Friday, June 5, 2015

Doa ibu-bapa buat zuriat

Corat-coret hari Jumaat...

Mengasuh, membimbing, mendidik dan apa juga untuk menjadikan zuriat itu berada di landasan kebenaran titik permulaan pastinya berada di tangan setiap ibu-bapanya. Banyak sungguh doa-doa dipohon ibu-bapa yang melibatkan zuriat yang ada.  Pengaruh luaran sedikit sebanyak yang memberi impak kepada zuriat semampu boleh cuba dicari pendekatan terbaik. Ibarat bermain layang-layang. Kena prihatin keadaan cuaca dan angin persekitaran. Ada waktu kena lepas talinya kena lepaskan dan ada waktu perlu di tarik, tariklah perlahan-lahan jangan sampai terputus talinya. Angin yang tenang tidak mustahil akan bertukar menjadi ribut-taufan yang tidak terjangkau dek akal kita. 

Usai solat tidak pernah lupa menadah tangan, merapak memohon doa. Robbanahablana minazwajina wazurriyatina qurrataakyun waja'alnalilmuttaqina imama. Tiak puas tambah lagi dengan Robbij'almuqimassolati waminzurriyati, robbana wataqobbaldu'aa. Dua doa ini yang sering meniti di bibir semua ibu-bapa amat jelas betapa tinggi pengharapan mahu zuriat masing-masing menjadi insan yang tahu menghormati dan pandai menghormati. Begitulah juga doa semoga solat menjadi tiang dalam kehidupan seharian zuriat mereka. Tanpa bersolat doa apa yang mampu dititip si zuriat buat ibu-bapa. Mengharap doa Allahumaghfirlizunubi waliwalidayya warhamhuma kamarobbayani saghiro waktu bila?. Kosong! sebab tidak bersolat.

Sudah pasti tidak ada ibubapa yang mahu zuriatnya begitu. Rata-rata ibu-bapa akan berpuasa, duduk merapak sarat memohon doa pada Allah sepanjang zuriat berada di bilik peperiksaan tanpa jemu. Semua demi mahu zuriat berjaya. Termasuk diriku ini memandangkan zuriat kami bukan kategori cerdik tip-top. Usaha mereka memerlukan doa kami mama-papanya. Begitulah doa ibu-bapa buat zuriatnya meliputi keseluruhan pengharapan yang amat tinggi - dunia dan akhirat.


Zuriat kami - Mohon doa-doa mereka berpanjangan buat kami mama-papanya

Gugur - Biar cantik, indah dan duduk di tempat tinggi jangan lupa pada yang di  bumi

Warna-warni - Bagaikan daun-daun yang beraneka warna begitulah kehidupan kita manusia di bumiNya ini
Bersama kita berdoa semoga zuriat kita mampu memberi kita cahaya ketika kita memerlukannya di 'sana' kelak. 

~~ Semakin diri dimamah usia semakin terasa bekalan untuk dibawa belum mencukupi.~~


35 comments:

  1. Salam Jumaat..semoga doa dan harapan akak dimakbulkan Allah SWT..

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi...
    Insya'Allah..semoga doa dan harapan akk dimakbulkan...Amin..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak zakie
    tiada ibu bapa yang mahukan kecelakaan pada anak-anak mereka
    semua mahukan yang terbaik kan
    saya juga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak saya
    merekalah harta untuk kegunaan saya di sana nanti

    ReplyDelete
  4. salam jumaat kak, In Shaa Allah mudah-mudahan...Amin...

    ReplyDelete
  5. insyaAllah kak..semoga doa diperkenankan Allah SWT

    ReplyDelete
  6. amin
    tak ada ibubapa yg nak anaknya tak pandai..kan...kita usaha sahaja selbihnya serah pd Allah

    ReplyDelete
  7. memang setiap ibu vaoa nak anak mereka jadi pandai..sama2 kita panjatkan doa setiap masa untuk zuriat tersayang

    ReplyDelete
  8. Salam Jumaat..semoga doa dan harapan dimakbulkan Allah SWT..Amin

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah.. moga anak-anak kita semua berjaya dengan cemerlang dan baik budi pekerti.

    ReplyDelete
  10. setiap ibubapa stiasa mengharapkan dan berdoa utk kebaikan anak2..

    ReplyDelete
  11. asalamulaikum kak zakie...sebagai ibu saya pon dah tentu2 mahu anak2 saya jadi yg terbaik di dunia dan akhirat...semoga bila kite dah takde nnti anak2 kite tak lupe menitipkan doa untuk kite pulak...

    ReplyDelete
  12. aamiin
    mudah mudahan
    masih byk ilmu yg perlu saya kutip utk mndidik ank ank supaya mnjdi soleh dan solehah
    tima kasih akak ats perkongsian entry in

    ReplyDelete
  13. salam kakzakie...
    begitu juga dengan nur sentiasa mendoakan kebahagiaan dunia/akhirat buat anak-anak...

    ReplyDelete
  14. Assalam kak Zakie, moga sihat hendaknya... ape pun harapan kite sebagai mama inginkan anak2 kita sentiasa dilindungi Allah, dirahmati dan diberkati selalu... biar susah2 dulu, jgn susah kemudian, membesarkan mereka di tangan kita sendiri..kalo kita tiada nnt, sapekah yg akan membesarkan dan menyayangi mereka... tetiba terfikir sejenak...

    ReplyDelete
  15. Ameenn..moga doa doa ibu bapa yang soleh dan solehah Allah dengar untuk anak anak yang soleh juga solehah..

    ReplyDelete
  16. ibubapa sentiasa berdoa mengharapkan yg terbaik utk anak2nya...walau kerenah anak2 kdg2 melukakan perasaan redha saja agar anak2 xberdosa.

    ReplyDelete
  17. Benar belaka, kak. Anak saya pun x pintar sangat. Bergantung pada usaha dia...usaha ahli keluarga juga. Tapi dalam solat, x pernah tinggal doa untuk dia. Bukan kita saja kak. Ibu bapa kita pun pasti masih berdoa untuk kita walau kita pun dah masuk stage lagi atas ni.

    ReplyDelete
  18. selamat petang jumaat kakzakie
    yalah semakin berusia ni semakin terasa kurangnya ilmu, kena koreksi diri menggali ilmu utk bekalan..

    ReplyDelete
  19. tq kak zakie atas ingatan :-))

    moga ank2 kita jadi manusia berguna..amin

    ReplyDelete
  20. Semoga menjadi anak yang berguna untuk ibu bapa..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum kakzakie...betul tu sentiasa mendoakan yg terbaik utk anak2...hanya itulah harta kita di dunia dan diakhirat nanti..semoga anak2 kita menjadi anak2 yg berguna dan utk ibu bapa mereka...:)

    ReplyDelete
  22. Salam kakzakie... harap Allah memakbulkan dan perkenankan doa. moga dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah

    ReplyDelete
  23. Menjadi risau pula bila memikirkan masa depan. Di dunia ini & di sana nanti.. :'(

    ReplyDelete
  24. Amiin.. keatas semua doa untuk anak2 kita... harapan dan doa kita agar mereka "all the best " dlm segala perihal dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  25. anak yg soleh dan soleh sentiasa menjadi harapan ibubapa..

    ReplyDelete
  26. Semoga anak2 kakzakie cemerlang dunia akhirat..
    begitulah harapan ibubapakan kakzakie.. agar anak2 berjaya..
    doa tidak lengkang dari bibir ibubapa setiapkali lepas solat..

    ReplyDelete
  27. Betul tu kak. Moga anak anak kita sentiasa doakan kita kak.

    ReplyDelete
  28. Setiap ibubapa mengharapkan yang baik-baik untuk anak-anaknya. Tiada ibubapa yang mahu sesuatu yang buruk berlaku pada anak-anak termasuklah masa depan mereka. Betul tersentuh hati membaca entri Kakzakie kali ini. Tiba-tiba teringat anak-anak di rumah. Teringat betapa besarnya tanggungjawab kita kepada mereka dan betapa mereka memerlukan restu kita sampai bila-bila selagi bergelar anak kita.

    ReplyDelete
  29. moga2 anak2 zuriat kita mampu menjadi bahagia utk kita sampai ke syurga
    insyaAllah kak, harta paling tak ternilai kurniaan dariNya

    ReplyDelete
  30. Allah hu akbar.. moga zuriat2 kita menjadi saham kita di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  31. Semoga diri ini mampu mendidik anak-anak yang masing-masing perangainya pun berbeza.

    ReplyDelete
  32. terima kasih atas peringatannya,kak.moga doa anak-anak akak pun kekal berpanjangan.

    ReplyDelete