReplyDeleteMoga selamat perjalanan pergi dan balik mereka di sana hendakNYA.
semoga dipermudahkan urusan mereka semua kak..
ReplyDeleteselamat pergi dan selamat kembali..aminn
Dah sampai masanya mereka mengerjakan umrah... semoga semua urusan dipermudahkan.
ReplyDeletesemoga semua urusan dipermudahkan.. insyaallah, ada rezeki teringin juga ke sana..hihi
ReplyDeleteDoakn nor juga ye...
ReplyDeleteUntung mak zah...rezeki
mudah mudahan yan juga ikut jejak mak zah...amin
ReplyDeletesemoga insan2 yang pergi mengerjakan umrah selamat pergi dan balik..amin
salam kzakie..takde pa nak komen, salam singgah utk eratkan ukhwah je.. hi hi
ReplyDeleteTerima kasih kak, perkongsian ayat2 ketika jogging tu.
ReplyDeleteBermanfaat utk diamalkan.
semoga mereka semua memperolehi umrah yang maqbul...
ReplyDeletesedapnyaaa asam pedas. hihi. semoga dipermudahkan urusan mereka :D
ReplyDeleteya kak zakie..musim cuti sinonim dgn aktiviti kenduri serta menjadi tetamu Allah
ReplyDeleteSemoga semuanya dipermudahkan urusan.
ReplyDeletelps ni boleh sy praktikkan.. sambil joging smbil zikir..
ReplyDeletelps ni boleh sy praktikkan.. sambil joging smbil zikir..
ReplyDeleteSemoga allah permudahkan segalanya...amin....
ReplyDeleteBertuah sungguh nasib diri Mak Zah. Dah berapa kali agaknya Mak Zah ni menunaikan umrah ya, Kakzakie. Beruntung sungguh!
ReplyDeleteSambil jogging, sambil berzikir. Tak terfikir langsung. Biasanya bila berjogging mulut senyap dan kepala pun tak fikir apa. Nak merehatkan minda katanya sambil beriadah.
assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah semoga dipermudahkan semuanya...:)
ReplyDelete